Ada seseorang minta saya solat istikharah..buat berturut turut tanpa jemu sehingga semua keputusan adalah pasti. Tapi..tapi dia sendiri tak pasti cara yang betul mahu buat solat tersebut.. lalu saya rujuk sebuah buku bukan DUA buah buku sebenarnya dan menggunakan kuasa gugel mencari bagaimankah cara sebenar membuat solat tersebut.. Mari kita kongsi..
Solat istikharah dikerjakan untuk memohon petunjuk dari Allah tentang sesuatu perkara yang menimbulkan keraguan. Contohnya apabila membuat sesuatu pilihan. Selalunya adalah jodoh.Tapi sebenarnya bukan cuma jodoh je. Sebab hidup seringkali perlu berhadapan dengan 2 pilihan yang sukar. Jadi disinilah istikharah itu perlu. Misalnya nak menghadapi exam. Dulu umi cakap buat istikharah minta supaya kita diberatkan untuk memilih jawapan yang betul.. Dr Fadzillah Kamsah pernah cakap, buat solat istikharah kena hari-hari sebab kita akan berdepan dengan keputusan tiap hari. Istikharah akan membantu buat keputusan lebih baik..
Ada orang cakap petunjuk diberi dalam mimpi. Misalnya kalau jodoh kita tu akan nampak dalam mimpi kita. Sebenarnya tak. Betul jugak mimpi tu. Tapi kadang-kadang bukan dalam mimpi sahaja. Dalam berbagai-bagai bentuk. Antaranya bila kita buat sesuati keputusan tu, hati kita lapang. Senang je keputusan tu dibuat. Kita tak serabut. Kita sangat cenderung untuk pilih yang itu bukan yang ini. Tu pun salah satu bentuk petunjuk juga. Pendek kata solat ini adalah memohon petunjuk dan memohon pertolongan allah... Orang yang dah buat tau macam mana mudah sesuatu keputusan diambil bila kita memberi sepenuh harapan pada Allah swt..
Niat solat
Ussolli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama :-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
(surah al-kafiruun tu ialah ...qul ya ayyuhal kafiruun...)
Rakaat kedua :-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
(surah al ikhlas : qul huwallahu ahad..)
*walaubagaimanapun tiada hadis yang menetapkan surah yang wajib/ harus/ sunat dibaca dalam solat ini
semasa sujud terakhir, lepas bacaan sujud doa lah dalam hati kerana sewaktu kedudukan itu kita sangat dekat dengan Allah swt..
Lepas salam, zikir solat
dan baca doa nya...
Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."
Walaubagaimanapun sekiranya kita dah cenderung untuk memilih perkara berkenaan TETAPI ternyata keputusan yang dipilih menimbulkan sesuatu keinginan yang tidak disukai..jangan merasa kecewa. Ingatlah bahawa itu adalah apa yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah dan membawa kebaikan dimasa akan datang. Yakin lah bahawa itu adalah pilihan terbaik yang MAHA PENCIPTA.
wallahualam..
sumber
*blog ini
*buku - 75 Solat-Solat Sunat serta Doa dan Wirid (Drs. Abd Rahman Mat)
*buku- Asas-Asas Fardhu ain (Ustaz Sulaiman Endut)
sy pun perlu buat tp xbuat :-(
ReplyDelete