Perubahan selepas berkahwin akan dirasa the moment tok kadi kata ‘SAH’. Apa yang aku rasa masa tu masih tak boleh terima. Why him? Haha. Allah must have the reason and aku harap not only reason but yang penting adalah hikmah. Semua yang jadi ada hikmah. Dan perubahan paling ketara bila kau dah start kena ke rumah mertua di saat kau masih belum puas bergosip dengan sepupu sepapat yang selama ni tu la aktiviti wajib kau buat tiap kali kenduri… masa nak kena gerak tu rasa macam seksanya….stress sangat.
But then, itulah perubahan. Semua pun akan berubah. Dan masa untuk belajar ni adalah masa yang sangat tough. Betul-betul menguji. Kau dah biasa basuh baju seminggu sekali, sekarang tak lagi. Sebab kau tau ke banyak mana baju yang dia ada? Cukup ke kalau basuh seminggu sekali? Cuba bayangkan kalau bangun pagi dia cari seluar kesayangan dia nak pakai ke tempat kerja. Sedangkan seluar tu ada dalam bakul baju kotor. Nak jawab apa? Itu okey lagi. Okey pelan-pelan belajar.. saya doakan kamu tidak dapat suami cerewet ya? Amin…
No comments:
Post a Comment