Thursday, March 4, 2010

Rumah kecil tiang nya seribu...

Rumah besar tiang nya sebatang
waktu kecil kau ditimang ibu..
sudah besar kau ditimang abang......hehe

tak...tak..

bukan tu aku nk cerita

malam semalam betul betul menderaukan darah
seumur hidup, ini rasanya pengalaman pertama..bukan pasal malam pertama..bukan!
pertama kali aku tersentak dengar umi kejut kan aku dengan nada keras
tapi tak keras macam selalu masa nak kejutkan bangun pagi
em keras tapi sedikit tegas dan lembut
ntah la..lebih kurang la..

"kakak! bangun! ada rumah terbakar"

sumpah terkejut! bangun tanpa sempat terpisat pisat terus jenguk bilik adik
jerit dgn nada suara keras tapi lembut dan tegas..bangun semuaaaa!!!!!
bila dia dh bagi respon, masuk bilik ambik handbag, masukkan semua handphone yang aku nampak depan mata. ambik kunci kereta. semua campak masuk beg. lepas tu sarung tudung. cabut semua plug dan tutup lampu tros paksa adik bergerak laju seperti komando tros tutup pintu dan jangan lari..jangan panik..berjalan laju turun bersama orang ramai yang lain sambil mata melilau pandang kiri kanan cari rumah terbakar yang dimaksudkan...

oh selang beberapa buah rumah....

turun bawah. api sedang marak keluar dari tingkap. orang ramai sedang perhatikan rumah itu. mulut aku membebel bebel tak boleh ke kita buat apa-apa?
like ambik air dengan baldi dan simbah?? apsal semua orang macam selfish dan redha dengan keadaan rumah tersebut? heyyy!!!!

mula2... ia berlaku di tingkat dua..macam agak mustahil la kan nk tolong padamkan api ..sebenarnya boleh. sebab kebakaran di dalam bilik. guna bilik air jiran sebelah untuk simbah.. tapi agak mustahil juga sebab kata nya... masuk je rumah tersebut, baru selangkah di pintu depan...panassss nya ya amatt!! jadi kami terpaksa selfish kan diri melihat api masa kecil jadi kawan, bila dah besar lupa diri  menjadi lawan...dalam hati berdoa doa jangan la bomba sesat..

bila bomba sampai, semua nampak lega...

bomba memang best! tiba tiba rasa nk jadi bomba ;p

dah la baju menyala dalam gelap. lepas tu masa sampai nampak semua very profesional. melompat turun pantas seperti komando. keluarkan paip getah dan tiba tiba seorang abang bomba menuju pada aku..phewitt!phewitt! .... paip bomba mana paip bomba? dia tanya.. alamak! saya tak tau. kena cari paip bomba ni. sambung dia..aduh! masa tu terasa nak cepat cepat ke jabatan pendaftaran dan tukar nama. MALU!! nk mengaku aku ni dilla...malu..nape i careless sangat? cuai! tak sebenanya bukan cuai.. memang tak ambik tahu. tengok!

dipendekkan cerita...




lepas ni...

balik rumah sila semak di mana kedudukan paip bom dan fire extinguisher di rumah anda

kendian....


jauhilah arak..benda yang Allah dah haramkan semua berSEBAB.. arak adalah punca pergeseran perpecahan dan pergolakan rumah tangga..jauhilah semua jenis arak termasuk air tapai air tuak dan yang sewaktu dengan nya...punca kebakaran ini adalah arak. bila lelaki mabuk yang tak mengaku mabuk sudah membakarkan rumah nya sendiri.deyyyy!!

p/s : cerita adalah habis disini kerana tiada mood mahu menyambung...semua mangsa terselamat termasuk 2 ekor ikan puyu dalam akuarium yang sudah cair.


sekian

1 comment: