Friday, January 29, 2010

Sesuatu dari email untuk dikongsi

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu

disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta W aja yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu
perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.



Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut.



Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat
hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi
berdiri.. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan

dan terus memarahi Anak kecil tadi :
" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut..

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".



Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ.. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik tolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.



Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda.

Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
(aku sayu dengan ayat ini..)
Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.



Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .



Pengajaran


Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara

Monday, January 25, 2010

Typical malay man

Ini adalah tulisan tentang pendapat sendiri. Dari pandangan mata sendiri. Mungkin sebahagian saja betul sebahagian lagi kurang betul. Ditulis dengan emosi yang sangat stabil..

Typical malay man..

Apa ciri ciri mereka?
Bila dapat kerja dengan government,mereka happy seperti dunia ini mereka yang punya.. Duit adalah untuk  enjoy.melepak.rokok.awek. Jarang sangat dapat menyimpan. Bukti?? Bila mahu keluar kereta bayar down payment pakai kad kredit. Tak kisah nak bayar interest ke hapa yang penting aku mahu bergaya sama kereta baru. Baru pakai kereta dua hari dah sibuk nak pasang tinted tukar spot rim baru. Takpe. Kad kan ada. Interest hutang keliling pinggang pun aku peduli hapa. Yang penting aku mahu nampak hebat dalam kereta sendiri. Pasang speaker gedebuk gedebak dum dam lalu depan awek kepala goyang goyang. Biar pape asal bergaye.. Awek mesti mantap. Mesti hot. Bila nak kahwin buat pinjaman. Mas kahwin naik 3 ratus merungut. Tapi nak yg hot! Tipikal malay man memang macam tu. Semua orang tau!

Sebab tu bila aku aku tegur lelaki yang dah pakai kereta hampir 2 tahun kenapa masih belum tinted kereta masih belum tukar spot rim? Dan jawapannya aku dahulukan yang penting. Aku tau mereka ini bukan tipikal. Kan? Sebab tu aku macam pelik bila ada orang mampu beri duit hantaran dengan duit sendiri bukan pinjaman...

Kalau aku ada sepuluh orang kawan lelaki, jamin la 8 orang mesti perangai tipikal malay man!

Tapi kalau kau bukan ciri ciri tipikal malay man, tak payah la terasa kan? ;p

Thursday, January 21, 2010

budak budak nih!

Budak budak
kadang kadang menyakitkan hati
tapi itu kadang-kadang
sebab
selalunya mereka lebih menghiburkan
sangat!
tambah yang baru nak pandai cakap
pelat hujung lidah

'hari ni kita tak jadi main kat luar, sebab hujan'
*ala uztaz...dah 2 minggu saya tunggu saat macam ni.
nk main jugak!!
tedengar hari tu masa lalu kat kelas diorang..

comel!

tak kisah la. main kat tempat parking pun
janji main!
jiwa diorang cuma ada seronok!
fun is priority!

masa orientasi tahun satu 3minggu lepas,
sorang budak nih siap halau mak ayah dia
tak payah tunggu..
halau cam biadap plak
bukan halau
dia kate
umi dgn walid tak perlu tunggu
mimi okey!
hah!
tu budak zaman sekarang weh..

kalau aku lalu koridor time diorang nk keluar kelas ramai ramai
aku bunyi hoonnnnnn panjang
suh ketepi la maksudnya..
budak budak tu bole hon aku balik, siap high beam
pastu cakap..
kenderaan berat sebelah kiri...
hampasss okey!

bila tengok kecomelan mereka
macam terbayang bayang muka anak anak aku nanti...

entry aku semakin keibuan.. ;p


kalau ada masa tonton la adik adik saya okey!

Tuesday, January 19, 2010

Ciri ciri jejaka idaman ;p

Kawan baik jenis perempuan cakap,

Sabar ya kawan.
Jangan dipaksa hati itu.
Mari kita doa,
Jika ia untuk kamu, dekatkan dihati kamu, mudahkan urusan kamu.
Jika bukan untuk kamu, bawa jauh ia dari mimpi, angan angan dan realiti kamu.

ni semua pasal kes blind date weekend lepas la. Eh sumpah! aku pergi bukan dengan harapan tinggi menggunung tau. Dah kawan baik jenis perempuan di ofis yang sibuk nak sangat aku berkenalan dengan kawan baik jenis lelaki dia. Aku layan jela. Serius ni. Sebab minggu lepas dan minggu sebelum sebelum tu memang aku dah tekadkan keazaman dalam diri tak nak dan tak mahu fikir sehingga stress tentang masalah hubungan samada single double atau triple.. ya..triple! takut sungguh dengan triple!

'dilla, bole ke akak nk bagi no kau dekat kawan akak ni?'
ada berderet jugak la soalan aku tanya dia...last sekali angguk jelah..
itu pun sebab dia sound..
'beb! aku nk kau kawan je dulu bukan suruh kau kawen!'
....fine..

kalau boleh...

aku mahu yang tinggi. Lebih tinggi seinci dari aku pun tak pe. Sebab aku tak bleh blah la kalau boy friend nanti aku boleh nampak dengan jelas pusaran atas kepala dan judge mamat ni degil bebenar nih tanpa pakai high heels atau menjengket...haih...

dan yang lain lain aku cuma mahu  dia mampu menerima aku seadanya, boleh menjaga makan pakai tanpa perlu pinjam sana sini dan boleh bimbing dunia akhirat dah cukup..tak banyak pun. sikit je..boleh dapat ke?

dan kalau boleh aku mahu biarlah dia yang aku macam tahu dia untuk aku...



lepas ni tak nak blind date lagi...pls?

sambung kawan baik lagi...
Dan, kita berhenti bicara soal ini seketika. Hingga malam berinai. :D

Monday, January 18, 2010

kadang kadang cemburu dgn si adam...

Setiap bulan aku penat merasa ni semua

tiba tiba rasa perut berputar putar
berdebar debar
rasa sayu...sayu macam bila tiba waktu senja
rasa mahu menangis tanpa sebab cry me a river dalam toilet sensorang..
rasa semua benda serba tak kena
akan tiba tiba rindu kenangan lama..
rasa down to earth yang melampau lampau..
sebak yang tiada penghujung
adakala mahu beri pelempang saja pada orang sekeliling terutama bos
rasa mahu peluk saja kawan baik jenis perempuan
rasa nk buang semua
nk campak semua!!!!
semua!!!

itu yang hampir semua perempuan rasa bila tiba musim pms kan?



mereka mencari mencari sesuap rezeki

Friday, January 15, 2010

status fb kwn saya hari ini..

Perlu ke lelaki dan perempuan share duit hantaran?

Ada orang cakap lelaki dgn perempuan perlu share duit hantaran bila bakal suami tak mampu. Sebab suka sama suka. Jadi bila berduka pun kena kongsi sama sama.Maksudnya duit pun kena kongsi juga...Setuju ke?

Bagi aku la, duit hantaran tu 100% tanggungjawab bakal suami. Duit itu menunjukkan si lelaki betul betul komited dengan perkahwinan tu. Kalau dh awal2 pn mintak share, nanti dia senang2 pijak kepala isteri. Pijak kepala tu maksudnya, em..fees sekolah anak, bil bil dlm umah you bayar sebab duit i nak tukar sport ream caldina kekasih hati i tu.. Kalau sebulan kita tolong bayar, next month i nak tukar cat baru la, u tlg bayar lagi semua bil2 kita baby? haa!terbaekkk!

For me, kita letak duit hantaran ikut kemampuan bakal suami kita. Kalau 8k yg dia mampu then tak boleh buat ape la. Dah itu yang dia mampu. Lebih elok dia tak berpura pura dari nk buat loan semata mata nk majlis yang grand dan duit hantaran yg tinggi  konon mahu jaga air muka. Yang penting dia ikhlas dan komited terhadap perkahwinan tu.

Kalau nk jugak letak 10-20k cuba bagi dia time frame macam i bg u masa 2 tahun lagi. kalau u betul2 nak kat i, tolong simpan duit. Kalau dia betul2 sayang n rasa tak de masalah nk dapatkan jumlah tu mesti dia akan berusaha dapatkan amount yg tinggi tahap anak2 kerabat tu...

Aku dah ada pengalaman tengok org terdekat yang memang dahulukan duit sendiri. So benda ni memang akan effect jangka masa panjang. Sekarang mungkin kau tak kisah, esok lusa we cant predict. So better now then never. haha ada kena mgena ke?

* kepada yang mahu berkahwin jgn lupa buat ujian talasemia okey! Selamat pengantin baru!

Thursday, January 14, 2010

ABC cekodok basi...bangun pagi tak gosok gigi.. hehe

Cerita ni aku pernah baca dalam satu magazine masa kecik2 dulu...


Seorang ibu dalam kereta bersama anaknya Aiman. Tiba di satu simpang dia stop kan kereta dan turun untuk membeli kuih dan goreng pisang di gerai tepi jalan. Sambil memandang kuih2 yang tersusun atas meja dlm hati 'Emm...semuanya nampak biasa' Tapi ada satu kuih telah menarik hatinya untuk membeli. iaitu cokodok pisang. Masih panasss...Dia pn 'kak, kasi cekodok pisang panas tu 2ringgit....lps bayar dia pun blah..

Sampai di rumah, terkocoh kocoh dia ke dapur sambil  menjerang air panas. Uii...ni kalau makan di 'gu' kan dengan teh o panas berasap asap tu memang kaw pye! Bila semuanya dah siap terhidang dipanggilnya Aiman minum sekali..'Mari nak kita minum'... Bila anaknya sampai di meja.... 'kuih apa ni mummy? dah la hitam, pastu macam tak sedap. Bulat bulat macam bola golf kena jatuh dalam kicap. eee yakksss! Aiman nak new york cheese cake! waaaaa!!!...sambil menekan nekan dan menolak nolak dengan jari telujuk kuih tak berdosa tu..ibunya hanya mampu terdiam...


Info  tentang cekodok pisang (dari pendapat dan pengalaman orang ramai)
- dibuat dari campuran tepung gandum dan pisang yg diblander hancur.
- digoreng dengan minyak yg perlu panas secukupnya
- nenek aku kata kalau anak dara pandai buat cekodok dengan rasa yang lemak berkrim dan lazat dan mampu membuat org makan tanpa sedar mak mertua lalu dibelakang maknanya dia telah lulus ujian untuk jadi bakal menantu yg disayangi.
- kalau dapat goreng dengan bentuk bulat bulat dan comel adalah satu bonus untuk menarik perhatian mertua


Bayangkan eh...sebijik cekodok tu sebenarnya adalah hasil usaha beribu ribu orang dalam dunia! dan bukan saja peluh makcik yang jual tu je minitis sebab sebijik cekodok tu, tapi ramai lagi peluh org lain menetes sama...

Kau bayangkan eh...

Mula mula mereka tanam gandum. Dah bepuluh orang terlibat. Kemudian bila gandum dah boleh di harvest, ia akan dibawa ke kilang untuk di proses menjadi tepung(bape puluh org lagi terlibat) . Selepas tu ia akan di packing kecik kecik masuk dalam kampit tepung untuk dipasarkan ke seluruh dunia (puluhan org lg). Dan tepung itu melalui satu perjalanan yang panjang sebelum sampai pada kita. Naik turun kapal. Lalu kawalan pos kastam dan imigresen. Kemudian masuk kontena kasi hantar kilang yang akan memasarkan tepung itu. Naik lori lagi. Pastu masuk stor kedai lagi. Pastu makcik tu beli  baru lah diproses jadi cekodok. Fewwww....ramai siot yg melibatkan diri!!

Itu baru tepung belum lagi cerita bab pisang, gula, garam dan serbuk penaik.

Jadi kau bayangkan kalau kau buang sebijik cekodok pisang tu tuppp...tergolek atas lantai.. Sebenarnya kau dah mengguris hati banyak pihak. Bukan saja semua orang orang yang disebut diatas tapi juga mummy yg dah bersusah payah masuk simpang untuk beli cekodok tadi


abang google
Kesimpulannya?

Anak dara belajarlah cara buat cekodok pisang utk tarik hati mertua...okey!

nota : aku rasa la..bancuhan cekodok tu pun bole buat lempeng pisang jugak. So dgn blajar buat satu resipi kau mampu buat DUA jenis kuih...jimat masa!

Tuesday, January 12, 2010

Ada sesiapa yang nak tambah atau tegakkan benang yang basah silakan....

Bila seorang lelaki cakap dia dah mula tak sayang, mula tak cinta maknanya apa?
Sebab perasaan sayang dah takde atau dah tawar atau dah tak masin lagi  ATAU apa?
APA tu maksudnya dia dah mula nampak YANG LAIN yang kononnya lebih baik dan dpt beri yang terbaik? atau apa sebenarnya....?

Emosi : Sangat baik

Kenapa aku timbulkan isu yang dah basi?

Sebab aku ada sorang kenalan lelaki. Dia dah bertunang. Bila lebih kurang beberapa bulan mahu dilangsungkan dia bilang sudah tak tahan. Tak nak berpura pura sebab pasti tak bahagia. Yang tinggal cuma rasa kesian sebab tu dia cuba bertahan. Aku macam faham. Macam kesian kat dia. Kalau tak boleh diteruskan tak pelah. Nak buat macam mana dah bukan jodoh kau dan dia...betul tak?

tapi...

bila aku dapat tahu dia (kenalan lelaki tadi) rupanya sudah menyimpan hati pada yang lain then only aku betul betul faham. Ini isu normal bila hati lelaki mula berubah bila dia jumpa orang lain. Tiba tiba saja rasa sayang hilang.. tak ke pelik. Tengah elok bahagia tiba tiba nak berpisah..pelik!!!Mula nampak kecantikan lain. Mula nampak senyuman lain. Dengar suara lain. Semua ini isu yang sama. Semua lelaki sama. Kemudian paling aku benci alasan yang sama! Kasih sayang hilang dari hati macam tu je. Hey sengal! Mana boleh hilang macam tu je. Dah kau beri pada yang lain. Sebab tu la kau dah tak nampak. Ape ke bodoh bg alasan bullshit macam tu!

Aku lebih suka berterus terang. Bagitau yang kau dah suka pada yang lain. Memang kenyataan itu perit. Tapi itu lebih baik dari alasan bangang! Dan nak berlaku jujur itu yang lelaki tak kan mampu buat. Betul tak? Lelaki...mana berani nak berterus terang. kalau kau letak sniper yang ada silencer kat leher dia pun dia lebih rela mati dari berterus terang yang hati dia dah beri pada yang lain...betul tak? ngaku jela wahai lelaki...

Lelaki semua sama. Fikir bagus saja. Macam la kau tu beri yang bagus semua. Habis nak yg bagus bagus sangat. Macam bagus.. Nak yang cantik cantik seksi semua pandang awek kau macam la kau tu hensem mengancam sangat..

Emosi sekarang : emo sikit!

Boleh tak kalau bila tiba tiba kau terasa macam ada nk tertarik dengan magnet lain kau cuba bawak bertenang. Dan fikirkan apa kelemahan kau tapi dah dikuatkan oleh siapa yang kau ada sekarang?
Cuba renung dalam dalam. Betul macam ada satu artikel aku baca mana nak cari cinta yang perfect dalam dunia ni melainkan kita sama sama berusaha untuk cantikkan hubungan kita.

Berbalik pada cerita kenalan yang putus tunang tu, aku dah tak kesian sama dia lagi. Semua lelaki sama je...

Aku tulis cerita ini dengan penuh emosi....



sedang habiskan ini...


tak berapa kick sangat macam ADAM...

Monday, January 11, 2010

Cerita tentang hero saya.. ;p

Dulu masa zaman duduk asrama sekolah menengah, aku jarang balik rumah. Sebab pihak asrama dah tetapkan balik 2 minggu sekali. Kalau balik pun aku macam tak berapa rapat dengan adik adik. Aku macam tak tau apa yang jadi kat rumah. Kalau balik aku banyak terperap dalam bilik atau berkepit dengan novel. Aku tak sedar bila adik adik membesar. Sedar sedar diorang dah pandai melawan cakap aku. hurm...

Ayah..em ayah...okey nak tulis apa pasal ayah...

Aku macam sedar banyak perangai ayah yang aku warisi. Baran. Keras. Kasar. Kaki gaduh. Kaki pukul. eh tak tipu je.. Keras sikit. Tak lemah lembut sangat. Nampak macam berani tp penakut jugak sebenarnya. Okey..

Ayah bercita cita tinggi. Tapi dia tak tohed. Bak kata arwah tok wan. Kita buat apa apa kena tohed. Perkataan sebenar tauhid. iaitu satu. Ala bahasa atuk atuk ni. Kena buat benda tu satu satu. Kemudian fokus. Dan jangan cepat putus asa. Ayah memang tak pernah putus asa. Tp dia tak tohed. Sehingga umur aku 24 tahun ni dah banyak projek yang dia buat tapi macam separuh jalan. Separuh jalan tu maksudnya dia akan stop bila projek tersebut ada masalah atau halangan. Cuba cari jalan penyelesaian tapi bila masalah lagi terus dia stop. Tapi bagi aku.... ayah beri ruang atau cuba tunjuk jalan pada kami anak anak dia untuk pilih bidang perniagaan apa yg sesuai dgn jiwa. Yang penting berniaga.

Masa aku kecik kami pernah ada sebuah tempat proses roti dan kek. Kami panggil kilang kecik. Dalam 4-5 tahun jugak. Lepas tu terpaksa stop sebab ayah kena tukar tugas ke tempat lain. Biasalah pegawai kerajaan. Sampai tempat baru kami usahakan lagi kedai roti. Tapi sewa kedai dinaikkan dan buat kami semput. Sedangkan kedai baru beroperasi setahun jagung. Kami stop. Tapi mencari tempat baru yang lebih berbaloi. Tanah sendiri. Bila ada tanah sendiri ayah buat projek baru. Kononnya sementara kedai siap, tanam rozel dulu. Jadilah aku dan adik adik gadis rozel. Memang mencabar! Sambil sambil tanam rozel ayah tanam serai dan bela kambing. Dah ada projek pertanian, kedai roti tadi dah jadi rumah..terbaekk!!

Pastu ayah kena tukar tempat kerja lagi. Lama lama kambing tak terjaga. Rozell dah kena tanam semula. Serai dah membesar tapi tak sempat nak jual. Eh macam2 la. Tergendala...

Lepas tu ayah kena tukar lagi tempat kerja. Makin jauh. Kat tempat baru dia buat lagi projek kambing. Tapi org cakap tak rasi. Bahasa kampung. Maksudnya tak serasi. Banyak kambing mati. Ada yg sempat sembelih ayhh sembelih. Kami tak larat makan daging kambing. Aku? Memang tak makan. Bau!

Banyak projek bukan bermakna banyak masuk. Banyak keluar itu confirm! tapi ayah mana serik. Yang penting minat dan cita cita! Ntah lah..

Dia ayah aku..

Dulu masa nak balik asrama, ayah cuma ada 1000 bath dlm poket dia. Dia kena bg duit belanja kat aku. Tengah malam kami keluar pergi rumah kawan kawan dia untuk convert kpd RM. Masa tu aku rasa sedih sangat...

Masa kecik ayah selalu bawak aku dgn adik adik naik basikal pusing pekan padang besar. Dia selalu ambik jalan jauh yang lalu depan kubur padahal dia tau aku ni memang penakut gila! Dia kuat mengusik.

Masa kami kecik dia akan kunyah makanan sampai hancur gila pastu suap kami adik beradik. Mak aku cakap macam bagi makan anak burung.. ;p
Emm.. tu dulu. Skarang? hehe

Ayah pernah cakap, kakak ni dasyat! semua boleh. Bersihkan serai tgh hujan boleh, panjat kandang kira kambing pn boleh..sebijik macam ayah! Aku? Mestilah kembang. Sebab aku jarang limitkan apa yang aku boleh buat. Aku buat selagi boleh. kalau rasa tak boleh aku stop. Tu jugak sifat ayah yang aku menurun.

Cuma bentuk badan maka kami adik beradik lansung tak menurun ayah. Semua ikut umi. Rangka besar. Sekali pandang macam kaki gaduh jalan ampang. haha! Ayah kecik je..

Kalau berdua dengan dia kemana-mana, ayah akan cakap ni makwe saya!

Dulu dia best student masa di sekolah. Pernah dapat tawaran ke India buat medic tapi ayah tolak sebab?
Dia benci dan tak suka bahasa Inggeris..haih...sekarang dia suka nk speaking dgn kami adik beradik walaupun speaking dia adalah speakang..

Kalau balik kampung beraya rumah sedara mara, ayah akan cari orang yang paling tua dalam rumah tu dan bagi dua tiga ringgit pada diorang. Dan aku nampak diorang tersenyum senang...

Kalu balik kampung jugak ayah jarang lepak dengan geng2 senior (pakcik2). Dia akan join anak-anak buah main bola sepak kt halaman.

Dia pemakan ulam yg tegar. Apa jenis ulam. Kalau tak de ulam masa makan dia boleh mengamuk! macam kambing..paling tidak pun cili padi. fine!


Okeylah...

Selamat hari lahir ayah! 11/1/61..ayah selalu bangga sbb birthday dia sama dgn siti. yelah..

Semoga hidup anda dirahmati Allah. Walaupun hidup kita tidak mewah tapi kita bahagia. Tak pelah sekarang bukan rezeki ayah lg untuk jadi jutawan. Paling penting kami tak pernah nampak ayah duduk goyang kaki kat rumah dan kami tak pernah kebulur. Kami selalu nampak ayah bekerja. Budak budak semua suka ayah. Sampaikan cucu ayah panggil abang.. cucu? Erkk...anak sepupu sepupu aku la! Semoga terus setia pada umi. Dan kamu nampak seksi bila dahi berpeluh dalam uniform kerja..hoyeah! ;p

nota : nanti mesti adik adik aku yg baca blog ni gelak2 pastu nk sindir2 kat umah..benci!Sebab tu aku jarang  nk buat luahan hati jiwang2 nih...

Friday, January 8, 2010

Guna suara kecik anda dan cakap 'tak sakit..tak sakit!' ;p

Sederhana itu indah
yang sederhana itu kadang kala paling bagus
less is more!
ada yang cakap cantik yang sederhana itu selalu menarik perhatian
makan secara sederhana dapat mengontrol badan dari gemuk melampau
ada orang  mencari yang sederhana
yang sedang sedang saja
yang penting dia setia..hihi

tapi bukan semua orang suka yang sederhana
ada orang mahu yang extraordinary
tak pandang yang simple simple
tak layan yang less is more
yang sedang sedang  ni tak main ar...
apa apa nak yang maintenance tinggi
kalau main counter strike mesti aim high achiever
mesti nak yang bukan dia je tak berkelip pandang
nak yang orang lain pandang mesti  berkali kali..
barulah macho
barulah sejati!

tapi betul jugak
kalau kita beri sederhana kau ingat bole dapat extravaganza ke?
mungkin at some point sederhana itu baguusss.....yes.
tapi kalau dalam kerja
dalam perhubungan
dalam hidup
susah jugak kalau usaha nk sederhana tapi mahu hasil yang gempak gempak
kan dila kan? *senyum...

Jadi beri setakat yang termampu
kalau yang paling tinggi itu yang kau mampu  capai, usahakanlah..
mengeluh aja tak kan jadikan jalan cerita kau tu terhot dan paling panasss...
setakat suam suam tak syok..teh o suam mana best!
mesti yang kalau panas panas berasap tuh baru best!
kan dila? *sengih...

Paper dah habis. Tu yang macam over excited sebab cuti lama nih....
Dah bersusun jadual nk buat apa sepanjang cuti semester ni. Best!
Tapi tak nak tunggu result. Dah tau. Tak kan dapat extraordiniary ke extravaganza ke extra size ke...
Memang tak akan! Tak nak mimpi dan malas nk mimpi pon. Dah tau dah. Melihatkan kesungguhan aku tidur masa time study. aku yakin dan pasti keputusan nya macam mana...emm tengoklah nanti. Cuma tolong jangan nangis dikemudian hari yeh...

Tuesday, January 5, 2010

Sedikit catatan peribadi. Not a big deal!

Hari kelima dalam twenty ten..Permulaan tahun ni tak berapa mengancam. Tak rock sangat apatah lagi cool atau hot..haih...Banyak sangak perkara pelik dan jelik. Weird.....

1. Tahap kelupaan aku makin melampau. Dah sebijik nenek nenek. Nak kata pelupa sangat tak jugak. Tapi macam banyak berkhayal berangan ke ape tah. Ada je benda yang lupa nak bawak la, lupa nk ambik, lupa nk buat. Paling teruk kalau melibatkan customer. So effect pd kerja. Boringlah.. awal2 tahun prestasi macam menurun ke hapa. Kena tegur dgn bos. Kawan2 cool! Diorang suka gelak. Untung la kawan2 jenis tak cakap belakang. Aku bertuah utk itu. Tapi  haih bosan. Sendiri rasa kurang motivasi..... Aku tak berapa percaya benda ni. Tapi aku berazam akan kunyah kismis saja sepanjang tahun ni. Mana tau dengan izin Nya aku cam jadi pengingat yang hebat!! yeah.....!

2. Cemburu dengan orang sekeliling. Bila borak diorang nampak bersedia sangat untuk masuk tahun baru. sebut umur pun baru. Sedangkan aku masih tersasul sasul sebut 'tahun depan' tanpa sedar tahun depan tu sebenarnya tahun ni...Ramai budak baru masuk. Terpaksa bahasakan diri 'akak' sebab diorang muda sangat. Sangat! umur 20,21,22....mudanya...Akak baru 24...rasa pedih ulu hati..ngilu!

3. Lately ni aku tak berapa fikir sangat pasal status yang masih single di kala orang lain sibuk membina masjid. Sebab single itu indah bila dikelilingi dengan banyak benda yang perlu dibuat. Tapi tak banyak sangat benda yang penting. Okey tipu je. Kadang-kadang yes ada jugak sunyi boring sebab takde pasangan. Its not a big deal. Kepala lebih ringan dengan kehidupan sekarang. Tapi semalam....
kawan baik ajak mandi bunga... Emmm tak sure apa signifikan nya perkara tersebut. Tapi kalau itu membantu apa salahnya.. Mak on je! hihi...

4. Selain daripada hal umur yang dah masuk 24 (ngilu..), dalam kepala cuma fikir macam mana nk jadi kaya..Aku macam kurang sangat berfikir bab nak menghabiskan duit. Dah lupa cara nak bershopping dengan berhemah. Dah lama tak tengok wayang.. Kerja. Hujung minggu kelas. Balik terkangkang penat. Study pn jarang jarang sebab banyak main dan tidur. Main mata..tonton tv yang makin tah pape rancangan nya.. Sekolah bukak mula kan projek sandwich. Business dah macam jadi darah daging. Rasa looser saja kalau tak business. Selain dapat tambah duit minyak dan akaun tabung haji. Tak sabar rasanya! Ye memang sedikit makcik makcik statement tu. Lantaklah.. Semalam dengan semangat yang hnss..hnss... hantar sandwich yang comel comel tu, sampai koperasi tengok dah bersusun sandwich yang huh tak comel langsung! Eee....asal la diorang tak buat produk lain? kan aku yang buat sandwich dari tahun lepas? hish... tapi aku malas nk jadi melayu yang berhasad dengki. Dengan berat hatinya aku pun tukar produk baru... (sedih...sebab sandwich paling senang dan menguntungkan...)

5. Hujung bulan akan berpindah rumah. Dengan azam dan semangat kental bersungguh sungguh cuci rumah cat buang benda2 tak patut..heh!

6. Rasa macam makin berumur (ergh..) rasa makin tak matang. Emosi makin tak reti nak control. Rasa nak marah terus marah. Rasa nk nangis terus nangis. Macam orang sewel. apakah???

7. Perlu ambik supplementary sebab sekarang cepat sangat mengantuk. Bila dah start tidur, akan sedar bila hari dah masuk senja. Lepas maghrib dah start menguap balik.Sambung tidur tanpa rasa bersalah walaupun buku tengah terbukak luas mintak dibaca..Untuk kurangkan rasa bersalah pd diri sendiri, sanggup tidur dekat meja study....bukak buku luas2 dengan harapan dapat menyerap ilmu ketika tidur...Berharap dengan sepenuh hati..

8. Exam ada lagi satu paper. Preparation? masih suam suam kuku. Semester ni jangan mimpi mahu masuk dean list. Pasti tak jadi kenyataan. Kalau dapat 3.0 pun sudah mesti buat sujud syukur. Pemalas ya amat! Ntahlah... Kawan baik sampai terpaksa cakap kalau kau dpt dean list aku belanja pergi genting! comel! Macam budak baru blajar puasa. Kalau puasa penuh ibu kasi notebook..wahaha!

tu sahaja..

p/s : pelangi ada tujuh warna. Cantik!