Friday, March 26, 2010

awkward

selalu kita dengar orang mengeluh
haih baru dapat gaji, dah habis bayar hutang
T___T
okey itu bukan orang
tapi keluhan aku!
eh aku pun orang juga

fine la..

normal la kan
kita nak hidup selesa
berhutang pun sanggup
hujung bulan dapat gaji tak perlu nak happy sangat sebab setiap duit tu dah ada portion tertentu
kereta, minyak, insuran, hutang kain yg officemate jual, shawl online, bil telefon bla bla bla

fine itu normal

kadang kadang ada jugak terdengar,
duit aku habis! tak tau pegi mana
sedar-sedar aku terpaksa makan meggi je

nenek aku pernah cakap,
nanti bila besar dah kahwin eh dah kerja
tak banyak sikit pun tak pe
mesti bagi duit dekat mak
kalau mak ayah lagi bagus
orang tua ni kadang kadang duit dia dah cukup..bukan nak sangat duit anak
tapi untuk mendapatkan keberkatan
walaupun sedikit insya Allah duit kita tu berkat

bila merungut rungut dekat sorang kawan
pasal tak tau mana pergi duit tau tau dah habis
dia pun cakap benda serupa
bagi sikit pada mak
kita akan dapat rasa keberkatan duit tu

dulu masa setahun dua di alam pekerjaan
aku bagi mak duit..memang tak banyak
tapi bagi jugak
bila makin lama tanggungan makin banyak
aku makin tak bagi mak
skip
kejap bagi kejap tak
buruk perangai kan...
serius nih
dan mak aku pun macam faham je aku banyak benda nak kena bayar
dia pun macam kesian nak mintak ke hapa
dan memang aku rasa
terasa sangat
gaji aku tu tah kelaut tak pun ke langit
habis tanpa disedari
padahal tak banyak shopping benda mengarut pun

sekarang aku macam dah insaf
rezeki pun Allah dah tambah
alhamdulillah..
and aku tak nak miss lagi bagi duit pada umi
dengan niat kerana Allah
dan harapnya rezeki itu berkat

dan lepas a few time, aku dah nampak flow duit tu kemana
memang berkesan
dan tak rasa resah gundah gulana sebab gaji tak cukup ke apa
alhamdulillah..

yang penting niat mesti betul!


dari Mr.Google

3 comments:

  1. yep...selagi parent masih hidup ni brbaktilah sebanyak mungkin.. kalau nk ikutkan tak cukup duit nk beli itu ini, mmg tak penah cukup. beri pd diorang skit pn xpe..sbagai ingatan kita kt dia. dia pun mesti rasa terharu wapun skit. :-)

    ReplyDelete
  2. ku nk bagi duit kat mak.. mak takmo plak.. tp ku senyap2 deposit dlm bank stp bulan.. ehehehe..

    ReplyDelete