Sunday, November 17, 2013

Dont worry, they've got a better for replacement ;')

Jadi ceritanya, selepas 6 tahun akhirnya aku ada kekuatan untuk berhenti kerja dan fokus pada rumah tangga.
blerghhhh sangat ayat kau!
Bukan apa. Bila otak dah terlampau tepu maka kebosanan melanda. I just wanna do something new. Hidup kalau dah terlampau biasa, semua jadi plain. Boring walaupun kebiasaan itu mudah utk kita hadapi.
So, sekarang ni dah 2 bulan bekerja di rumah. Paling best melekat dengan anak. Paling tak best tak reti susun jadual lagi. Time makan berterabur. Time kerja 24 jam. Time tido kelaut. Kadang2 eh bukan kadang2 selalu lepas makan nak sambung kerja anak pulak meragam. Tidokan dia dgn kita skali hanyut. Mana badan tak membesar? lepas makan je tido. Bangun tido je makan. Time eksesais pun dh tak masuk jadual sekarang. Stress bab tu jela. Yg lain ok.
Semenjak tak kerja habis semua drama kat tv aku layan. Filipina india korea kpop ehhh semua lah! haha
Dah start risau badan naik. Walaupun tiap petang kejar arrazi dkt taman tp tak kurus2. Kejar sambil makan roti. teheee
Rindu AsSyakirin. Tempat kerja lama. Banyak sangat belajar untuk jadi manusia. Meh nak cerita sikit apa yg best kerja sini.
dekat sini aku belajar jangan mengumpat fizikal orang. Jadi kami hanya fokus tentang masalah kerja kalau nak mengumpat. Misalnya mengumpat gaji tak naik. hahaha prftttt
Semenjak kerja sini, motivasi nak berubah sangat banyak. Dulu tudung paras dada sekarang labuh sikit. Dulu tak pakai stokin skrang rasa tak selesa kalau tak pakai. Dulu tak layan solat2 sunat sekarang kalau tak buat rasa uncomfortable. Sebab environment yg mendidik. Dikelilingi dengan orang yang tak reti berkira masa tenaga wang ringgit buat aku insaf. Cikgu2 sini walaupun jadual kelas pack and terkejar2 sempat sinsing lengan baju untuk wudhuk dan dhuha. Kalau borak dan start nak ke arah ngumpat akan ada 2-3 orang angkat kaki keluar dari conversation. Tapi semua tu kena lihat dengan mata hati. Baru nampak. Baru bermotivasi nak berubah.
Lepas tu dekat sini aku bekerjasama dengan ramai orang berjaya popular dan glamour. Bahahaha
walaupun sebagai admin je tapi kau menguruskan anak-anak tan sri dato dan paling syok dapat jumpa eizlan yusof. Haha hensem kot dato eizlan tu. Yela dah kerja dekat sekolah anak orang kaya. Anak ziana zain. Anak raja azura. Anak zamarul hisyam. Anak rozie rashid. Dah macam sekolah anak artis gitteww. Mula2 kerja batak sangat sebab jumpa artis lepas tu tak heran sebab kerap jumpa. Ok dilla. Takde sapa pun heran bab tu. Sudahhhhh
Selain dari tu, anak tokey Ani Sup Utara pun sekolah sini, anak owner Pantai Bharu.. yess memang aku bangga sebab pernah berurusan dengan orang2 ni. Dan kebanyakan mereka sangat humble walaupun dah kaya.
Paling aku suka kerja dkt sana, selalu ada makan-makan. Paling awesome sweet kebaboom! Sebab ramai orang kaya yang dermawan diorang selalu sponsor sekolah. Ada je program apa-apa mesti ada jela makanan. haha. Kalau hari guru penuh meja cikgu dengan kek. Orang ofis pun tumpang sekali tau!
Apasal ko cerita eh?
sebab dh resign boleh la cerita. HAHAHA
tulis sebab rindu :'(
ok bye











phewww what a long hiatus!

Lama dah tak menulis. Sebenarnya selalu je tulis. Tp semua masuk draft. Ntahla. Dah type panjang2 lepas tu rasa tak relevan nk post. Rasa macam ek eleh..ini pun kau nk mengadu sini. Haha. . .

k bye!

Thursday, June 27, 2013

Tips untuk masak laju..yeke? boleh la...

Anak nak masuk 6 bulan, excited sangat maklumlah anak sulung. Google habis menu ape nak sedia untuk anak. Ingat lagi makanan pejal yang mula-mula masuk mulut Arrazi ialah pisang. Emm…tak tak sebelum tu masa baru-baru lahir dah bagi kismis dengan kurma. So pisang bukan makanan pejal pertama la. The first after 6 months la gitu. Lepas tu kan macam blur, malas dan sebagai nya..hari-hari anak aku makan pisang. Lepas tu mak aku bising, apehal hari-hari pisang? ingat anak kau _____? hahaha so paksa diri masak. Eksaited kejap je. huh!


Lepas tu beli beras perang. Yela doktor-doktor dalam encik google cakap budak-budak elok makan beras perang. Bila aku masak, eww bau dia. Subhanallah. Cannot go. Tapi bayi ni kita ajar la yang baik-baik dulu. Dia bukan tau apa. Makan je. Dah la lama gila nak masak. Nak jadi bubur tu bape jam rebus tak masak-masak. Bila dah siap masak, anak aku makan  ada la sesuap dua. Frust mak nak.. lepas tu buat frozen. Blande bagi halus, masuk bekas. Bekukan. Lepas tu umi cakap, time makan adalah time berperang. Dia main sembur-sembur habis muka kita. Ok fine!

habis dia sembur!

Dekat tempat kerja, borak-borak dengan kawan yg dah ramai anak. Diorang bagi tips. Macam-macam tips. Seronok sebab dapat share pengalaman. Ada akak sorang ni cakap, walaupun dia bekerja, hantar anak rumah pengasuh, dia tak pernah frozen kan bubur anak dia. Anak dia tak main la makan frozen-frozen ni. semua fresh! Kelas kau! Lepas tu dia ajar macam mana nak masak hari-hari dengan menjimatkan masa. 

Heres a tips..

1)      Masa cuti, peruntukkan sedikit masa kau untuk prepare bahan bubur anak. Misalnya ikan atau ayam atau daging or any protein yang nak dimasukkan dalam bubur tu. potong kecik-kecik. Basuh bersih-bersih dan pek kan kecik-kecik. Setiap pek tu ikut la berapa banyak ayam/ikan/daging yang kau nak masukkan dlm bubur. Faedahnya nanti bila bangun pagi kau ambik satu pek bukak dan campak je dalam periuk. Tak payah nak tunggu defrost, nak potong, nak bersihkan bagai. Semua dah siap.sebab selalunya masa terbuang sebab nak sediakan bahan. Nak tunggu defrost je dah setengah jam. Nak potong lagi bla bla bla..last-last bubur pun tak jadi.
ayam yang dah siap potong kecik-basuh-dan pek

2)      Sayur pun sama jugak. Kalau boleh potong je sesiap. Tapi setakat ni aku tak penah potong lagi siap-siap. Sebab sayur bukan nak tunggu cair pun. Lepas tu pakai sikit je. Kalau sebatang carrot tu boleh pakai 3-4 kali masak. Kalau kentang sebijik utk 2x masak. Ikut la cara masing-masing.

 agak-agak la peria kan.. ini mak nye yg kena makan

3)      Ikan bilis pun sama. Kopek siap-siap. jangan lupa buang tulang sekali. Pastu masukkan dalam bekas supaya senang bila nak masak, ambik basuh dan campak dalam periuk.


So setakat ni cara ini berjaya. Bangun pagi, masuk dapur basuh beras 1 sudu teh(tapi beras putih la. Kalau perang kena bangun awal), isi air sampai hampir penuh periuk, ayam 1 pek, ikan bilis 3-4 ekor dan rebus dengan api sederhana. Tips umi, masukkan 1 sudu teh minyak masak / minyak zaitun supaya proses melembukkan beras jadi cepat.

rebus sampai lembut

Lepas tu pergi mandi, dan solat. Lepas solat pergi tengok bubur dah mendidih. Potong kentang dengan carrot campak dalam periuk. Kalau bayam, jangan campak dulu. Potong je. Lepas tu rebus lagi dengan api sederhana. Stanby bekas untuk isi bubur kalau hantar anak rumah pengasuh la. Lepas tu pergi sambung bersiap. Lepas dah siap pakai tudung, mekap semua cantik-cantik masuk dapur balik dan time macam ni bubur pun dah siap masak. Masukkan bayam. Sayur lembut ni masuk last-last supaya zat nya tak hilang kalau masak lama sangat.  So tutup api . senang je. Dah boleh masak bubur hari-hari. Tak yah frozen-frozen lagi. time ni kalau nak blander pun dah boleh blander..


hari ni ada salad. Salad pun salad la. Yang penting sayur hijau

Anak pun takde la sembur-sembur masa makan.



bu..sedap!!

bak sudu nak makan sendiri!

sedap sangat pun berperang jugak ye??

Monday, June 17, 2013

Kuku panjang


Walaupun isu ni sensitif bagi sesetengah orang. Tapi please yaww..geli tahu? Lagi pun aku rasa sekarang ni, dah tak trend kot simpan kuku panjang ni. Sebab kebanyakan orang dh tau yang dekat kuku kita kalau panjang sikit pun dh ada kuman e-coli. Dah la tu. kau simpan kuku tangan sebelah kiri. Tahukah anda tangan kiri tu digunakan untuk cuci bhonthot?? Geli ar. Dah la tangan kiri. Lepas tu ada hitam-hitam. Kembang tekak aku type ni. Unless kau tak cuci bhonthot lepas membuang atau istilah orang kebanyakan ‘tak cebok’  muahaha!


Haishh

Geli!

Nak kaler pun beragak la. Ramai je artis kaler kuku tapi tak yah simpan kuku pun. Tak up to date la kau ni. Seriously kalau aku tengok orang yang simpan kuku panjang ni rasa kesian timbul dalam hati. ish..ish.. kesiannya… mcm orang kampung…er kampung..err… ehh!! Jap jap. Aku pun orang kampung gak. Tapi rajin-rajin la cari maklumat. Tambah ilmu. Supaya jadi orang kampung yang berilmu bukan yang low class yakni kesian. Lepas tu kalau nak jadi hipster kena la perhatikan dengan mata hati trend artis. Ini tak. Kalau bukak facebook  sibuk tengok artis k-pop. .. aku dah google gambar artis kpop. Kau tiru diorang ar ni simpan kuku? Ok fine. Tapi kuku diorang putih. Kau punya hitam. Takkan diorang makan kuman e-coli kau pun nak makan??

Jangan nak claim diri sendiri hipster wannabe kalau kuku pun panjang. Kesiah dowh! Haa kan bahasa rempit dah keluar.

Lepas tu kalau kau tu ibu, jangan la simpan kuku panjang. Nanti masa ‘cebok’ bhonthot anak kau melekat lak cebisan-cebisan tu kat kuku. Pastu kau masak makanan untuk anak dengan suami makan. Macam manalah satu family tak benak? Haishhh..

Haa lagi satu! Kalau kau nak simpan gak kuku panjang kau yang hitam tu, tolong jangan sibuk nak suap anak orang makan. Cubit kuih guna kuku panjang kau tu. eee aku tumbuk gak muka kau kang! Kau nk ternak  e-coli sorang-sorang dah ar. Jangan nak sebar dekat anak orang lain. Hangin je aku tengok. Dah la tergaru-garu guna kuku berkenaan. Eeeee!!!


Dah..dah gi potong kuku!

Ok la. Sebagai menghormati hak asasi manusia aku redho je kalau kau nak simpan kuku panjang. Tapi pastikan bukan di tangan kiri DANNNNNN pastikan bersih dik? boleh? Bersih dan putih la at least kan. Jangan kasi nampak taik-taik hitam tu. Jijiksssss

ini kuku itik

Thursday, June 13, 2013

Demam panas dan hospital

Mata masih lagi mood panda. Kena cari krim mata pulak lepas ni. @__@ bukan apa. Arrazi baru baik demam. Demam yg panas dan mencuakkan naluri keibuanku.  Mula-mula dia start sakit mata dulu . Taik mata penuh sampai melekat-lekat. Kesian. Tiap minit kena check mata supaya taik mata tak kering. Kalau kering nanti dia mengamuk sebab mata tak boleh bukak. By the way, ini jugak menjadi pengajaran buat kami suami isteri supaya lebih fokus pada anak. Kami banyak berjalan sampai tak kisah sangat kalau anak dah tunjuk tanda-tanda tak sihat. Sepatutnya kalau dah ada tanda sakit, elok duduk rumah jela.

Nasihat doktor kalau anak sakit mata yang tidak serius  - titikkan susu ibu ke dalam mata anak. Buat sekerap yang mungkin.

Dipendekkan cerita lepas 3 hari mata dah tak bertaik atau merah lagi. Tapi....dia demam pulak. Haih poor baby. Ibu pujuk arrazi, ni demam sebab nak besar. Orang nak membesar memang banyak dugaan.. boleh pujuk anak gitu? hehe

Masa demam tu menangis sampai tak nak makan dan minum. Hari kerja, Umi call dari rumah suruh balik sebab dia dah tak terkawal. Mungkin lapar sebab tak minum susu langsung. Padahal pagi sebelum ke ofis, badan cuma suam-suam  dan masih mahu menyusu lagi walaupun direct bf. Lalu bergegaslah aku balik. Bila balik rupanya dia nak menyusu direct. Aku kena masuk ofis balik so bawak dia skali datang ofis. Memang tak boleh buat kerja sebab dia nak berdukung dan merengek. Mungkin sebab badan tak selesa. Nasib baik cuti sekolah, kerja separuh hari je. Balik kerja, terus bawak dia ke klinik.



Doktor check suhu, 39.5. sangat tinggi. Patutla dia tak happy dan cranky. Lepas tu doktor advise beli temperature supaya dapat pantau suhu anak. Mujurlah esoknya cuti israk mikraj. Dapatla aku jaga dia dekat rumah. Doktor terangkan cara penjagaan bayi semasa demam.

  1. Sentiasa bagi ruang pada badan supaya badan dapat disejukkan. Kalau boleh pakai baju yg lubang-lubang atau tak payah pakai baju langsung.
  2. Basahkan kepala dan badan kalau suhu dah tinggi. Contohnya kalau rasa badan anak panas dan suhu lebih dari normal, tak perlu panik nak lekas-lekas ke klinik. Basahkan kepala dan badan, kemudian pantau suhu. Dalam masa 4 jam, masih lagi maintain panas, sedangkan ubat dah makan baru bawak ke klinik.
  3. Doktor pesan, yang penting jangan balut badan dia. Tak perlu guna selimut tebal sebab demam panas tak sama dengan demam selsema. kalau balut badan dikhuatiri panas terkepung dalam badan dan tak dapat dikeluarkan.


Gitulah pesan doktor. Kami pun buat macam apa yang diberitahu doktor. So relaks jela arrazi tido pakai pampers je. Bila suhu turun, aku selimutkan dia. Bila panas, basahkan badan, bukak selimut balik. Masuk hari ke 3 iaitu tengah hari Jumaat, demam dah ok.

Tapi badan dia tumbuh bintik-bintik merah. Mula-mula perasan dekat pipi. Malam tu bintik ada dekat leher. Sabtu pagi satu badan penuh. Panik lah kami sebab mula-mula ingatkan campak. Tapi aku ni jenis kalau apa-apa pun mesti check doktor. Pastikan dulu sakit apa. Tapi aku tak suka makan ubat. Check sekadar untuk pastikan keadaan tak serius. Ubat tu kalau ada alternatif lain aku memang tak bagi arrazi makan pun. Bila bawak ke klinik, doktor cek darah. Platlet rendah. Dia bagi surat refer hospital sebab suspek denggi. Maka kami pun bergegas ke hospital. Ingatkan nak dapat rawatan biasa rupanya kena tahan.


ruam penuh satu badan

Maka bermalam lah kami satu malam di hospital.  Doktor ambik darah untuk pastikan betul-betul apa sakit anak saya ni. tapi disebabkan dia aktif dan menjerit-jerit sepanjang dekat hospital, awal-awal lagi doktor dah cakap, kami rasa ini bukan denggi. Sebab anak kamu aktif dan happy. Ape pun still kena tunggu laporan darah. Ok fine doktor.

Arrazi ni ada satu pe’el kalau dah tiba time mandi dia mesti kena mandi. Pagi selalunya around 9.30-10 am. Kalau petang 4.30 – 5.00 pm. Rasanya semua budak macam tu kot kalau kita dah biasakan dia dengan time mandi atau makan. Cukup time dia tuntut. Tak kira lah kau tengah jam ke, dalam kereta ke.. Kalau jam dah tunjuk waktu tu kita still tak mandikan dia, dia punya cranky satu macam. Menjerit, menangis  sampai semua rimas. Lepas mandi, bagi susu terus mata pun kuyu.

Masa dekat hospital, dah settle mandi, makan dia tidur sampai pukul 10 malam. Ibu dengan ayah arrazi dating tepi katil sambil main candy crush. Best jugak. Walaupun kerusi malas yang disediakan tu kerusi hampir bolos. Tapi nasib baik tak bolos. Maknanya berat badan  ibu masih stabil. hihuhihu

kerusi bolos

Bila dia dah jaga, satu hal pulak nak tidurkan dia. Dia dah cas tenaga, kemain aktif lagi. Katil tepi tingkap dapat la menikmati pemandangan malam bandar Klang. Seronok dia. Padahal mata ibu dah bepinau-pinau. Mengantuk gila! Taktik untuk bagi anak tidur balik, gomol dia sampai letih. Dukung dan bawak dia pusing hospital tengok baby-baby yang tak sihat tu. Riuh mulut dia menengur. Nurse yang bertugas pun sibuk dia ajak borak. Nasiblah nurse semua baik-baik dan yang penting cun. Haha. Tiap kali nurse datang cek, mesra alam betul anak aku menegur. haih..

bulat mata dia bila tunjuk kucing ni

peneman ibu sementara tunggu Arrazi  bangun tidur. Boring tahu?

lampu katil hospital yang antik


Walaupun saya  keletihan dan mengantuk akhirnya pukul 1 pagi baru dapat tidur sebab tak biasa uolss tido kat spital ni. tambah-tambah pulak kejap-kejap dengar baby menangis kena sedut kahak. Kesian sangat. Actually ada baby yang sakit paru-paru rasanya. Tiap beberapa minit nurse akan masukkan tiub untuk sedut cecair dalam badan dia. Dan dia akan terbatuk-batuk keras sebab orang jolok kerongkong. Haish tak sampai hati nak tengok. Kesian.

menikmati keindahan malam bandar Klang


Esok pagi, dah siap-siap mandi doktor datang check, dia cakap darah semua dah naik, so puan boleh balik. yippi yippi yayyy!! 



Main-main sementara tunggu ayah datang ambik


So kepada semua ibu-ibu, bersyukurlah jika anak kita sihat. Sebab dekat hospital ramai sangat baby yang sakit teruk-teruk. Insaf. 

Terima kasih kepada doktor dan nurse yang menjaga baik kami berdua sepanjang di hospital. semoga Allah balas kebaikan yang anda buat dengan kebaikan juga. amin...

Thursday, April 25, 2013

Say goodbye to frizzy hair. With  #SunsilkSmoothManageable, I can put all my hair woes behind!


Sunsilk Smooth Manageable



Wednesday, April 3, 2013

Mengarut


Minggu lepas ada sorang kawan telah berkahwin dan saya pun telah mengangkut keluarga kecil saya bersama dengan seorang adik saya ke kenduri berkenaan. Kami semua agak terlewat sampai kerana anak kecil saya telah berak semasa kami semua sudah siap nak keluar rumah. Setelkan dia dulu barulah kami semua keluar. Disebabkan kelewatan tersebut kami jumpa pengantin yang tengah sarung tuala sebagai tudung sebab dia dah lewat nak solat zohor. Lepas makan sekejap. Laga laga pipi kejap kami pun bergegas pulang kerana anak kecil saya telah mengamuk di bawah khemah.

Disebabkan masih awal lagi nak pulang rumah suami saya telah membawa kami masuk hutan. Suasana memang hutan kiri kanan. Tapi tiba-tiba eh ada pantai! Maka kami pun berhenti seketika untuk buat family photoshoot  kerana pemandangan yang sangat  cantik.





 Pantai Kelanang, Banting

Sapa-sapa nak shoot gambar kahwin pergila sana. Cantik!

Friday, March 8, 2013

Lulur Bedak Rambai Dahlia

Nak bagitau khasiat dan kebaikan lulur ni. Saya pakai dari zaman anak dara. Memang terbaik! Untuk hilang daki, alhamdulillah! Lepas bilas terus terasa kesan dia. Sangat sangat mengagumkan.

Masa dalam pantang benda yang paling aku suka ialah bertungku, urut, mandi air daun (serai dan inai) dan paling di tunggu-tunggu ialah melulur! Percayalah ia boleh menghilangkan kemurungan juga. Kemurungan?? Tak... macam ni. Masa awal-awal bersalin saya stress sangat sebab bawah sakit, atas sakit semua sakit. Tension! Bawah sebab luka jahitan. Atas sebab anak baru nak belajar menyusu. Lepas tu bengkak susu. Sampai nangis-nangis. Lepas tu kena marah dgn mak. haha. Dia cakap orang dalam pantang tak elok bersedih.

So bila kita dapat makcik urut yang best, dia urutkan badan, mandikan air daun, ditambah dengan banyakkan zikir.. alhamdulillah perasaan menjadi tenang. Lepas tu tiap hari tertunggu-tunggu makcik urut datang. Tak sabar nak mandi nak lulur badan. Sampai suami tegur, lepas mandi awak nampak sihat. Tak macam orang sakit! :)


 Harga pun affordable. Sebungkus RM8.00 (tidak termasuk postage RM6.00/ 8.oo sabah serawak) total baru RM14.00. Yelah benda ni pun pakai kalau seminggu sekali boleh tahan 2 bulan. Kalau pakai hari2, sebulan pun cukup. Pelaburan yang sangat berbaloi.  Masa dalam pantang saya pakai hari-hari. Sekarang sebab dah start kerja, anak pun dah pandai demand nak kita sebelah dia je, so seminggu sekali.

Amazing things pasal bedak ni sy perasan parut dah makin pudar. Masa mengandung sy didatangi (seramnya !) jerawat yang melampau terutama bahagian belakang badan. Bukan setakat belakang badan, dekat muka lagi bercambah-cambah. Lepas beranak, ting!! magic jerawat dah tiada. Yang ada kesan parut. Hari-hari gosok dengan bedak rambai. Alhamdulillah beransur hilang. Saya pakai jugak dekat muka. Tapi tak selalu. Sebab lulur ni tekstur dia kasar. Tak elok untuk kulit muka yang lebih nipis dari badan. Kalau kita scrub dengan benda kasar nanti muka cepat kedut. Nak? mestilah tak nak. bihihi

Kalau compare dengan lulur dekat kedai, lulur ni 100% original bedak rambai. Takde buih. Sebab yang dekat pasaran tu selalu dah bercmpur sabun i think. So kesan dia macam tak berapa nak umphh! Lulur Bedak Rambai Dahlia ni takde bahan kimia. So dont worry!

Disebabkan kesan dia yang menakjubkan, saya ingin kongsi dengan semua orang. Benda baik haruslah dikongsi. Dengan izin Allah perkongsian ini dapat membantu anda yang mempunyai masalah sama dengan saya.

Kepada yang berminat sila lawati facebook page Ameera Collection's atau

SMS or whatssup 017 277 5324 untuk pertanyaan atau pembelian. Rajin-rajin melawat page Ameera Collection's ni sebab diorang selalu buat contest or sale and ada sample free jugak kadang-kadang tau!

Insya Allah berbaloi baloi :D




4 months

Phewww dah lama benor tak menulis dekat sini. Selalu dah type-delete balik-type-delete balik. Rasa macam tak payah lah mengadu dekat blog, baik mengadu dekat yang maha esa. buahahaha

Alhamdulillah Arrazi dah 4 bulan. Sihat. Aktif. Makin Sihat. Makin gelap. Anak ayah lah katakan. Ape pun yang paling penting kesihatan dia. Syukur ya Allah. Semoga dia akan terus diberi kesihatan yang baik.

Seronok dengan perkembangan dia tiap hari. Dah pandai demand nak puting. Tak dia tak demand tapi sebab asik cranky sepanjang hari bila sumbat puting terus senyap. Lepas tu dah pandai tak nak pakai stokin. Dia akan tolak-tolak-tarik dengan kaki sampai stokin tecabut.

emm....

kuasa nak menulis dah hilang. Marilah menyaksikan gambar arraz :)


















Monday, January 14, 2013

change


Adik aku pernah tegur aku, kak hang lepas ada anak ni perangai dah berubah kan. Dah alim. Tudung dah labuh, baju dah tak ketat. Aku jawab ha bagus la kan. Bila lagi nak berubah. Kalau dah ada anak pun tak berubah lagi tu yang patut pelik. Dia mencebik.

Betullah kan? Kadang-kadang manusia ni perlukan sebab untuk berubah. Ada yang jenis tidak perlukan sebab. Tapi jarang sangat jumpa. Selalunya mesti target lepas kahwin aku nak pakai tudung. Lepas kahwin aku nak solat penuh. Lepas ada anak aku nak pegi kelas agama. Kalau sampai hajat, panjang umur Alhamdulillah. Kalau tak dan kahwin, tak dan dapat anak ajal dah sampai macam mana? Ok itu wallahualam.

Apa yang pasti perubahan tu perlu. Sampai bila nak hidup dalam jahiliyyah? Macam apa yang aku lalui. Dan orang lain jugak rasanya. Bila ada anak, kita akan pastikan semua yang terbaik untuk anak. Doa hari-hari supaya dia membesar jadi anak yang soleh, solehah, tahu tanggungjawab terhadap agama, ibu bapa, adik beradik, membesar dengan sihat.

Dan sebagai ibu bapa yang mahu kan terbaik dari semua segi untuk anak-anak nya, mereka kena lah jadi yang terbaik dulu kan. Kalau nak anak soleh solehah, diri sendiri mestilah soleh solehah dulu. Mestilah cukupkan solat yang rongak-rongak tu. mestilah kurangkan mencarut. Mestilah kurangkan panas baran. Mestilah menutup aurat. Sebab apa yang mak ayah buat itulah yang anak-anak akan buat at first place.

 Jadi perubahan yang positif, ditambah doa yang berterusan dan istiqamah dan bersangka baik dengan Allah insya Allah hasilnya positif.

Jyeahhh!

Wednesday, January 9, 2013

What say u?

2010 kenal semula
2011 kahwin
2012 mengandung
2013 ada anak

kita memang merancang. Namun apa yang terjadi itulah perancangan Allah. Sapa yang tau ini ke yang aku nak?Kahwin dalam keadaan masih lagi nak enjoy. Belum puas travel. Belum cukup duit. Kononnya dulu nak pergi umrah dulu baru nak fikir pasal kahwin. ternyata kegatalan lebih menyerlah disini >___<

However it is, syukur Alhamdulillah. Allah ternyata Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dia beri pasangan dari kalangan orang yang kita tak ingin pun nak pandang supaya kita sedar Dia berkuasa untuk ubah segalanya. Jangan terlampau riak dgn apa yg kita ada. Dia beri anak saat hati masih mahu enjoy supaya kita tahu apa itu tanggungjawab. Dan paling manis dapat enjoy jalan sana sini dengan anak dan suami. Dapat sama-sama belajar perbaiki diri dan improve semua segi.

Harap tahun ini berjalan lancar. Insya Allah.

Tuesday, January 1, 2013

Nappy Rashes

Masa baru lahir badan bayi bersih tanpa kesan luka/calar/kudis dll. Kebanyakan bayi macam tu. Same goes to arrazi.

Tapi akibat tiada pengalaman dan mengikut cakap orang, kita pun guna semua kemudahan yang ada especially bab2 bersihkan semasa salin lampin.

Mula-mula aku memang guna 100% baby wet tissue. Except time mandi la kan. Masa mandi je cuci betul2 dengan air dan sabun. Tapi masa tukar lampin biasa saya guna wet tissue, letak bedak sikit dan ganti lampin baru.

Ternyata akibat dari perbuatan itu, bahagian sulit dia tumbuh ruam yang teruk. Melecet. Kulit merah dan tertanggal. Eh teruk sangat bunyi nya. Yela teruk tp bukanla teruk mcm kena api. Tapi sekali pandang memang macam kesan kena api.

Saya pun jenuh fikir. Masa kena tu lebih kurang hari keempat dia lahir. Nurse belum datang rumah lagi. Kesian sangat dekat dia. Kena air je muka tahan sakit. Saya macam agak2 je mungkin kesan penggunaan wet tissue. Saya pun tukar kaedah dengan  cuci guna air (spray) dan tisu biasa. Nampak berkurangan. Tapi slow sangat luka ruam tu nak baik. Umi suggest pakai krim untuk nappy rashes which is yg biasa guna untuk anak-anak jagaan dia ialah . Drapoline. So pakai drapoline. Lama jugak la nak baik.

Mak mertua suruh pakai minyak gamat. Tapi umi cakap nanti kulit jadi hitam. oh tak hensem la anak ibu nanti. So teruskan pakai drapoline. Lama sangat nak baik.

Try pakai tepung ubi jugak. Tapi arrazi tak sesuai. Naik jugak bijik2 air tu.

Bila dah baik, cousin cadangkan pakai minyak kelapa dara. Sapu lebih kurang dua ketiga titik dekat kawasan sulit dia tu. Alhamdulillah. Memang takde kesan nak tumbuh bijik2 air dah. Tapi virgin coconut oil ni memang mahal la. Benda bagus maa! kita letak pun sikit-sikit je.Tp alhamdulillah. Magic. Berkesan.

Tapi jeles dengan beeha. Dia pakai tepung ubi je. Badan gebu elok takde ruam. Tepung ubi murah, bajet sikit. Umi cakap anak aku sesuai dengan produk mahal-mahal je. Hummm.. nanti dah besar sikit kita tukar tepung ubi ye.arrazi.

So pengajaran nya kepada bakal2 ibu jangan jadi macam saya. Always use real water while nappy changes. Tak sampai hati tengok kulit anak melecet. Sakit woo! Asal nak basuh je dia melalak. Pedih kot.
And try guna minyak kelapa dara dari awal. Memang berkesan!