Friday, January 21, 2011

kuatkanlah saya :)

Keadaan urusan peribadi dan urusan pejabat yang tak tentu hala lately membuat diri ini selalu kecundang dari menahan air mata supaya tidak gugur. Mana taknya. Dekat pejabat tekanan dia lain. Bos perangai gedik gila tak mahu berfikir jauh kehadapan lepas tu keluarkan arahan lepas tu buat muka menyesal lepas aku merungut-rungut apa yang jadi atas arahan dia tu menyusahkan! Aku tau aku takde sifat leadership yang membolehkan aku jadi bos macam kau. Tapi tolonglah jadi bos yang berfikir jauh kedepan sikit.. Sebagai kuli letih la aku nk terkejar sana sini. Faham la sikit kesusahan orang lain.

Bila balik rumah, cerita dekat rumah lain pulak. Tapi syukurlah tak terbawak bawak masalah pejabat dekat rumah. Syukur jugak sebab aku nampaknya walaupun masih tak boleh handle sendiri semua masalah tu at least aku ada orang yang aku nak kongsi semua cerita. Dulu ada sorang kawan cakap, aku ni mungkin takde masalah dengan mertua sebab lepas makan tangan aku cepat kering kalau lambat basuh. Sapa yang tangan lambat kering ada masalah dengan mertua. Ntah sapa ajar dia macam tu aku pun tak tau. By the way, baru baru ni berlaku satu peristiwa yang tak manis lah aku nak cerita disini..|So aku pun rasa lepas ni kalau kahwin aku akan ada masalah bukan saja dengan mertua tapi dengan anak dia sekali. HAHA

Kau tau tak, dalam keadaan jiwa yang susah hati macam ni apa yang boleh terus buat kau tersenyum? Kekuatan tu aku rasa dapat dari selalu bangun malam. Azam tahun baru yang aku harap aku boleh buat. Puasa 3 hari setiap bulan, membaca Al-Quran setiap malam, dan berqiamullail. Susah ye nak bangun malam sebab nak bersolat mengadap tuhan kan...Susah sangat, Kadang-kadang aku sengaja tidur awal tanpa solat isyak kononnya kalau belum solat mesti aku akan terbangun tengah malam sebab nak solat..alih-alih tersedar dah pukul 6.. tak pasal dengan isyak aku burn.. Tapi cuba improve. Soalt isyak dulu dan sematkan niat dalam hati mesti bangun pukul 3..umi penah cakap, kita niat dalam hati nanti Allah mesti gerakkan hati supaya terjaga. Tapi bila kau dah terjaga, jangan pulak kau tidur balik. Nanti esok lagi payah. Bila dah terjaga bangun terus paksa diri. Apa salahnya paksa untuk benda yang baik...

Hari tu umi beria cerita pasal satu rancangan usrah yang dia dengar dekar tv..ustaz tu cakap kenapa kita disuruh berjaga sepertiga malam? sebab udara pada waktu tersebut sangat bersih ibarat udara dari syurga. Bila kau bersolat sambil menyedut udara tersebut, fresh akan sampai ke otak...Maka lahirlah mukmin yang sihat dan cergas. Macam tu la lebih kurang...

Sekarang lewat doa, kalau dia yang ditetapkan jodoh aku, maka permudahkan lah urusan kami.

memancing mungkin akan jadi hobi baru aku. Sebab walaupun boring tapi best bila dapat ikan!

sebenarnya ada lagi tapi cukuplah untuk hari ni...

 

No comments:

Post a Comment