Wednesday, December 8, 2010

Masa yang berkualiti

2 Muharam

Semalam sambut tahun baru dengan keluarga di Sungai Chongkak. Ala sungai yang air dah tak berapa sejuk, sungai yang pernah di sahkan kotor oleh kementerian kesihatan dan tak elok untuk mandi manda nanti kulit gatal. Sungai tu lah! Tapi sekarang dah tak kot. Rasanye lah. Semalam berendam melompat menjerit bergelak macam pontianak dalam air. Lepas tu bila lapar naik ke darat cari ikan bakar cicah air asam lepas tu perut kenyang pun nak sumbat jugak. Dah kenyang masuk air balik berebut kawasan air terjun kecik yang air laju bawak badan hanyut. Konon nak urut badan. Auwwwww!! best nye... Tapi benda macam ni kena ramai-ramai baru best. Kalau berdua tak best. Semalam cuma bawak sabun mandi. Syampoo lupa bawak. Jeles tengok orang bawah basuh rambut guna air sungai. Tapi takpe. Kita orang berilmu. Mandi pun pakai tudung. Semalam dekat 80% orang yang mandi pakai tudung. Semua orang pun dah berilmu. Tak macam dulu, nak mandi je tudung terbang.

Bukan nak cakap pasal tu.

Nak cakap pasal quality time. Bukan kita kira berapa banyak kali kita berjumpa dalam sebulan atau seminggu atau sehari. Tapi bila jumpa macam mana kita buatkan masa yang singkat jadi satu sweet moment yang akan kita ingat bila berjauhan..

*sayu

4 comments:

  1. wah syoknya mandi manda..lama dah tk gi mandi air terjun ke air sungai ke..waima mandi laut..hikssss kesian kan

    ReplyDelete
  2. anda telah ditag...
    http://dhanian.blogspot.com/2010/12/tag-dari-nely.html

    ReplyDelete
  3. yer..hrp2 dua2 pun usaha untuk mengquality kan time tersebut

    ReplyDelete
  4. jiha : seronok la mandi manda! tp air sungai dah keruh sekarang

    nia : nantilah kalau ada masa.tq ye..

    ugly: betul tu. kalao sorang je cuba memang tak kan berkualiti kan...

    ReplyDelete