Itu sangat memalukan bagi seorang pemegang rekod atau pelontar joran yang hebakkk selalu menumpaskan paling kurang 2 ekor kaci selepas 3jam mengerah tenaga di kolam-kolam pancing. Namun semua itu hanya tinggal sejarah. Sebab tu ada pepatah mengatakan, siakap itu ikan yang bijak. Eh ape kena mengena? Bijak sebab tidak tertipu dengan umpan tipu. Ikan sekarang dah tak bodoh lagi. Dia tau, kalau belanak atau udang yang berenang-renang macam orang mabuk todi itu bukan sedang bermain kejar-kejar sebaliknya sudah terluka ditikam mata kail. Ikan sekarang sudah bijak-bijak belaka. Semua dah belajar tinggi masuk kolej universiti. Dah ada degree. Jadi ikan itu terserlah kebijaksanaan nya apabila berjaya membuatkan pelaburan seorang kaki joran kerugian beratus-ratus ringgit di kolam cina. Cuba kau tengok cina tokey kolam berkenaan? Pakai kereta apa? Kau ada? Orang yang bijak selalu untung. Orang yang kurang bijak selalu umpan tersangkut. HAHA
Takpelah. Untung rugi nasib seseorang itu di tangan Allah swt. Jika kamu ikhlas, dan tidak melupakannya di saat ikan memakan umpan mu, nanti DIA akan tambah rezeki mu… amin
Malam kang main batu seremban jela ye sayang?
apakah persamaan?
No comments:
Post a Comment