Tuesday, January 25, 2011

senyap tak perlu kata apa-apa

Aku ada masalah dengan orang yang kalau marah senyap. Kalau tak suka senyap ataupun dalam hati tak suka. Tapi dekat mulut cakap suka. Sangat pura-pura. Dalam hati benci, dekat mulut cakap sayang. Dalam hati belum sedia, tapi di mulut cakap ready for everything. Oklah kita compromise kadang-kadang kita perlu hipokrit untuk selamatkan keadaan. Untuk menjaga hati pihak lain. Tapi bukan semua benda pun kau boleh nk pura-pura sebab nak jaga hati. Bukan semua benda kalau kau tak sedia kau boleh janji nak buat. Sometime its good to say truth. Kita tak akan menyusahkan pihak lain dan tak buat hati lain membengkak!


Sifat-sifat di atas sangat berlawanan dengan perangai aku. Bila aku tak suka, akan nampak di muka. Memang tak boleh cover punya. Muka yang manis akan terus jadi hodoh dan mula lah sifat mazmumah yang lain timbul. Kalau aku tak suka, aku cakap. Kalau suka, aku cakap. Same goes for sayang, cinta. Bila aku dah sayang I’ll show my expression on it. Bagi aku, itu lah sifat kita menghargai apa yang kita rasa. Senang. Tak menyusahkan orang. Tapi sebagai seorang perempuan, aku faham lah yang kita tak boleh tunjuk sangat perasaan yang berlebihan. Tambah-tambah kalau melibatkan sikap yang buruk. Mula-mula walaupun tak tercover dengan memek muka, at last kau senyum jugak sebab kau tau dalam keadaan tertentu kau kena mengalah. Encik ego, ketepi sikit sebab bagi cik mengalah lalu. Aku faham tu.



Tapi bila kita dah mengalah, buang ego tapi orang tak hargai apa yang kita buat there’s gonna be a problem. Oh ya! Lagi satu bila marah, kau SENYAP!!! Diam tak bercakap. Like gun with silencer which can killing me softly. Jangan senyap! Speak out! Bagitau. Maksud aku bukan lah bagitau jerit jerit tengking marah tak pasal-pasal. Bagitau baik-baik bincang. Semua benda boleh bawa bincang. Jangan senyap. Sebab senyap takkan selesaikan masalah. Sebab aku tak faham kau, dan kau pun tak puas hati aku ni jenis tak faham bahasa isyarat senyap. Betul. Aku tak faham orang jenis senyap. Bersuara sikit ape salahnya.



Tak rugi orang yang yang berbincang, dan tak menyesal orang yang beristikharah.

Friday, January 21, 2011

kuatkanlah saya :)

Keadaan urusan peribadi dan urusan pejabat yang tak tentu hala lately membuat diri ini selalu kecundang dari menahan air mata supaya tidak gugur. Mana taknya. Dekat pejabat tekanan dia lain. Bos perangai gedik gila tak mahu berfikir jauh kehadapan lepas tu keluarkan arahan lepas tu buat muka menyesal lepas aku merungut-rungut apa yang jadi atas arahan dia tu menyusahkan! Aku tau aku takde sifat leadership yang membolehkan aku jadi bos macam kau. Tapi tolonglah jadi bos yang berfikir jauh kedepan sikit.. Sebagai kuli letih la aku nk terkejar sana sini. Faham la sikit kesusahan orang lain.

Bila balik rumah, cerita dekat rumah lain pulak. Tapi syukurlah tak terbawak bawak masalah pejabat dekat rumah. Syukur jugak sebab aku nampaknya walaupun masih tak boleh handle sendiri semua masalah tu at least aku ada orang yang aku nak kongsi semua cerita. Dulu ada sorang kawan cakap, aku ni mungkin takde masalah dengan mertua sebab lepas makan tangan aku cepat kering kalau lambat basuh. Sapa yang tangan lambat kering ada masalah dengan mertua. Ntah sapa ajar dia macam tu aku pun tak tau. By the way, baru baru ni berlaku satu peristiwa yang tak manis lah aku nak cerita disini..|So aku pun rasa lepas ni kalau kahwin aku akan ada masalah bukan saja dengan mertua tapi dengan anak dia sekali. HAHA

Kau tau tak, dalam keadaan jiwa yang susah hati macam ni apa yang boleh terus buat kau tersenyum? Kekuatan tu aku rasa dapat dari selalu bangun malam. Azam tahun baru yang aku harap aku boleh buat. Puasa 3 hari setiap bulan, membaca Al-Quran setiap malam, dan berqiamullail. Susah ye nak bangun malam sebab nak bersolat mengadap tuhan kan...Susah sangat, Kadang-kadang aku sengaja tidur awal tanpa solat isyak kononnya kalau belum solat mesti aku akan terbangun tengah malam sebab nak solat..alih-alih tersedar dah pukul 6.. tak pasal dengan isyak aku burn.. Tapi cuba improve. Soalt isyak dulu dan sematkan niat dalam hati mesti bangun pukul 3..umi penah cakap, kita niat dalam hati nanti Allah mesti gerakkan hati supaya terjaga. Tapi bila kau dah terjaga, jangan pulak kau tidur balik. Nanti esok lagi payah. Bila dah terjaga bangun terus paksa diri. Apa salahnya paksa untuk benda yang baik...

Hari tu umi beria cerita pasal satu rancangan usrah yang dia dengar dekar tv..ustaz tu cakap kenapa kita disuruh berjaga sepertiga malam? sebab udara pada waktu tersebut sangat bersih ibarat udara dari syurga. Bila kau bersolat sambil menyedut udara tersebut, fresh akan sampai ke otak...Maka lahirlah mukmin yang sihat dan cergas. Macam tu la lebih kurang...

Sekarang lewat doa, kalau dia yang ditetapkan jodoh aku, maka permudahkan lah urusan kami.

memancing mungkin akan jadi hobi baru aku. Sebab walaupun boring tapi best bila dapat ikan!

sebenarnya ada lagi tapi cukuplah untuk hari ni...

 

Tuesday, January 18, 2011

brown girl in the ring la la la la

i dont know what am i doing right now
it looks  perfect in suface
but terrible inside
inside out actually
yes im terrible
i am passionate to that
i am looking forward for that
but is it real things what i want?
what i need?
i hope this is not mistakenly wrong doing for second time
mistake is only at first
second its call stupid
serious!
man, i hope u serious..
i need jojoba oil :(

pulut kacau

terngiang ngiang di telinga
mana boleh lupa..
takkan lupa
mungkin dia cantik sangat sampai orang boleh lupa taik yang dia palit pada semua
bertuahnya dia!
senang lah kalau mcm tu
sebab selalu aku dengar, sekali kau buat taik
habis semua perfume yang kau spray selama ni orang lupa bau dia
yang orang ingat cuma busuk dia
tapi kes dia lain..
sekali lagi..bertuahnya dia!
aku rasa susah sekarang
dah terasa ni..
rasa berat hati
rasa lemah semua urat sendi
rasa tak mampu...
semua dah start rasa
boleh ke?
atau perlukah aku teruskan...
show me the way..show me the way..
show me the way...
insha allah..*tetibe

Monday, January 17, 2011

lantern

Things are not easy as u think
its always harder
give me strength if u think i need it
give me a break if u think so
i do not learn from past
a simple lesson cannot teach me how to appreciate my life now
teach me how to use my brain well
i let myself hurt
this is not an easy as i thought
again,
give me a break if u think i need it

Friday, January 14, 2011

Hahahaha! Lambat gila baru nak buat review tahun lepas!

sepanjang 2010












ok tu je! penuh warna warni kan...tapi aku yang tak reti bersyukur :(

Denpasar

Apa yang akan kita dapat atau akan hilang memang tak pernah kita duga. Hari ni kita dapat ini, esok lusa kita hilang itu..Mana boleh kau dapat semua! haloba gila. Kau tengok orang yang cantik kaya nampak semua perfect secara kasar, kau tak tak tau dekat mana hati dia kosong.

Apa yang aku rasa sekarang ialah kosong. Apa yang aku dapat sekarang bukan keseluruhannya aku mintak. Okey aku mintak bahagia. Sekarang aku bahagia. Sangat! Tapi banyak benda yang aku terpaksa lepaskan untuk bahagia yang aku selalu canangkan dulu. Misalnya sekarang aku dah berteman, tapi satu benda yang aku rindu ialah teman baik aku. Rindu nak bergayut berjam jam dengan dia, bercerita pasal orang yang dah lukakan hati kami, cerita yang tak pernah basi, cerita penyiasatan kami, cerita tentang impian kami... Aku rindu itu! Bukan aku tak mahu buat. Tapi keadaan yang seperti menyokong supaya tiada keizinan diberi. Banyak benda aku kena fikir sebelum aku buat balik benda-benda yang aku rindu tu. Keadaan macam dah lain sangat!

Aku rindu kau kawan baik. Aku cuma nak kau tau ape pun perubahan yang berlaku dekat aku lepas ni kau tak pernah jauh dari hati aku. Tak pernah! Aku memang rindu macam mana kita lalui sepanjang bape tahun kita berkawan ni, macam tu lah aku harap benda tu berterusan..

Aku macam takde kekuatan nak stopkan ape yang tengah berlaku sekarang ni. Sebab separuh hati aku TAK NAK dia berlaku...separuh lagi tak kisah. Dan aku tau sebab hati yang tak kisah tu menyebabkan cerita yang aku tak nak jadi terus menjadi sebuah cerita...


Aku dah rindu ni dah....alalalahai...

Wednesday, January 12, 2011

Aku rasa la macam ni lagi OK

Dulu masa kecik, em tak la kecik sangat tapi dulu la...aku impikan majlis perkahwinan yang gemilang terbilang dan meriah mewah bla bla bla... Kalau boleh semua orang yang pernah kenal aku nak jemput masa aku kahwin. Nak kongsi kegembiraan dengan semua orang. Tapi bila dah besar, dah betul-betul nak kahwin aku rasa semua tu tak perlu. Sebab COST yang tinggi :)

Misalnya karaoke. Makin lama makin annoying dengan jenis hiburan yang jelik tu di majlis kahwin. Orang datang nak menikmati nasik minyak tenang-tenang tiba-tiba jadi nk tercekik dengan suara sumbang memanggil hujan. memang benda ni aku pangkah dalam majlis aku. Memang!

Bila dah belajar sana sini, makin banyak kita tahu dan makin banyak kita tak tahu sebenarnya. Aku baru tahu yang renjis renjis dipilis tu HARAM. Salah satu perkara syirik yang kita tak sedar telah menjadi adat tak berfaedah dalam budaya kita. Dan perkara ni pun memang aku pangkah!

Dulu kalau berangan bab kahwin je mesti dalam kepala nak tetamu beribu ribu orang. Tapi sekarang aku rasa nak jemput 150 orang tetamu lepas tu nak buat minum petang je. HAHA. Sebab kalau minum petang aku boleh hidangkan semua jenis makanan kegemaran aku macam Laksa Utara, Rojak Mamak, Cendol, Pie Tee, Kuih-kuih nyonya macam seri muka, kuih talam tu...wah! Tak payah nak nasik minyak lah pelangi lah... Aku pernah cakap dengan umi, dia kata merepek!

Aku rasa nak satu majlis yang simple. Cukup 2 khemah untuk tetamu, meja makan beradab semua tak payah. Sebab? aku malu nak makan depan orang pastu kamera dok flash sana sini. Pastu bila malu makanan yang enak-enak berhias tu bukan aku sentuh pun. Setakat makan nasik je. Rugi rugi!

Ape lagi yang aku rasa tak perlu ek....

Oh baju yang berkilat kilat pastu labuh sampai sapu semua jenis sampah atas lantai. Baju yang sarat berkilat tu kalau aku pakai mesti nampak lagi gemuk dan BESAR macam gergasi. So nk pakai baju jenis plain kaler pastel yang biasa-biasa je.

tapi kan...

tapi kalau bab OP or gambar or video masa majlis tu boleh tak kalau nak yang kualiti jenis A++. Aku rasa la kalau melabur lebih sikit dekat fotografer yang gambar2 memang cantik why not. Sebab lepas kahwin nanti benda2 tu yang kita nak tengok....

Kiranya kita cut cost dekat bahagian lain, tapi lebihkan dekat sini..... relevankah??


wah dilla cerita bab kahwin :)

Ikan bilis goreng dengan nasik panas...sedapnye!!!

Serius ni. Bagi aku bila seorang lelaki tu buat hal, ada perempuan lain, aku jarang nak marah perempuan yang jadi orang ketiga tu. Jarang! Macam dalam cerita aku dulu, ex bf boleh ada perempuan lain aku sikit pun tak marah orang ketiga tu. Sebab bagi aku dia tak tau yg lelaki tu bf aku. Sebab lidah lelaki bercabang. Sepuluh patah keluar dari mulut dia, satu pun belum tentu kau boleh percaya. Dia boleh cipta seribu alasan, seribu cerita cakap yang dia tu single, duda, bukan bf orang yang menyebabkan perempuan tu setuju untuk berhubung.

Buat apa nak bergaduh sesama perempuan, tarik rambut depan orang ramai sebab lelaki? Betul la pokok takkan bergoyang kalau takde angin atau gegaran atau gempa bumi. Eh salah peribahasa. Tepuk sebelah tangan takkan bunyi melainkan kau tepuk dekat dinding atau tepuk bontot orang atau tepuk dua-dua tangan. Baru ada bunyi atau ada respon.

Jadilah perempuan yang matang. Tu pesanan untuk aku. Lelaki, kalau beria mana pun kalau kau pertahankan dia supaya jadi hak milik kau sorang TAPI kalau hati dia nak berubah, berubah jugak. Tak payah la kau tulis cop kat dahi dia 'HAK MILIK AKU' kalau hati dia rasa nak pergi, dia pergi jugak....

Tak payah beria sangat pertahankan lelaki ni. Cukuplah kalau boleh hidup bersama saling hormat, faham peranan masing-masing, jujur dah cukup. Risiko ada di mana-mana.

Sebagai perempuan, lebih baik kau belajar berdikari. Nak buat ape tak payah harap pada lelaki. Asalkan tak langgar syariat. Ok lah kan?

Walaupun dah masuk tahun baru tapi issu dekat blog ni masih sama
pasal relationship yang tak pernah nya elok
korang doakan lah aku semoga tahun ni tahun yang baik untuk aku, relationship aku..

Saturday, January 8, 2011

wish we never broke up

Tahukah anda, jika kita membenci seorang manusia walau apa pun sebab percayalah akan ada seribu orang manusia lain yang akan membenci kita. Tapi kan kita ni manusia biasa. Susah untuk kita SUKA semua benda tanpa membenci nya. Saya ada sorang kawan yang cantik. Sangat cantik. Ada orang komen 'indahnya ciptaan tuhan' dekat bawah gambar camwhore dia. Dia cantik bagi saya. Tapi saya kenal sangat dia macam mana. So bagi saya lagi, dia tak lah cantik mana.. Tak tu bukan point nya... point nya ialah dia banyak haters. Ada dikalangan kawan kami jugak yang benci dia tanpa sebab. Saya ada terbaca, haters is a person who not really hate you but they are the reflection of what they cannot do...lebih kurang macam tu la. Orang yang benci dia tanpa sebab tu mungkin jeles dengan apa yang dia ada. Dah la cantik. Ada bf yang kaya dan setia. Lepas tu kerja dia cuma shopping saja. Lepas tu selalu update status dekat fb nk shopping sana sini. Jadi semua orang yang tak pernah kisah pasal dia jadi menyampah pulak bila tiap berapa minit status update shopping shopping shopping..Padahal kalau compare dengan status saya, asyik hal kerja stress kerja work load bla bla bla... Okey lah apa point yang aku nk tulis kat sini pun dah tak tau. Karangan dah terpesong. Babai :)

Monday, January 3, 2011

Selamat tahun baru masihi semua.

dah 3hb pun..kejap je kan? Rasa mcm semalam baru countdown 5..4..3..2..1
countdown? kejadahnye aku countdown...org sibuk bersesak-sesak aku sibuk menganyam mimpi
letih weh keje siang hari cari rezeki bawak pulang untuk orang yang tersayang...oh bersabarlah...jap! macam lagu ramli sarip je..

Masa 1 hb Jan aritu pegi kenduri sorang kawan lama. Beb! dia kahwin dah 2 kali beb! perkahwinan pertama tu tak bertahan lama sebab masalah diorang je yang tau. Aku doakan perkahwinan kedua kekal sampai akhir hayat. By the way, thats not the point. The point is, dia dah 2 kali...aku? sekali pun belum..padahal dia tua setahun je dari aku. Takpelah. Dah jodoh dia sepantas ERL nk ke KLIA nk buat mcm mana kan?
Cantik date 1.1.11 tu. tapi tak payah la nak berebut date tu. Sebab ada banyak ye tahun ni date yang cantik 11.1.11
1.11.11
11.11.11
sila pilih ye. Tak payah berebut ok!

Eh, rupanya Palestine TIDAK akan bebas jika masjid-masjid tidak penuh dengan manusia bersolat jemaah pada waktu Subuh seperti solat Jumaat. Sorang padei cakap, kita tak payah takut dengan orang Islam selagi masjid mereka pada waktu subuh  tidak penuh seperti solat Jumaat. Baiklah. Maksud ayat ni sama mcm ayat sebelumnya..sesiapa yang mendoakan Palestine bebas, marilah bejemaah di masjid pada waktu subuh. Semoga Allah berikan saya suami yang rajin ke masjid pada waktu subuh dan lain-lain waktu dannnn dia ajak saya sekali :))))

Azam? Takde pun. Tiap hari aku berazam. Nak simpan duit lebih sikit dari tahun lepas sebab nak melancong 2 tempat tahun ni. Bandung. lagii?? dan lagi satu sabah. Sabah lebih spesifik Tawau ke..sipadan island ke.. tu je dalam kepala. Teruk kan? Orang lain sibuk kumpul duit nak kahwin, nak gi umrah, nk tukar kereta bla bla bla...aku cuma fikir berjalan je...Memang nak gi umrah jugak. Tapi sebab dah terjebak beli tike online tahun lepas gi bandung so nak kumpul duit tu kena slow-slow sikit sebab nanti semput semata-mata nak berjalan. Kalau gaji 3 ribu sedap gak. Ni .....ah malas ah tulis..

Nak kerja baru. Tapi belum dapat la. Aku teringin nak buat bisnes online. Tapi tak tau nak jual ape...

ok tu je bai