Wednesday, November 10, 2010

Misi Bantuan Banjir Di Negeri Utara Semenanjung, SALAM dan Yayasan Nusrah

Dimaklumkan bahawa, Yayasan Salam Malaysia telah pun menghantar misi bantuan yang pertama pada 4 – 8 November yang lepas. Misi kali ini tertumpu di kawasan pedalaman sekitar Kedah bersama Kelab Redah 4x4. SALAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu termasuk Yayasan CIMB, syarikat korporat dan orang perseorangan.
Bantuan untuk mangsa banjir di Utara Semenanjung akan diteruskan kerana masih ramai yang ditempatkan di Pusat Pemindahan. Sementara di sesetengah kawasan yang telah pulih, penduduk mendapat kesukararan kerana kebanyakan harta benda telah musnah. Kerana itu, SALAM dan Yayasan Nusrah berganding bahu untuk meringankan beban mereka.

Kini, kami dalam usaha untuk mengumpulkan barangan berikut:

1. Comforter (toto).
2. Selimut
3. Cadar
4. Sarung bantal
5. Kain batik / pelikat
6. Telekong

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan pada misi pertama, mangsa di pusat pemindahan hanya tidur beralaskan tikar. Rumah-rumah yang ditenggelami air pula turut memusnahkan peralatan yang tersenarai. Barangan tersebut boleh dihantar ke

Pejabat Yayasan Salam Malaysia, 22, Jalan Changgai (6/22), 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7958 4021 (Nal / Aiza).


SALAM turut menerima sumbangan tunai untuk membeli peralatan tersebut.

Yayasan Nusrah juga telah menubuhkan tabung khas untuk membeli bantal dan tilam comforter pada harga rendah. Sila layari Yayasan Nusrah untuk maklumat lanjut atau hubungi Syakiroh di Yayasan Nusrah di talian 04-9190051 atau 0134469523.

Bersama membantu meringankan beban mereka.

Menjana Perubahan Bermakna






dipetik dari emel yang diberi kepada semua sukarelawan
gambar ihsan google

No comments:

Post a Comment