Thursday, January 14, 2010

ABC cekodok basi...bangun pagi tak gosok gigi.. hehe

Cerita ni aku pernah baca dalam satu magazine masa kecik2 dulu...


Seorang ibu dalam kereta bersama anaknya Aiman. Tiba di satu simpang dia stop kan kereta dan turun untuk membeli kuih dan goreng pisang di gerai tepi jalan. Sambil memandang kuih2 yang tersusun atas meja dlm hati 'Emm...semuanya nampak biasa' Tapi ada satu kuih telah menarik hatinya untuk membeli. iaitu cokodok pisang. Masih panasss...Dia pn 'kak, kasi cekodok pisang panas tu 2ringgit....lps bayar dia pun blah..

Sampai di rumah, terkocoh kocoh dia ke dapur sambil  menjerang air panas. Uii...ni kalau makan di 'gu' kan dengan teh o panas berasap asap tu memang kaw pye! Bila semuanya dah siap terhidang dipanggilnya Aiman minum sekali..'Mari nak kita minum'... Bila anaknya sampai di meja.... 'kuih apa ni mummy? dah la hitam, pastu macam tak sedap. Bulat bulat macam bola golf kena jatuh dalam kicap. eee yakksss! Aiman nak new york cheese cake! waaaaa!!!...sambil menekan nekan dan menolak nolak dengan jari telujuk kuih tak berdosa tu..ibunya hanya mampu terdiam...


Info  tentang cekodok pisang (dari pendapat dan pengalaman orang ramai)
- dibuat dari campuran tepung gandum dan pisang yg diblander hancur.
- digoreng dengan minyak yg perlu panas secukupnya
- nenek aku kata kalau anak dara pandai buat cekodok dengan rasa yang lemak berkrim dan lazat dan mampu membuat org makan tanpa sedar mak mertua lalu dibelakang maknanya dia telah lulus ujian untuk jadi bakal menantu yg disayangi.
- kalau dapat goreng dengan bentuk bulat bulat dan comel adalah satu bonus untuk menarik perhatian mertua


Bayangkan eh...sebijik cekodok tu sebenarnya adalah hasil usaha beribu ribu orang dalam dunia! dan bukan saja peluh makcik yang jual tu je minitis sebab sebijik cekodok tu, tapi ramai lagi peluh org lain menetes sama...

Kau bayangkan eh...

Mula mula mereka tanam gandum. Dah bepuluh orang terlibat. Kemudian bila gandum dah boleh di harvest, ia akan dibawa ke kilang untuk di proses menjadi tepung(bape puluh org lagi terlibat) . Selepas tu ia akan di packing kecik kecik masuk dalam kampit tepung untuk dipasarkan ke seluruh dunia (puluhan org lg). Dan tepung itu melalui satu perjalanan yang panjang sebelum sampai pada kita. Naik turun kapal. Lalu kawalan pos kastam dan imigresen. Kemudian masuk kontena kasi hantar kilang yang akan memasarkan tepung itu. Naik lori lagi. Pastu masuk stor kedai lagi. Pastu makcik tu beli  baru lah diproses jadi cekodok. Fewwww....ramai siot yg melibatkan diri!!

Itu baru tepung belum lagi cerita bab pisang, gula, garam dan serbuk penaik.

Jadi kau bayangkan kalau kau buang sebijik cekodok pisang tu tuppp...tergolek atas lantai.. Sebenarnya kau dah mengguris hati banyak pihak. Bukan saja semua orang orang yang disebut diatas tapi juga mummy yg dah bersusah payah masuk simpang untuk beli cekodok tadi


abang google
Kesimpulannya?

Anak dara belajarlah cara buat cekodok pisang utk tarik hati mertua...okey!

nota : aku rasa la..bancuhan cekodok tu pun bole buat lempeng pisang jugak. So dgn blajar buat satu resipi kau mampu buat DUA jenis kuih...jimat masa!

3 comments:

  1. hahah..bagus kesimpulan yg kau buat..
    tiba2 pulak aku rasa macam nak makan cekodok pisang dan lempeng pisang..
    mana nk cari pisang ek..?hehe..

    ReplyDelete
  2. aku pn suka cekodok tp yg keras sikit
    tak berminyak sgt..

    ReplyDelete