Wednesday, December 1, 2010

Apek ke uncle lebih manis?

Semalam dalam satu kedai makan Nasi Ayam Hainan. Tokey kedai lelaki tu cina muslim, isterinya melayu islam  seharusnya. Ada sorang lelaki baru duduk terus jerit 'apek! nasi ayam satu!'

Rasa berdesing jugak telinga aku ni. Sebab frasa apek, dah ditanam dalam kepala sejak kecil lelaki cina tua, yang pakai seluar pendek, baring atas kerusi malas sambil pegang kipas. Itu definisi apek bagi aku la.

So bila orang yang kemas memakai t-shirt berkolar, seluar panjang dan muslim pulak tu tak layak langsung dia dipanggil apek. Kalau dia bukan muslim sekali pun at least panggil uncle. Apek tu panggilan ish entah lah. Pendek kata, aku tak suka panggilan tu walaupun bukan panggilan untuk diri sendiri atau orang lain. Nampak tak bersopan sangat. 

Mungkin aku yang tak tahu, panggilan apek tu mungkin bermaksud pakcik. Tapi bila dah terang terang dia seorang muslim, nampak tak manis lah. Tak suka! At least respek he as a muslim. Mungkin aku menulis berdasarkan emosi yang tah pape. Sebab panggilan apek tu dah jadi darah daging kita asal cina je apek. Asal apek je cina. Tapi kalau dah muslim, why not kita tukar sikit mentaliti dengan panggil yang lebih manis paling simple uncle. Kan?

Sama jugak macam orang yang baru masuk Islam. Kita panggil Muallaf. Tapi kalau dah berpuluh tahun dia masuk Islam, tetap nak panggil muallaf. Ape perasaan dia? Padahal dah lama dia masuk Islam. Macam terdapat sedikit 'pengasingan' di situ.

Kadang-kadang cara kita memanggil orang tu sudah menunjukkan cara kita welcome dia dalam kehidupan kita.

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. apek tu uncle lam bhasa cina. Kalau org tu pun tak kesah pa da hal. Even apek tu muslim dia ttp org cina yg phm bhasa dia.mana tau Ikut pmikiran org cina pak cik tu atok tua yg pkai kain pelekat pkai tongkat. Mungkin org tu rasa mesra pnggey apek kt dia dan mlambangkan bngsa dia. Janji mashuk duet dalm poket.

    ReplyDelete
  3. sy xpenah panggil apek wpun dia xmasuk islam.
    always uncle ..hehe

    ReplyDelete