Tuesday, August 24, 2010

cukup cukup lah

Dah berapa hari masih memandang kosong page ini......


Frasa mudah seperti hidup ini seperti roda, hari ni kita di atas, esok pasti di bawah
semua orang pernah dengar dan faham
tapi untuk melaluinya bukan semua pun mampu
kalau boleh semua nak selalu di atas
tak nak turun turun..

Salah siapa kalau kau masak mihun tawar dan kurang rasa?
kalau diri sendiri yang masak goreng...
mahu salahkan siapa kalau kau tak boleh makan ayam sebab nanti gatal hidung?

Bila datangnya hari yang kau langsung tak rasa mahu ketawa,
rasa macam sendiri di dunia sepi
bagi orang perempuan selalunya rasa itu akan datang sekali sebulan
itu normal
tapi kalau dah 3,4 kali sebulan itu bukan normal..

Ada masanya aku seperti redha dengan semua
pasrah terima apa saja yang dah ditetapkan pada hidup ini
tetapi ada masa aku memang tak mampu nak melawan perasaan tidak kecukupan
mahu lebih! lebih! malah lebih!

kita akan rasa stabil bila
satu tangan kita sudah genggam karier yang bagus
insya Allah masa depan juga bagus
kau sudah dilandasan
tinggal mahu mencorakkan supaya perjalanan itu lebih cantik molek dan teratur
tinggal mahu guna kepandaian kau mengaturnya

dan satu tangan  lagi kau sudah ada tangan lain mahu dipimpin
ada bahu untuk kau tumpahkan air mata bila perlu
atau teman makan bila semua orang takde di rumah

dan bila salah satu kau ada aku yakin hidup kau dikira separuh perfect
walaupun istilah nobody is perfect
tapi salah satu itu sudah cukup buat kau menghampiri perfect sebagai manusia

dan ... bila kau tiada salah satunya pun
tiada salah satu apatah lagi dua
itu yang buat terjadi rasa ketidakcukupan
satu bulan 3, 4 kali
rasa yang mahu kau goncang diri
apa guna hidup kau jika satu pun kau tak mampu miliki?

dan ...
dan...

itu yang aku rasa sekarang...

masalah aku ialah aku tak reti mahu angguk atau geleng

ia sangat susah!
dan mungkin kerana itu aku masih disini
berdrama kehidupan setiap hari...

dan saat ini sangat susah mahu bgtau pada hati
ambil hikmah nya saja

kau ada keluarga bahagia yang gembira walaupun ketidakcukupan
kau ada semua pancaindera dan tiada cacat langsung
kau ada kawan yang kau boleh cerita walaupun hampir tiap hari cerita yang sama
kau ada kerja walaupun bagi kau tak cukup bagus

move on!

jangan mengalah pada dugaan hidup
dan aku setuju
bila kau tiada tiada kedua duanya
tapi kau ada yang lain
apa kau tak boleh gembira dengan apa yang kau ada?
buat apa menunggu yang tiada untuk rasa gembira?
jangan sampai yang ada juga terlepas dan yang tiada juga tiada

mari bergumbira :)

1 comment: