Tuesday, January 12, 2010

Ada sesiapa yang nak tambah atau tegakkan benang yang basah silakan....

Bila seorang lelaki cakap dia dah mula tak sayang, mula tak cinta maknanya apa?
Sebab perasaan sayang dah takde atau dah tawar atau dah tak masin lagi  ATAU apa?
APA tu maksudnya dia dah mula nampak YANG LAIN yang kononnya lebih baik dan dpt beri yang terbaik? atau apa sebenarnya....?

Emosi : Sangat baik

Kenapa aku timbulkan isu yang dah basi?

Sebab aku ada sorang kenalan lelaki. Dia dah bertunang. Bila lebih kurang beberapa bulan mahu dilangsungkan dia bilang sudah tak tahan. Tak nak berpura pura sebab pasti tak bahagia. Yang tinggal cuma rasa kesian sebab tu dia cuba bertahan. Aku macam faham. Macam kesian kat dia. Kalau tak boleh diteruskan tak pelah. Nak buat macam mana dah bukan jodoh kau dan dia...betul tak?

tapi...

bila aku dapat tahu dia (kenalan lelaki tadi) rupanya sudah menyimpan hati pada yang lain then only aku betul betul faham. Ini isu normal bila hati lelaki mula berubah bila dia jumpa orang lain. Tiba tiba saja rasa sayang hilang.. tak ke pelik. Tengah elok bahagia tiba tiba nak berpisah..pelik!!!Mula nampak kecantikan lain. Mula nampak senyuman lain. Dengar suara lain. Semua ini isu yang sama. Semua lelaki sama. Kemudian paling aku benci alasan yang sama! Kasih sayang hilang dari hati macam tu je. Hey sengal! Mana boleh hilang macam tu je. Dah kau beri pada yang lain. Sebab tu la kau dah tak nampak. Ape ke bodoh bg alasan bullshit macam tu!

Aku lebih suka berterus terang. Bagitau yang kau dah suka pada yang lain. Memang kenyataan itu perit. Tapi itu lebih baik dari alasan bangang! Dan nak berlaku jujur itu yang lelaki tak kan mampu buat. Betul tak? Lelaki...mana berani nak berterus terang. kalau kau letak sniper yang ada silencer kat leher dia pun dia lebih rela mati dari berterus terang yang hati dia dah beri pada yang lain...betul tak? ngaku jela wahai lelaki...

Lelaki semua sama. Fikir bagus saja. Macam la kau tu beri yang bagus semua. Habis nak yg bagus bagus sangat. Macam bagus.. Nak yang cantik cantik seksi semua pandang awek kau macam la kau tu hensem mengancam sangat..

Emosi sekarang : emo sikit!

Boleh tak kalau bila tiba tiba kau terasa macam ada nk tertarik dengan magnet lain kau cuba bawak bertenang. Dan fikirkan apa kelemahan kau tapi dah dikuatkan oleh siapa yang kau ada sekarang?
Cuba renung dalam dalam. Betul macam ada satu artikel aku baca mana nak cari cinta yang perfect dalam dunia ni melainkan kita sama sama berusaha untuk cantikkan hubungan kita.

Berbalik pada cerita kenalan yang putus tunang tu, aku dah tak kesian sama dia lagi. Semua lelaki sama je...

Aku tulis cerita ini dengan penuh emosi....



sedang habiskan ini...


tak berapa kick sangat macam ADAM...

6 comments:

  1. aku tahu siapa lelaki tu.
    dia lelaki bangsat..

    ReplyDelete
  2. aku tak faham
    tak pernah faham

    dulu pernah cuba nak faham

    sekarang, aku rasa, untuk faham itu satu pembuangan masa.

    aku banyak kerja.
    aku banyak assignment.
    aku mahu tidur nyenyak.
    aku mahu lelaki yang boleh buat aku bahagia tak yah nak risau itu ini.
    mustahil kan?
    so, aku berhenti mencari.
    lets time decide.

    ada kau pun dah aku bersyukur dari hidup berdua dengan jantina nya lelaki yang aku tak pernah faham.

    terima kasih kawan perempuan :)

    ReplyDelete
  3. 9Nyawa...aku da abes...

    cite dia cam pening n slow skit...tp ending dia ok...

    ReplyDelete
  4. ouch.. lelaki mcm tuh bersepah ja... huhuhuhu.. aku pon emo bc entri ko neh..

    ReplyDelete
  5. bagus banget entri ini..sy pn jd emo giler cm nyampah ngn laki mcm nih..bak kata pepatah: abis manis sepah dibuang? so, nk cari manis yg lain la..huh, out of list la laki mcm tu.dush!dush!..=p

    ReplyDelete