Perubahan selepas berkahwin akan dirasa the moment tok kadi kata ‘SAH’. Apa yang aku rasa masa tu masih tak boleh terima. Why him? Haha. Allah must have the reason and aku harap not only reason but yang penting adalah hikmah. Semua yang jadi ada hikmah. Dan perubahan paling ketara bila kau dah start kena ke rumah mertua di saat kau masih belum puas bergosip dengan sepupu sepapat yang selama ni tu la aktiviti wajib kau buat tiap kali kenduri… masa nak kena gerak tu rasa macam seksanya….stress sangat.
But then, itulah perubahan. Semua pun akan berubah. Dan masa untuk belajar ni adalah masa yang sangat tough. Betul-betul menguji. Kau dah biasa basuh baju seminggu sekali, sekarang tak lagi. Sebab kau tau ke banyak mana baju yang dia ada? Cukup ke kalau basuh seminggu sekali? Cuba bayangkan kalau bangun pagi dia cari seluar kesayangan dia nak pakai ke tempat kerja. Sedangkan seluar tu ada dalam bakul baju kotor. Nak jawab apa? Itu okey lagi. Okey pelan-pelan belajar.. saya doakan kamu tidak dapat suami cerewet ya? Amin…
Wednesday, July 27, 2011
Monday, July 25, 2011
nasi goreng usa
Selagi belum ada anak, ini lah masa nak cari ilmu banyak-banyak. Semalam berkesempatan hadir ke masjid negeri dengar kuliah Ustaz Azhar yang fames tu. Sebelum ni Cuma dengar dari vcd je. Dia goyat teganu pekat. Mula-mula ambo tak bape nak faham. Lama-lama buleh masuk. Masa nak ambik wudhuk, terpandang sorang akak ni tengah salin nappy anak dia. Masa tu keadaan kelam kabut. Semua orang tengah berkejaran ambik wudhuk, pakai tudung sebab imam dah start baca Al Fatihah. Masing-masing berlumba-lumba untuk mendapatkan pahala berjemaah. Aku tengok akak ni pun kelam kabut membersihkan apa yang patut sambil pujuk anak dia yang makin kuat melalak. Dalam hati terdetik, alhamdulillah syukur…sebab dia dah ajar anak dari kecik datang masjid. Lalu hati kecil berazam nanti nak ajar anak macam tu jugak. Aku bersyukur jugak dalam keadaan sekarang masih belum punya komitmen terhadap bayi sendiri, banyak masa aku terluang sepatutnya digunakan untuk cari ilmu cukup-cukup… itu yang aku suarakan pada suami saat dia bertanya awk belum ada tanda-tanda lagi ke? Dia diam dan aku agak dalam hati dia bersetuju dengan aku..
Wednesday, July 20, 2011
10 kali berturut-turut!!
Itu sangat memalukan bagi seorang pemegang rekod atau pelontar joran yang hebakkk selalu menumpaskan paling kurang 2 ekor kaci selepas 3jam mengerah tenaga di kolam-kolam pancing. Namun semua itu hanya tinggal sejarah. Sebab tu ada pepatah mengatakan, siakap itu ikan yang bijak. Eh ape kena mengena? Bijak sebab tidak tertipu dengan umpan tipu. Ikan sekarang dah tak bodoh lagi. Dia tau, kalau belanak atau udang yang berenang-renang macam orang mabuk todi itu bukan sedang bermain kejar-kejar sebaliknya sudah terluka ditikam mata kail. Ikan sekarang sudah bijak-bijak belaka. Semua dah belajar tinggi masuk kolej universiti. Dah ada degree. Jadi ikan itu terserlah kebijaksanaan nya apabila berjaya membuatkan pelaburan seorang kaki joran kerugian beratus-ratus ringgit di kolam cina. Cuba kau tengok cina tokey kolam berkenaan? Pakai kereta apa? Kau ada? Orang yang bijak selalu untung. Orang yang kurang bijak selalu umpan tersangkut. HAHA
Takpelah. Untung rugi nasib seseorang itu di tangan Allah swt. Jika kamu ikhlas, dan tidak melupakannya di saat ikan memakan umpan mu, nanti DIA akan tambah rezeki mu… amin
Malam kang main batu seremban jela ye sayang?
Takpelah. Untung rugi nasib seseorang itu di tangan Allah swt. Jika kamu ikhlas, dan tidak melupakannya di saat ikan memakan umpan mu, nanti DIA akan tambah rezeki mu… amin
Malam kang main batu seremban jela ye sayang?
apakah persamaan?
Thursday, July 7, 2011
Budak-budak memang macam tu
Aku ada masalah sikit dengan orang yang suka sound lepas kahwin, terus lupa kawan ye… Masalahnya kalau aku memang dah biasa call, sms ataupun memang rapat sebelum ni kalau teringat mesti akan hantar sms. Kalau teringat. Kalau tak teringat makna nya memang sibuk sibuk sibuk etc etc.. tak pernah la lupa terus. Lain la kalau sebelum-sebelum ni aku memang jarang nak bersms atau call dengan dia tiba2 boleh teringat, itu buang tebiat namanya.. masalahnya lagi, tiap kali aku sms pun sebab aku teringat. Kau? Kau yg tak pernah nak sms call aku tu ape cerita? Dah la tak pernah nak ‘ter’ teringat, tak pernah nak sms, call pun. Kalau nak cakap aku sombong tak adil la. Sebab memang dari dulu pun aku je yg asik cari kau ajak minum lepak mapley. Kau tak pernah buat macam tu pun. Bukan aku cari sebab nak pinjam duit pun. Ajak lepak sebab kita kan kawan. Tapi yg kau langsung tak pernah nak cuba mengeratkan silaturrahim tu tak sombong la? Aku jela yg salah….k fine
dah macam budak-budak belajar berkawan pulak aku rasa...haih
Subscribe to:
Posts (Atom)