Pernah tak rasa annoying bila lepas sesorang kawan kita berkahwin, dia mesti nak letak gambar dia dengan husband or wife as a profile pic facebook ataupun kejap-kejap update gambar mesra mereka suami isteri semasa bercuti ataupun gambar bersama makanan?
Serius ini bukan masalah besar dekat aku. Langsung tak. Tapi dulu aku cuma pernah rasa, atau pernah terfikir… yang why must so obvious? Semua orang tau kau dah kahwin, then dah la. Tak perlu kot nak upload banyak-banyak gambar mesra kau orang. Fine.
Sekarang bila aku dah di alam perkahwinan, then only aku tau. Its just because of you feel insecured. Why? Ok aku mengaku aku ada rasa itu. Insecured. Sejarah aku, kamu kamu dan kita lain-lain. Sejarah aku lain. Sangat bullshit. Jadi selepas berkahwin, aku cuma terasa sometimes, aku nak semua orang tau that he is my husband. Ada segelintir kawan-kawan dia yang tidak tahu, perlu tahu yang dia sudah beristeri. Jadi apa-apa cara perhubungan di laman sosial between orang-orang di luar sana dan dia perlu ada batasan because he is married now. Memang dia tak hensem. Memang dia tak kaya. Memang dia hitam. Tapi lelaki tetap lelaki dan paling penting dia sudah beristeri. Dalam masa terdekat ni atau 6 ke 7 tahun akan datang, belum masanya untuk perkahwinan kami diuji atas alasan orang ketiga.. Itu sebabnya.
Jadi atas sebab yang itu, aku fikir, lebih elok kalau gambar aku dan suami yang jadi profile picture aku di laman sesawang seperti facebook, whatsapp, yahoo massanger, fringe, tango atau apa-apa lagi budak zaman sekarang selalu guna.
Insecured.
Looser kan?
Ataupun ada sebab lain? Misalnya berkongsi kebahagiaan dengan orang lain. Ataupun oh lagi satu alasan aku, gambar itu cantik. Ya cantik. Misalnya baru discover teknik-teknik editing ke ataupun shot terus dapat gambar lawa. Lalu nk share dengan orang ramai. Mungkin jugak…
Tapi percayalah, once kau dah melangkah ke alam ini, nak tak nak kau mesti pertahankan apa yang telah ditakdirkan ke atas diri kau.
But still aku masih ada rasa annoying pada orang yang terlampau banyak sangat upload gambar-gambar mesra berdua ni tanpa had. Dan sudah tentu ia BUKAN satu isu besar pun. Bukan isu besar pun. Cuma sedikit annoyed... *muntah
No comments:
Post a Comment