Ini adalah tulisan tentang pendapat sendiri. Dari pandangan mata sendiri. Mungkin sebahagian saja betul sebahagian lagi kurang betul. Ditulis dengan emosi yang sangat stabil..
Typical malay man..
Apa ciri ciri mereka?
Bila dapat kerja dengan government,mereka happy seperti dunia ini mereka yang punya.. Duit adalah untuk enjoy.melepak.rokok.awek. Jarang sangat dapat menyimpan. Bukti?? Bila mahu keluar kereta bayar down payment pakai kad kredit. Tak kisah nak bayar interest ke hapa yang penting aku mahu bergaya sama kereta baru. Baru pakai kereta dua hari dah sibuk nak pasang tinted tukar spot rim baru. Takpe. Kad kan ada. Interest hutang keliling pinggang pun aku peduli hapa. Yang penting aku mahu nampak hebat dalam kereta sendiri. Pasang speaker gedebuk gedebak dum dam lalu depan awek kepala goyang goyang. Biar pape asal bergaye.. Awek mesti mantap. Mesti hot. Bila nak kahwin buat pinjaman. Mas kahwin naik 3 ratus merungut. Tapi nak yg hot! Tipikal malay man memang macam tu. Semua orang tau!
Sebab tu bila aku aku tegur lelaki yang dah pakai kereta hampir 2 tahun kenapa masih belum tinted kereta masih belum tukar spot rim? Dan jawapannya aku dahulukan yang penting. Aku tau mereka ini bukan tipikal. Kan? Sebab tu aku macam pelik bila ada orang mampu beri duit hantaran dengan duit sendiri bukan pinjaman...
Kalau aku ada sepuluh orang kawan lelaki, jamin la 8 orang mesti perangai tipikal malay man!
Tapi kalau kau bukan ciri ciri tipikal malay man, tak payah la terasa kan? ;p
typical malay girl?
ReplyDeleteseb baik aku xgitu...ye ke???hahahha
ReplyDeletehaha. memang kot.. pastu suka bawak kereta laju-laju tak kira tempat. ;p
ReplyDeleteIn English please?
ReplyDelete