Setiap perempuan mahu dilayan sebagai seorang perempuan
tak kisah dia cantik atau kurang cantik
gemuk atau kurus
rambut panjang keras macam penyapu atau mengerbang macam langsuir
tangan halus atau kasar
gigi putih atau kuning
muka licin atau berjerawat
perut berlapis atau rata
kaki saiz tujuh atau saiz tiga
bontot besar atau takde bontot
pakai baju sekecik kecik saiz atau sebesar besar saiz...
semua! semua!
semua perempuan mahu dilayan sebagai seorang perempuan layaknya...
Maksud saya dilayan sebagai seorang perempuan tu,
layan lah sebagai fitrahnya dia sebagai perempuan
-mudah kecil hati
-jangan bersuara tinggi bila bercakap
-mudah terasa walaupun hakikatnya ada yang jenis tak ambil pusing sangat benda kecik-kecik but still dia tetap akan terasa bila sesuatu perkara itu menyentuh naluri keperempuanannya...
-jangan layan secara kasar walaupun secara berdepan apatah lagi berhadapan orang lain..walaupun ada sesetengah perempuan itu nampak kasar, tapi percayalah jauh disudut hati itu ada naluri perempuan yang halus..
-hormat... hormat dia sebagai seorang perempuan..
hormat tu bukan sentiasa tabik hormat 24jam tapi cukuplah sekadar kau hormat dia sebagaimana kau hormat pada orang lain. Misalnya, kalau tengah bercakap telefon dengan seorang perempuan, perlu ke kalau nak terkentut kau letak hanfon di bontot kemudian kau gelak kuat-kuat bila perempuan tu terkejut?? dan kemudian mengulangi nya sekali lagi..
Mungkin kerana kau sendiri wujudkan double standard dalam hati kau. Perempuan yang gelak kuat, kau boleh kentut ditelinganya. Layan dengan lawak-lawak kasar. Boleh main rentap-rentap kaki tangan padahal kau cakap bergurau.. Tapi bila dengan perempuan yang gelak perlahan, jari lembut halus, cincin saiz 7, kurus, cantik ..kau kena layan elok elok. Tak boleh suka hati kentut dekat telinga dia atau nak kentut kena mintak izin lari jauh-jauh... Mungkin...
Helo saya bukan bercakap tatasusila untuk kentut. Kalau sayang, kentut pun bau wangi. Tak kisah kan? Misalnya bila dah kawen, duduk serumah adalah sangat menyiksa jiwa kalau nak kentut kena lari jauh-jauh sebab takut suami atau isteri dengar. Itu soal fitrah sebagai manusia. Buat apa nk cover-cover. Knetut jela depan isteri atau suami.
Tapi sekarang ..
saya bercakap soal bila kau secara sengaja ...SENGAJA... Ntahlah. Mungkin saya yang susah nak terima. Perempuan lain bagaimana? Anda rasa apa kalau orang kentut ditelinga, sedang bercakap telefon kentut kasi dengar..? Baiklah kalau anda tak kisah tapi saya mungkin akan kecil hati... hinanya rasa.. Kalau sekali itu dipanggil gurau. Tapi bila 2 kali itu dipanggil menghina. Bila perempuan rasa terhina, silap besarlah kau. Markah banyak dipotong disitu. Maaf boleh dipinta dan boleh diberi. Tapi hati yang luka akan bertambah luka dan mungkin akan bernanah.. Walaupun senyuman diukir, gelak tawa dibalas, dalam hati siapa yang tahu??
Layan seorang perempuan sehingga dia rasa dan tahu dia adalah seorang perempuan..
dila..ada org kentut kt tlinga kamu ke? haha...
ReplyDeletebgtau dia tk snonoh...tp mungkin dia rasa sgt senang kot dgn kamu. :-d
pompuan da difitrahkan lembut, halus perasaan...gtulah dia.