Entah kenapa dgn tajuk tu.. tp hari ni aku sangat happy. ‘Dia msg ke?’ eh xlah..mereka sahaja ke kegembiraan aku? Ulang ayat perempuan itu.. dah aku nk happy kan. Kalo aku sedih kang, ko malas nk layan plak.. cuti tuan puan di sebelah sana hampir habis dikira. Tunggu bulan dpn lak..
Semalam sampai je rumah riuh rendah seolah-olah sedang ber open house. Bila masuk cuma ada 3 ekor siput sedut tengah kuak lentang.. hah itu ajer yg kamu tau cuti2 sekolah ni.. x sempat nk buka bicara. Aku dh disergah..kak, kantoi dah hang punya blog. Kitorang dah dapat cari. Haha!! Perasaan aku?? Malu!! Seperti mahu lari laju2 pusing pandamaran. Gila apa.. tp aku kan a good pretender. Lalu dgn gaya macho dan cool aku pun menempelak 3 ekor siput berkenaaan.. ‘habis? Pegilah kecoh kat semua org kampong..’ lepas ni nk post entry2 yg sedikit jiwang mesti kena perli. Ciss!!
Bangun pagi tadi, gelap gelita. Aku ingat aku dah di alam yg satu lagi… ish jgn la. Takot!!… pandang kiri kanan… syukur.. terima kasih tuhan for another one more day.. bangun teraba2 cari lilin. Baju blom iron. Tak per cari baju yg x perlu iron. Tp memang terasa macam adventure. Best jugak sesekali.
Dalam bus, ternampak dua gadis vogue. Padahal nk g kelas je. Pakai high heels bagai. Macam ada fesyen show. Hihi… aku senyum je.. sedang mata aku tepat dkt mereka, ada yg terpelecok. Weh klaka giler!!! Tp aku senyum cuma. xnak la gelakkan org.. xbaik. Ah! Ritu aku tepelecok dpn 2 ekor rumpai laut bukan main diorang gelakkan aku bagaikan tiada nanti. Huh!!
Dapat ole-ole dari Langkawi. dan kemudian mulut tak henti2 mangunyah coklat..sampai hitam gigi2..haha
Skarang baru pukul 2ptg. Kan best kalau saat ini, waktu ini..aku sedang berada di dusun makan durian, betik, manggis dan rambutan. Minum air kelapa..Sambil gelak2… bahagianya jika begitu…
Mood : nak balik kampung!
No comments:
Post a Comment