Tuesday, June 9, 2009

Trip to Cameron + Si Azam

Last week ke Cameron lg. Last minute plan. Tp kali ni lagi best. Sbb ramai yg join!! Tp dah sampai atas jalan jam mcm kat KL. Semak + Kusut. Hilang minat nk bejalan2 hirup udara konon2 segar tu… tp that’s not the point. Apa yg paling menarik kali ni pasal si cilik Azam(Dik Jam). Sepupu aku. Tp aku x pasti bape umur dia. Bdn kecik. Mcm budak tadika je. Tp IQ tinggi. Ada a few cerita la yg aku nk syer kt sini…huhu..

Teka-teki azam
Nape dkt jalan ketapi letak batu kerikil?
Sbb kalo letak goreng pisang nanti semua org berebut nk makan..

Kisah Azam 1
Dalam kereta otw back to Teluk Intan. Dah malam. Tetiba dia kentut. Bau mak aiii…. Iqbal tegur. Ish bau ape nih? Busuk cm bangkai.. Azam jawab.. Weh malam2 xleh tegur kalo tecium bau. Bahaya!!Iqbal diam plus muka cuak.. Citt..kuaja pye azam. Bau kentut kot. Agak2 ar…

Kisah 2
Dekat one of taman bunga yg kitorang singgah tu, ada sarang tebuan. Azam ambik batang belon yg dh pecah (tah mana dia dapat). Pastu dia dok jolok2 sarang tu.. nasib tebuan x kejar. Adik aku tegur, oi budak, asal ko main sarang tu hah? Tak takot abah marah ke? …. Azam jawab ‘ Kak mira ni.. dik jam ni kan budak-budak lagi. Kalo dik jam main, xder sapa pun heran. Lain la kalo faiz yg main sarang tu. Tak ke buruk??’ Faiz tu adik aku yg bakalan berkahwin x lama lg.. Korang tengok cara si azam ni jawab… sakit hati x ???

Kisah 3
Disebabkan ramai yg pening2 lalat dan nk tunaikan hajat lalu konvoi kitorang pun berenti kat surau tepi jalan. Agak lama la jugak. Biasala family trip. Budak2 ramai.. Lepas semua dh setel, kitorang pun begerak balik… Tp si azam ni baru rasa nk tekencing tiba2. Dia takut nk bagitau bapak dia. Yela td berenti punya lama asal ko x buang semua. Dah jalan, baru sibuk… Tiba2 dia bersuara… Abah nk dengar citer x? hari tu masa kita g kuliah Ustaz Murthi, Dik jam nk tekencing sangat2. Dik jam pun cepat2 turun g toilet. Bila bukak je pintu toilet tu, dik jam tengok ada sungai besar sangat. Pastu dik jam pun kencing kat tepi sungai tu… abah nk tau x, rasa nk tekencing masa tu , sama macam apa yg dik jam rasa skarang…’ Lalu si abah pun x jadi marah dan berenti jugak sbb rupanya abah dia pun nk ke toilet jgk..

Kisah 4
Masa jalan2 kat taman bunga, Akmal (abang Azam ) sesaja gi sepak kaki azam. Biasala budak2. Kadang2 nampak kaki orang macam bola… Lepas dia sepak, azam dgn selamba tegur.. ‘ eh asal mal sepak kaki dik jam? Tau x, takde akta dalam dunia ni yg bagi tendang kaki dik jam!!’

Tula kisahnya… azam…azam..(sambil geleng2 kepala…) penat gelakkan dia..
Okey..aku x pandai tulis. Jd memang x lawak langsung bukan?









Si baju kuning = Azam





aku juga mahu inteprame...hihi












No comments:

Post a Comment