Sunday, September 26, 2010

sekali terjelepuk jatuh, aku harap kau faham itu yang aku rasa dulu..

Malang sungguh kerana sequel Digi iPhone tidak akan disambung sebab aku lupa untuk check nuffnang blog pada hari ke 2 dan hari ni hari ketiga baru aku perasan!! Sungguh cuai. Maka harapan untuk memenangi iPhone tinggal harapan dan terpaksa kumpul duit poket sendiri untuk mendapatkan handphone idaman berkenaan..sungguh terbaikk bukan?

Apa perasaan anda bila bekas kekasih hati yang telah lari sekuat hati tinggalkan anda dan tak menoleh ke belakang langsung selama beberapa tahun tiba-tiba berpaling dan datang dengan cerita sedih?

Dan lebih memburukkan keadaan, anda tak pernah lupakan dia dan jauh jauh jauuuuuhhhhhh di dasar hati masih mengharap dia kembali..

dan tiba-tiba ting! it happen suddenly..

what are you feelings?

Blog ini wujud setahun lalu kerana kekecewaan aku. Masa aku jatuh ditolak dengan kuat teman baik cadangkan bukak blog. Kau punya ruang lebih untuk ekspresikan perasaan. Sebelum blog ini ada beberapa blog yang aku pernah tulis. Namun tak seserius blog ini. Yang satu ini. Blog ini aku berjaya tulis dengan hampir jujur apa yang aku rasa...

Baiklah..

Sepanjang tempoh kejatuhan, aku ada beberapa perisai yang memang sentiasa melindungi aku. They are trully understand my feelings. Aku boleh dengan bebas cerita betapa sedih nya aku rasa bila ditinggalkan.. aku boleh menangis sampai bengkak mata depan mereka bila dengar lagu rossa yang selalunya tepat dengan keadaan... aku boleh bercerita sepanjang malam sambil tersenyum dan bilang betapa aku ada segunung rindu yang tak pernah hilang dengan lawak bodoh dia, rindu nak kenakan dia... Dan diorang memang akan dengar dan faham apa yang aku rasa...

Setahun bukan tempoh cukup sekejap kau mahu bangun... Kerja kuat sepanjang malam mengadu dengan tuhan, percubaan mahu melupakan tu perit....sakit sangat dan agak susah nak berjaya bila kau dilayan seperti 'dia berdendam' dengan tayangan gambar-gambar dia dan kekasih baru tanpa mengerti apa kau rasa, tak cukup dengan itu, tuhan terserempak kan aku dengan dia dalam satu kereta sedang berborak gelak ketawa...

sumpah membebankan!!

dan disaat kau hampir berjaya melaluinya...dia datang memohon sedikit perhatian kerana dirinya ditimpa dugaan....

hati kata - ni yang kau mahu bukan? walaupun lewat doa kau bilang 'semoga dia bukan jodoh aku' namun tuhan itu sangat sangat mengeri apa yang hambanya mahukan...

hati kata lagi - ini ke yang aku mahu? sumpah tak tau!

perisai kata - please dilla! jangan! jangan! jangan!

siapa mahu kau dengar? hati yang memang mengerti atau benda paling mengerti diri kau atau perisai yang memang sentiasa ada untuk kau...?

hati..perisai...hati ...perisai... -sambil cabut kelopak mawar (ah drama!)

ikut kata hati mati...kadang kadang hati sendiri tak pasti jadi perlu kah dengar kata hati?
jangan lupa perisai itu yang bangunkan kamu dari jatuh, perisai itu yang pinjamkan bahu bila kamu perlu dan perisai itu yang doakan kamu untuk jadi kuat seperti hari ni...


sungguh aku belum bersedia samada sebagai kawan atau teman atau kesayangan...

No comments:

Post a Comment