Tuesday, January 19, 2010

Ciri ciri jejaka idaman ;p

Kawan baik jenis perempuan cakap,

Sabar ya kawan.
Jangan dipaksa hati itu.
Mari kita doa,
Jika ia untuk kamu, dekatkan dihati kamu, mudahkan urusan kamu.
Jika bukan untuk kamu, bawa jauh ia dari mimpi, angan angan dan realiti kamu.

ni semua pasal kes blind date weekend lepas la. Eh sumpah! aku pergi bukan dengan harapan tinggi menggunung tau. Dah kawan baik jenis perempuan di ofis yang sibuk nak sangat aku berkenalan dengan kawan baik jenis lelaki dia. Aku layan jela. Serius ni. Sebab minggu lepas dan minggu sebelum sebelum tu memang aku dah tekadkan keazaman dalam diri tak nak dan tak mahu fikir sehingga stress tentang masalah hubungan samada single double atau triple.. ya..triple! takut sungguh dengan triple!

'dilla, bole ke akak nk bagi no kau dekat kawan akak ni?'
ada berderet jugak la soalan aku tanya dia...last sekali angguk jelah..
itu pun sebab dia sound..
'beb! aku nk kau kawan je dulu bukan suruh kau kawen!'
....fine..

kalau boleh...

aku mahu yang tinggi. Lebih tinggi seinci dari aku pun tak pe. Sebab aku tak bleh blah la kalau boy friend nanti aku boleh nampak dengan jelas pusaran atas kepala dan judge mamat ni degil bebenar nih tanpa pakai high heels atau menjengket...haih...

dan yang lain lain aku cuma mahu  dia mampu menerima aku seadanya, boleh menjaga makan pakai tanpa perlu pinjam sana sini dan boleh bimbing dunia akhirat dah cukup..tak banyak pun. sikit je..boleh dapat ke?

dan kalau boleh aku mahu biarlah dia yang aku macam tahu dia untuk aku...



lepas ni tak nak blind date lagi...pls?

sambung kawan baik lagi...
Dan, kita berhenti bicara soal ini seketika. Hingga malam berinai. :D

6 comments:

  1. YE KE SETAKAT TU JE PERMINTAAN KO TERHADAP LELAKI?

    ReplyDelete
  2. wah..! jadi ke..? dah sampai malam berinai tu..

    tetiba suka main2 dgn turtle kamu yg sesat tu...syiokk..!

    p/s : nama kau lebih kurang nama sebenar aku..hehe

    ReplyDelete
  3. haha! tak ah..pandai je korang..

    tarantulah : sikit sangat ke?

    ReplyDelete
  4. dila, mmg btol la paling tak suke bile org arrange kan blind date! mmg x suke gler..

    benda2 ni takleh dipaksa kan..

    ps: hehe ok ke blind date 2?=p

    ReplyDelete
  5. Dapatkan panduan bina otot badan bagi lelaki supaya anda lebih tough dan macho....

    ReplyDelete