Apa yang aku rasa sekarang ialah kosong. Apa yang aku dapat sekarang bukan keseluruhannya aku mintak. Okey aku mintak bahagia. Sekarang aku bahagia. Sangat! Tapi banyak benda yang aku terpaksa lepaskan untuk bahagia yang aku selalu canangkan dulu. Misalnya sekarang aku dah berteman, tapi satu benda yang aku rindu ialah teman baik aku. Rindu nak bergayut berjam jam dengan dia, bercerita pasal orang yang dah lukakan hati kami, cerita yang tak pernah basi, cerita penyiasatan kami, cerita tentang impian kami... Aku rindu itu! Bukan aku tak mahu buat. Tapi keadaan yang seperti menyokong supaya tiada keizinan diberi. Banyak benda aku kena fikir sebelum aku buat balik benda-benda yang aku rindu tu. Keadaan macam dah lain sangat!
Aku rindu kau kawan baik. Aku cuma nak kau tau ape pun perubahan yang berlaku dekat aku lepas ni kau tak pernah jauh dari hati aku. Tak pernah! Aku memang rindu macam mana kita lalui sepanjang bape tahun kita berkawan ni, macam tu lah aku harap benda tu berterusan..
Aku macam takde kekuatan nak stopkan ape yang tengah berlaku sekarang ni. Sebab separuh hati aku TAK NAK dia berlaku...separuh lagi tak kisah. Dan aku tau sebab hati yang tak kisah tu menyebabkan cerita yang aku tak nak jadi terus menjadi sebuah cerita...
Aku dah rindu ni dah....alalalahai... |
No comments:
Post a Comment