Dulu masa zaman duduk asrama sekolah menengah, aku jarang balik rumah. Sebab pihak asrama dah tetapkan balik 2 minggu sekali. Kalau balik pun aku macam tak berapa rapat dengan adik adik. Aku macam tak tau apa yang jadi kat rumah. Kalau balik aku banyak terperap dalam bilik atau berkepit dengan novel. Aku tak sedar bila adik adik membesar. Sedar sedar diorang dah pandai melawan cakap aku. hurm...
Ayah..em ayah...okey nak tulis apa pasal ayah...
Aku macam sedar banyak perangai ayah yang aku warisi. Baran. Keras. Kasar. Kaki gaduh. Kaki pukul. eh tak tipu je.. Keras sikit. Tak lemah lembut sangat. Nampak macam berani tp penakut jugak sebenarnya. Okey..
Ayah bercita cita tinggi. Tapi dia tak tohed. Bak kata arwah tok wan. Kita buat apa apa kena tohed. Perkataan sebenar tauhid. iaitu satu. Ala bahasa atuk atuk ni. Kena buat benda tu satu satu. Kemudian fokus. Dan jangan cepat putus asa. Ayah memang tak pernah putus asa. Tp dia tak tohed. Sehingga umur aku 24 tahun ni dah banyak projek yang dia buat tapi macam separuh jalan. Separuh jalan tu maksudnya dia akan stop bila projek tersebut ada masalah atau halangan. Cuba cari jalan penyelesaian tapi bila masalah lagi terus dia stop. Tapi bagi aku.... ayah beri ruang atau cuba tunjuk jalan pada kami anak anak dia untuk pilih bidang perniagaan apa yg sesuai dgn jiwa. Yang penting berniaga.
Masa aku kecik kami pernah ada sebuah tempat proses roti dan kek. Kami panggil kilang kecik. Dalam 4-5 tahun jugak. Lepas tu terpaksa stop sebab ayah kena tukar tugas ke tempat lain. Biasalah pegawai kerajaan. Sampai tempat baru kami usahakan lagi kedai roti. Tapi sewa kedai dinaikkan dan buat kami semput. Sedangkan kedai baru beroperasi setahun jagung. Kami stop. Tapi mencari tempat baru yang lebih berbaloi. Tanah sendiri. Bila ada tanah sendiri ayah buat projek baru. Kononnya sementara kedai siap, tanam rozel dulu. Jadilah aku dan adik adik gadis rozel. Memang mencabar! Sambil sambil tanam rozel ayah tanam serai dan bela kambing. Dah ada projek pertanian, kedai roti tadi dah jadi rumah..terbaekk!!
Pastu ayah kena tukar tempat kerja lagi. Lama lama kambing tak terjaga. Rozell dah kena tanam semula. Serai dah membesar tapi tak sempat nak jual. Eh macam2 la. Tergendala...
Lepas tu ayah kena tukar lagi tempat kerja. Makin jauh. Kat tempat baru dia buat lagi projek kambing. Tapi org cakap tak rasi. Bahasa kampung. Maksudnya tak serasi. Banyak kambing mati. Ada yg sempat sembelih ayhh sembelih. Kami tak larat makan daging kambing. Aku? Memang tak makan. Bau!
Banyak projek bukan bermakna banyak masuk. Banyak keluar itu confirm! tapi ayah mana serik. Yang penting minat dan cita cita! Ntah lah..
Dia ayah aku..
Dulu masa nak balik asrama, ayah cuma ada 1000 bath dlm poket dia. Dia kena bg duit belanja kat aku. Tengah malam kami keluar pergi rumah kawan kawan dia untuk convert kpd RM. Masa tu aku rasa sedih sangat...
Masa kecik ayah selalu bawak aku dgn adik adik naik basikal pusing pekan padang besar. Dia selalu ambik jalan jauh yang lalu depan kubur padahal dia tau aku ni memang penakut gila! Dia kuat mengusik.
Masa kami kecik dia akan kunyah makanan sampai hancur gila pastu suap kami adik beradik. Mak aku cakap macam bagi makan anak burung.. ;p
Emm.. tu dulu. Skarang? hehe
Ayah pernah cakap, kakak ni dasyat! semua boleh. Bersihkan serai tgh hujan boleh, panjat kandang kira kambing pn boleh..sebijik macam ayah! Aku? Mestilah kembang. Sebab aku jarang limitkan apa yang aku boleh buat. Aku buat selagi boleh. kalau rasa tak boleh aku stop. Tu jugak sifat ayah yang aku menurun.
Cuma bentuk badan maka kami adik beradik lansung tak menurun ayah. Semua ikut umi. Rangka besar. Sekali pandang macam kaki gaduh jalan ampang. haha! Ayah kecik je..
Kalau berdua dengan dia kemana-mana, ayah akan cakap ni makwe saya!
Dulu dia best student masa di sekolah. Pernah dapat tawaran ke India buat medic tapi ayah tolak sebab?
Dia benci dan tak suka bahasa Inggeris..haih...sekarang dia suka nk speaking dgn kami adik beradik walaupun speaking dia adalah speakang..
Kalau balik kampung beraya rumah sedara mara, ayah akan cari orang yang paling tua dalam rumah tu dan bagi dua tiga ringgit pada diorang. Dan aku nampak diorang tersenyum senang...
Kalu balik kampung jugak ayah jarang lepak dengan geng2 senior (pakcik2). Dia akan join anak-anak buah main bola sepak kt halaman.
Dia pemakan ulam yg tegar. Apa jenis ulam. Kalau tak de ulam masa makan dia boleh mengamuk! macam kambing..paling tidak pun cili padi. fine!
Okeylah...
Selamat hari lahir ayah! 11/1/61..ayah selalu bangga sbb birthday dia sama dgn siti. yelah..
Semoga hidup anda dirahmati Allah. Walaupun hidup kita tidak mewah tapi kita bahagia. Tak pelah sekarang bukan rezeki ayah lg untuk jadi jutawan. Paling penting kami tak pernah nampak ayah duduk goyang kaki kat rumah dan kami tak pernah kebulur. Kami selalu nampak ayah bekerja. Budak budak semua suka ayah. Sampaikan cucu ayah panggil abang.. cucu? Erkk...anak sepupu sepupu aku la! Semoga terus setia pada umi. Dan kamu nampak seksi bila dahi berpeluh dalam uniform kerja..hoyeah! ;p
nota : nanti mesti adik adik aku yg baca blog ni gelak2 pastu nk sindir2 kat umah..benci!Sebab tu aku jarang nk buat luahan hati jiwang2 nih...
Selamat hari jadi pakcik!
ReplyDeletelama x jumpa bapak kau. last masa konvo ritu. konvo yang aku x konvo.
erm.
aku pun cam percaya kau ikut perangai dia. putus asa pun cam dia jugak :P
usaha kena kuat.
Allah tak tengok hasil, tapi usaha. Kalau dah usaha sungguh2, insyAllah Allah tolong.
Jangan nak give up. Jangan nak stress tak tentu hala.
Ini hidup, selagi belum mati
:)