Wednesday, September 21, 2011
memori atuk
Ape kebendanye tu?
Itulah kuih bakar. Orang Penang panggil ‘kuih bakaq’. Orang Johor panggil ‘bingke’. Itu gambar aku ambik dengan hp tak-berapa-nak-canggih-tapi tahan-lasak. Jadi kualiti gambar memang la jenis tahan lasak punya. Kuih tu pagi tadi ada orang bagi sepotong suruh makan. Dia cakap pagi2 makan yang manis supaya hidup pun manis dan ceria. Tapi kan tapi selalunya kuih tu mesti dah sejuk. Tapi yang aku dapat pagi tadi, masih panas. Hot seksi dan mengancam!
Aku teringat atuk!
Dulu aku pernah sekolah setahun dekat kampung. Masa ayah kena tukar ke Klang, aku pilih nak duduk dengan atuk. Sebab masa tu keputusan periksa aku teruk sangat. Semua merah! Jadi rumah atuk ibarat pusat pemulihan akademik termasuk akhlak juga. Sebab lepas aku dudk situ, result PMR aku meningkat. Naik dan agak bagus juge la. Dan sepupu aku pulak kena hantar duduk dengan atuk, sebab masalah disiplin. Lepas duduk dengan atuk, disiplin ok. Kan ibarat pusat pemulihan jugak tu.
Masa duduk dengan atuk, dia buat kuih letak kedai kopi sekitar kampung. Salah satu ialah kuih bakar. Masa atuk buat kuih ni, aku tak pernah sentuh. Apatah lagi makan. Sebab bau telur dia agak kuat. Aku tak minat. Dan selalunya atuk potong kuih ni bila dah sejuk. Dia perasan yang aku tak pernah makan. Dia tanya kenapa. Aku pun cakap la, sebab bau hanyir. Suatu hari, dia potong kuih ni masa tengah panas. Dia cakap cuba rasa. Sedap! Langsung tak bau telur. Aku pun makan berkeping-keping. Sedap sangat!
Mulai hari tu, asal lepas masak je dia akan potong sikit dan panggil aku makan. Dan sampai sekarang aku Cuma makan kuih ni masa tengah panas je. Kalau sejuk makan jugak kadang-kadang. Itupun kalau betul-betul teringin. Dah lama tak makan. And kebetulan pagi tadi akak tu bagi kuih bakar ni lepas dia panaskan dalam mikrowave. Memang terbaik!
Memory betul kuih ni :p
ini gambar kamera canggi, Encik Google
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment