1. Tahap kelupaan aku makin melampau. Dah sebijik nenek nenek. Nak kata pelupa sangat tak jugak. Tapi macam banyak berkhayal berangan ke ape tah. Ada je benda yang lupa nak bawak la, lupa nk ambik, lupa nk buat. Paling teruk kalau melibatkan customer. So effect pd kerja. Boringlah.. awal2 tahun prestasi macam menurun ke hapa. Kena tegur dgn bos. Kawan2 cool! Diorang suka gelak. Untung la kawan2 jenis tak cakap belakang. Aku bertuah utk itu. Tapi haih bosan. Sendiri rasa kurang motivasi..... Aku tak berapa percaya benda ni. Tapi aku berazam akan kunyah kismis saja sepanjang tahun ni. Mana tau dengan izin Nya aku cam jadi pengingat yang hebat!! yeah.....!
2. Cemburu dengan orang sekeliling. Bila borak diorang nampak bersedia sangat untuk masuk tahun baru. sebut umur pun baru. Sedangkan aku masih tersasul sasul sebut 'tahun depan' tanpa sedar tahun depan tu sebenarnya tahun ni...Ramai budak baru masuk. Terpaksa bahasakan diri 'akak' sebab diorang muda sangat. Sangat! umur 20,21,22....mudanya...Akak baru 24...rasa pedih ulu hati..ngilu!
3. Lately ni aku tak berapa fikir sangat pasal status yang masih single di kala orang lain sibuk membina masjid. Sebab single itu indah bila dikelilingi dengan banyak benda yang perlu dibuat. Tapi tak banyak sangat benda yang penting. Okey tipu je. Kadang-kadang yes ada jugak sunyi boring sebab takde pasangan. Its not a big deal. Kepala lebih ringan dengan kehidupan sekarang. Tapi semalam....
kawan baik ajak mandi bunga... Emmm tak sure apa signifikan nya perkara tersebut. Tapi kalau itu membantu apa salahnya.. Mak on je! hihi...
4. Selain daripada hal umur yang dah masuk 24 (ngilu..),
5. Hujung bulan akan berpindah rumah. Dengan azam dan semangat kental bersungguh sungguh cuci rumah cat buang benda2 tak patut..heh!
6. Rasa macam makin berumur (ergh..) rasa makin tak matang. Emosi makin tak reti nak control. Rasa nak marah terus marah. Rasa nk nangis terus nangis. Macam orang sewel. apakah???
7. Perlu ambik supplementary sebab sekarang cepat sangat mengantuk. Bila dah start tidur, akan sedar bila hari dah masuk senja. Lepas maghrib dah start menguap balik.Sambung tidur tanpa rasa bersalah walaupun buku tengah terbukak luas mintak dibaca..Untuk kurangkan rasa bersalah pd diri sendiri, sanggup tidur dekat meja study....bukak buku luas2 dengan harapan dapat menyerap ilmu ketika tidur...Berharap dengan sepenuh hati..
8. Exam ada lagi satu paper. Preparation? masih suam suam kuku. Semester ni jangan mimpi mahu masuk dean list. Pasti tak jadi kenyataan. Kalau dapat 3.0 pun sudah mesti buat sujud syukur. Pemalas ya amat! Ntahlah... Kawan baik sampai terpaksa cakap kalau kau dpt dean list aku belanja pergi genting! comel! Macam budak baru blajar puasa. Kalau puasa penuh ibu kasi notebook..wahaha!
tu sahaja..
p/s : pelangi ada tujuh warna. Cantik!
2010 byk yg perlu ditempuhi
ReplyDeletejgn risau...sy lg muda. 24 is young ok.
ReplyDeletejodoh tangan Tuhan...camana kamu usaha kalau DIA xnak bg takkan ada. so doa2 n keep usaha.
sy masih ada satu paper tuk dihabeskan. hehehe....
muda lagi.. aku dah 27 sis.. 3 tahun lagi berumur dari ko ( jangan sesekali sesekali sebut tua. sensitif and psikologi leh down)
ReplyDeleteko jangan terlampau fikir sangat nanti leh jadi gila sewel mereng dan gila meroyan hehehe. biar like the water flow itself..apapon usaha doa an tawakal jang ditinggalkan.
makin berumur makin sensitif.. biasalah kadang terlepas gak amarah tu.. cuma kala dh penah silap sentiasa beringat jangan buat lagi.
silap pelupa tu standard gak.. sometime ko memaksa otak untuk memikirkan padahal otak dah tepu.. cuba rileks skit lepas tu try fikir perlahan insyaallah akan ingat. jadikan amalan benda apaon buat note.. tulis dalam diari ker. insyaallah kita xakan lupa
Pasal jodoh semua keja tuhan. macam aku target 35. ramai rasakan ianya lambat tapi aku ada resonnya tersendiri. Namun aku terima jika Allah dah tentukan jodoh lebih awal.
Dan paling penting masa yang ada ni aku perbaiki diri dr segi amal ibadat aku yang masih tunggang langgang,, lagi2 untuk memmpin bakal isteri n anak2 aku nanti..
Hidup kena riang tapi beringat2.. tq
ai lg byk umo dr u..tmbh lg 4 years..age is just a number. yg penting minda kite.
ReplyDeletemy pren pun de ajak g mandi bunga jugek..tp tak pegi2 lagi..haha..
~0~
ReplyDeletemmg masih jauh lg...
cik pooh : itu bukan main pointnya..but u got it! ;p
tarantula : ganas la nama kau!
badakbiru : kau pn muda lg tu..aku sengaja mau bikin panas..