Wednesday, January 12, 2011

Aku rasa la macam ni lagi OK

Dulu masa kecik, em tak la kecik sangat tapi dulu la...aku impikan majlis perkahwinan yang gemilang terbilang dan meriah mewah bla bla bla... Kalau boleh semua orang yang pernah kenal aku nak jemput masa aku kahwin. Nak kongsi kegembiraan dengan semua orang. Tapi bila dah besar, dah betul-betul nak kahwin aku rasa semua tu tak perlu. Sebab COST yang tinggi :)

Misalnya karaoke. Makin lama makin annoying dengan jenis hiburan yang jelik tu di majlis kahwin. Orang datang nak menikmati nasik minyak tenang-tenang tiba-tiba jadi nk tercekik dengan suara sumbang memanggil hujan. memang benda ni aku pangkah dalam majlis aku. Memang!

Bila dah belajar sana sini, makin banyak kita tahu dan makin banyak kita tak tahu sebenarnya. Aku baru tahu yang renjis renjis dipilis tu HARAM. Salah satu perkara syirik yang kita tak sedar telah menjadi adat tak berfaedah dalam budaya kita. Dan perkara ni pun memang aku pangkah!

Dulu kalau berangan bab kahwin je mesti dalam kepala nak tetamu beribu ribu orang. Tapi sekarang aku rasa nak jemput 150 orang tetamu lepas tu nak buat minum petang je. HAHA. Sebab kalau minum petang aku boleh hidangkan semua jenis makanan kegemaran aku macam Laksa Utara, Rojak Mamak, Cendol, Pie Tee, Kuih-kuih nyonya macam seri muka, kuih talam tu...wah! Tak payah nak nasik minyak lah pelangi lah... Aku pernah cakap dengan umi, dia kata merepek!

Aku rasa nak satu majlis yang simple. Cukup 2 khemah untuk tetamu, meja makan beradab semua tak payah. Sebab? aku malu nak makan depan orang pastu kamera dok flash sana sini. Pastu bila malu makanan yang enak-enak berhias tu bukan aku sentuh pun. Setakat makan nasik je. Rugi rugi!

Ape lagi yang aku rasa tak perlu ek....

Oh baju yang berkilat kilat pastu labuh sampai sapu semua jenis sampah atas lantai. Baju yang sarat berkilat tu kalau aku pakai mesti nampak lagi gemuk dan BESAR macam gergasi. So nk pakai baju jenis plain kaler pastel yang biasa-biasa je.

tapi kan...

tapi kalau bab OP or gambar or video masa majlis tu boleh tak kalau nak yang kualiti jenis A++. Aku rasa la kalau melabur lebih sikit dekat fotografer yang gambar2 memang cantik why not. Sebab lepas kahwin nanti benda2 tu yang kita nak tengok....

Kiranya kita cut cost dekat bahagian lain, tapi lebihkan dekat sini..... relevankah??


wah dilla cerita bab kahwin :)

No comments:

Post a Comment