Friday, June 5, 2009

Masih Lagi Dlm Mood Tersebut!

'Bersyukurlah dengan yg sedikit..Tuhan tau apa yg terbaik untuk kamu. Tuhan tau kemampuan kamu. Jika dia belum beri, kerana dia tau kamu belum perlukan itu.. syukurlah dengan yg sedikit itu....'
Pagi berjalan mcm biasa. tp lebih beza sedikit dr yg semalam..mase tgh tunggu bus dkt kompleks pkns td, ada sorang akak tegur aku. Biasala stranger talk. Lebih kpd cover line kan. Kemudian baru aku tau dia sedang mencari pekerjaan. 'Em..akak bole mengajar english?' Pertanyaan tu buat dia terpinga2..hehe. 'kalo budak tadika bole la dik..' kalau bole akak nk keje eksekutif pemasaran.'....aaa....emmm...Dipendekkan cerita lalu aku pun suruh dia g mintak kat agensi pekerjaan.
...................................................................................
sebenanya aku nk cerita apa tah???
oh ya..mcm ni..
Dgn pertemuan singkat tu, aku realize something. Selama ni aku selalu merungut dgn apa yg aku ada. Dilla, kamu ada yg lebih baik dari dia. Ye.. sian aku tgk dia. Nk jd marketing eksekutif. Tp tiada presentable langsung. Bukan nk mengutuk. Skarang bukan masanya kita bercakap soal 'em dah besa sy nk jadi itu...nk jd ini...' Ye memang. Setiap org berhak punya cita2. tp sekarang ini masanya bukan itu dah.. tu semua dongengan masa kanak2. Apa yg kita nk, mungkin sedikit lari dari apa yg berlaku. Jadi masanya kita grab apa saja peluang yg ada. Kita perlu makan, minum, pakai, tempat tinggal..sila pandang ke depan..
Kalau peluang ada untuk kita capai impian semasa kecil itu, yeah go for it!!
Macam aku, dari kecik aku memang nk jadi cikgu. Habis satu rumah aku conteng sbb bg tusyen free dan paksa kat adik2. Ntah apa2 aku ajar. Tp bila peluang sudah didepan mata, aku rasa dunia perguruan bukan untuk aku. Selain kekerasan aku seperti tiada cara lain untuk menjinakkan kanak2 yg tidak jinak..sebelum ada guru yg ditangkap sbb mendera, baik aku jauhkan diri..
Dgn pekerjaan sekarang, yg tiada stress sgt, aku masih punya waktu untuk berfoya2 dgn teman2, bole bercuti bila2, bole bergurau senda dgn bos spt adik kakak, bole saving sedikit untuk hari depan, bole punya waktu tidur atas meja jika bos tiada...bole bg belanja rumah tiap bulan, tiada hutang pelajaran mahupun kad kredit mahupun along...dan masih terasa sedikit dgn semua itu... ya ampun.. tak bersyukurnya aku !!!
Harap lepas ni makin bertambah syukur aku pada mu Tuhan...
Kepada akak berkenaan, sy doakan anda berjaya. Usaha tangga kejayaan!!
Emm...mood masih di kampung. x sabar nk jumpa atok! nk hirup udara nyaman dan pandang kehijauan padi. wah!!!! tp x tau la pulak kampung tu rindukan aku x...skrg musim mangga. Bila musim durian gamaknye..
Confirm esok mesti balik!! Kampung tunggu aku!!
lagipun kali ni ada hal rahsia yg mesti dibincangkan dgn seluruh keluarga. pasal ..
Lepas ni x sabar nk post entry tentang itu..huhu
Kira ocin nk ikot???
its been so long..that i havent seen ur face.. rindu kamu!!

No comments:

Post a Comment