Saturday, September 10, 2011

Ini entry raya saya

Sebab dah lama tak menulis aku dah tak reti nak menghamburkan idea lagi. Kadang-kadang banyak sangat nk tulis tapi lepas type beberapa perkataan, my mind decided to remove it. Especially pasal luahan rasa. Well you know, sometime kita akan terlebih rasional dalam menilai sesuatu perkara. Rasional itu yang menyebabkan kau cakap, alah buat apa nk tulis panjang-panjang. Things gonna be the same. Ape yang berubah selagi aku tak ubah? Sakit hati tetap sama.



This raya is fabulous! Balik penang paling awesome! Gedik gila dah fabulous, awesome plak. Raya tahun ni dua-dua family sebelah umi dengan ayah best. Takde gaduh-gaduh drama air mata ke apa. Semua cool je. Macam tu baru best. Raya tahun ni jugak ada satu family lagi tambah. Mertua. Gedik lagi tulis mertua. Habis semua rumah kena berjalan tayang muka sebab semua nak tengok pengantin pakai baju sedondon. Pening kepala nak susun kaler baju sebab nak kasi match. Patutla masa beli baju raya dah congak siap-siap dalam kepala siap paksa cik wan beli ikut kaler yang aku nak. Gaduh-gaduh depan salesman, dia beli jugak. Oh rupanya ada tujuan. Best jugak pakai baju sedondon. Tapi bosan sebab duit raya langsung takde sapa sudi nak hulur. Sebab dari jauh orang dah nampak baju mamat ni dengan minah ni sedondon, kesimpulan haruslah mereka pasangan. Bila dah dekat mak mertua pulak perkenalkan ini menantu aku. Jadi sekali lagi terlepas peluang walaupun sudah habis muka kesian dibuat. Hasilnya memang langsung takde. Tidak seperti tahun-tahun sebelum nya, ada jugak lah hasil bawah 50 ringgit. Sadis.


Raya tahun ni jugak menyaksikan semua kuih raya aku rasa. Asal sampai rumah orang, balang kuih yang di tala. Kalau tak sedap, letak tepi. Kalau sedap aku ulang sampai setengah balang. Gemuk? Belakang cerita. Nanti lepas habis raya, jogging sama-sama. Tapi makan kuih raya, punca perut memerut. Tiap malam tandas dimonopoli diri sendiri. perghh sakit dia bukan sakit biasa. Sampai urat pinggang peha kaki pun macam nak cramp. Tapi esok pagi adakah dia insaf mengurangkan kunyahan kasi slow sikit? Tidak mungkin. Lain rumah, lain kuihnya.





Oh ya, kiter baru lepas miscarriage. Mak, nenek, makcik2 bising-bising suruh pantang. Ala, kitew manew retie pantang-pantang ni. Pantang tengok boleh la. Tambah-tambah laksa. Setakat 3 mangkuk tu, takde hal la. Harap-harap takde la side effect teruk-teruk. Yela mak-mak pesan sebelum makan baca bismillah hillazi… nanti racun jadi ubat. Amin..


Lepas ni banyak open house pulak. Oh! I love food…

Selamat hari raya maaf andai pernah mengguris rasa

No comments:

Post a Comment