Bila sesuatu perpisahan berlaku, kita akan rindu sesorang itu disebabkan perkara-perkara kecil yang pernah dia buat pada kita. Small things. Misalnya, dulu masa sekolah rendah saya ada sorang classmate lelaki yang cute plus hensem. Kitorang takde connection seperti bercouple atau bestfriend ke ape. Tapi sampai hari ni saya masih ingat dia disebabkan dia terjatuhkan pensel saya dan mata pensel patah kemudian dia cakap sorry dan asahkan balik pensel saya...awwww!! comel kan moment tu? kau bayangkan kecik-kecik aku dah pandai menghargai perkara-perkara kecil seperti itu..
Bila dah besar, kita berkawan dengan ramai orang. Bertemu, berkawan dan berpisah. Saya sangat sure semua ini berlaku pada semua orang. Semua! Sekolah menengah, kolej, universiti, tempat kerja lama dan baru, tempat berkursus, skandal, boyfriend, girlfriend..bla bla bla...pertemuan perpisahan berlaku in every single things yang berlaku dalam hidup kita..
Saya ada beberapa orang kawan special yang kadangkala rasa rindu itu datang disebabkan saya ingat balik perkara-perkara kecil yang pernah kami lakukan bersama..
tapi sekarang saya rindu arwah tok nek sungai saya.... rindu :'(
bila rindu dia, saya selalu teringat saat saat terakhir sebelum dia meninggalkan saya, kami semua. Dia sempat ajar saya masak kari ikan yang memang lain dari yang lain. Umi saya pun tak masak kari macam tu. Nenek ajar saya masak kari... benda kecil. Sebab dia pun ajar cicit dia yang lain bab-bab memasak ni. Tapi bila dah tiada depan mata, benda tu jadi sesuatu yang besar dan dirindui...
misalnya bila berjauhan dengan ibu..saya selalu rindu air milo panas yang ibu bancuh ..ataupun rindu suara nyaring dia menjerit kejut saya bangun tidur!
Dulu selalu rindu, nak makan keropok udang meow meow dengan air coklat dutch lady atas kerusi tepi stadium hoki masa balik jogging lepak-lepak sampai matahari naik tegak atas kepala...
rindu nak berebut makan tako tao depan kedai tako tao lepas bayar muka terus tak sabar-sabar cari kerusi nk melahap si bulat 3 biji tu..
rindu nak makan laksa di kedai bawah pokok. Kedai tu dah kena roboh.lepas tu dah tak dapat kesan lagi mana kedudukan baru dia. Syahdu je bila lalu tempat tu. Banyak kesan memori disitu.
Kadang-kadang ada orang rindu nak makan berkongsi satu sudu, dan minum berkongsi satu straw...ataupun rindu nak makan berkongsi sekeping sandwich dengan 3 orang yang lain.. semua tu perkara KECIL berlaku secara spontan tapi menjadi BESAR mengikut masa dan keadaan...
Rindu mahu melihat rambut sarang tebuan versi dulu dulu..versi yang masih kecil dan belum tahu dunia ni luas..gulp!
rindu suasana masa saya takut longkang nak ke pasar malam dekat setengah jam kawan-kawan pujuk kau langkah je dilla,kalau jatuh boleh panjat. Dah setengah jam menjerit jerit mintak tolong, kereta lalu lalang semua hon tanda sokongan. Bongok!
rindu mahu melihat kereta orang tu dari jauh, dan orang tu tak sedar pun saya sedang melihat dia..
...
sebelum makan tulis blog dulu. haha.. rindu makanan ni jadi mari makan bersungguh sungguh!!
Sunday, October 31, 2010
Monday, October 25, 2010
Pipi yang kemerah-merahan..
Aku bukan orang yang pandai menzahirkan apa yang aku rasa secara terang terangan
semua nya berdasarkan perbuatan
em...jap salah tulis
perasaan sayang, rindu, cinta, suka dan em...sedih - aku tak berapa pandai zahirkan secara terang terangan
(ok ni lebih tepat)
sebab kalau perasaan MARAH senang je aku tunjuk :)
Kalau sedih, selalu tahan hati jangan nagis depan orang. Nanti nampak tak cool. Bila tak cool, nampak cengeng. Huduh.
Kalau rindu, em...diam jela. Stalker dekat fb. Kemudian belek folder gambar lama-lama. Kemudian air mata bergenang sebab tahan rindu. Woh jiwang!
Cinta dan suka dah lama tak rasa...
Kalau sayang?? Masak makanan best-best untuk keluarga kemudian bila makanan habis licin senyap-senyap rasa bangga sebab dapat tunjuk kasih sayang melalui masakan. Wah sangat keibuan :)))
Tapi hari ni, saya rindu dia...

Humaira
Humaira yang alhamdulillah dapat jodoh yang sangat baik
Humaira yang redha dengan ketentuan untuk tinggal bersama mertua
Humaira yang bela anak ayam dengan bapak mertua ... comel :)
Humaira yang sudah 6 minggu membawa sesuatu dalam perut
Humaira yang selalu call kawan-kawan tanya khabar
Humaira yang banyak menasihati saya :'(
aish tetiba sebak...
rindu ini kerana Allah..
Sunday, October 24, 2010
Lelaki DAN Shopping
Selalu dengar orang lelaki merungut kalau perlu temankan wanita membeli dan belah. Kononnya lama sangat berjam-jam sampai mereka jemu lalu terpaksa bersidai di luar shopping mall menghabiskan berpuntung puntung rokok menunggu mak kakak adik perempuan atau awekss mereka bersungguh sungguh menghabiskan duit..
Dilahirkan sebagai perempuan yang kurang gemar bershopping cewahh! gemar adalah sikit tetapi tak gemar sangat sudah cukup memberi tuah ya TUAH kepada bakal suami saya kerana tidak perlu melayan sikap membeli dan belah yang terlampau kronik. Saya tidak kronik part itu. Em...setakat inilah...memang setiap kali kalau mahu membeli barang seperti contohnya hand bag atau baju. Saya akan ke bahagian berkenaan dan pilih serba sedikit bawa ke kaunter dan bayar. Ye mungkin kerana saya jenis yang kurang teliti, careless wat so ever jadi hasilnya dalam setengah jam saya mungkin sudah membayar tiket parking dan mula bergerak keluar dari mall. Ok perlu ke membebel tentang diri sendiri padahal topik lelaki dan shopping????
Saya ada 3 orang adik lelaki dan seorang ayah lelaki dalam hidup saya. Dan sebagai kakak sulung selalunya saya yang jadi fashion advisor mereka. Oh patutlah adik-adik aku tak reti berfesyen..tengoklah sapa advisornya..HAHA.. Dalam banyak-banyak lelaki dalam hidup saya ni, adik yang ke3 paling cerewetttttttt bab-bab attire ni. PALING! Kalau beli seluar atau baju dekat sejam dia akan belek letak belek letak belek letak belek lepas tu fikir 40 minit baru bawak gi kaunter bayar. Tapi nasiblah bukan sehelai. Dia jenis kalau sekali beli, pat lima nam lai. Jadi berbaloi jugak la kalau teman dia shopping. Yang paling annoying masa tengah proses pilih memilih mesti nak 'kak ok x?' 'kak yg ni boleh?' kak itu..kak ini... memang! rasa nk muntah!!! Pernah saya dan dia nak belikan ayah baju batik, TIGA shopping mall kami jelajah nak cari baju yang dia berkenan, padahal bukan beli untuk dia pun. Bayangkan betapa cerewet nya mamat ni!
Adik lelaki yang kedua terbesar dan tertinggi oh yang raja tahi lalat tu. Dia tak erapa cerewet. Tapi kuattttttt membebel. Sambil memilih mulut dok pot pet pot pet macam-macam dia membebel. Mana seminit tak jadi sejam? Padahal beli sehelai seluar slack je.
Adik yang bongsu memang paling ah! Dia susah nak buat keputusan. Kak yang mana kak? Aku tak tau la kak. Bila saya cakap, pilih la kaler yang belum ada dalam koleksi..'em...semua kaler aku dah ada' Bila aku cakap ambik jelah kaler ni...dia jawab tak cantik lah! Ok nampak tak disitu sakit hati tak kalau teman mereka shopping?? And kadang-kadang saya memang sampai naik suara sebab mengantuk plus bosan plus penat nak melayan kerenah diorang.
Memang letih. Kalau saya dengar ura-ura antara mereka nak beli sesuatu saya memang paling nak elakkan dari teman budak-budak lelaki ni. Tapi antara lelaki lelaki berkenaan yang paling mudah mestilah ayah saya. Ye saya memang menurun dia. Kalau nak belikan baju, asalkan saiz ok, kain ok, kaler apa pun tak kesah dia mesti ok. Kalau yang mahal tu, memebebel lah dia sekejap tapi lepas tu dia akan pakai jugak...Paling mudah lah! Semoga bakal suami saya (dimana pun anda berada di highway atau jalan kampung) harap-harap bab beli dan belah ni anda seorang yang mudah..harap-harap....
Ini baru shopping baju seluar di shopping mall belum lagi kau masuk kedai kedai aksesori kereta atau motor. Sumpah menjengkelkan! Sejam dua jam pun mereka takkan sedar dah ada muncung panjang tengah hangin menunggu!
See??? Sebenarnya lelaki kalau dah datang niat diorang nak membeli dan belah maka anda semua perempuan-perempuan haruslah bersedia fizikal dan mental.. Sebab mood kita dan mereka nak bershopping adalah jarang selari.
tapi sekarang bila dah jauh-jauh jarang jumpa ni rindu pulak nk shopping ngan makhluk-makhluk ni ... tapi ah perasaan boring tu lebih kuat rasanya..HAHA
ini cerita dari pengalaman sendiri dan tak semestinya memberi konklusi bahawa semua lelaki sama...
kan kan kan nenek kan???
imej : abang gugel
Thursday, October 21, 2010
Judi
Hidup ini macam bermain judi. Mempertaruhkan sejumlah wang sebagai penentu menang atau kalah dihujungnya. Macam hati. Dipertaruhkan untuk rasa gembira bahagia atau berduka disakiti dan dilenyek lenyek hingga lumat sehingga tiada rasa dalam sesuatu perhubungan. Ya...itulah hidup.
Hari ini.
Mungkin saya sedang pertaruhkan hati saya untuk sebuah hidup. Dihujungnya belum pasti benar-benar bahagia atau masing-masing sedang berpura-pura..
Adakah saya sebagai penghilang duka semata?
Adakah saya sebagai penyembuh luka semata?
Bila duka sudah hilang dimana saya?
Bila luka sudah sembuh dimana saya?
Sudahlah. Semua ini buang masa!
Lihat sekeliling apa yang tinggal.. Mari berdoa untuk sebuah kehidupan yang lebih cantik..

Tuesday, October 19, 2010
Music of the spheres
Dewan Filharmonik Petronas
Dulu masa tau kewujudan dewan ni, aku dah nekad satu hari nanti aku akan menjejakkan kaki ke situ. Yela mana taknya, maklumat yang disogokkan yang dewan tu adalah antara yang terbaik di dunia. setanding Royal Albert Hall, London. Nak ke albert hall tu tak tau tahun bila pulak nk join europe trip kan. Lalu bila dapat email dari Yayasan Salam tiket jemputan menyaksikan Taffel Music di dewan yang menjadi igauan idaman tu lantas terus merebut peluang yang jarang2 sangat dapat. Orang lain mungkin dah biasa keluar masuk dewan tu. Tapi bagi saya mana pulak lah nak dapat peluang selalu masuk dewan macam-macam tu kan...
Orkestra dari Canada sempena musim konsert ape tah nama. So sepanjang bulan Oktober November dah bersusun jadual konsert okestra di DFP.
Aku suka corak persembahan tak macam orkestra biasa which is yang biasa tengok dalam tv. Duduk atas kerusi and tengok note, lepas tu ada sorang conduct di depan. Ni semua macam drama sikit. Berdiri, ada pergerakan badan, eye contact dengan among the musician. Lepas tu buat muka pelik. Part muka lucu. Lepas tu aku tergelak sorang-sorang. Eh comel lah!
Lepas ni kalau tak dapat tiket free pun if ada persembahan yang menarik hati macam kitaro ke, vanessa mae ke sure nak pergi la konon macam dah boleh get into dengan muzik-muzik tak sesak napeh macam ni. By the way, malam sebelum tu, ada persembahan jugak di DFP. And siap ada persembahan poem. Apsal lah salam tak offer tiket tu??
Dulu masa tau kewujudan dewan ni, aku dah nekad satu hari nanti aku akan menjejakkan kaki ke situ. Yela mana taknya, maklumat yang disogokkan yang dewan tu adalah antara yang terbaik di dunia. setanding Royal Albert Hall, London. Nak ke albert hall tu tak tau tahun bila pulak nk join europe trip kan. Lalu bila dapat email dari Yayasan Salam tiket jemputan menyaksikan Taffel Music di dewan yang menjadi igauan idaman tu lantas terus merebut peluang yang jarang2 sangat dapat. Orang lain mungkin dah biasa keluar masuk dewan tu. Tapi bagi saya mana pulak lah nak dapat peluang selalu masuk dewan macam-macam tu kan...
Orkestra dari Canada sempena musim konsert ape tah nama. So sepanjang bulan Oktober November dah bersusun jadual konsert okestra di DFP.
dapat tempat depan pentas. Teringin nak duduk dekat balkoni bahagian kiri kanan dewan. Macam syok je tengok dari atas
mesti simpan untuk tunjuk kat anak cucu...haha
by the time dapat cucu esok diorang pun tak heran dah benda-benda gini...
gambar show yang curi-curi ambil
Rasanya it didnt reach my expectation. Aku ingat sumpah grand gila dengan kawalan security yang ketat segala. Rupanya tak. Maksud nya macam kalau orang yang takde tiket kalau dia seludup pun sure lepas. But then dari segi sound system memang A lah. Dewan yang kedap udara (istilah sendiri) tu kau sarung kasut pun berbunyi. Gosok tangan pun dah mengganggu orang sebelah. Belum lagi bunyi gamat tepuk tangan. Memang terbaik lah bab tu.
Persembahan malam tu tentang Galileo. So banyak gambar-gambar bintang, komet dan sedikit sejarah tokoh tersebut. Lepas tu tentang 4 musim sejuk, panas, bunga, and autumn. Memang layan. Layan tak layan sangat lah. Sebab orang canada yang jadi pencerita, maka assent english dia agak susah untuk AKU faham.ditekan disitu..aku ye :p agak tak berapa faham la..so ada here and there part macam blur blur..
Persembahan dibahagi 2 part. Lepas 1 jam, rehat 20 min lepas tu majlis coctail. Makanan pun sedap dari hotel La Meridian. Pulun habis murtabak tapi tak ambik gambar sebab malu dengan orang sekeliling. Masuk bahagian kedua aku tak masuk dewan. Sebab tak nak balik lambat. Dah la esok kerja. Cukuplah merasa berada dalam majlis dan dewan menjadi igauan tersebut.
Lepas ni kalau tak dapat tiket free pun if ada persembahan yang menarik hati macam kitaro ke, vanessa mae ke sure nak pergi la konon macam dah boleh get into dengan muzik-muzik tak sesak napeh macam ni. By the way, malam sebelum tu, ada persembahan jugak di DFP. And siap ada persembahan poem. Apsal lah salam tak offer tiket tu??
nak jugak,,,,
Friday, October 15, 2010
Catatan secara rawak
Dah lama tak menulis secara rawak dari dalam hati tanpa perlu pilih isu mana lebih besar mahu ditulis atau diekspresikan. Woh ayat nk gempak. Tanpa perlu membuang masa marilah kita cuba menyelusuri perasaan saya atau apa saja yang saya ingin tulis satu persatu...
1. Sepanjang bulan ni, saya belum lagi isi minyak pakai duit sendiri. Semua mengharap sumbangan dari orang sekeliling. Alhamdulillah. Rezeki terbuka luas untuk saya. Walaupun gaji freeze ke beku ke ape kan tapi alhamdulillah minyak sentiasa ada untuk bergerak. Cop! asal macam ustazah tengah beri kuliah? Tak bila nak melahirkan kesyukuran tu kena sopan sikit. Tak elok cakap kasar kan?
2. Cerita Jangan Pandang Belakang Congkak 2 tah hape-hape! rasa rugi gila duit orang yang beli tiket tu sebab masuk panggung tros tidor sedar-sedar ada orang gelak sampai tendang-tendang kaki. Tah pape.
3. Selalunya zaman percintaan, mesti boy friend akan cakap, sayang tak perlu susah payah. nanti abang hantar ayang tepat sampai depan pintu. Maksudnya lelaki takkan biarkan kekasihnya bersusah-susah dalam apa jua perkara. Kalau boleh semua nak berhantar berambik. Risau sangat kekasih dia rasa susah. Kalau boleh masa tengah rushing nak meeting, nk jumpa client ke sempat lagi pick up girlfriend dari kelas, hantar balik rumah suruh rehat... Tapi kalau dah kahwin esok kau rasa ada ke macam tu? 3 tahun pertama ye la kot.. masuk tahun keempat, mesti lelaki akan membebel tentang BERDIKARI..awak belajar lah berdikari. jangan semua nak harap saya je... Betul kan? Tambah kalau wife pandai drive. Ntah-ntah nak check up anak pun terpaksa gi sendiri. eleh faham sangat dah....So nasihat saya, jangan merungut kalau gf awak sekarang semua nak buat sendiri, nak drive kemana-mana sendiri..sebab dia sedang belajar untuk tidak menyusahkan anda dikemuadian hari. terima kasih.
4. Sana sini orang sibuk bercerita pasal Maher Zain. aku tau pasal kewujudan Maher Zain ni pun baru lagi. Dalam awal tahun kot kalau tak salah. Memang lah best lagu-lagu dia. Aku tak pernah cair dengan kehenseman dia. Cuma kagum sebab ada manusia yang nampak seperfect itu di muka bumi ni. In other way, lagu-lagu, music dan unsur-unsur dakwah yang dia nak sampaikan tu paling sampai. Sebab sekali dengar kau akan jatuh cinta dengan lagu-lagu lirik-lirik dia yang fresh, slow dan sampai. yang penting sampai. Ok apa yang annoying nya... Bila dia datang, semua orang sibuk bagi publisiti. Yang selama ni dengar lagu terpasang tapi TAK pernah ambik port pun sekarang bila dia datang sibuk upload dengar hari-hari. ok lah fine. Tak pelah bab tu tak kisah sangat. Yang annoying lagi macam H.oT fm yang tak pernah pernah mainkan lagu dia kat radio pun sibuk nak tumpang publisiti, nk interviu. Ek eleh... benci betul hipokrit mcm tu! Aku tiap hari dengar radio masa naik kereta which is h.oT fm lah aku dengar. Aku tak pernah dengar walaupun sekali, apatah lagi berkali kali lagu Maher Zain dimainkan dekat radio tu. alih alih bila dia datang, siap ada inteviu session and lepas tu barula ada sekali dua lagu dia keluar. Benci! kalau ikim tu bukak tak sampai setengah jam, dah dapat dengar lagu dia. Tak suka la hipokrit macam tu...
5. Rasa sunyi. Sebab handphone buat hal. Tak boleh terima call, and tak boleh call. Nak topup pun tak boleh sebab kena tekan dial. Last2 hp tu cuma digunakan utk dengar ipod sahaja. Buruk perangai la hp ni. sakirah pulak tengah cuti exam. Kejung!
6. Hari tu berkesempatan jumpa kawan-kawan-yang-sempat-kenal-sekejap-lepas-tu-tak-kenal-balik di open house sempena pertunangan dia. Rasa lain. Confirm la lain. Tak mengharap tinggi cuma sekadar menambah kenalan dan kongsi apa yang patut. Kalau boleh jadi kawan yang rapat, lepas ni senang sikit. Kalau buat perangai lagi rasanya dah boleh cari geng buat backup :) Dulu takde sapa backup sebab kenal-tapi-tak-rapat. watch out!
7. Selalu sangat terserempak dengan kereta ni...jodoh ke?
8. Benci perempuan yang poyo bawak kereta ikut rapat-rapat macam nk cucuk suruh kita laju padahal dia tau kiri kanan penuh kereta and paling annoying aku bukan drive lorong laju tapi di lorong paling kiri yang kenderaan berat ikut sebelah kiri. Bodoh kan? kau ikut rapat-rapat macam lah kau pandai control kereta kalau orang break mengejut ke ape. Pastu kalau tercium bontot kereta menggelabah ayam. Bagi jalan jam je!
9. Nak sangat tengok konsert Taffel Music di Dewan Philharmonik KLCC tu...
10. Pagi tadi masuk toilet dekat setengah jam. lalu perut sudah empty minta diisi . ayuh majukan industri makanan negara! :p

Thursday, October 14, 2010
Penghinaan
Hari tu masa menonton satu movie cerita ape ye dah lupa ada satu trailer movie baru. Kalau tak salah tajuknya CUTI CUTI MALAYSIA CINTA.. Ada satu scene di tepi pantai, Farid Kamil cakap pada Nora Danish 'dah la nasi lemak 50 sen' sambil tunjuk ke arah dada heroin tersebut. Heroin tu malu lalu menutup dadanya dengan tangan.
Ok ape masalah dengan scene tu?
Ayat nasi lemak 50 sen tu sangat sangat meletak maruah wanita di bawah tapak kaki. Ayat tak senonoh! Merendahkan maruah dan tidak menghormati wanita. Bagi saya skrip movie tersebut sangat tah hapa-hapa. Merepek. Dibuat tanpa penelitian. Tapi kalau tengok keadaan media massa sekarang memang banyak yang degrading wanita.
Contoh ada satu iklan tuala wanita. yang versi adibah noor tu. Ok lah salute pada pihak pengeluar jenama pad tersebut yang mengambil kira wanita ni pelbagai saiz dan bentuk dengan mengeluarkan saiz pad yang pelbagai. Fine. Tapi masalah nya iklan yang ada scene buah tembikai 2 biji di tut adibah noor tu.
Sangat sangat annoying. Perlu ke letak tanda aras buah tembikai macam tu di kedudukan yang begitu? Rasanya tak perlu. Semua orang dah bijak sekarang. Iklan tu sendiri dah bagi banyak maklumat tentang produk diorang, memang dah sampai maklumat tu tepat ke hati. Confirm laku punya produk tu. Tak perlu nak selit babak yang degrading women macam tu. Mungkin for some people its nothing. Eh kak dibah pun ok. I pulak yang lebih lebih. But its about huge issue. Sampai bila nk menindas wanita cara halus begitu? I rasa effect sedikit sebanyak pada wanita berbadan besar. Memalukan!
Kalau tengok iklan iklan lain pun banyak lagi yang merendahkan maruah wanita. Sepatutnya orang orang bidang iklan ni lebih sensitif ...

yahoo image

Monday, October 11, 2010
Rayyan + Dahlia
yahoo image
Jika benar wujud cerita cinta mereka, Kau jadikan lah ia benar
biarkan darah cinta itu terus mengalir dan permudahkan lah segalanya
jika masih ada rindu mereka, Kau segarkan lah ia
jangan biar ia kusam
terangkan lah cahaya di lorong dan simpang yang bakal dilalui mereka
jika ada jodoh mereka
hanya Kau yang mampu biar ia terlaksana
dilla nasir
seksyen 13
Thursday, October 7, 2010
memang sampai ke hati
Hari ni saya mahu pinjam dan kongsi sesuatu dari blog lidah
memang sampai ke hati
mari baca sama-sama
memang sampai ke hati
mari baca sama-sama
sayang, ialah perasaan random dan bukan bole dirancang,
atau paksa, atau cuba atau pura-pura.
secara jujurnya, kita hanya akan sayang sesuatu yang cantik,
bukan buruk , hodoh atau serba kekurangan.
kerana, sayang seperti cermin mata ajaib.
seperti kata pepatah, beauty is in the eye of the beholder.
dan cantik pada saya tak semestinya cantik pada orang lain.
seorang lelaki yang kudung, dipandang sempurna oleh perempuan yang menyayanginya.
seorang perempuan yang gemuk, akan disentiasa dipandang cantik oleh lelaki yang mencintainya.
kerana seperti sepasang kasut, kita tidak memilih kasut kerana warna dan
jenamanya.
tetapi, kita memilih kasut yang selesa untuk kita pakai sampai bila-bila.
terima kasih lidah..sharing is caring
Wednesday, October 6, 2010
Begini cara nya sayang..
Ada seseorang minta saya solat istikharah..buat berturut turut tanpa jemu sehingga semua keputusan adalah pasti. Tapi..tapi dia sendiri tak pasti cara yang betul mahu buat solat tersebut.. lalu saya rujuk sebuah buku bukan DUA buah buku sebenarnya dan menggunakan kuasa gugel mencari bagaimankah cara sebenar membuat solat tersebut.. Mari kita kongsi..
Solat istikharah dikerjakan untuk memohon petunjuk dari Allah tentang sesuatu perkara yang menimbulkan keraguan. Contohnya apabila membuat sesuatu pilihan. Selalunya adalah jodoh.Tapi sebenarnya bukan cuma jodoh je. Sebab hidup seringkali perlu berhadapan dengan 2 pilihan yang sukar. Jadi disinilah istikharah itu perlu. Misalnya nak menghadapi exam. Dulu umi cakap buat istikharah minta supaya kita diberatkan untuk memilih jawapan yang betul.. Dr Fadzillah Kamsah pernah cakap, buat solat istikharah kena hari-hari sebab kita akan berdepan dengan keputusan tiap hari. Istikharah akan membantu buat keputusan lebih baik..
Ada orang cakap petunjuk diberi dalam mimpi. Misalnya kalau jodoh kita tu akan nampak dalam mimpi kita. Sebenarnya tak. Betul jugak mimpi tu. Tapi kadang-kadang bukan dalam mimpi sahaja. Dalam berbagai-bagai bentuk. Antaranya bila kita buat sesuati keputusan tu, hati kita lapang. Senang je keputusan tu dibuat. Kita tak serabut. Kita sangat cenderung untuk pilih yang itu bukan yang ini. Tu pun salah satu bentuk petunjuk juga. Pendek kata solat ini adalah memohon petunjuk dan memohon pertolongan allah... Orang yang dah buat tau macam mana mudah sesuatu keputusan diambil bila kita memberi sepenuh harapan pada Allah swt..
Niat solat
Ussolli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama :-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
(surah al-kafiruun tu ialah ...qul ya ayyuhal kafiruun...)
Rakaat kedua :-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
(surah al ikhlas : qul huwallahu ahad..)
*walaubagaimanapun tiada hadis yang menetapkan surah yang wajib/ harus/ sunat dibaca dalam solat ini
semasa sujud terakhir, lepas bacaan sujud doa lah dalam hati kerana sewaktu kedudukan itu kita sangat dekat dengan Allah swt..
Lepas salam, zikir solat
dan baca doa nya...
Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."
Walaubagaimanapun sekiranya kita dah cenderung untuk memilih perkara berkenaan TETAPI ternyata keputusan yang dipilih menimbulkan sesuatu keinginan yang tidak disukai..jangan merasa kecewa. Ingatlah bahawa itu adalah apa yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah dan membawa kebaikan dimasa akan datang. Yakin lah bahawa itu adalah pilihan terbaik yang MAHA PENCIPTA.
wallahualam..
sumber
*blog ini
*buku - 75 Solat-Solat Sunat serta Doa dan Wirid (Drs. Abd Rahman Mat)
*buku- Asas-Asas Fardhu ain (Ustaz Sulaiman Endut)

Monday, October 4, 2010
Tips orang yang putus cinta
Tips ini untuk perempuan sahaja bukan lelaki. Kalau lelaki rasa sesuai untuk dia, sila amalkan.
Kalau anda seorang yang mudah dapat pengganti, tips ini TIDAK sesuai untuk anda.
Baiklah. Hari ni mood saya baik lalu saya ingin menulis sesuatu yang memang saya dah buat dan berkesan dan ingin kongsi dengan pembaca yang berapa kerat ni.
Memang sudah takdir atau ketentuan perjalanan hidup seseorang tu tak semua nya indah. Ada yang bercinta-putus 40 kali tapi last sekali jodoh bertemu juga. Ada yang TAK pernah bercinta langsung tapi terus dapat suami yang alhamdulillah bahagia hingga hujung nyawa. Ada yang kali kedua, ketiga bercinta baru dapat jodoh sesuai... Ini tips saya cipta sendiri hasil kajian beberapa tahun HAHA. Tapi tips ini cuma sesuai untuk orang-orang tertentu je sebab kajian dilakukan tidak secara menyeluruh tapi lebih melibatkan hati, perasaan dan pengalaman sendiri :)
Bila ditinggalkan kekasih hati yang sudah ada teman baru, apa perlu kita buat? Mari kita lihat satu persatu ...
Langkah 1 - Maafkan diri sendiri, dia dan semua yang terlibat. Misalnya kalau melibatkan orang tua, adik beradik, kawan-kawan kita atau dia. Maafkan semuanya..Dan kalau boleh pergaduhan kita jangan melibatkan orang lain.
Langkah 2 - Tukar no telefon anda. Penting atau tidak bagi saya penting. Sebab? Bila hati celaru, kita selalu emosi. Bila emosi kita mesti nak cari bekas kekasih dan secara tiba-tiba buat luahan perasaan. Bayangkan kalau kita dah hantar sms yang patutnya short tetapi sudah jadi karangan SPM akibat dari emosi tersebut. Anda tak buat, saya tau! tapi SAYA selalunya buat. Maka sebelum jadi perkara-perkara memalukan diri sendiri baik saya tukar no. Apa rasional nya? Bila tukar no, kalau emosi terganggu kita still boleh hantar sms betul x? Betul. tapi sebenarnya berkesan sebab bila ada no baru, ego kita tak lah menjunam sangat. So bila nak hantar sms pada orang berkenaan tu kita akan fikir 8 juta kali last-last tertidur dan lupa nak hantar. Atau bahasa paling mudah, kita dah berkorban dengan menukar no, takkan nak biar pengorbanan kita tu tak berhasil betul x?
Langkah 3 - Work out! Saya dulu start balik jogging dalam bilik sampai berpeluh lepas tu hati puas. Kalau nak lebih baik jogging di taman rakyat. Kalau ada duit lebih daftar jadi ahli gym di tempat anda. alang-alang nak jadi kuat, biar jadi malek noor terus. HAHA baru berbaloi tak gitu??
Langkah 4 - Baca Al-Quran. Ini memang ubat paling mujarab sangat mujarab. Baca baca baca biarlah adik beradik awak nak buat muka pelik tengok kakak nya dah lama tak nampak pegang quran tetiba berubah. Lantak situ. Baca. Manusia ingat tuhan bila susah. Memang betul. Tapi at least kita ingat dari lupa terus kn..
Langkah 5 - Mengadu pada tuhan. Bagitau dia semua rahsia kita. Bagitau yang kamu sedih dia tinggal kamu tapi mintak tuhan maafkan dia kerana dia berhak memilih. Minta tuhan gantikan orang lain yang takkan buang kita macam dia. Jika terlalu awal untuk beri pengganti, cukuplah cuma diberi ketenangan dan kekuatan...
Langkah 6 - Join kelab I HATE LIVERPOOL..sebab ape? Dulu ex saya peminat setia kelab yang asek kalah je tu. Bila join barulah steady :)
Langkah 7 - Selain cuba untuk remove dia dari hati, remove dia dari Facebook, Friendster ape-ape lagi akaun yang anda ada. Biarlah! Ingat senang ke nak kuat? Adik saya cakap, bila buat macam tu nampak looser gila! Tapi bagi saya itu untuk kebaikan sendiri...
Langkah 7 - Stop beli air strawberry dutch lady sebab itu minuman favourite dia. prfttttt!
Itulah langkah-langkah awal yang saya ambil dulu. Harap ia dapat membantu sesiapa yang patah hati. Dahan yang patah boleh tumbuh baru. tapi kalau patah hati, ubat ape pun takde jual dekat farmasi. Ubat sendiri. Bila kita kena berubat sendiri, pandai-pandai lah nak ambik ape yang sesuai. Buang ape yang tak sesuai. Ingat jodoh, pertemuan. perpisahan , ajal maut semua dah ditulis. Jodoh kita lambat lagi. Dia lambat sebab ikut jalan lama, bukan highway macam orang lain.

Saturday, October 2, 2010
suatu hari di pagi jamuan raya
Jiwa kita semakin jauh?
aku harap tidak
dalam keriuhan aku sedih...aku rindu kau kawan
mungkin aku sedang membuat kesilapan
mungkin...
tapi ku mohon kau mengerti
tolong mengerti aku..
aku rindu kau kawan..
tiap langkah yang diambil mungkin tanpa fikir dengan panjang
tiap keputusan yang dibuat mungkin diluar kesedaran..
terima kasih kerana mengingatkan
hanya kau tahu betapa aku menunggu dia
hanya kau tahu bagaimana ku rindu dia
jika suatu hari nanti aku ditolak jatuh kembali
ingat ni! kau tidak bersalah
aku yang degil
aku yang salah
dan ingat ni!
aku tak akan salahkan kau
kawan, doakan aku..
cuma kau yang aku ada
tolong teman aku untuk tiap simpang yang aku ambil
tolong teman aku tiap langkah yang aku pilih
tiap keputusan yang aku buat
jangan biar aku sorang :(
aku sayang kau
sampai hujung nyawa
aku sayang kau kawan...
maaf :'(

Friday, October 1, 2010
In this case, you're the exception
Hidup agak kelam kabut dalam 2,3 hari ni. Tidur bangun tak tentu masa. Lambat. Lambat dan Lambat. Macam siput.. Setiap awal tahun aku akan dapat satu organiser yang cantik-cantik. Tulis dua tiga patah aku terus tak boleh guna. Sebab tak reti akan fungsi sebenar buku tu. Tapi sekarang bila banyak benda yang aku buat hasilnya macam tak cukup sifat, mess sana sini, terlupa itu ini maka aku memang adalah manusia paling wajib mempunyai sebuah organiser.
Bila didesak dan didesak aku seperti mahu kata baiklah! you're the exception!
Dalam semua keadaan, dia memang tak akan dapat apa yang dia nak dari aku sama ada hati limpa peparu pedal bla bla bla...sebab aku dah bilang aku ada perisai. Tapi boleh tak kalau dia tu exception? Special case. Boleh tak? Macam mana ye nak cakap tu...
When time heal everything, hati pun dah kuat sikit, perasaan pun dah boleh dikawal banyak, air mata pun dah habis nak keluarkan maka apa yang jadi pun kau dah insya Allah kuat.
Untuk bermula dari awal, pandang-pandang-senyum-senyum-tukar-nombor-email-add-facebook-becinta-3bulan-risik-betunang-nikah ....kan banyak step tu??????????? Letihh.... Mula dari bab 5 terus boleh? Nampak macam gelojoh tak?
Ape ye perasaan bila ada boyfriend?Eh bukan...kekasih..eh bukan teman hati..em ape ye? Sumpah dah lama tak rasa dan tak reti nak rasa sekarang..Tak reti la! Macam mana tu?
Bulan 6 tahun depan dan bulan 7 tahun depannya lagi...boleh ke? Sempat lagi kalau nak bergaduh-putus-baik-gaduh-baik-baik-gaduh sebanyak 70x ... Tengoklah macam mana nanti. ape aku merepek ni?
Bukan. Entry ini bukan entry hint hint ke ape... belum ada apa-apa konklusi.
Yang ada cuma mungkin you're the exception..boleh ke?

Subscribe to:
Posts (Atom)