Friday, March 26, 2010

entry untuk kau lah wak!

wak,

kau ingat tak dulu ikrar kita
kalau kita bercinta lagi
kita adalah girlfriend yang paling cool dalam dunia
kita tak kan mudah merajuk
kita tak de de nak mengadu benda nonsense that we found through the day dekat bf
kita tak kan nk ber smsing gayuting 24/7
kita tak de nak merengek kalau tak jadi jumpa
kita adalah yang paling tersabar dengan kerenah dorang
kita akan kuat
kita tak kan beri 100% cinta lagi
sebab kita dah lalui perasaan kecewa itu yang rasanya sungguh
erkkk tak sedap siot!
dan kita juga dah tau,
and it its still happens, possibillities untuk back to normal adalah tinggi

ah kau ni
ingat ke tak?
kalau kau ingat
aku nak kau cuba boleh?
cuba please...
sebab aku tak nak kau buang masa fikir perkara remeh dalam hubungan
kau kena kuat
ye
i'm not in the same shoes as yours
tapi kita kawan kan?
apa yg kau rasa aku dapat tempias jugak
serius!
ini ujian untuk relationship kau orang
aku belum tau lagi
benda kecik-kecik kalau boleh kau waive kau cuba okey
kau pun tau kan consideration tu penting
selagi ia perlu, cuba je

dont think to much
kalau ada jodoh insya Allah semua mudah je..

doa terbaik untuk kau..amin

*aku tak reti nak cakap apa,lalu tulis entry ini ;p

kalau dah jodoh dalam kuali bertemu jugeee....

awkward

selalu kita dengar orang mengeluh
haih baru dapat gaji, dah habis bayar hutang
T___T
okey itu bukan orang
tapi keluhan aku!
eh aku pun orang juga

fine la..

normal la kan
kita nak hidup selesa
berhutang pun sanggup
hujung bulan dapat gaji tak perlu nak happy sangat sebab setiap duit tu dah ada portion tertentu
kereta, minyak, insuran, hutang kain yg officemate jual, shawl online, bil telefon bla bla bla

fine itu normal

kadang kadang ada jugak terdengar,
duit aku habis! tak tau pegi mana
sedar-sedar aku terpaksa makan meggi je

nenek aku pernah cakap,
nanti bila besar dah kahwin eh dah kerja
tak banyak sikit pun tak pe
mesti bagi duit dekat mak
kalau mak ayah lagi bagus
orang tua ni kadang kadang duit dia dah cukup..bukan nak sangat duit anak
tapi untuk mendapatkan keberkatan
walaupun sedikit insya Allah duit kita tu berkat

bila merungut rungut dekat sorang kawan
pasal tak tau mana pergi duit tau tau dah habis
dia pun cakap benda serupa
bagi sikit pada mak
kita akan dapat rasa keberkatan duit tu

dulu masa setahun dua di alam pekerjaan
aku bagi mak duit..memang tak banyak
tapi bagi jugak
bila makin lama tanggungan makin banyak
aku makin tak bagi mak
skip
kejap bagi kejap tak
buruk perangai kan...
serius nih
dan mak aku pun macam faham je aku banyak benda nak kena bayar
dia pun macam kesian nak mintak ke hapa
dan memang aku rasa
terasa sangat
gaji aku tu tah kelaut tak pun ke langit
habis tanpa disedari
padahal tak banyak shopping benda mengarut pun

sekarang aku macam dah insaf
rezeki pun Allah dah tambah
alhamdulillah..
and aku tak nak miss lagi bagi duit pada umi
dengan niat kerana Allah
dan harapnya rezeki itu berkat

dan lepas a few time, aku dah nampak flow duit tu kemana
memang berkesan
dan tak rasa resah gundah gulana sebab gaji tak cukup ke apa
alhamdulillah..

yang penting niat mesti betul!


dari Mr.Google

Thursday, March 25, 2010

secara teknikalnya..

jangan siksa emosi aku begini..
rindu
hati tidak pernah menipu
bukan begitu?

Monday, March 22, 2010

orang pompuan ni....

perihal wanita dan dapur

orang tua-tua selalu cakap 'orang pompuan ni terbang la setinggi mana pun, pergi la sejauh mana pun, selam la sedalam mana pun kau tetap akan ke dapur'
ramai orang sekarang tak setuju dengan benda tu.
tapi bagi aku banyak yang betul dari tak betul pegangan orang lama tu.
bukan maksudnya kita tak perlu belajar tinggi, tak perlu menyelam dalam dalam, tak perlu membina kerjaya disebabkan ceruk dapur jugak kita duduk
tapi as a women, kita mesti tau selok belok dapur
benda benad basic kena tau
rupa garam dgn gula macam mana
goreng telur nak taruk minyak banyak mana
kalau hangus dengan garing tu macam mana
semua tu at least
at least tau sikit kan

memang betul, bila kita menjadi wanita hebat
di pejabat pegang jawatan penting
di jalan raya macam samseng bawak kereta
kerja 8 to 5 kadang kadang bawak ke 10
terkocoh kocoh sana sini
tiap hari tak sempat masak beli kedai  je

tapi

bila hujung minggu mesti suami nak jugak merasa masakan kita kan?
wah! aku ni mcm dah kahwin
dari pengamatan pengalaman
makcik makcik kawan kawan yg dah berkahwin
macam mana kaya pun diorang sebab mampu makan luar hari hari
tapi akan ada satu hari yang memang family (suami dan anak-anak) nak makan di rumah
mak masak

macam kita
kita membesar dengan masakan ibu
sedap ke tak sedap bila ibu masak, itulah rasa ibu
rasa tu melekat dalam otak dalam hati
sampai ada sesetengah kawan aku bila makan kat luar
'aku tak reti makan sup yang bukan mak aku masak'
sampai macam tu skali!

jadi kita kena teruskan tradisi jap bukan tradisi
tapi ape ye...
teruskan kesinambunangan ni (perfect word!)
kita pun nak anak-anak kita ada perasaan macam tu rite?
nak suami kita rasa mcm tu kan?
eh, suami tu aku malas nk komen la
tapi anak...even aku blom ada anak
tapi kalau dari kecik dia makan sup yang rasa nya sama setiap kali ibu (kita ;p) buat
then itulah rasa yg dia akan ingat
walaupun sup ibu (kita ;p) tu tak setanding sup orang lain

aku selalu poyo konon konon pandai masak
sibuk google resepi itu ini kononnya nak buat
padahal..
ape je yang aku reti buat..tak membanggakan langsung
kalau nasi goreng, pakai perencah maka sedap la ia..kalo tak, ke laut la jawabnya..
selain benda basic like goreng telur, masak nasi, air
aku cuma reti masak sup yang sedap (gila puji diri sendiri)
mungkin orang lain rasa sup aku biasa2 je
tapi disebabkan setiap kali aku masak sup, itulah sup yang aku buat
rasa tu dah melekat dalam otak adik adik aku
aku tengok licin je tiap kali aku masak
okey la tu kan...
kita bukan nak bukak restoran pun
kalau bukak pun, kita bukan yang bepeluh masak kat dapur
kita jaga cashier je

okey

selagi ada kesempatan, belajar masak
lagi-lagi resepi ibu yang belum kita warisi
semua org ada masakan favorite yang ibu masak?
kuasai betul2 supaya kita dapat bagi peluang suami dangan anak-anak kita rasa resepi warisan ibu

mari asapkan dapur!


*entry ni buat aku tersengih sengih..
rasa macam orang dah lama kahwin tulis entry....
hahahahahaha!
poyo seh

aku suka asam pedas dengan kari ikan mak aku...tapi sampai hari ni tiap kali buat, umi cakap fail!

no reply

penat


tapi aku malas nak mengeluh merungut
sebab aku tau tu semua sementara
sapa berusaha dia berjaya
kadang kadang tanpa sebab aku akan naik marah
hempas barang
tak pasti sebab apa
tak tau apa yang tak kena
tak tau!
rasa mahu lari dari semua ni!

kawan, pinjam bahu pls....

Wednesday, March 17, 2010

Refflesia dan Borneo

Dah lama tak update pasal diri sendiri

semalam
pergi bank untuk bank in duit
hujan renyai renyai
turun kereta hujan makin lebat
tapi lantak lah
tanpa payun redah je
dah selamat bank in duit
jalan slow slow
sbb selipar ni rupanya dah lama botak
turun tangga merentasi barisan kereta yang tengah tunggu parking
ada tangga lagi
slow slow..
dalam hati terdetik
kalau jatuh ni kaw kaw punya malu
.....di anak tangga terakhir
sruppp....aku tergelongsor macam buah nangka terputus dari tangkai
cissss!!!!!


hari ni
terjaga dari tidur
skrin hanfon menayangkan
7.00am
oh mai!!!
memang tersasar jauh dari jadual biasa jam 5.00pagi
mampus!!
dah la cik yati nk tumpang gi ofis
adik aku pun nk kena hantar dia tepi jalan naik transport yg akan ambik pagi pagi
sudah!
rupanya semua isi rumah pun sedang asyik dibuai mimpi
entah gas apa yg menyelinap dalam rumah aku
sampai semua orang tak sedar
bila lambat aku stress
bila stress aku tak mungkin akan buat pilihan tepat
aku rasa pilihan aku dah tepat
tapi tidak sebenarnya
pilihan apa?
jalan mana yang terbaik untuk lalu
yg tak jam
dan pantas
oh mai!!!!

tadi
masuk ofis bebudak dah penuh
yela sampai jam 8.30
kejadah nye takde orang kat ofis kan
bila masuk, semua senyum menyindir
hish!
pastu sibuk tanya soalan tak relevan
ciss!

tak peduli
hari jumaat aku nk mc nk gi beli slipa baru
lantakan!

Monday, March 15, 2010

cekodok pisang dengan teh o kurang manis

Usah gelisah apabila dibenci manusia
kerana masih ada yang menyayangi di dunia

tapi

gelisah lah apabila dibenci Allah
kerana tiada siapa yang menyayangi di sana

Thursday, March 11, 2010

nak menjiwang lah

Normal lah bila hidup ni ada stress ada tension
yang penting ada blog untuk melepaskan kekusutan jiwa
dan paling tak sangka ada orang sudi membaca dan kongsi sedikit semangat
tiada apa dapat ku beri
cuma doa semoga kalian sentiasa dirahmati..amin

mood : rindu arif

sapa arif?


adik bongsu kesayangan saya
sedari kecik saya jarang marah sampai nak boikot dia
macam adik adik yang lain
memang
kalau adik adik aku kuaja memang aku selalu boikot diorang
boikot macam mana?
tak payah tanya
kak long yang ada kuasa autokratik
macam macam aku buat nak bokiot diorang

macam arif
dia lebih lembut hati
dia bijak
dia jarang berkira
*air mata bergenang
dulu masa kecik..dia adalah selalu dibuli
sebab dia penakut
kalau masak air, cerek berbunyi panjang pun dia takut
ada pakcik kat taman tu kalau pakcik tu lalu sure dia lari masuk rumah
pastu kan kalau ada roket terbang kat langit tinggal asap macam ekor panjang pastu ada bunyi enjin kuat tu pun dia takut!
gila penakut!
sebab dia penakut sangat, kami kakak kakak abang abang dia selalu SELALU buli dia...

kalau cerek air berbunyi kitorang relax je goyang kaki buat derk tengok tv
pastu tetiba nampak dia memecut masuk rumah laju ke dapur tutup air
pastu kami akan tergelak gelak..
ada satu hari tu, mungkin rasa diri diperbodohkan
bila bunyi cerek air dia pun nak buat bodoh..
makin lama bunyi tu makin nyaring tapi kakak dgn abang still buat derk
last sekali mungkin takut meletup
dia jugak lari ke dapur
kah kah kah
lawak ar hang nih!

bila dah besar, kami selalu ungkit cerita tu..
dia cuma cakap
memang hampa semua jahat gila buli aku
tak pa aku redha...

sekarang aku masih lagi buli dia walaupun dia dah pandai melawan
aku peduli hapa
kalau malam dah naik atas  katil, dah siap selimut..alamak lupa tutup lampu
aku akan jerit panggil nama dia macam nampak hantu
pastu bila dia tekocoh kocoh datang
aku pun 'arif, tolong tutup lampu'
bengang je dia...jahat kan aku..
ala..untuk  merapatkan ukhuwah ;p


awal tahun ni, dia tak dapat asrama
terpaksa berulang alik dari rumah..
sape kena hantar?
aku la sape lagi
so memang kena keluar awal
sebab dia masuk sekolah 7.15
aku masuk keja pukul 8
hangin je hari hari kena bangun awal
so dia memang tak nak lambat
pukul 5 dah memekak tepi telinga aku
selagi aku tak bangun dia akan buat mcm mcm aksi supaya aku bangun
aksi macam menjerit yang tak terkawal
melompat lompat atas tilam


haih...
dalam kereta, kami macam berkongsi instinct
bila aku nk memecut cepat2 dia off aircond
lepastu pandang muka aku yg fokus
bila dah berenti kami gelak
pastu berani berani sokong aku angkat lampu kadang kadang hon
dekat polis trafik yang bias
asik simpang sebelah sana je lama
mana aci..
sebab dia menyokong aku pun berani gila hon polis tu
;p


awal bulan 3 ari tu...
dia dapat tempat kat asrama
lepas 3 keping surat rayuan kitorang hantar
bila dia dah masuk hostel...
aku sedih jugak sebenanya..
tapi mana nk nangis
tah pape la pulak kan
tapi sekarang xde sapa nak memekak lagi pagi2
tak teman nk menyewelkan diri lagi pagi2...
sunyi la plak...

hari  birthday arif
semalam birthday danish
aku bagi crayon dengan buku mewarna harga 2.95
dia senyum sampai telinga
bapak happy gila!
mula-mula aku macam serba salah
duit tengah kering kasi murah murah nak ke dia?
rupanya bila dia senyum....hati jadi senang
lapang...
budak.tak pernah pandang nilai harga
bagi dia kita ingat itu sudah cukup besar erti nya...
lepastu baru aku perasan
danish cakap dah terus
tak pelat lagi..
sebab dia lancar je sebut ayat
'kakak, tolong la ajar angah color. tolong boleh tak?'
giler dah besar budak tu!
aku nak hantar balik, dia merengek tak nak
aku janji nak ambik hari sabtu, nak buat kek besar untuk dia
hehehe
adakah aku akan menunaikan janji ku?
ah gila munafik ar kan kalau tak tunai  janji tambah tambah dengan budak kecik!

untuk adik adik ku...
selamat hari lahir
semoga sentiasa sihat dan cergas
dan diberi kejayaan dan sentiasa dirahmati oleh Nya..
amin..

gila jiwang aku pagi ni...kalau adik adik aku baca tengok la
memang bengkak telinga aku kena perli
aku jarang buat entry pasal hubungan kekeluargaan nih..


ariff atau aizat? hahaha

darwisya - takde kena mengena dengan entry

danish najmi wicha

Monday, March 8, 2010

persidangan sempena....

apsal aku bukan lelaki eh?
banyak ciri ciri lelaki yg ada pada aku
tapi aku bukan lelaki..

susah ar jadi pmpuan
kau tau sakit woo bila nak buang air besar kalau lepas bersalin
damn!

ngeri ah!
jangan nak cerita bukan bukan kat aku

eh asal?
kau pun akan lalui benda tu wat..

heh..nanti dah kena baru aku nak pk..

sakit ko tau kalau nk beranak..
kalau anak besar, kena potong..

urghh...

pastu kena jahit hidup hidup tanpa bius..

stop it!

apsal ko bercerita benda benda ngeri nih?

saje..nak bg kau tau perempuan banyak menanggung kesakitan..
tambah tambah bagi lelaki buaya yang tak pandai menghargai perempuan yang sudah sedia nak bersusah payah dengan dia..

em..lagi?

perempuan sekarang kena belajar berdikari. sebab lelaki banyak mati muda.
so as a woman u have to be ready..
kau kena tahu semua urusan
baik urusan rumah tangga, anak anak, undang-undang, dengan bank, dengan pihak sekolah, urusan mencari nafkah...
perempuan sekarang mesti tahu cari duit sendiri

hehe...macam kau..kan?

yelah..macam kau jugak..

tapi serius..kalau lelaki dah kata takde duit..memang dia takkan bagi la sesen pun
kau tak payah la nak merayu macam mana pun
nak tak nak kau tu kena fikir macam mana nak beri anak-anak makan..
perempuan jugak...

complicated ke sebagai perempuan nih?

rindu perempuan perempuan ni..

Thursday, March 4, 2010

Rumah kecil tiang nya seribu...

Rumah besar tiang nya sebatang
waktu kecil kau ditimang ibu..
sudah besar kau ditimang abang......hehe

tak...tak..

bukan tu aku nk cerita

malam semalam betul betul menderaukan darah
seumur hidup, ini rasanya pengalaman pertama..bukan pasal malam pertama..bukan!
pertama kali aku tersentak dengar umi kejut kan aku dengan nada keras
tapi tak keras macam selalu masa nak kejutkan bangun pagi
em keras tapi sedikit tegas dan lembut
ntah la..lebih kurang la..

"kakak! bangun! ada rumah terbakar"

sumpah terkejut! bangun tanpa sempat terpisat pisat terus jenguk bilik adik
jerit dgn nada suara keras tapi lembut dan tegas..bangun semuaaaa!!!!!
bila dia dh bagi respon, masuk bilik ambik handbag, masukkan semua handphone yang aku nampak depan mata. ambik kunci kereta. semua campak masuk beg. lepas tu sarung tudung. cabut semua plug dan tutup lampu tros paksa adik bergerak laju seperti komando tros tutup pintu dan jangan lari..jangan panik..berjalan laju turun bersama orang ramai yang lain sambil mata melilau pandang kiri kanan cari rumah terbakar yang dimaksudkan...

oh selang beberapa buah rumah....

turun bawah. api sedang marak keluar dari tingkap. orang ramai sedang perhatikan rumah itu. mulut aku membebel bebel tak boleh ke kita buat apa-apa?
like ambik air dengan baldi dan simbah?? apsal semua orang macam selfish dan redha dengan keadaan rumah tersebut? heyyy!!!!

mula2... ia berlaku di tingkat dua..macam agak mustahil la kan nk tolong padamkan api ..sebenarnya boleh. sebab kebakaran di dalam bilik. guna bilik air jiran sebelah untuk simbah.. tapi agak mustahil juga sebab kata nya... masuk je rumah tersebut, baru selangkah di pintu depan...panassss nya ya amatt!! jadi kami terpaksa selfish kan diri melihat api masa kecil jadi kawan, bila dah besar lupa diri  menjadi lawan...dalam hati berdoa doa jangan la bomba sesat..

bila bomba sampai, semua nampak lega...

bomba memang best! tiba tiba rasa nk jadi bomba ;p

dah la baju menyala dalam gelap. lepas tu masa sampai nampak semua very profesional. melompat turun pantas seperti komando. keluarkan paip getah dan tiba tiba seorang abang bomba menuju pada aku..phewitt!phewitt! .... paip bomba mana paip bomba? dia tanya.. alamak! saya tak tau. kena cari paip bomba ni. sambung dia..aduh! masa tu terasa nak cepat cepat ke jabatan pendaftaran dan tukar nama. MALU!! nk mengaku aku ni dilla...malu..nape i careless sangat? cuai! tak sebenanya bukan cuai.. memang tak ambik tahu. tengok!

dipendekkan cerita...




lepas ni...

balik rumah sila semak di mana kedudukan paip bom dan fire extinguisher di rumah anda

kendian....


jauhilah arak..benda yang Allah dah haramkan semua berSEBAB.. arak adalah punca pergeseran perpecahan dan pergolakan rumah tangga..jauhilah semua jenis arak termasuk air tapai air tuak dan yang sewaktu dengan nya...punca kebakaran ini adalah arak. bila lelaki mabuk yang tak mengaku mabuk sudah membakarkan rumah nya sendiri.deyyyy!!

p/s : cerita adalah habis disini kerana tiada mood mahu menyambung...semua mangsa terselamat termasuk 2 ekor ikan puyu dalam akuarium yang sudah cair.


sekian

Wednesday, March 3, 2010

mac

Bulan mac sudah. masih lagi di posisi yang sama. dan yang penting masih orang yang sama. status yang sama. belum ada perubahan.

Tuesday, March 2, 2010

cakap saja...

Sorang kawan,

"bumi kita ni dah penuh sampah. Sana sini ada je sampah tepi-tepi jalan. Pening pale akak tengok" sambil memegang botol 100 plus sambil menyedut nyedut enak...srutttt...srutttt bunyi nya.. ;p

"orang kita ni malas nak recycle. tau tak aritu orang gaji sebelah umah akak kata, kat Malaysia ni duit boleh dapat dari tepi jalan je"

"diorang kutip je tin botol tepi jalan bawak jual. Kumpul hujung bulan pos balik kampung"

sambung nya sambil baling botol 100 plus yang sudah kosong ke dalam tong sampah....

aku???

ehh...kalau kumpul botol kan ke bole buat duit?

cakap saja...aiyyyya!

Monday, March 1, 2010

Aku bengang dengan mak Syafia Humaira tu!!!!

Aku memang takde mood hari ni nak bercakap pasal ape-ape pun
Jangan nak datang mengadu pada aku benda yang remeh remeh
memang aku takde mood dan takde masa
jangan nak merungut pada aku pasal gaji kau kecik
tapi dikerah keringat macam diberi gaji 5 ribu
jangan nak merungut pada aku pasal saiz kasut aku lebih besar dari kasut kau
ape masalah kau kalau betul pun saiz kasut aku lebih besar dua kali ganda ke lima kali ganda ke sepuluh kali ke berganda ganda ke?
ada aku paksa kau pakai kasut aku?
aku ada mintak potong gaji kau nk beli kasut tiap bulan?
kasut aku kan?
ape masalah kau?
jangan nak cari pasal di kala mood aku macam orang sawan ni
kang kasut tu aku sumbat dalam mulut kau
then baru boleh komplen mine is bigger than yours!
kau datang sini merungut itu ini
pasal gaji kau naik 20 ringgit tahun ni!
pasal kerja lah
kau tahu ke gaji aku ni banyak mana?
tanggungan aku macam mana?
hidup aku macam mana?
demand aku macam mana?
jangan merungut banyak sangat
balik
telek muka kat cermin
selama kau kerja berapa jam sangat kau kerja
berapa jam kau online?
berapa jam kau tido dalam stor?
berapa jam kau lunch sambail tambah masa berjoyah?
jangan nak merungut dekat aku semua tu
boring tau???
bila kau cakap
'hari tu, mamat ofis sebelah kata aku ni dah macam pmpuan anak 4..babi doh mamat tu!..macam dia tak tau aku kahwin pun belum!'
aku tak heran...sape suruh kau tak jaga badan
makan stok sebulan
lepas makan..makan lagi..
lagi...lagi...
jogging malas
pastu nak salahkan orang...


.....


jangan nak mengadu kat aku benda benda remeh ni
aku penat.....



.............
..................
......................

okey lah

tetiba mood aku macam baik

kalau ko jumpa lagi mamat ofis sebelah yg cakap kau macam anak 4 padahal dia tau kau belum kahwin tu kan....
kau sembunyi balik tembok
lalu tahan kaki kasi dia terguling
pastu kau blah...
macam la di tu hendsome sangat!
perut macam 5 bulan...huh!


p/s : memang aku sedih dengan nasib adik Syafia...nauzubillah...cuma Allah dapat balas perbuatan orang yang memang tak pernah ambik berat pasal dia dan yang sanggup buat dia macam tu!