Monday, December 3, 2012

Kau hormat aku, aku hormat kau

Tajuk sedikit ganache!

Apa hak seorang bayi yang seusia bayi? Istilah bayi bagi aku dari newborn hingga setahun. Kalau masuk ke tahun kedua dipanggil bayi besar. Ini serius tak sempat research.

Bagi seorang bayi newborn, 'hak' dia adalah untuk mendapat susu yang cukup, tidur yang cukup dan keselesaan untuk tidur yang maksimum (bagi diri dia).
Tiada istilah bermain lagi. From my 1month experienced having a baby and previous observation experienced others babies. Bayi 0-1.5 bulan mana reti main! Kau acah2 pun dia akan sekadar pandang kerek lepas tu temenung khayal. Lepas cukup berangan dia akan sambung tidur. Tiap 2jam akan bangun mintak susu, sambung tidur. Lepas tu bangun lagi untuk change nappy. Tulah rutin harian seorang bayi. Mungkin ada baby yg umur aku cakap ni pandai respon agahan org pada dia tp tu bukan pengalaman aku.

Tapi baby yang 2bulan ke atas tu dah pandai main. Tapi still kalau dia tidur tak boleh kacau! Tak boleh. Mana boleh kacau org tidur!

Sekarang anak i, arrazi dah sebulan masih belum respon pada agahan orang. Kau agah la dia sampai tercirit pun dia tak kan senyum. Tu anak aku.

Thats why bila ada orang yang cuba kejut dia tidur, padahal dia baru tidur 15min, dengan alasan ajak main hati aku jadi panas!

Jangan nafikan hak dia sebagai bayi newborn untuk dpt tidur yang secukupnya.

Sebagai orang dewasa yang normal, kalau kau melawat bayi baru lahir adakah kau kejut2 dia untuk bangun main? Tak. sebab kita faham, dia tak kan faham lawak kita. Hormat masa tidur dia. Kalau orang kacau anda tidur mesti mengamuk juga kan? Kecuali bayi yang mengganggu tidur ibunya. Ibu dia tak boleh mengamuk TETAPI kalau orang lain kacau bayi dia tidur sehingga mengganggu ibunya yang tidur itu boleh! Ibu dia dibenarkan mengamuk bukan pd bayi tp pada org berkenaan.

Serius letih.

Susah nak faham dengan orang tak faham bahasa badan manusia lain yang letih. Letih tidurkan bayi terutama yang tak sihat, meragam ni letih dia lain macam. Bila dpt tidurkan rasa lega. tp tetiba ada org kacau. Hadoi!

Jadi kpd sesiapa yang terbaca tulisan ini, mulai harini tolong faham perasaan ibu yang baru melahirkan anak. Jangan ganggu tidur bayi mereka sebab akan mengundang gangguan emosi. Anda tak akan faham selagi belum masuk labor room meneran anak sendiri.
Masalahnya ada yang anak dah berderet pun masih buat2 tak faham. Yelah bukan anak kau kan yang kena kacau. Yang aku tau aku nak main dengan dia!

Sekali lagi diingatkan, kalau melawat atau jaga atau ada baby dekat rumah, JANGAN GANGGU DIA TIDUR!

kalau dia memang berjaga, kau main la sampai lebam!

Sabarlah lagi berapa bulan bila dia dh pandai respon, mainlah pepuas wahai annoying people!

Saturday, December 1, 2012

Eh dh nk sebulan!

Seriously mcm tak percaya! lagi 2 hari sebulan anak i. Alhamdulillah semua makin baik. Arrazi pun sihat. Mak pun makin sihat. Proses berpantang pun makin baik. Luka pun dah hampir sepenuhnya baik.

Sebut pasal luka, aku ni dah masuk minggu keempat pun belum betul2 baik. Kalau ikutkan agak lambat nak dibandingkan dengan orang lain. Mula2 proses dia berjalan lancar. Masa minggu kedua dh rasa mcm ok. tapi aku diserang lelah. Batuk gila2 punya. Hoi perit ah tiap kali batuk tekanan dekat bawah tu sangat kuat sampai benang tertetas. Kau ada?Kalau ikutkan luka jahitan tak lah besar sangat. ntahla nape lambat sgt baik. Seminggu awal hari2 makan ikan haruan. Tp makan isi je. Kulit tak makan sebab geli. orang cakap dekat kulit tu khasiat dia. yeke? Tapi aku tak cek doktor. Aku memang cek sendiri hari2 guna cermin. Memang nmpak tertetas. Ngeri! tp kuatkan semangat. Cuci dgn air garam dan letak minyak gamat. So alhamdulillah dah ok.
Suruh wan beli polleney kononnya nk minum, try sebotol cannot go! yukkieee!!

Sebelum kena batuk2 tu aku diserang sembelit dulu. Memang terbaik ah. Pakej lengkap! Kawan aku dah pesan makan betik banyak2 sebelum bersalin. Memang aku makan! masa dekat hospital sebelum deliver aku makan banyak betik. Seminggu lepas bersalin memang best! nak buang tak yah teran. keluar dengan lancar. Masuk minggu kedua sembelit datang. Agaknya kesan betik dah hilang. Menangis dlm toilet. Dekat sejam berperang sorang2. Mengadu dekat umi, dia bising sebab aku kurang minum air, kurang makan sayur. Lepas tu aku google, banyak yg suggest makan buah oren. Rupanya oren ni elok.untuk  luka jugak. So aku susun balik jadual makan, menu. Beli ubat sirap utk sembelit. Alhamdulillah. Baby pun takde effect cirit birit lepas aku mkn oren.

Ohhh sebelum sembelit, aku demam! huyyo! kan dah cakap td, pakej lengkap la bersalin ni. Demam pulak sebab bengkak susu. Badan tak reti nk handle. Kan tak elok demam dlm pantang. tapi tulah. dah jadi. tapi nasib sehari je yg teruk. Sakit rupanya bengkak susu ni. Aku demam sampai menggigil. Suruh adik aku belikan pam susu. Beli yg biasa sbb emergency. Pam2 dapat la 2oz. Tu pun payah gila nk keluar. Barulah sibuk nak google. Petua2 nak elak bengkak susu. yang letak daun kobis menjadi. Aku letak kobis 2kali bengkak dh tak sakit. Yang pam pulak,  terjatuh terus tak boleh pkai. Keluar angin je.Nasib sekarang arrazi dh menyusu banyak. Lega sikit.

Skrg ni masih proses belajar lagi. Kagum dengan mak aku yang jaga aku masa pantang. Dengan dua cucu baby. Sorang budak jaga anak orang. Sorang ibu dlm pantang lagi. Pagi2 dia dah sibuk. Masak air daun utk aku mandi, masak nasik panas2 utk aku makan, mandikan baby, beeha last skali haikal. Dengan yang demam meragam lagi. Phewwww!! Letih. Kadang2 bila dia tido, nmpak sangat keletihan. Tapi sebab dah nama mak. Letih pun buat sebab anak (dan cucu). Rasa mcm nanti lepas habis pantang nak belanja dia makan. Tapi makan tu jadi tahik. Nak beli something la utk umi. tapi tengah fikir lagi pebendenyee!

Sekarang berat dah kembali mcm zaman anak dara.yipppieeeee!! tapi semenjak arrazi makin kuat menyusu, selera aku makin naga. Nanti lepas pantang mesti. .. ah tak sanggup nk bayangkan.

Tiap hari mesti tak lari 5.30-6.30 am arrazi akan bangun nak susu, tukar lampin dan kejut semua bangun subuh! tq sayang!

tq Allah. I am blessed ;-)


Monday, November 12, 2012

Ctatan hari ke sembilan eh sepuluh eh sembilan kot

Lepas deliver, aku selalu pelupa! mcm dah shot satu wayar!

Alhamdulillah. Im blessed! Hari ni dah seminggu jadi mak mak. Maka perangai pun kena tukar jadi mak mak. Borak dengan orang pun topik mak mak jugak. Pampers brand ape, petua2 jaga anak, pasal susu, pasal pemakanan yg baik. Ala you know la topik ibu-ibu kan. Paling hot mestilah pasal nursing ataupun breastfeeding atau susu ibu.

Alhamdulillah rezeki anak. Susu banyak. Tapi adakah rezeki juga untuk si mak? yalah mestilah rezeki juga. Cuma aku je nak depress tak tentu pasal.

Sepanjang mengandung, bukan takde langsung. Ada! Aku ada juga baca sikit2 info pasal breastfeeding (bf) ni. Tapi sebab takde pengalaman so aku sekadar baca untuk tahu. At least tak lah kosong. Aku tau pasal kolostrum atau susu awal. Bila rasa sendiri, rupa dia mcm air masak. Cecair jernih.itu baru tahu. Aku tahu yang kita kena kerap bagi anak hisap supaya pengeluaran susu meningkat. Memang meningkat. Sampai bengkak2.

Yang aku TAK tahu ialah sakitnya bila susu bengkak! ok tak payah cerita susu bengkak, cerita masa mula2 anak nak hisap susu. Weh! sampai bergaduh2 aku dgn si kecik. yela, dah la dia pun tak berapa pandai nak hisap. Asik tergoyang goyang kepala, dah tu hisap sakit lepas tu terlepas. Nak hisap balik tu tak meraung mak dia? stress!

Kalau malam aku fobia bila anak menangis. Masa ni baru sedar, kalau anak nak susu rasa macam nyawa anak di tangan kita(ibu). Sebab kalau kau tak larat kau tak boleh mintak bapak dia netekkan (18sx)! kalau boleh dah senang ganti shift. Boleh la kau sambung dengkur!

Memang stress!

Alhamdulillah anak aku takde masalah bangun malam, ajak mak ayah dia borak. Setakat ni la. Cuma masalah dia adalah kalau dah nyonyot, dekat sejam! Memang lama. Kematu bontot tunggu dia puas. Kalau tarik sebelum dia sendiri lepaskan, meraung satu kampung dengar! bila mengadu dekat umi, dia cakap memang anak lelaki kuat menyusu. Tapi bila perut dia puas, dia memang tido lama. Memang pun! Sebab tu aku hangin kalau orang kacau anak aku tido. sebab kalau dia bangun mestila dia nak nyonyot. Aku pulak fobia!

Alhamdulillah, anak tak kena demam k. Tapi badan dia naik ruam sebab mak dia sibuk nak makan jamu ;-)
Tak tau la ni petua ke ape. Kuar hospital, terus mandikan dia dengan ubat beli kedai cina. Lepaa tu aku minum susu kambing.Tak bagi anak minum pun. Lepas tu mak bidan yg urut tu suruh bg minum air buah anggur hitam. 8bji anggur penyek2.Air dia bg la dlm setitik dua kat baby. Lepas tu setitik madu bancuh dgn air. Itu memang hari2 bagi. sebab percaya dan yakin madu itu mujarab. Dalam Al Quran pun ada sebut khasiat madu. selebihnya susu ibu. Mcm aku cakap, dia mmg minum susu banyak.

Hari tu aku curi2 makan goreng pisang. Wan ah bawak balik panas2.Dapat makan 3ketul. Baru nak tanya umi, pisang boleh makan ke? umi cakap ada la pisang tertentu. tapi yg ni tak boleh (sambil tunjuk goreng pisang berkenaan). Sebab selalunya pisang punca kancing gigi. gulppp!!

Benda pertama nak cari lepaa habis pantang, air cincau! nak letak ais banyak2!! Makanan tak teringin sangat. tp aku selalu kecundang dgn air. Dah la ramai org datang rumah melawat baby, mak aku hidang air sunquick! itu feveret dulu kini dan selamanya! masa mengandung hampir tiap hari minum pun tak puas2. adoi stress!

Wan cuti seminggu. Alhamdulillah dia baik sangat. Bila tengok umi tak menang tangan. yela pagi2 nak sedia air mandi baby, aku punya air daun, mandikan baby, masak nasik utk aku, jaga beeha lagi, anak mengasuh lagi. Wan kesian agaknya. Dia tolong basuh pinggan, buang sampah. ha tu jela yg dia tolong. tapi kira ok la. sebab aku pulak masa mengandung tak bape kisah rumah besepah. time dalam pantang ni pantang pulak tgk rumah sepah. nak menyapu, kena marah. nk masuk dapur kena marah. stress la tgk rumah mcm tongkang pecah. tp nanti lepaa badan dah sihat sikit mesti kena kerah masuk dapur balik. haha

Hari ketujuh Arrazi dah selamat dibotakkan. Nanti rambut dia kena timbang dan dinilaikan dengan nilai emas. Akikah pun dah selamat buat. Kami buat rendang dengan pulut kuning packing2 hantar dekat ofis wan dgn ofis aku. Rezeki Arrazi ;-)

ape pun syukur dengan fasa hidup baru ni. Aku cuma mahu sentiasa bersyukur dan enjoy dengan apa yang ditakdirkan sekarang tak kisah la apa akan jadi di masa hadapan.

peace yo!


Tuesday, November 6, 2012

Perjalanan menjadi wanita sempurna

Nak menjadi seorang wanita sempurna bukan mudah. Banyak step kena lalui. Bukan setakat emosi diri sendiri kau nak kena jaga, malah mulut orang sekeliling yang kau nak kena tepis. Kahwin lambat, dituduh andartu. Beranak lambat dituduh mandul. Itu baru dua isu. Belum lagi lain-lain isu.

Panjang pulak intro ;-)

Alhamdulillah, hari ni masuk hari keempat selepas kelahiran Muhammad Arrazi bin Mohamad Al Ridzuan. Punyalah susah nak decide nama si kecik. Sampai sentap2. yang sentap mesti la aku T____T

Aku melapor diri ke hospital dengan rela hati setelah turun tanda darah malam Jumaat, 2/11 lebih kurang pukul 12.30 am. Sampai hospital, tukar baju, cek bukaan baru 3cm. hihu hihu ngeri woh masa cek bukaan. Dalam fikiran aku yang naif ni, proses masa cek bukaan itulah sakit sebenar ataupun sakit nak beranak lebih kurang mcm tu. tapi ternyata silappp!

Aku perasan jarang ada orang nak ceritakan detail sakit tu. Mungkin diorang taknak takutkan org yg belum ada pengalaman, tapi dengan aku. Sapa yang tanya aku akan ceritakan dengan detail sedetail mungkin. HAHA kejam gila kan? Bukan nak menakutkan tp nak cerita itulah yang aku rasa. huhu

ok sepanjang hari jumaat, sampai la malam sabtu tiada kesakitan yang dirasa. So aku enjoy every moment dalam wars. wah kelas kau! apa orang hidang aku belasah. Makan tanpa was was. Tengah hari jumaat doktor cek, bukaan masih 3 cm. Dia cakap, kalau masih tak deliver petang or malam ni, esok pagi yakni pagi sabtu, kita akan bagi induce supaya u deliver. Sebab darah masih turun. Aku cuak2 je dengar perkataan induce. Orang sekeliling yg dh pengalaman cakap kalau induce, sakitnya bertambah 2x. uhuiii apakah ini?

So jumaat malam tu aku ada rasa sakit sikit2. Macam senggugut. Sakit belakang, peha dan mcm nak cramp pun ada. Tapi bila cek bukaan masih lagi 3 cm. Aku msg umi, sakit!! umi cuma reply zikir banyak2. dan baca surah maryam. Dalam keadaan tu cuma ingat Allah dan mati je. Aku dah terbayang nyawa aku ditarik bla bla bla. Sebab takut punya pasal, aku buat solat taubat, hajat lepas tu baca surah maryam guna tab. Dah takde masa nk update status kat twitter dah. Baca sampai tertidur. Tetiba ada nurse datang kejut, puan masuk bilik rawatan nak cek bukaan. Cek cek sekali dah 7cm. fuahhhh! sekarang percaya kuasa Allah? kuasa ayat2 Allah? aku percaya sebab ia magic. Ustaz cakap surah maryam untuk mudahkan bersalin, maka sekarang ia terbukti pada aku. Alhamdulillah.

So nurse cakap, stanby untuk masuk labor room ye. Sediakan sepasang baju baby, pampers dan kain balutan.. ha dari arahan pun dah bedebar debar. Gosok perut, kita hampir berjumpa sayang. Tp dalam hati harap ada rezeki. sebab takut sangat ni!

so bila dh ready, sakit senggugut makin kuat. Baring untuk proses terakhir sebelum masuk labor room. Pegi toilet berak kencing, Cucuk jari nak masuk air, dan pecahkan air ketuban. Tengok alat dia mcm muncung itik. Vavi betul. sempat mencarut wpun tgh pk mati. Alatan apa tu nak sumpat masuk bawah aku ni? pfrttt!? tapi sebab aku punya perasaan 'nak berak' (istilah bukan saintifik untuk push) maka nurse pun cakap, kalau betul awak nak push saya cek bawah ye? aku angguk. dia seluk, godek2 dan keluar la bunyi mcm perah kain. cisss! pastu dia cakap, ok bukaan dah 9cm, air ketuban dah pecah.Cepat2 diorang tolak ke labor room sambil pesan jangan 'berak' ye. tahan sampai betul2 masuk labor room.  Aku sempat tengok jam 10.30mlm.

Masa keluar dr wad, nurse sebut nama aku. Untuk panggil suami. dia datang dekat katil sambil tanya, mana baby? eee ada yang kena sepak jugak ni. Bila aku buat muka bengang, dia sengih. Wak saya tunggu kat luar. Elok2 tau. Ahhh nak nagis plak. tp tak mintak maaf pun sebab semalam dah mintak T____T

Labor room adalah sejuk. kaki aku sampai menggigil tahap parkinson. Sejuk + takut.

Lepas dah kat LB, mula la proses2 cucuk sana sini. Yang paling tak bleh blah keluarkan air kencing. skali lagi aku mencarut. Tah pakai wayar apa dia cucuk bawah, yg aku tau keluar air banyak sambil aku menahan ngilu. cis cis!

Lepas tu aku tak berapa ingat apa yg jadi sebab mcm mengantuk. Sedar2 sakit yang berapi dan panas dekat bawah. Masa tu yang aku rasa adalah mustahil untuk keluarkan satu benda bulat yang besar melalui lubang kecil. Memang rasa mustahil. Sakit nya Allah je yang tau. Last skali sampai terkeluar suara jantan yang mengerang tahan sakit. Sekeliling terasa kelam. yela sebab aku pejam mata. tapi yang paling best dalam kelam tu ada banyak suara yang bagi semangat! sikit lagi ibu, dah nmpak kepala ibu, aikit lagi, sikit lagi lagi lagi lagiiiiii (suara gema)

Last skali, plup terkeluar jugak benda bulat tu dan dengar bunyi perahan air lg skali. yela kau bayangkan kain batik basah, pastu perah. Bunyi mcm tu la. Tak lama dengar bunyi bayi menangis.. Dengan aku sekali menangis. Tak aku bukan terbayangkan pengorbanan ibu. tapi mengenangkan betapa sakitnya, sakit yang tadi tu. Bila diorang letak anak atas dada lagila bertambah sayu. Mata dia plak tekebil kebil pandang aku. aduhaiii

Jam betul2 hujung katil aku. Baby lahir jam 1.10 am. Aku congak2 masuk labor room dlm pkul 10.30. so lebih kurang 2jam setengah la proses kelahiran. Alahamdulillah tak lama sangat.

Lepas setel semua, katil pun sampai nak bawak aku naik wad. Tetiba hb high! tetiba aku ada tekanan darah tinggi. Mesin tu sampai tak boleh baca bape bacaan aku. Dok tanya puan ada darah tinggi ke? aku cakap takde. tak penah. So diorang decide suruh aku relaks dulu. tenang tenang dulu. Nurse suruh aku susukan baby. So melepak la kami di wad bersalin sampai aku tertidur. Baby puas nyonyot ;-). Dalam pada tu kadang2 tersedar masa diorang nak ambik tekanan darah. Mesin still tak dapat baca sbb tinggi sangat. Dugaan betul. Tapi mata tak kabur, tak loya, tak pening. Takpe, relaks lagi. doktor suruh. Lebih kurang dlm pkul 4 pagi, tekanan aku kembali normal. So diorang angkat baby yg dah melepaskan susunya nak bawak ke wad. Katil aku pun sampai.

Masa proses nak keluat tu tetiba dengar suara pasukan sorak dan tetiba suara perempuan menjerit. Dah baby tekejut, nangis dengan aku skali nangis. Tekanan darah naik balik. hwaaaa! kami ditahan lagi. Sampai last skali pkul 4.30 baru kuar dari labor room.Itupun baby keluar dulu baru mak dia. Masa keluar, nurse sebut nama aku. Suami dgn adik lelaki datang. suami tanya, Nape lama sangat? ngantuk. So lepas setel tukar katil aku pun punggah2 laci cari makanan. lapar. Suami bawak milo panas makan dgn roti. ahh letih la ini pun nak cerita. haha

ok stop. maka itulah pengalaman bersalin aku yang pertama. kedua atau ketiga nanti dulu. sehingga fobia ini hilang.

Menangis aku masa cerita dekat suami saat nk bersalin. Sakit wak sakit! Alhamdulillah harini dah bape hari tak merayap sebab sayang nak tinggal anak bini kat rumah.

Bos aku sms masa aku bgtau pasal sakitnya bersalin. Dia cakap, "barulah sempurna sebagai seorang wanita setelah melaluinya" ;-) Apa pun yg akan jadi in the furture, aku just mahu enjoy apa yg berlaku sekarang dgn hati yang syukur.

Saturday, October 27, 2012

Eid Adha

Budak-budak tu sibuk doa supaya aku beranak masa raya haji. Tapi baby belum nak keluar. So still pending. hehe

Sebelum raya sempat checkup. Alhamdulillah semua ok.

Raya pertama kami buat bbq tengah hari buta. Jarang2 orang buat. Maka bahang nya subhanallah! tapi sebab ramai orang ada komitmen raya kedua so kalau buat malam takut menganggu jadual esok harinya. tak kisah la. yang penting kita dengan keluarga.

Ahh banyak benda nak tulis. tapi dah pukul6am.  Kena bangun.








Friday, October 5, 2012

ingatlah diri....


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. 

surah Al-Baqarah ayat 286



http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx

Delima sebijik 5 ringgit

harini bangun pagi dengan muka cebik. Muka tak puas hati. Seriously penat nak jaga hati semua orang. Hati sendiri digelek land rover, Geram. Apa lagi tak cukup? Macam-macam dah buat masih tak puas hati diorang.

*terbang*
malas nak fikir

*kembali*
benda tetap sama

sial!

tak larat nak menangis

aku nak sekarang, bercerita pada orang yang bila kita sebut watak-wataknya, dia kenal, rasa dan tahu siapa mereka

masalahnya tiada sesiapa yang sudi

pendam sendiri

biasalah hidup..

akhir sekali kita tetap sendiri

rindu masa lalu
masa yang tak mungkin dapat dibetulkan jika silap
tak mungkin dapat kembali jika sesal

jaga masa hadapan
masa yang ada harapan untuk dibetulkan
masa yang ada peluang untuk tidak sesal

i need my shoulder now

Allah...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, September 17, 2012

at this hour, im listening no women no cry!

kiri kanan serba tak kena
mengantuk
tak selesa
kepala sakit
perut berat
loya mual
ngantuknya!
anak..anak
abah enak bedengkur di sebelah
layan mishary rashid, ary ginanjar
tup tup booney m ambik alih
kami berkongsi playlist
ahahah
selamat malam sayang!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, September 12, 2012

Random at 4.40 am


Alahai perut dah terlampau besar. Dah tak boleh nak sorok apa-apa. Macam aku lagi lah, dgn muka hidung sembam lagi tak boleh nak sorok. Bila perut dah besar baru aku tersedar. Rupanya mengandung bukan benda main-main. Merasalah susahnya nak tidur malam. Kiri kanan serba tak kena. Salah tidur kebas kaki tangan. Menangis sorang tak yah cerita. Tetiba mengamuk pun selalu.

Tadi sebelum tido tertengok video orang kena rasuk dekat sevenE. Cis bedebah betul. Sekarang terbayang-bayang. Kalau benda nak jadi, kat mana je. Selalu la amal pelindung diri. Nak turun kereta, bismillah. Masa naik kenderaan, baca ayat qursi, doa. Ehh seram pulak tetiba. *fiuuu fiuuu (bunyi angin ribut kat luar)

Semenjak bos baru masuk, selalu rasa malas nk pi kerja. Entah

Nabeeha tu makin cheeky dan annoying. Kerek gila kadang2. Aku gigit baru tau. Nak dengan mak dia je. Kalau pakai tudung baru nak kat kita.



Ha tudia tudia. Baby begerak sampai senget2 perut. Minggu lepas scan, anak aku tembam kemain. Doktor tanya, berat mummy naik banyak ke? Hehe. Maklumlah doc, raya kan. Open house sesaja. Minggu ni checkup habislah kalau kena minum ayaq gula. Selama ni berat asik turun selalu kena marah. Kali ni kena torture secara halus pulak. Masa scan, wan boleh tanya doktor, nampak tak rambut dia kerinting ke lurus? KAH KAH KAH!!

Hati manusia dalam genggaman Allah. Untuk sentuh hati manusia, mengadulah pada Allah. - prof. Muhaya

Sedih aku tengok hp tu. Tapi nak tukar sayang. Sebab dia sangat hebat. Bahkan terlampau HEBAT!



Aku decide nak buat something untuk improve diri sendiri. Tapi belum ambik action lagi.

Selalu lah solat malam untuk melembutkan hati manusia yang tidak akan mampu kita lembutkan sendiri

Tangan dah kebas. Marilah stop menulis.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 30, 2012

Tegur. Jangan diam

Tegurlah, kalau dah tak suka dia buat. Ajar dia. Suruh. Bimbing. Kalau tak macam mana benda nak berubah. Macam mana benda nak jalan. Sebab dia tak tau yang kau tak suka. Dia ingat kau okey. Dia ingat kau setuju. Belajar berkata tidak kalau kau tidak setuju. Belajar menegur pada perbuatan yang kau rasa melampau. Belajar ubah pada sesuatu yang kau rasa patut diubah. Cuba bimbing pada yang tersilap langkah.

Bila dah tegur, dah ubah, dah bimbing dah suruh pun tak jalan then barulah kau guna plan B.
Ini tak, suruh tak pernah, tegur  tak pernah, Ajar tak pernah, bimbing tak pernah dan tup-tup kau nak dia berubah?

Susah lah sikit. Sebab dia ingat kau okkeyyyy!!





Wednesday, August 29, 2012

Perempuan yang digelar 'Playgirl'


Aku terbaca status sapa-ntah-tak-ingat dekat fb. Dia tulis lebih kurang macam ni lah ye..

‘Semua lelaki takut nak berkawan dengan perempuan yang ‘playgirl’. Kesian mereka. Bukan niat dia nak menjadi playgirl. Tapi orang macam ni sebenarnya mahukan yang terbaik untuk dijadikan teman hidup. Mereka sedang memilih untuk dapatkan yang terbaik’

Tettt!!!

Lepas tu pagi tadi dengar radio ERA pasal Malaysia negara ketiga perempuannya tak setia!

Bila kau dah digelar ‘playgirl’ oleh lelaki maknanya kau memang playgirl. Tak salah memilih yang terbaik untuk hidup kau. Tapi bukan dengan cara memainkan perasaan orang. Kau cuma perlu berkawan dengan semua orang. Berkawan. Jangan berjanji untuk setia, berjanji itu ini alih-alih kau pasang lain belakang dia.

Ada perempuan lagi bodoh (kasar kan?), kau bukan setakat mainkan perasaan lelaki tu tapi bodoh sampai serahkan segalanya. Yela segalanya. Body kau. sampai masuk bilik. Last-last kau cakap kau tak sesuai dengan lelaki tu. aishhhh padahal dah masuk bilik tu. dah tergadai segalanya.

Bukan setakat sorang, ada 2,3 orang kawan-kawan lelaki aku dah terkena dengan perempuan macam ni. Diorang memang frust dipermainkan perempuan  yang playgirl ni, tapi last-last diorang cakap, ahh dia bukan ada apa pun dah. Aku dah rasa semua… memang jijik la lelaki macam ni. Tapi secara logik, sapa yang paling rugi?? Dalam budaya Melayu, lelaki yang dah tak teruna tak pernah dipersoalkan.. tetapi perempuan yang hilang dara?? Entah. Aku tak tau pulak zaman sekarang dara atau tidak bukan lagi jadi perkara pokok. Aku tak tahu. Sebab aku konservatif dalam bab-bab ni. Sangat!

Jadi, alasan ‘playgirl’ mencari yang terbaik untuk hidup dia tu tak sesuai dik non!

Kalau orang mencari yang sesuai dia tak kan mudah berjanji untuk sehidup semati, berjanji nak jadi teman hidup, tak bodoh bercinta sampai serahkan body sendiri. Kau boleh memilih dalam senyap. Berkawan dengan semua orang bukan beerti bercinta dengan semua orang. Pilih lah sambil nilaikan mana satu yang perfect untuk kau. Bukan memilih tapi bodoh dan dungu serahkan semuanya dan suka-suka hati mainkan perasaan orang sehingga digelar ‘playgirl’

Perempuan sekarang kena bijak. Jangan nak dungu sangat. Kalau pun kau dah pilih seorang teman yang perfect  untuk hidup kau, ingat lelaki ni bila-bila sahaja boleh berubah hati. Anytime! Perfect tu tak menjamin bahagia pun. Apa yang penting macam mana kau mencorak kehidupan kau selepas berkahwin. Kau yang menunda bahtera perkahwinan kau. Perfect macam mana pun lepas berkahwin akan nampak segala kelemahan.

Sebelum kahwin pandai-pandai lah bawak diri! Jangan sampai tergadai body.

Doalah sama-sama mintak dijauhkan anak, cucu, cicit keturunan kita dari perkara-perkara ini. Nauzubillah…



hoyeahhhh!

ok sekarang lebih kerap update entry. sapa yg baca boleh akan muntah lepas ni ;-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 10, 2012

Sardin


 Dah lamanya tak main tulis tulis. Banyak benda nak tulis. Tapi bila nak start tulis, rasa mcm tak perlu kot. Lepas tu tangguh-tangguh lama-lama benda nak update dah jadi outdate.
Tahun ni tahun kedua beraya dengan wan sebagai suami isteri. Tahun pertama beraya rumah mertua. *oh bergenang air mata. Biasalah. Dari survey yang dijalankan, sesiapa pun yang bergelar isteri mesti akan rasa mcm offended sikit  bila turn rumah mertua. Bukan sebab kita benci mertua. BUKAN. Tapi sebab kita dah berpuluh tahun, dari kecik sampai besar raya dengan mak ayah adik-adik sepupu sepapat kita. Dah biasa makan rendang mak buat. Tetiba lepas kahwin kena berpisah dengan semua tu. kena rasa suasana baru. Mestilah hati sayu. Bukan sebab benci. Bukan sebab tak suka. Tapi itulah perasaan dah terbiasa. Tapi aku harap tak lah teruk sangat. Aku harap aku tak berjurai jurai air mata masa pagi raya. Hwaaaaa!!!

Alhamdulillah, baby dalam perut dah berusia 6 bulan lebih. Lagi beberapa bulan je. Al quran tak khatam lagi. Masih banyak juzuk lagi. Tapi harap dapat habiskan sebelum deliver si kecik ni.  merasa berpuasa masa mengandung tak lah teruk sangat. Seriously tak teruk sangat. Asalkan aku bangun sahur, minum banyak air, then ok. Setakat hari ni 21 hari berpuasa aku baru ponteng sehari. Itu pun sebab perut memulas-mulas angin. Pedih ulu hati. sendawa membawa ke muntah. Lastly kawan cakap, takpe dilla kau ada excuse. Bukak jelah. Lepas makan coco crunch dgn milo terus rasa menyesal. Perut tak baik jugak. Kalau bertahan sampai petang pun bagus.

Baju raya sampai harini takde mood nak beli. Sebab baju size M dah kena beli saiz besar 1 inch. Rasa mcm perlu ke?? Nak beli baju mengandung, rasa macam tak perlu. Baju lama semua muat je lagi. Cuma tang perut je nmpak pelik sikit sebab perut dah besar.

Dulu masa awal-awal mengandung, memang malas masuk dapur. Memang malas. Start pukul 4 petang badan mula sengal, lenguh, pening. Tejelepok atas meja depan pc menunggu waktu balik. Asyik sms wan, ambik cepat ye. Ambik cepat ye. Jangan lambat. Nanti saya pengsan. Sebab kalau tak ingatkan nanti dia selalu terlajak main ping pong lepas tu aku yg sawan tunggu macam orang gila depan ofis. Lepas maghrib Cuma nampak bantal memanggil manggil. Tapi sekarang, kerajinan sudah kembali. Tiap hari gugel resepi. Hehe. Cadangnya raya nak buat kek banyak-banyak. Tengoklah kalau rajin : ))

Perubahan demi perubahan memang bagi pengalaman baru sebagai ibu. Dalam masa yang sama rasa cuak pun ada. Muka tembam tu biasa. Tapi hiding tembam? Erghhh!! Stress tahu bila dari jauh orang dah tegur kau punya hidung. Eh dila asal hidung kau besar semacam? Tanya dengan nurse tiap kali check up itu normal. Semua perubahan tu bergantung kepada ibu. Ada yang nampak cantik masa mengandung. Muka berseri. Macam aku, kusam, kusut, serabai dan menyawankan. Ntahlah. Pusat dah terjojol. Kadang-kadang rasa macam kalau terus pluppp cmne?

Mengah-mengah naik tangga tak yah cerita la. Lepas sampai ofis, kena duduk kejap 2 minit, semput. Lepas tu baru boleh bergerak buat kerja. Bawak kereta masih racer. Takde hal. Makan, tak boleh banyak. Kena control. Selain takut berat naik lebih (kang kena minum air gula), perut tak boleh terlampau penuh, kena sedang-sedang. Kalau penuh sangat, kejap lagi keluar balik. Kalau rasa nak minum air banyak, kena kurangkan nasik. Kalau nk makan nasik banyak, kena kurang air. Adatlah…

Hari tu berbuka dengan ocin kirah. Nekad kami curi masa. Kirah sanggup drive datang shah alam balik malam sebab nk berbuka. Thank you. Ada orang nak bertunang lepas raya. Happy : ) )

Esok nak balik kampung berbuka dengan atuk. Lepas tu wan janji nak bawak jalan-jalan dekat Bagan Datoh. Yang aku tau Cuma ada kelapa je yg banyak kat sana. yang lain-lain tak tau.

Sampai jumpa lagi. Salam Ramadhan. Dah boleh start qiamullail. Mana tau rezeki nak bertemu lailatul qadar tahun ni. amin….

Thursday, July 26, 2012

Kiri kanan


Terbaca status dari kawan fb.

Benda duniawi ini, letak di tangan sahaja, jangan letak dalam hati; supaya bila tiba masanya, boleh dilepaskan begitu sahaja.

Betul. Aku setuju.

Keluarga yang bahagia, itu pinjaman Allah
Suami yang baik, itu pinjaman Allah
Anak yang comel dan sihat, itu semua pinjaman Allah
Harta yang menimbun itu juga pinjaman Allah
Allahurabbi..

Kadang-kadang hati terlalu pedih dipermainkan manusia, mencarut maki hamun namun semua tak mengubah dunia
Kadang-kadang hati terlalu bahagia dengan manusia, namun tu semua sementara
Hati manusia mudah berubah
Kau tahu itu. Jadi perlukan bergantung pada manusia lagi untuk bahagia yang abadi?

Ini peringatan untuk diri sendiri

Apa yang kau usahakan, itu yang kau dapat. Jangan terlalu percaya dengan janji manusia.
Ingat semua ini hanya pinjaman dan ujian
Yang buruk itu ujian, yang baik juga ujian

Salam Ramadhan Kareem. 

Friday, May 18, 2012

Siapa yang perlu disalahkan, syaitonirrajim atau diri sendiri?


Dulu masa detect yg aku positif mengandung lebih kurang 6 minggu. Masa tu memang takde langsung morning sickness. Yang ada cuma selera menjadi selera naga yang NAGA! Semua aku bedal semua aku bantai. Benda tu berlanjutan ke sebulan ke dua bulan pregnancy. Masuk bulan ketiga barulah aku rasa betul2 apa yang dipanggil pembawakan budak. Pagi aku cergas. Sihat walafiat tapi masuk tengah hari ke petang bawak ke malam aku mula tak sedap badan. Mual. Loya. Pitam. Muntah. Tapi itu normal kan bg semua ibu mengandung? Dan aku tau, apa yg aku rasa ni sebenarnya tak seteruk orang lain. Ada yg tak boleh makan langsung, ada yg sampai warded. Kalau aku masih merungut maknanya aku memang kufur nikmat. Anggap je nilah nikmat seorang ibu je yang akan rasa. Ahhhh nikmatnya 

Bila badan dah letih tak berdaya macam ni, aku selalu tewas dengan hasutan syaitan. Tewas dengan nafsu. Tewas dengan kesakitan. Malas menjadi-jadi. Kalau dulu pantang bilik bersepah, sekarang aku tak larat. Dan tak larat itu membawa kepada pejam mata kepada semua keserabutan. Bilik bersepah, lantaklah dulu. Baju tak gosok lagi, esoklah. Masak? Memang tak! Kalau dulu hari minggu paling aku tunggu sebab nak masak untuk semua orang, sekarang hujung minggu aku cuma nak baring.

Kesian umi. Dia sangat memahami. Kadang-kadang aku kesian. Dia sibuk dengan cucu, dengan haikal danish. Nak kemas rumah lagi. Nak masak untuk semua orang dalam rumah tu lagi. Aku tak nak ambik kesempatan tapi selalunya memang aku tak berdaya. Suami pulak jenis nk makan menu dia. Kadang-kadang apa umi masak tak kena dengan tekak dia, dia tak nak makan. Tapi sebenarnya dia nak aku masak untuk dia. Sambal ikan bilis. Aku memang tak boleh bau sambal tumis. Memang tak boleh. Time tulah umi akan ada untuk masak menu dia. Ahh… suami selalu tegur jangan malas sangat. Lawan sikit. Tapi aku tak berdaya. Kalau benda yg aku boleh lawan memang aku lawan, tapi kalau lawan rasa malas untuk sambal tumis, memang aku angkat tangan surrender awal-awal. Sorry sayang, not now!

Aku tau walaupun kita sakit tapi dengan sikit sifat melawan kesakitan kita mampu ubah dunia? Erkk.. masalah sekarang aku nak melawan kesakitan tu pun aku tak mampu atau we can say as MALAS dan gunakan kesakitan tu sebagai alasan untuk ambil kesempatan atau menidakkan tanggungjawab kita? Aduhai… susah sungguh beperang dengan nafsu dan syaitan..

Quran pun selalu skip-skip baca. Solat pun selalu tangguh tunggu akhir waktu. Im not a good mother neither a good wife L

Terima kasih kepada semua yang memahami. Terutama umi dan suami. 

Friday, April 27, 2012

Get a life


Sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan. - An Nahl Ayat 1

Hidup ini bukan sekadar mahu mencari kerja yang bagus, ada pasangan yang cantik dan duit yang banyak. Bukan bermakna ada semua tu hidup bahagia. Bahagia atau tidak kita sendiri yang tentukan. Dengan duit yang sikit tetapi cukup serba serbi pun kau boleh bahagia. Hidup tidak dibelenggu hutang, itu bahagia.

Jadi bila clash, tak payah la nak merana sangat. Selain dari hilang kekasih yang tak berapa nak bagus, dekatkan diri dengan cinta Allah. Qada balik solat yang dah lama tinggal tu. lepas tu belajar mengaji. Lepas tu kumpul duit pergi travel. Pergi negara yang ramai orang susah. India ke. Tengok sikit kehidupan luar. Bukak minda jangan nak terperangkap dengan cerita lama. Ini masanya untuk kamu cari calon isteri yang sesuai bukan kekasih untuk enjoy. Sudah-sudah la tu.

Bila kau keluar sikit dari dunia yang selama ni jadi comfort zone, kau akan lihat betapa beruntungnya kau. baru kena tinggal awek dah merana. Ada orang ditinggal suami lepas tu bersusah payah mencari rezeki nak besarkan anak. Aduh…

Baca balik ayat di atas tu. Belum masanya la tu sebab tu kena tinggal..

Pergi jauh sikit and get a life!

Thursday, March 22, 2012

Mee goreng dengan teh o

Alhamdulillah...8 weeks!

Kami sebenarnya memang happy tapi tak nak terlalu happy sebabkan pengalaman yang lepas. Yang dikendong berciciran. Tak nk terlalu suka hingga membawa duka. Lebih kurang macam tu lah... Tapi apa pun aku bersyukur sebab rezeki ini. Mungkin rezeki aku bukan yang jenis kerja bagus, gaji besar, dapat melancong setahun 5 x naik flight. Tapi rezeki aku murah jenis yang ini. Ada kerja walaupun biasa-biasa, ada gaji walaupun kecik, ada suami walaupun hitam HAHA, ada family semua serba lengkap dan sempurna walaupun tak semewah mana dan Alhamdulillah bakal ada anak tak lama lagi :)

Awal-awal musim membawa budak ni, tak lah seteruk orang lain yang sampai muntah-muntah dan ada yang sampai warded. alhamdulillah. Cuma aku kerap letih. Letih yang rasa malas nk bawak kaki sendiri. Pagi-pagi loya tu memang dah jadi biasa. Tapi tak muntah. Pagi kena makan cepat kalau tak perut rasa sebu dan bad mood. Lepas makan saya ok! Selera makan subhanallah! selama ni memang selera naga, tapi kali ni 2 kali naga. aduh... Tapi aku dah ada idea macam mana nk control.

Kesian wan. semua orang cakap stop dulu mancing. Dia ok. Tapi kesian sebab dia nampak bosan. Hari-hari dia akan you tube video-video kereta. Dia tak tengok video orang mancing dah. Takut gigil katanye. aku cakap carilah hobi baru. Dia nk main motor balik. Kalau tengok fb dia penuh dengan gambar-gambar lama. Habis gambar zaman scrambler dlu dia upload. Nasib gambar zaman scooter takde kalau tak mau di upload jugak. Dah bosan sangat la tu..

Lepas confirm positif double line ni, dia nmpak lebih caring walaupun tak reti nak tunjuk. Kesian aku. Kalau naik kereta dia make sure tempat aku alas dengan bantal. Tapi bawak laju tetap sama T____T

ok bai

Wednesday, March 14, 2012

Gambar lagi kerana malas mahu type













Have a nice day to those who read my blog.. *bajet artis

bye

Thursday, February 23, 2012

Hello world :D


My name is Nur Nabeeha Muhammad Irfan. I am new here. 



This is my little hand with my anjang 'gergasi' hand :p


I love sleeping very much.. Sleep like princess. 



On mummy's arm.. hurmmm so comfortable. Love it!




Tanning process. I hate it T____T





Give me some milk please....




I just need some milk, why did you guys run away from me???? hwaaaaa!!!






 I know, I know...I have beautiful smile isn't it?






People, this is so heaven. Sleep this way!





hurmmm....

Wednesday, February 22, 2012

Impian yang terlalu sukar nak digapai..I guess..?

Ini aku tulis pada MONDAY, 26 OKTOBER 2009

Ngeh ngeh ngeh... *geleng kepala

............................................................................................................................................................

Kahwin bukanlah priority paling atas yang aku target past few years nih.. Lepas habis study seingat aku lah, aku langsung tak masukkan berkahwin sebagai agenda utama yang aku mesti buat lepas grad. Sebab ia bukan keperluan masa tu dan aku tengok bapak aku sendiri belum bersedia nak terima menantu. Kalau mak memang dia nak aku kahwin awal awal. Senang katanye..

Kemudian aku kerja dan bercinta tapi belum sampai tahap merancang nak kahwin. Sebab? Alasan yang sama. Bapak aku belum sedia nak terima menantu. Ye betul... bila sepupu sepupu yang sebaya semua dah bertunang berkahwin orang lain mesti sibuk tanya mak bapak aku.. kakak bila lagi??? Bapak aku mesti cakap, tunggu dia dapat PHD dulu...npk sangat belum sedia kan?.. padahal masa tu aku tak pernah terlintas pun nk sambung even degree pun. Masa tu la.. Rasa macam penat buat diploma dulu pun tak habis lagi...agak tipikal..

Bila bercinta-putus-bercinta balik-putus balik .....aku penat..
Penat nak cari cari. Lepas tu sambung blaja. Kononnya skarang lah masa yang sesuai untuk sambung apa yang terhenti dan secara tak langsung langkah pertama untuk capai impian bapak aku..

Bila dah blaja dalam masa yang sama bekerja..aku tetap macam student biasa ropanya.. kena buat note. Beli stationary, beli a4 paper, kertas kajang, stapler, beli pen..... Dan paling penting mestilah kena study kan? Mula2 awal semester, aku pergi kelas rasa macam gi kursus yang company hantar..haha..yelah, 3thn stop blaja.Masuk kanan kuar kiri..Bila quiz aku dapat markah rendah baru ada kesedaran sikit yang aku bukan di kursus anjuran syarikat. Insaf sekejap..balik umah buat note..ulangkaji..dan kemudian baru sedar, kalau blaja ada exam. Bila kau tak study kau tak leh jawab exam........

Tapi kau tahulah kan...siang kerja. Bergelumang dengan orang ramai, surat sana sini, dateline itu ini call org tu org ni..balik umah jumpa bantal paling best! bila nk study tah.....

Dipendekkan cerita..alangkah bagusnya kalau sekarang aku dpt offer berkahwin dengan orang yang mampu bagi aku makan minum pakai yang cukup supaya aku boleh resign duduk rumah dan tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran...tak perlu bekerja lagi. Sebab suami mampu..

Penat rupanya bila bekerja + belajar ni...penat!

Kalau ada?

aku janji, jaga makan minum pakai suami dengan terbaik sekali dan beri anak yang sihat cergas pintar dan comel. Dan semuanya akn aku jaga dengan tip top sekali!!!

Cuma beri aku peluang habiskan degree saja.. boleh kan?

Tapi, kalau dah kahwin, bangun pagi kena buat breakfast, basuh baju, kemas rumah, jaga anak segala...penat kau tido. Bila kau nak study???

Bila tah nk capai PHd nye bapak oii....


***entry ini terlalu panjang intro nya!




;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;


Kun fayakun..


Semua dah tertulis. Kita sebagai hamba hanya mampu bersyukur :D

From river to river

Kita jumpa satu port mancing baru. Satu yang aku dah mula jatuh hati pasal aktiviti memancing ialah, mereka discover new place yang kadang-kadang sesuai untuk release stress dan inilah masanya untuk kita ambik gambar banyak-banyak bagi orang yang suka berangan menjadi photographer.








ditemani 2 ekor lembu tengah bersenggama 
















Hasil....




Jadilah....haruan sekor yang buta kot sebab dia tersalah makan lalu ke darat lah engkau..ni haruan ni liar punya. Orang kata sedap haruan liar ni. Bagi dekat orang lepas bersalin untuk pulihkan luka. Letaklah dalam bumper kereta. Kau tau dia melompat keluar habis satu bumper belakang tu dia jelajah. Menggelupur kami suami isteri mencari dah lah di pekat malam, dengan kau yg hitam eeee geli!

Lepas tu discover yang ini dan inilah paling menggembirakan hati isteri. Upah teman berpanas sepanjang hari :)

Thursday, February 2, 2012

Oh jadi kamu lah encik jodoh saya?

Jodoh itu terjadi kerana unexplained situation. Betul ke? Misalnya kalau ada orang bertanya kenapa kau pilih dia? Dan kau pun mula berfikir kenapa aku pilih dia? Kemudian kau sendiri tiada jawapan. Ah parah betul hidup kalau macam tu. jadi adakah perlu kau rasa kecewa dengan takdir hidup kau? misalnya kau tak pernah pun berharap berjodohan dengan dia, bahkan setiap doa kau lepas solat supaya TIDAK dijodohkan dengan dia kemudian yang terjadi sebaliknya? Adakah perlu kecewa?

Sebab itu aku kata jodoh itu sungguh unexplained. Tidak mampu aku sendiri nak memberi seribu alasan kenapa aku pilih dia. Ataupun aku memang tidak pilih dia bahkan keadaan itu yang menyebabkan aku memilih dia misalnya sudah jauh aku berlari namun akhirnya terjumpa dia juga di persimpangan.

Sungguh unexplained seperti kau yang selalu kutuk lagu cinta muka buku tu lagu yg annoying, suara penyanyi dia yang mendatar takde dinamik bak kata adlin lepas tu budak sekolah semua minat lagu-lagu dia sebab memenuhi jiwa mereka yang semakin takde taste lately ni. Penyanyi tah hape-hape lirik dgn suara semua ke longkang. Amboi emo plak aku ni.. Last-last kau pulak yang terlebih-lebih miming setiap kali keluar lagu tu dekat radio. Tak gitu?

Mungkin kau juga boleh kata selain berkata jodoh itu sudah ditetapkan, apa usaha kau untuk berjauhan dengan dia? Sudah! Berbagai usaha. Bukan setakat kau dah tunjuk kau benci dia, bahkan segala kata kesat semua dah keluar namun akhirnya kita perlu pasrah kerana jodoh itu sungguh misteri.

Benci dan cinta itu hanya dipisah dengan satu garis halus. Ewah...

Dan paling penting jangan pandang rendah akan kuasa Allah. Misalnya kau selalu berdoa supaya beri rasa benci pada dia, jangan jodohkan aku dengan dia namun kuasa Allah itu mengatasi segala-galanya. Terimalah takdir diri kau dengan rasa syukur. Dalam mengejar sesuatu yang tak pasti, jangan lupa untuk bersyukur dengan apa yang ada.

Sekian tazkirah hari ini.

Wednesday, January 25, 2012

Cahaya di atas cahaya

Allah yang menerangi langit dan bumi. Perumpamaan cahaya seperti lubang yang tak tembus,
di dalamnya ada pelita besar.
Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu umpama bintang,
bintang yang bercahaya seperti mutiara,
yang dinyalakan dengan minyak daripada pokok yang banyak berkatnya iaitu pokok zaitun,
yang mendapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit mahupun terbenam,
yang minyaknya sahaja hampir menerangi kerana jernihnya walaupun ia tidak disentuh api
Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis)          
                                                                                        (an-Nuur : 35)


Indah kan tafsir ayat di atas? :)

Kita akan rasa lemah saat kita diuji.Sampai susah nak bernafas sebab udara dipenuhi lumpur. Seolah-olah this is end of the world! Tapi afterward, kita akan lebih kuat untuk berdepan dengan hidup ini.

You can't have happiness without pain,
You can never have beautiful rainbow without rain.

Ayat azimat :

sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan menunjukkan jalan keluar baginya.
Dan mengurniakan rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka.. (at-thalaq :23)

Jika ditimpa musibah,
jika hati terasa berat untuk bernafas,
 jika hidup terasa payah,
 jika laluan terasa sempit,
 jika segalanya nampak susah,
 jika hidup terlalu sunyi,
 jika hidup terlalu ribut....bergantunglah pada Allah.. Berdoalah pada DIA.

Semakin berat ujian itu, semakin kuat kita bergantung pada Allah,
Insya Allah dia akan tunjuk jalan keluar dan segala-galanya akan menjadi semakin indah :)

Bandar Nakhoda Omar
25-12-11
Saya dah habiskan novel ni. Sesiapa yang pernah atau sedang atau bakal ditimpa ujian, cuba baca novel ini. Memang ceritanya agak slow bagi penggemar novel thriller RAM..tapi ayat-ayat dlm novel ini sangat indah. Penulis berjaya ingatkan saya yang bahasa Al-Quran sangat indah...

Quartet - karya Saidatul Saffaa

Friday, January 20, 2012

Tangan yang menggoncang buaian..apasal nak goncang buaian? hayun sudah...

Hidup sebagai seorang perempuan boleh musnah sekelip mata sahaja sebab seorang lelaki. Kalau tak musnah pun dia boleh kelam kabutkan hidup kita. Dengan satu sentuhan lelaki, seorang perempuan boleh hilang sebuah dara. Dengan satu tandatangan, seorang perempuan boleh hilang seluruh harta. (ini vice versa)

Aku sedih dengan nasib seorang kawan aku yang suatu hari ada 3 india tunggu dia tepi kereta. Okey sekali pandang boleh faham la kan? Kereta macam nak kena tarik. Memang pun. Kereta yang tak dibayar lebih 3 bulan memang mengundang tarikan dari pihak bank. Ngeri. Nauzubillah… minta dijauhkan dari kita semua. Aku tak berani nak tanya dia. Dari cerita yang aku dengar, (mungkin dah ditokok tambah) Kereta tu suami dia beli guna nama isteri. Dan isteri mengharap tiap bulan suami bayar rupanya tak. Sekarang suami dekat mana kereta isteri pakai. Lepas tu kena tarik dekat tangan isteri. Takutnya!

Memang tak dinafikan bila kita dah jadi suami isteri, banyak benda kita kena consider untuk berkongsi. Termasuk kongsi nama untuk beli rumah, kereta, asb or lain benda. Tapi bila salah sorang buat taik ni la jadinya. Habis macam mana?

Aku tak reti nak bagi advise. Nak bagi peringatan. Sebab aku pun tak tau nasib aku macam mana in future. Sebab hati manusia ni milik Allah…bahkan jiwa dia, jasad dia juga milik Allah..kita Cuma diberi pinjaman untuk merasa bahagia dengan adanya suami disisi. Kalau suatu hari nanti hati dia berubah dan buat taik kat kita, 1st sekali redha. 2nd ada cara lain nak settle. Mahkamah. Guna undang-undang yang ada untuk pertahankan hak kita.

Tapi tulah… aku harap, aku dan kita semua pun beringat. Nak guna nama kita boleh, tapi berpada… kalau dah guna nama kita, kita pun jangan harap 100% dia bayar. Sesekali semak bil. Kalau dia tak bayar mesti ada sebab. Kalau memang suami tengah susah, tak salah kalau sebulan dua kita tolong. Jangan percaya 100%. Sebab lelaki ni banyak cabang. Diorang ada banyak cara mcm mana nak cari duit masuk, banyak cara nak buat duit keluar, termasuk cabang menipu. Pun banyakkk! Aku harap kita semua bijak dengan mengambil tahu bab undang-undang terutama process jual beli, insuran, tukar nama dan segala jenis undang-undang yg ada.

Orang lelaki bijak sebab diorang tau semua urusan melibatkan duit ni. aku pun sebagai perempuan kadang-kadang malas nak ambik tau. Sebab rumit. Jadi bila dah jadi depan mata, ambik sebagai iktibar. Ambik tau apa hak kita sebagai wanita. So kalau jadi apa-apa yang tak kita semua nak, kita tau jalan mana patut kita ambik.

Friday, January 13, 2012

Dayung sampan, dayung dayung sampan....

Sebab aku bekerja dalam bidang yang memang sangat hampir dan sangat sangat memerlukan ilmu psikologi yang tinggi, jadi aku decide untuk sambung belajar dalambidang ini. Okey tipu!

Pagi-pagi kau dah nak menipu kan dila?

Kawan aku pernah cerita, sorang parent pernah berborak depan dia. Yang parent pertama buat luahan hati. lepas saya masukkan anak dekat sekolah agama, pelajaran dia merosot. Dari 5A jadi 2A..belum cerita pasal B,C D lagi. .. kawan dia Cuma senyum dan cakap, kak…bila kita mati Allah tak tanya berapa A anak kita dapat dalam periksa…dia akan tanya anak kita solat atau tak? Mengaji quran atau tak? Puasa atau tak?
Aku bukan nak cakap Islam tu tak suruh umat dia pandai. Tak payah belajar rajin-rajin. Asalkan kau tahu mengaji, tahu solat tahu halal haram sudah cukup dalam hidup kau. TAK. Islam agama yang suruh kita cemerlang dunia dan akhirat.

Tapi sistem pendidikan di negara kitra yang mengajar kita supaya sentiasa pulun A. Anak-anak sampai stress sebab belajar siang malam. Kau pernah dengar baru umur 4 tahun dah masuk tadika? Lepas tu malam hantar tusyen? Bagus. Memang cepat pandai la budak tu harapannya. Tapi macam mana dengan zaman kanak-kanak dia? Adakah dia enjoy seperti budak lain?  Nak hantar tusyen ke apa jangan la sampai dia tak dapat menikmati zaman budak dia. Sedar-sedar dah besar. Dan dia sendiri tak boleh nak ingat apa yang indah zaman dia kecik dulu. Matang sebelum usia. Kalau dia redha tak pa. kalau dalam diam dia memberontak?

Aku ni tak boleh tulis banyak sangat sebab menulis dari pengalaman. Bukan pengalaman membesarkan anak-anak seramai 5 orang. Tapi dari mata yang melihat. Macam-macam jenis parent dah aku jumpa sepanjang kerja di sini. Tapi memang betul, pengalaman dari mata tak akan sama dengan pengalaman mak ayah tu sendiri yang menjaga.

Cuma mak ayah yang terlalu taksub dengan A ni perlu ubah sikit persepsi. Tak semua anak dilahirkan dengan anugerah pandai dalam pelajaran. Kalau tak dapat straight A pun, dia ada kelebihan lain yang mak ayah sendiri perlu cungkil. Kot kot la dia pandai main muzik. Pandai bersukan. Pandai berniaga. Asah bakat diorang untuk sumbangkan sesuatu kepada masyarakat and semua tu boleh buat duit apa! 

Bulan januari adalah bulan yang paling busy. Start dari pertengahan disember sampai la ni…bontot aku tak pernah panas atas kerusi sendiri. bergerak sana sini. Bukan aku je. Department aku. Memang stress. Sekarang aku teringin nak main kayak dekat pd.

Okey bye