Thursday, September 22, 2011

Sebelum kopek, kau cuma nampak kulit durian berduri yang tajam.. tapi isinya di dalam lembut manis dan heavennnnnn :p

Sebelum aku kahwin, ada 2 cerita dari orang yang dah berkahwin macam mana perasaan diorang bila makin dekat nak kenduri. Masa aku dengar cerita tu, biasala ayat cliché yg keluar..sabar la. Tu Cuma perasaan je. Strees org nak kahwin memang macam tu. Lepas tu bila time aku pulak nak kahwin, apa yang aku rasa SEBIJIK dengan apa yang diorang rasa.


Terasa yang bakal suami tu..err he is not the one! Perasaan tu kuat sangat. Aku rasa sepatutnya sekarang ni masa aku kumpul duit banyak-banyak. Melancong puas-puas. Makan kenyang-kenyang. Tidur cukup-cukup. Bukan masanya menggatal nak berlaki. Lagipun adakah dia orang yang betul-betul boleh terima aku luar dalam? Susah senang? Macam mana kalau lepas kahwin, aku tak boleh terima dia? Kisah silam dia? Macam mana kalau lepas kahwin, dia tinggal aku?

Kalau lepas kahwin duit tak cukup, lepas tu bergaduh hari-hari pasal duit macam mana? Mesti susah nak lepak dengan b ff (xoxo) lepas ada suami kan? Macam mana nak lepak dengan kawan-kawan dia? Aku bukan jenis yang pandai bersosial sangat. Pasif. Nanti kalau ex gf cari dia balik macam mana? Nanti kalau dah ada anak, badan gemuk , dia cari lain apa aku nak buat????

Kalau aku belum ready, apasal dulu terima pinangan dia??

Semua soalan tu bermain-main dalam fikiran. Masa tu memang stress! Hari-hari datang ofis mata bengkak. Habis malam tadi menangis. Tangan mula lah nak hantar sms bukan-bukan pada tunang. Satu dua soalan dia layan, kalau dah masuk soalan kelima benda merepek yang kau tanya??

Orang lelaki kalau kita dah strt merepek diorang akan senyap. Paling salit hati bila dia dah tak angkat call atau balas sms. Maknanya dia malas nak layan. Erghhh! Lepas tu, mesti fikir nak putus tunang..hiii

Sebenarnya, banyak kali kami bergaduh masa bertunang dulu. Kalau punca gaduh tu aku yang mula selalunya isu yang aku tulis dekat atas tadi. Kadang-kadang tengah borak elok, aku boleh cari pasal dengan soalan yang bukan-bukan. Kalau punca gaduh dari dia pulak, selalunya isu susah nak lepak sama, susah nak keluar makan, susah nak jumpa beli barang-barang persiapan. Macam sebelum-sebelum ni aku ada tulis aku memang orang yang sibuk dengan urusan keluarga. Hari-hari masa aku banyak untuk family. Nak dating memang susah. Kalau hujung minggu, dapat keluar sejam dua lepak makan laksa dengan dia pun dah cukup bagus. Dia pulak jenis yang banyak masa dengan kawan-kawan. Diaorang keluar bawak awek, dia simpan awek kat rumah. Bila ajak aku, macam-macam excuse aku bagi..so tu punca bergaduh jugak. Sampai last-last minit baru dapat keluar beli kasut, beg dan lain-lain barang nak letak atas dulang. Itupun lepas beli terus balik…

Dulu, masa aku dah serabut sangat asyik fikir tak nak kahwin je..aku ada hantar satu email pada sorang kawan yang sangat aku hormati. Panjang lebar email aku explain dekat dia. Dia reply, dulu dia pun sama! Kampung dia di terengganu. Kerja di shah Alam. masa nak balik kampung untuk melangsungkan perkahwinan tu, dah dekat bus stand. Dia boleh fikir tak nak balik kampung. Dia rasa macam tak nak naik bas. Macam-macam dia fikir. Gila kau, buat nya tak jadi kahwin..orang kampung dah start pasang khemah. Serba serbi persiapan dah 90% kat kampung. Last-last dengan berat hati heret jugak kaki naik bas. Sekarang dia dah dapat baby…

Panjang lebar aku tulis. Sekarang aku dah blur dekat mana point penting yang patut aku highlight kan…

Sebelum buat keputusan nak menerima lamaran seorang lelaki, buat lah istikharah.. walaupun kita buka orang yang alim, tapi istikharah tu sangat membantu. Dan percayalah, setiap keputusan yang dibuat setelah beristikharah, insya allah yang terbaik. Dan perasaan bukan-bukan macam nak cancel kan perkahwinan yang dirancang tu selalunya gangguan syaitan.. kita manusia biasa. Memang matahari tak selalu ada. Selalu panas bukan perkara biasa. Mesti ada hujan, ribut ada mendung kadang kala. Kalau lah ditakdirkan perkahwinan kamu disambar ribut petir suatu ketika nanti, itu kan dugaan. Kuatkan hati.

jangan trkeliru ngan hati & perasaan. Bl awk dh buat kptsn ttp kn hati, tanam tekad yg awk akan harungi segala rintangan bersama. ssh sng bersama. mmg x dinafikan masalah sebegitu akan timbul apabila berkahwin. tp awk harus ingat, lg byk insan yg x bernasib baik mcm kt. didiklah diri kt terima seadanya. Tp tuhan maha adil n kt x buat perkara yg salah. sekiranya pendptn kt sikit, namun mohon pd allah cukup2 kn lh rezeki kt. insyaallh.

Pasal bakal suami awak, dia dh buktikan yg dia akn cuba jd yg terbaik utk awk. Belajar lh bersabar dan terima seadanya. Dulu akak pun sama macam awak, stress. Tapi akak tau perasaan sbnr akak ketika itu. Akak cuma x yakin pd diri...


Lepas kahwin, okey je…boleh je kau makan kenyang. Boleh je kau tidur lena. Boleh je kau melancong sana sini. Best lagi. Tak yah keluar duit banyak sangat sebab laki tanggung 80%. Lagi 20% duit kau beli jajan. Boleh je keluar dengan kawan-kawan (walaupun tak sekerap dulu :( tapi itulah perubahan), boleh je korang control kewangan…

Tak rugi orang yang bermusyawarah, dan tidak akan menyesal orang yang beristikharah.

Yang penting jangan putus doa kepada DIA…

musim bunga bakal tiba!

No comments:

Post a Comment