Friday, May 6, 2011

Touch n Go

Ya Allah nervous sangat!!


Lagi berapa minggu je nak kenduri. Masalah nye aku terlampau nervous dan stress. Setiap hari sakit perut yang pelik. Pening. Berpeluh-peluh tahap melampau. Berdebar-debar. Aku pernah terbaca itu simptom stress. Harap-harap tak sampai psiko ke ape. Bila macam tu, zikir selawat je la yang mampu. Aku cuba tak pegang hanphone kerap sangat. Sebab kalau pegang je hp mesti nak hantar sms cari gaduh dekat wan. Setakat ni alhamdulillah mampu control.

Bila fikir pasal kenduri, pasal makanan masa kenduri, macam-macam aku takutkan. Cukup ke makanan nanti, takut baju buruk, takut mekap tak cantik…aduhai…Ya Allah semoga semuanya berjalan lancar dan tenangkanlah hati aku ni..

Minggu lepas sempat gi penang. Vacation dengan kawan baik. Sangat hilang stress. Masa on the way nak ke Penang, excited sangat! Bukan tak pernah pergi, masalahnya excited lain macam sebab pergi dengan kawan baik. Sumpah aku akan rindu perasaan tu. Walaupun bercuti dalam keadaan bajet yang terhad tapi puas and enjoy! Gila lah!













Macam biasalah. Masa enjoy memang lupa semua masalah. Lupa diri sekejap. Masa on the way balik KL maka bermulalah perjalanan ke arah realiti hidup. Kepala dah start pening pasal bajet lari. Pasal kenduri. Pasal kerja. Pasal berat badan dah bertambah. Pasal touch n go tak topap lagi. Pasal jam esok nak kerja. Masalah tunang yang eeee! Semua masalah datang balik. Tapi bila fikir pasal penang je mesti nak senyum sampai telinga. Terima kasih kawan baik. Aku sayang korang!


No comments:

Post a Comment