Thursday, September 30, 2010

Digi iPhone 4 Life

DAY 4

I really need the Digi iPhone 4 because.........................


 
Kualiti gambar sangat cat air... kesian i       T_____T


Boleh nampak dengan clear jelas dan terang tanpa perlu bersuluh yang KUALITI imej  sangat la tak senonoh jadi thats the huge reason why i really need Digi iPhone 4 my life....

Akhir kata lengkaplah keempat-empat entry untuk pertandingan ini...

Tuah ayam nampak di kaki, Tuah i nampak dimana? Sama-sama kita tunggu....


p/s : gambar sangat feeling mama :)

Tuesday, September 28, 2010

Digi iPhone 4 Real

DAY 3

I want, I get the best deals on the Turbo 3G Network

*translate

saya mahu, saya dapat berurusan dengan rangkaian 3G berenjin Turbo :)

Jadi dimana saya boleh mendapatkannya?

Mestilah dengan Digi..

Digi adalah antara rangkaian talian yang sangat murah! Sesuai dengan gadis-lower-bajet-maintenance-rendah macam i :). Semua nak yang kualiti terrrrbaik tapi nak murah je. mahal sikit i terus reject. Untung tau dapat i...HAHA sempat promosi diri sendiri.. Ok berbalik pada khidmat Digi, semua nya bertambah bagus seiring dengan pertambahan kemajuan negara. Kalau dulu masuk semak belakang rumah sikit pun susah nk dapat line, sekarang kalau naik cameron atau lalu jalan bengkang bengkok Gua Musang tu confirm boleh buat video call dengan boyfriend yang berada jauh nun di utara atau mana-mana pun.

Kalau rangkaian lain, nak murah mesti nak kena sama geng. Tapi Digi tak! dia layan semua tanpa mengira darjat bangsa atau usia.. Tu yang memang i suka dengan Digi.

Kalau dapat iPhone ni, automatic didaftar dengan iDigi Postpaid Plans :)))


Boleh nampak tak murahnye harga dia?

Kalau kita ambik pakej yang paling mahal pun bulanan baru RM158.00.. Tak sampai 5 6 ratus pun. Memang mengujakan! Lepas tu benda palin basic kita suka buat ialah main-hantar-sms-kacau kawan-baik  cuma 10 sen per sms. Bukan 15 sen ye!

Lepas tu yang paling best.......internet line adalah tiada extra charge bila kita terguna melebihi quota..best kan? :) Quota untuk pakej paling mahal (ceh aim yang mahal je!) ialah 1000 min. Lebih kurang 16 jam. Lepas tu kalau terlebih takde extra charge ye kawan-kawan... muntah la kau main internet!

Friend n Family paling best! Dapat buat 6 nombor untuk kau call gayut dengan adik beradik atau kawan yang dah sampai lebam..lepas tu nk dapat lagi faedah nya buat supplementary line untuk suami dan anak-anak terus dapat call, sms, mms semua free ;)

tak sabar ;)

Monday, September 27, 2010

Digi iPhone 4 Play

DAY 2

Nuffnang hantar message cakap eh asal u tak hantar day 2 punya entry iPhone? u tau tak kita terima lagi sebelum 1 Okt... yeayyyyy!!

i pun dengan gigih bukak link sana sini untuk entry hari kedua dan seterusnya...

iPhone 4 ni mempunyai banyakkkkkk sangat aplication yang mengujakan hati menawan sanubari
antaranya mestilah Application for Music
sapa yang tak suka music? Kalau ada lagu baru dalam radio mesti nak cepat-cepat download masuk handphone. Dah la speaker sound bunyi sedap je..memang layan sangat kalau malam-malam tak boleh tidur layan lagu-lagu Kenny G kan..

ada satu application yang menarik hati i..Application to Cook
sapa yang kenal memang tau i suka gila memasak!
dalam iPhone ni ada 60 recipe by Jamie Oliver yang letak gambar dan step by step ajar kita buat sesuatu dish tu. I minat gila Jamie Oliver tu  kalau bukak je AFC mesti ada punya muka dia :)

kalau gambar dari iPhone 4 rupa tak macam ni ye...

banyak lagi application lain yang pelik dan menarik but...

on the top of that..i paling sukaaaaaa dengan application DIRECTTV for iPhone..i memang suka tengok tv. Bila ada teaser rancangan Oprah episod baru i mesti akan teruja lepas tu siap-siap tulis reminder dalam handphone cikai i ni dengan harapan tak kan lupa. Alih-alih reminder berbunyi masa i tengah on the way balik kampung. Memang bengkak je hati! Tapi applikasi DIRECTTV ni i boleh control tv sambil drive dengan tangan sebelah dan RECORD episod yang terlepas tu. Sangat mengujakan!!!

tak sabar nak pegang Digi iPhone 4...

Sunday, September 26, 2010

sekali terjelepuk jatuh, aku harap kau faham itu yang aku rasa dulu..

Malang sungguh kerana sequel Digi iPhone tidak akan disambung sebab aku lupa untuk check nuffnang blog pada hari ke 2 dan hari ni hari ketiga baru aku perasan!! Sungguh cuai. Maka harapan untuk memenangi iPhone tinggal harapan dan terpaksa kumpul duit poket sendiri untuk mendapatkan handphone idaman berkenaan..sungguh terbaikk bukan?

Apa perasaan anda bila bekas kekasih hati yang telah lari sekuat hati tinggalkan anda dan tak menoleh ke belakang langsung selama beberapa tahun tiba-tiba berpaling dan datang dengan cerita sedih?

Dan lebih memburukkan keadaan, anda tak pernah lupakan dia dan jauh jauh jauuuuuhhhhhh di dasar hati masih mengharap dia kembali..

dan tiba-tiba ting! it happen suddenly..

what are you feelings?

Blog ini wujud setahun lalu kerana kekecewaan aku. Masa aku jatuh ditolak dengan kuat teman baik cadangkan bukak blog. Kau punya ruang lebih untuk ekspresikan perasaan. Sebelum blog ini ada beberapa blog yang aku pernah tulis. Namun tak seserius blog ini. Yang satu ini. Blog ini aku berjaya tulis dengan hampir jujur apa yang aku rasa...

Baiklah..

Sepanjang tempoh kejatuhan, aku ada beberapa perisai yang memang sentiasa melindungi aku. They are trully understand my feelings. Aku boleh dengan bebas cerita betapa sedih nya aku rasa bila ditinggalkan.. aku boleh menangis sampai bengkak mata depan mereka bila dengar lagu rossa yang selalunya tepat dengan keadaan... aku boleh bercerita sepanjang malam sambil tersenyum dan bilang betapa aku ada segunung rindu yang tak pernah hilang dengan lawak bodoh dia, rindu nak kenakan dia... Dan diorang memang akan dengar dan faham apa yang aku rasa...

Setahun bukan tempoh cukup sekejap kau mahu bangun... Kerja kuat sepanjang malam mengadu dengan tuhan, percubaan mahu melupakan tu perit....sakit sangat dan agak susah nak berjaya bila kau dilayan seperti 'dia berdendam' dengan tayangan gambar-gambar dia dan kekasih baru tanpa mengerti apa kau rasa, tak cukup dengan itu, tuhan terserempak kan aku dengan dia dalam satu kereta sedang berborak gelak ketawa...

sumpah membebankan!!

dan disaat kau hampir berjaya melaluinya...dia datang memohon sedikit perhatian kerana dirinya ditimpa dugaan....

hati kata - ni yang kau mahu bukan? walaupun lewat doa kau bilang 'semoga dia bukan jodoh aku' namun tuhan itu sangat sangat mengeri apa yang hambanya mahukan...

hati kata lagi - ini ke yang aku mahu? sumpah tak tau!

perisai kata - please dilla! jangan! jangan! jangan!

siapa mahu kau dengar? hati yang memang mengerti atau benda paling mengerti diri kau atau perisai yang memang sentiasa ada untuk kau...?

hati..perisai...hati ...perisai... -sambil cabut kelopak mawar (ah drama!)

ikut kata hati mati...kadang kadang hati sendiri tak pasti jadi perlu kah dengar kata hati?
jangan lupa perisai itu yang bangunkan kamu dari jatuh, perisai itu yang pinjamkan bahu bila kamu perlu dan perisai itu yang doakan kamu untuk jadi kuat seperti hari ni...


sungguh aku belum bersedia samada sebagai kawan atau teman atau kesayangan...

Friday, September 24, 2010

DiGi iPhone 4 Me

DAY 1


Memang teruja habis bila tengok orang lain pakai hanphone touch screen. And satu satunya handphone touch screen yang i tau ialah iPhone... Disebabkan terlampau taksub dengan iPhone dan touch screen nya i telah memakai handphone buatan china yang tidak ori.Yang penting touch screen.  Tapi tiada kepuasan! Dan impian i ialah I waaaaaaaaaaaaaaant a Digi iPhone 4! Its gonna be mine!

I yang memang tak berapa nak celik teknologi cuma tau satu satunya handphone touch screen terbaik ialah iPhone. Dengan lebar paparan screen yang luas cukup untuk i meneliti jerawat di muka teman kala melayari internet! Tak perlu menekan kebawah ketepi berulang kali untuk mendapatkan paparan yang luas. Hebat kan!

Handphone sekarang, mudah tercalar! sangat mudah. Kadang-kadang aku ambik pensil atau pen atau apa saja yg berdekatan untuk menghantar message. Tekan kuat sikit dah calar balar. Dengan permukaan anti gores dengan sensor acceloremeter tak mungkin tercalar lagi. Memang sesuai la dengan aku yang ganas ni!

Hanphone sekarang gambar pecah-pecah. Bila transfer dalam laptop macam lukisan cat air. Burok! nk upload di facebook pun malu. I suka ambil gambar kejadian yang berlaku sekeliling i. Pemandangan yang cantik. Wajah-wajah Asia yang unik. Kalau dapat iPhone, dengan kamera 5 mega pixel dan teknologi autofocus memang sangat membantu! Boleh zoom sampai 5x.Fuyoooo! Confirm nampak segala jerawat dan jeragat.. :) Oh ia juga disokong A-GPS...ape tu? nanti google...

Teringin sangat nak macam orang lain buat video call tengok muka kawan baik tengah buat ape tu sambil bergosip hal hal sekolah. Kalau ada boyfriend lagi best kan bergayut sambil video call.. Mesti nak control ayu je muka :p Handphone sekarang tak boleh buat video call T____T  Dengan bantuan teknologi Turbo 3g Network oleh Digi mesti membantu impian ku! Diulangi TURBO okey!! Ingat enjin turbo je ada??

Kalau nak record memang dapat video terbaik punya dengan iPhone 4 ni sebab teknologi HD. Lepas record, edit terus boleh share dekat youtube. Pastu text kawan-kawan suruh rate video sendiri. Sumpah gila glamour! Kalau dah ada anak memang tak kan terlepas semua progress dia even bila mata berkelip pun kan! Tapi sayang masih belum berkahwin pun. Jadi mungkin anak mata atau anak tekak yang diambil kira :)


anak tekak


I nak sangat iPhone 4 ni. Digi please give it to me!

Thursday, September 23, 2010

sedang elok..ngam!

Selalu orang cakap, kita cuma akan ingat tuhan bila kita ketakutan, kesakitan, keresahan, kesusahan
ingat tuhan...
tapi tuhan tak pernah lupa kita

wahai kawan,
walaupun kau cuma ingat bila ketakutan, kesakitan, keresahan, kesusahan

tapi bila sekali kau ingat, jangan lupakan lagi
jangan lupa lagi
ingat dia tuhan kau
teruskan ingat

wahai kawan
bila kau hampir lupa pada seseorang
jangan lupa kebaikan dia
jangan lupa kerinduan dia
jangan lupa segalanya yang dia pernah beri pada kau
jangan lupa
bila sekali kau ingat
teruskan ingat

wahai kawan
jangan lupa janji kau
mahu bahagiakan dia sampai hujung nyawa
jangan lupa
teruskan ingat

wahai kawan
rindu ini susah mahu berpenghujung
susah
namun aku tahu
ia pasti punya penghujung
kerna rindu ini bukan untuk kau

wahai kawan aku rindu kau kawan

Untuk Cik Pooh

Cik pooh ni teman di alam maya yang setia membaca dan tinggal komen di setiap entry saya tanpa jemu. Dari umur blog ini beberapa hari dan masih belum ada follower dia masih setia sampai hari ni. Dari saya rajin menulis sampai saya malas menulis dia masih setia. Setia sungguh kamu cik pooh..

Saya doakan awak dapat jodoh yang baik dan jadi teman kamu sampai di sana.

Kenapa entry ni untuk awak?

sebab bila saya bukak blog awak dia tulis : operation aborted.
Wak, sila check ye. Lepas raya ni, belum singgah lagi. Rasa bersalah sangat. Rasa tak puas sangat. sebab awak selalu tulis sampai hati.. ok jiwang!

Selamat Hari Raya .. Maaf zahir dan batin

cik pooh

Wednesday, September 22, 2010

semua yang best pasal cuti kali ni


 
Rendang Kerang + Nasi Himpit
air tangan mak long Ijam
menjadi igauan bila raya habis dan menjadi buruan di raya pertama!!
Lokasi : Parit 7, Sungai Lui Manik


Raya ke Ketiga
Lokasi : Alamanda Sungai Chua Putrajaya


Kesayangan gigi lompang


Air tangan ibu
Pasangan paling ideal dalam dunia
Laksa & Sirap Kenduri


Bakal menamatkan zaman solo nya tidak lama lagi


Bertemu jodoh akhirnya
Lokasi : Manek Urai Wakaf Bharu, Kelantan


Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
buat semua