Sebab aku bekerja dalam bidang yang memang sangat hampir dan sangat sangat memerlukan ilmu psikologi yang tinggi, jadi aku decide untuk sambung belajar dalambidang ini. Okey tipu!
Pagi-pagi kau dah nak menipu kan dila?
Kawan aku pernah cerita, sorang parent pernah berborak depan dia. Yang parent pertama buat luahan hati. lepas saya masukkan anak dekat sekolah agama, pelajaran dia merosot. Dari 5A jadi 2A..belum cerita pasal B,C D lagi. .. kawan dia Cuma senyum dan cakap, kak…bila kita mati Allah tak tanya berapa A anak kita dapat dalam periksa…dia akan tanya anak kita solat atau tak? Mengaji quran atau tak? Puasa atau tak?
Aku bukan nak cakap Islam tu tak suruh umat dia pandai. Tak payah belajar rajin-rajin. Asalkan kau tahu mengaji, tahu solat tahu halal haram sudah cukup dalam hidup kau. TAK. Islam agama yang suruh kita cemerlang dunia dan akhirat.
Tapi sistem pendidikan di negara kitra yang mengajar kita supaya sentiasa pulun A. Anak-anak sampai stress sebab belajar siang malam. Kau pernah dengar baru umur 4 tahun dah masuk tadika? Lepas tu malam hantar tusyen? Bagus. Memang cepat pandai la budak tu harapannya. Tapi macam mana dengan zaman kanak-kanak dia? Adakah dia enjoy seperti budak lain? Nak hantar tusyen ke apa jangan la sampai dia tak dapat menikmati zaman budak dia. Sedar-sedar dah besar. Dan dia sendiri tak boleh nak ingat apa yang indah zaman dia kecik dulu. Matang sebelum usia. Kalau dia redha tak pa. kalau dalam diam dia memberontak?
Aku ni tak boleh tulis banyak sangat sebab menulis dari pengalaman. Bukan pengalaman membesarkan anak-anak seramai 5 orang. Tapi dari mata yang melihat. Macam-macam jenis parent dah aku jumpa sepanjang kerja di sini. Tapi memang betul, pengalaman dari mata tak akan sama dengan pengalaman mak ayah tu sendiri yang menjaga.
Cuma mak ayah yang terlalu taksub dengan A ni perlu ubah sikit persepsi. Tak semua anak dilahirkan dengan anugerah pandai dalam pelajaran. Kalau tak dapat straight A pun, dia ada kelebihan lain yang mak ayah sendiri perlu cungkil. Kot kot la dia pandai main muzik. Pandai bersukan. Pandai berniaga. Asah bakat diorang untuk sumbangkan sesuatu kepada masyarakat and semua tu boleh buat duit apa!
Bulan januari adalah bulan yang paling busy. Start dari pertengahan disember sampai la ni…bontot aku tak pernah panas atas kerusi sendiri. bergerak sana sini. Bukan aku je. Department aku. Memang stress. Sekarang aku teringin nak main kayak dekat pd.
Okey bye
No comments:
Post a Comment