Aku, sebagai seorang perempuan pun selalu merasa kagum terhadap seorang perempuan lain dalam keadaan-keadaan tertentu.
1. Perempuan yang boleh bawak motor tengah-tengah jalan sibuk dengan trailer . kagum gila bak ang! Dengan baju kurung, selendang terbuai-buai, kasut tumit gigih menekan kelas.. rasa kagum meninggi sebab aku tak pandai bawak motor. Dulu reti bawak, lepas jatuh dan tak pernah ada keperluan nak bawak motor maka kebolehan itu menjadi sia-sia dan bertambah karat lama kelamaan.
2. Perempuan yang boleh bercakap lama dengan hanya satu soalan dan cuma berhenti untuk menarik nafas sahaja. Banyak betul idea diorang! Aku kagum sebab aku jenis perempuan yang bercakap sedikit. Ataupun cakap bila perlu. Nampak macam sombong untuk pertemuan pertama. Tapi bila jumpa orang yang boleh masuk, cerita satu tajuk melompat ke tajuk lain tanpa sempat berhenti pun :p
3. Perempuan yang selalu beri pendapat lain dari orang lain. Misalnya ada seorang budak hyperaktif memanjat-manjat kerusi, meja langgar pasu kristal nasib baik tak jatuh. Semua orang dah bising-bising budak tak reti dok diam, nakal bla bla bla.. tapi dia sorang akan cakap, budak pandai memang macam ni, esok bakal perdana menterri ni sambil senyum… tapi yang pasti perempuan tu bukan aku..
4. Perempuan yang cantik dan bijak. Jarang jumpa perempuan yg ada 2 ciri-ciri berkenaan serentak. Selalunya cantik, tapi kebodohan terserlah. Ataupun bijak tapi muka tak berapa lawa..aku ada sorang kawan yang pakej lengkap. Muka lawa, body superb, dan paling penting dia bijak. Masa borak dengan dia aku selalu cakap dalam hati she's brilliant!
Apa keadaan yang membuatkan anda kagum dengan wanita? cuba fikirkan...
No comments:
Post a Comment