Thursday, October 14, 2010

Penghinaan

Hari tu masa menonton satu movie cerita ape ye dah lupa ada satu trailer movie baru. Kalau tak salah tajuknya CUTI CUTI MALAYSIA CINTA.. Ada satu scene di tepi pantai, Farid Kamil  cakap pada Nora Danish 'dah la nasi lemak 50 sen' sambil tunjuk ke arah dada heroin tersebut. Heroin tu malu lalu menutup dadanya dengan tangan.

Ok ape masalah dengan scene tu?

Ayat nasi lemak 50 sen tu sangat sangat meletak maruah wanita di bawah tapak kaki. Ayat tak senonoh! Merendahkan maruah dan tidak menghormati wanita.  Bagi saya skrip movie tersebut sangat tah hapa-hapa. Merepek. Dibuat tanpa penelitian. Tapi kalau tengok keadaan media massa sekarang memang banyak yang degrading wanita.

Contoh ada satu iklan tuala wanita. yang versi adibah noor tu. Ok lah salute pada pihak pengeluar jenama pad tersebut yang mengambil kira wanita ni pelbagai saiz dan bentuk dengan mengeluarkan saiz pad yang pelbagai. Fine. Tapi masalah nya iklan yang ada scene buah tembikai 2 biji di tut adibah noor tu.


yahoo image

Sangat sangat annoying. Perlu ke letak tanda aras buah tembikai macam tu di kedudukan yang begitu? Rasanya tak perlu. Semua orang dah bijak sekarang.  Iklan tu sendiri dah bagi banyak maklumat tentang produk diorang, memang dah sampai maklumat tu tepat ke hati. Confirm laku punya produk tu. Tak perlu nak selit babak yang degrading women macam tu. Mungkin for some people its nothing. Eh kak dibah pun ok. I pulak yang lebih lebih. But its about huge issue. Sampai bila nk menindas wanita cara halus begitu? I rasa effect sedikit sebanyak pada wanita berbadan besar. Memalukan!

Kalau tengok iklan iklan lain pun banyak lagi yang merendahkan maruah wanita. Sepatutnya orang orang bidang iklan ni lebih sensitif ...

2 comments:

  1. tp kdg2 wanita sndiri yg stuju diperlakukan beguitu kan...susah2. jaga maruah

    ReplyDelete
  2. tuh la pasal! yg part nasi lemak 50 sen tu.. heroin nye pakai baju ketat gila! tp bengang la jugak skrip mcm tu bole lepas.

    ReplyDelete