Friday, July 31, 2009
Sungguh Mencabar Hidup Sebagai Aku
Hari ni Jumaat. Penghujung bulan Julai.
Lesu. Kaku. Macam masih murung.
Banyak sangat agenda nak dibuat. Tapi semuanya masih kabur.
Umi selalu cakap.
Buatlah solat istikharah.
Pasti membantu.
Tapi minggu ni sahaja dah 2 kali aku tertinggal solat Isyak.
Dosa makin menggunung. Takuttttt!
Balik rumah. Mandi. Terus terbongkang. Lupa diri.
Bangun. Selepas azan subuh.
Aduh... Subuh pun dah dekat-dekat dipanggil gajah.
Gajah yang emak. Bukan anak.
Dosa makin bertambah..
Jumpa ni masa blog hoping
Dosa orang yang tinggal solat
Isya' -Allah tidak redha dia tinggal dibumi dan menggesa dia mencari bumi yang lain.
Subhanallah!
Allahuakbar!..takot?? Mana ada bumi selain bumi ni..Kat marikh juga bumi Allah. Zuhrah atau bumi anbia pun sama. Lalu??
takooot tak???
Angguk..
Jangan buat lagi. Bertaubat tu perlu. Hari-hari.
Okey. Cuba.
Last day bayar yuran. Tapi masih belum nak bayar.
Kenapa tangguh?
Tak pasti. Entah apa yang ditunggu lagi.
Sponsor dah ada. Tapi malu.
Ah!malu lah bagai..
Tak jugak. Takut nanti dah bayar ada lagi benda pending.
Kereta. Ah!! Bagi aku senak perut fikir hal tu.
Insya Allah ada jalan..
Bangi dah sudi menerima. Insya Allah ada jalan..
Teruskan usaha.
Aku macam di tarik-tarik kenari merah.
Em yelah..mana nak cari kenari merah ni..
Ada. Kat kedai simpang jalan nak ke ke Poliklinik Abadi tu.
Okey. Sabtu mulakan projek. eeee! tak sabar!
Ape merepek nih..
Makan kerepek pun bagus. Mana makcik petang petang jual kerepek tu?
Dia jual 3 paket 10 ringgit.
Kesian makcik. Kehulu kehilir bawak plastik berbondon-bondon.
Panas. Hujan. Petir. Kilat.
Habis basah baju dengan peluh. dengan hujan.
Oh ya! pagi tadi tetiba hujan. Tak bagi amaran langsung.
Bumi Allah. Suka hati dia lah nak bagi amaran ke tak. Kita kena sentiasa bersedia.
Semua kerja susah dalam dunia ni kan.
Padahal aku rasa kerja aku lah paling susah.
Duduk atas kerusi ada kusyen. Boleh pusing-pusing. Boleh tolak dengan kaki ke meja sebelah. ada roda. Canggih. Ah macam kerusi orang lain tak canggih.
Tiba-tiba nak up diri. sebab dapat duduk kerusi beroda. har..har..
Aircond nak 16 je. Walau sejuk menggigil. Walau batuk kong kang kong kang.
Tetap tak nak turunkan 25. Melampau betul. Mentang-mentanglah bukan kau yang bayar bil.
Jimatlah. Mana tau tahun ni 2 bulan bonus. Ngee..
Banyak cantik muka kau. Dah la bila free asek beronline sepanjang musim Grand Prix.
Status kat facebook asek berubah-ubah. Belum masuk twitter. Ha ni blog kau.
hari hari update. Tak kerja kah?
Macam orang tak kerja 24 jam.
Ada hati nak merungut kerja susah.
Tak bersyukur kah aku..? Memang!
Aku selalu fikir. Bilalah hidup ni nak berubah.
Macam dalam cerita fairy tale tu.
Mula-mula susah. Kena hina. Eh hidup kau selalu dihina ke?
Tiba-tiba nak jadikan seolah-olah hidup kau adalah paling malang dan sedih.
Melampau!!
Bukanlah. Maksudnya, mula-mula susah. Kemudian terjumpa putera idaman
Get married. Happily ever after.
Senang kan. Tak perlu nak buat keputusan yang susah-susah atau pilihan-pilihan yang sukar.
Kita macam di sebuah pentas.
Melakonkan watak masing-masing.
Tapi kadang-kadang terasa nak bawak watak orang lain.
Watak yang hidupnya indah. Macam chika. Tetiba menyebut nama watak yang hidupnya sangat indah bagi aku. Blog hopping lagi.
Maaflah. Halalkan lah sebab aku tulis nama anda disini.
Aku kadang-kadang eh bukan kadang-kadang.
Selalu sangat rasa yang hidup aku sedang dipermainkan.
Serius nih.
Oh sungguh damn!
Sabarlah...tuhan uji dengan ujian yang kamu mampu lalui.
Ye aku mampu lalui..sedih hati. Tuhan saja yang tahu.
Mari-mari kita bergumbira.
Semalam ingat nak try buat cream puff dari blog kak eiyda.
Tapi cari-cari kertas print tu dah hilang.
Rupanya tertinggal kat mana tah. Ofis kot.
Padahal semalam sebelum balik dah sibuk war-war kan kat budak ofis
esok aku nak buat kuih. Selak lah diorang pun dah kecur ayaq liuq bagai..
alih-alih aku cuma beli karipap kat pakcik depan apartment perdana tu je.
Jadi lah dari takde langsung..wahaha (ah! gelak pun macam tak de nafsu!)
Live your life to da fullest!!!
Aku mahu belajar main gitar.
Boleh berkugiran hari-hari...lalala...
Hari sabtu kita projek baik punya.
Ahad kita picnic raikan fairwell kawan kak wani di Pool ape tah dekap Putrajaya tuh.
kemudian basuh rumah kak melati. Rasa tak sabar pulak.
Oh ya!! Tahniah kepada anda kerana akhirnya berjaya jadi orang kerajaan.
haha!
Bila pulak la aku...
Isnin mari bertemuduga. Again. Kali yang kelima atau keenam.
Huh! Ada orang bilang sama aku .. Baik mandi bunga lagi bagus.
Ape punya suwei. Tak pernah ada orang interview govt sampai 6 kali tak dapat-dapat.
Semak! Belum rezeki...
Penatlah keje swasta nih. Nak buat pinjaman beli viva je pun bukan main susah.
Padahal kalau kau keje govt, basic 8ratus pun mungkin kau dah boleh bawak vios.
hua hua hua. okey aku tipu. tapi yang aku tak tipu adalah susah sungguh nak buat loan bila kita adalah private sector. Muak dengan kerenah birokrasi.
Bunga-bunga matahari..tiba-tiba teringat Maya Karin..
Indah tak bawak watak sebagai dia ek???
Bersyukurlah dila sebab kau adalah dilla... bukan gila. Tau??
Eh jangan nak samakan nama aku dengan apa-apa k..
Melampau! ah diri sendiri tulis diri sendiri bengang!
Tugas seterusnya..
Cari bunga dan kain untuk hantaran buat bakal adik ipar.
huh! orang kampung dah sibuk bising-bising bila adik aku yang nak bertunang dulu.
Jodoh belum ada. Nak buat gena. Carikanlah. Bising aje tak guna.
Dah. Mari bubar. Wish me the best.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Wednesday, July 29, 2009
Aduan Kurang Memberangsangkan!
Dalam bulan 4 yang lalu saya sakit gigi. Kemudian gi check doktor di sebuah klinik swasta. Doktor tersebut cakap ada 2 batang gigi saya yang perlu ditampal. Cost nya ialah sebatang gigi RM70.00. Saya rasa terlalu mahal untuk sebatang gigi. Kemudian gi survey di klinik kerajaan cost nya cuma RM2.00 sebatang. Jauh sungguh bezanya. Tapi doktor di sini cakap gigi saya cuma perlu ditampal sebatang saja. Bukan dua batang. Saya pun (sambil mulut ternganga dan perlatatan doktor dalam mulut saya)bermati-matian cakap eh tak. dua batang la doc. sebab memang sakit dua2 side bila kunyah. Tak Satu je! Dengan tegas doktor tu cakap. Itu adalah muktamad. Dila, jangan melawan. Nanti dia cungkil gigi kau baru tau!!.. Saya pun pasrah dan redha. Mungkin betul kot. Dia blaja pandai-pandai utk jadi doktor gigi. Dia lebih arif.. Dengan memikirkan cost rawatan cuma RM2.00 saya pun tanpa segan silu mendaftar nama buat booking untuk appoinment tampalan tersebut. Lepas tu setiap hari saya tunggu panggilan dari klinik. Gigi makin sakit. Benda yang paling pantang untuk di kunyah dah tentu yang keras-keras. Saya terpaksa lupakan kopok lekor atau pisang goreng sebab saya tak kan mampu kunyah walaupun saya mampu telan terus...
Satu hari dalam masa sebulan kemudian, saya dapat panggilan yang ditunggu-tunggu. Hari dah ditetapkan. Saya sungguh excited macam nak buat pembedahan pemindahan tulang rawan atau tulang sum-sum dan menunggu penderma dan penderma sudah pun ada. Mungkin macam tu lah perasaan nya... Saya pun ke klinik tersebut. Tak ramai orang pun. Bila nama dipanggil saya pun masuk dan baring atas kerusi untuk mulakan rawatan. Tiba-tiba doktor cakap eh ni ke gigi awak yang nak kena tampal tu? Gigi ni ke yang saya cakap?? sambil tekan-tekan guna besi kat gigi tersebut. Dalam hati, eh tak kan lah dia leh lupa plak. Kan ada rekod... Kemudian rawatan pun dimulakan. Sambil merawat doktor ni sibuk bercerita movie apa yang dia tonton dengan boyfriend dia malam tadi dengan nurse yang tolong dia buat kerja. termasuk lah ape yang dia dengan boyfriend dia borak bla..bla..bla... Lepas tu diselang dengan babak yang dia suruh aku berkumur, nganga luas-luas kemudian kumur lagi...
Bila tiba part simen-simen gigi tu terpaksa rata kan sampai 4 kali sebab bila aku try rapatkan gigi still rasa berlekuk. Mungkin itu prosedur biasa. Tapi bila aku still cakap belum rata dia macam tak puas hati. Mesin lagi. Kali keempat baru aku aku cakap okey. Lepas tu aku pun tak ingat dah. Oh dia sempat pesan, kalau makan jangan guna gigi side yang ditampal tu. Guna sebelah lain. Aku ikut pesan dia. Sehari selepas dan dua hari selepas aku bukan saje makan tak guna gigi side yang ditampal tu tapi aku makan bubur beb. Bubur untuk membuktikan yang aku adalah patuh pada ajaran.
okey okey dipendekkan cerita, hari ni selepas 4 bulan simen yang tampal gigi aku tu dah tertanggal malam tadi. Diulangi.. TERTANGGAL . Dan sekarang lidah aku sungguh asyik sekali main lubang yang dah berlubang tu. Macam enjoy pulak lidah ni kejap-kejap main tutup-tutup lubang tu. Pelik kan. Aku tak tau pulak benda tu bole tertanggal. Ingatkan ambik masa empat lima tahun baru nak kena tampal balik. Sekarang ni aku rasa lebih elok kalau aku spend sedikit duit untuk gigi kesayangan aku ni.. Mahal sikit tak pelah. Mungkin berbaloi dengan rasa sakit tersebut. ..Adakah sebab murah atau ape? Aku pun tak pasti...Sakit lah...
Tuesday, July 28, 2009
Entry yang tiada makna sangat
Tak. Sebenarnya perkataan di atas tiada kena mengena dengan apa yang aku sedang rasa. Sepertinya aku sedang sangat merindui dia. Tapi macam mana nak sampaikan kerinduan tu? Sebab dia dah mati. Dan walaupun aku harap dia tau aku sedang sangat rindukan dia, tapi hakikatnya biarlah dia tak tau. Biar dia tak tahu sebab tak perlu. Aku bukan ada apa-apa hutang tertunggak dengan dia. So tak perlu lah dia tahu. Lagipun sebenarnya dia dah mati. Dah lama jadi debu. Jadi macam mana aku nk sampaikan kerinduan tu? Rindu yang datang time aku senak perut menahan senggugut. Rindu yang datang time aku lapar. Dia rasa ke apa yang aku rasa? Aku harap dia rindu aku juga. Tapi aku rasa tak perlu lah dia rindu. Sebab aku tak perlu rindu dia untuk teruskan hidup. Rindu dia dah tak laku. Dah basi. Dah outdated. Tapi rindu aku ni bila nak habis? Mungkin juga tak habis..Kadang bila dari tingkap bas, aku harap sangat aku dapat nampak dia. Tak kisah dia berdua atau bertiga. Tapi aku nak sangat nampak dia. Tak nak yang khayalan tapi dia yang real. Biar lagi bagus dia tak nampak aku. Tapi aku nak nampak dia. Face the fact itu perlu untuk move on. Ya!! aku sedang berdepan dengan kenyataan. Kenyataan yang dia sudah mati.. Rindu ni dah tak perlu lagi...
Pen Dakwat Hitam
Lepas ni ada lagi ke filem yg betul-betul cerita tentang rakyat Malaysia tapi tak meletakkan perbezaan taraf hidup?
Rasa sedih dan tak percaya.
Semua orang masih dahagakan karya dia.
Cuma Tuhan saje yang tahu kenapa dia dipanggil sekarang. Siapalah kita nak menidakkan apa saja yang dah ditentukan...
Semoga roh arwah Yasmin Ahmad diterima di kalangan orang yang beramal dan beriman.. aminn..
Thursday, July 23, 2009
Bingung!
Dah tambah umo ni harap-harap perangai pun bertambah matang la ye..amalan untuk bekalan di sana pun harap bertambah..
Okey cukup!
Hari ni aku memang tensen sepanjang hari. Bingung. Duduk tak kena. Berdiri tak kena. Semua orang satu ofis puasa kecuali aku. Tak bole puasa sebab tekak masih sakit dan batuk macam nenek-nenek sakit tua lepas tu asik tetelan kahak..eewww! perlu ke tulis????
Menambah ketensenan bila tgk blog aku masih belum boleh dibuang perkara seperti TANDA HARGA dan komen yang ada tanda / tu!
Sakit hati!!!!!
Tambah lagi bila aku kena handle benda baru. ALAT PEMADAM API.
Tak faham la.... sebenarnya boleh tanya kan?
Tak reti la.... sebenarnya boleh blaja kan?
Rimas la dengan term-term yang tah pape tu...jgn mengeluh!!!!
Ni la peluang blaja benda baru kan...?
ye...sambil tunduk akur..
Dan bila tensen aku tak boleh ulang alik ke pantry untuk release tensen dengan menyumbat ape aje yg ade kat situ masuk ke dlm perut aku....dengan alasan hormatkan orang berpuasa..
Lalu aku memang tak boleh buat kerja sepanjang hari....
Friday, July 17, 2009
Ada Makna Ke?
Its not a big deal. Tapi takut lah.. Mana tau ada maksud tersirat ke petanda ape yang tak elok ke.. Takuuuutttt... Tapi syirik kan kalau percaya benda-benda nonsense ni??
Ya Allah, jauhilah aku dari benda-benda durjana dalam hidup ku. Janganlah uji aku dengan ujian yang tak mampu aku lalui. Hanya pada kau aku mengadu..aminnn..
Thursday, July 16, 2009
Senarai Untuk Berbuka
Selalunya mesti saya adalah tempat rujukan teman-teman yang tak tau nak bebuka ape. Hish ape lah diorang ni, nk makan ape pun tak tau. Sedangkan saya kepala sentiasa penuh dengan makanan yang best-best!
Okay, heres a few menu yang sangat bagi saya telan ayak liuq skarang dibantu oleh Yahoo Image untuk anda yang akan berbuka petang nih..
mesti mak mertua lalu pun tak sedaq! ;p
Char Koew Teaw Kerang
Laksa Utara
Ni pun paling sedap di Kedah atau Kuala Perlis dan di Klang ada satu 'Bawah Pokok'!!!
Dan ayaq bandung cincau...aaaaa!sedapnye...
Wednesday, July 15, 2009
This is fact..
Ye betul kan. Memang sangat betul. Dan sorang teman baik pun dah pesan, kalau kau buat jugak kau akan menyesal seumur hidup. Tapi aku buat jugak...hehe
And sekarang agak menyesal. But at least I can face the fact now..
Walaupun mula-mula nak berjalan seperti tak mampu. Tapi jalan jelah. Takkan nak merangkak kot.. kalau dia boleh ada kehidupan yg hebat, aku pun boleh ape.. Sekarang aku di fasa yang sangat hebat. Akan menjadi sibuk dan penat gila. Akan terkejar-kejar ke kuliah tiap petang. Akan memerah otak dengan segala assignment dan paperwork. Belum masuk pop kuiz dan segala past year question. Belum masuk isu senior dan junior. Lecturer favorite dan yang pasti aku akan pandai bajet dan kira credit hour serta berapa jam MC dan cuti untuk target masa masa perlu ponteng dan sebagainya..haha
Kehidupan keluarga semakin stabil. Bakal dapat adik ipar tak lama lagi. Dan tak sabar untuk publish cerita ayah dan kambing kambingnya...Bukan kah sangat hebat???
Lagi, aku bertambah sedar.. Bila saat genting macam ni orang yang banyak sokong aku adalah adik beradik, umi, ayah and best friend. Serius. kalau tak der anda semua aku pun tak tau apa jadi dengan aku. Banyak sangat aku terhutang budi dan body.. ;p
Rasa seperti buang masa je selama ni ingat benda yang nonsense. Nothing. Useless. Mess! Yes, but the truth is, I'm just freakin a mess!
Believe in this, the sun will shine our yard too! Allah itu maha adil.
Disebabkan tindakan buruk yang kita ambil di masa lalu jadi kita harus face of what ever the result today. Hamik lah. Dah dulu itu yang kau pilih.. Okey saya redha.. Cuma sila beri saya masa dan sedikit ruang untuk betul betul dapat terima tentang apa yang saya dah buat dulu..
Di kawasan perumahan 'elit' saya ada satu gerai burger yang agak enak untuk di rindui tiap malam. 'Burger Najmi'.. Servis nye sangat bagus. Siap ada delivery lagi. So kalau tengah malam rasa nak gemukkan badan, call je. After 10-15 minit pintu anda akan diketuk dan burgernye dah siap untuk dimakan. Tapi bayar dulu. Sebijik RM2.00je. Tak mahal langsung kalau compare dengan double cheese Mc D kan.. Apsal tetiba je saya mesti promote burger Najmi??? Sebab saya lapar sekarang dan rasa nak makan burger tu plak.. tiada foto untuk di attached. kalau tak ia akan buat anda semua meleleh ayaq liuq tak terkata..ngeee...
Semalam saya main 'kertas beracun' dengan anak jiran depan rumah. Asal permainan ini ialah 'kotak beracun' Tp sebab tiada kotak yg sesuai untuk digunakan, saya ganti dengan gulungan surat khabar. Mirra Nasihin, adiknya Naufal dan Muhammad Danish disokong dengan playlist handphone oleh Apip. Okey, kalau kita orang dewasa, mesti sangat takut kalau kita tengah pegang kotak @ kertas tu dan muzik berhenti. Tapi budak-budak ni siap nak pegang lama2 supaya diorang dapat turn untuk buat aksi yang disuruh oleh kertas yg kita cabut tu. Sampaikan turn orang lain, tp semua nk ikut join menari. Haha. Kan bagus kalau saya ada perasaan itu
sampai sekarang. Lucu sekali mereka tu..
Semalam sempat ber 'komeng' dengan sasya yang jauh di Kentucky..haha. Dia tag saya untuk main satu permainan. Grab the neerest book behind you. Eh, dh dekat belakang pulak. Turn to page 56. See the line no 4. And publish AS YOUR STATUS. More weird is more fun. ... Tah..
Tapi the neerest book beside me is AKTA KERJA 1955 (AKTA 265) & PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH. Sungguh bosan. Nak buat show cause kena ada refrence dari undang-undang. semenjak jadi orang yang bertanggungjawab kira cuti, kena jugak buat show cause..grrrrr!
Hidup mesti diteruskan!
P/S :tiada tittle sebab colum untuk tittle tetiba hilang! masalah komunikasi..
Monday, July 13, 2009
Tahukah Anda?
Misalnya.. Bila dah jadi mangsa haram tak berhati perut manusia, kita mesti cakap cis lahanat punya manusia! Tapi, bila kadang kadang lah kita akan terasa macam rindu membuak buak bila tiba tiba terpandang benda yang manusia lahanat tu suka, perkataan yang manusia lahanat tu Owh semalam tengok mentor! Ada satu lagu baru..
Kau jangan salah sangka, bukan niat sambung kasih yang dulu..
cuma menumpang secebis rindu..
saat hatiku sepi mengenangkan mu.. Fira (Mentor)
haha! lagu ni sure syakirah suka! I'll bet you.. ;p
Ye memang kadang kadang tak faham dengan hati sendiri..Cukup cukup lah tu..
Tapi nak jugak..kejap kejap rindu dia lah.. kira, tolong cakap dengan dia aku rindu dia.! wtf kan?
sungguh annoyying bukan?
Habis macam mana? Nak buat macam mana? Eeeeee! semak lah...tapi nasiblah syukurlah...
Banyak cara sebenarnya..cuma perlu sikit masa je lagi..
Ingat tuhan banyak banyak.
Solat jangan tinggal.
Zikir selalu.
Solat dhuha, Taubat, hajat jangan tinggal.
Ingat pengorbanan family.
Perlu balas jasa mak ayah.
Gembirakan adik adik.
Haish!hati sebu lagi...Ini adalah black monday! Semak. Macam nak balik tidur je..
Subahanallah..Alhamdulillah..Lailahailallah..Allahuakbar..
Kuatkan aku tuhan..Kuatkan teman ku ya Allah..Beri kami rasa nikmat bila tiada ingatan pada mereka lagi..
Em okey lah..sekarang dah okey. Mari mula bekerja. Hidup saya di fasa yang sangat hebat sekarang! I;m so excited!!
p/s : Syakirah adalah wajib! sila click pada tulisan merah yg boleh click tu.
Saturday, July 11, 2009
Babysitter on my weekend
Bila dah tak ada orang nk 'menjerit' pagi-pagi tido sampai pukul 10 adalah best!! Yeeeeee!
Ya seperti yang dijangka, tepat pukul 10 mata pun dah mula celik..sambung tidor lepas subuh tadi. Tiba2 tok..tok..tok.. Wah! Macam cerita misteri kan.
Hehe..saje nk buat drama sket..boleh la. No hal.. Bukan ada plan ape pun hari ni...
Kemudian, tok..tok..tok..
Ini betul-betul saspen. Sebab tiada lain mesti budak-budak wanted yg datang. Nak buat-buat tak dengar lah. Jahatnye..Okey. Buat-buat tak dengar dulu..Tapi tiba-tiba dengar suara perempuan. Alamak! Wajib buka sebelum di label tidak hormat tetamu..
Ini Along Najmi dan Danish.
Tapi sebenarnya diorang tak la macam ni sangat. Gambar n diambil lepas kucing tu hampir separuh pengsan diorang buli. Lalu untuk menunjukkan yang diorang ni tak bersalah pura-pura baik depan kamera. Huh!
Tapi diorang bukan dikatogerikan sebagai jahat. Cuma annoying masa diorang ada. Tapi sangat dirindui masa diorang balik kampung...
Bila diorang dah sampai, adam pun ada geng.
Saya pun kurang pasti apa sebab gambar ni tiba-tiba membesar! grrr!
p/s : Kualiti gambar yang teruk menyepoil kan mood saya untuk menulis cerita ini dengan lebih lanjut!
Friday, July 10, 2009
MMS Speak UP Malaysia
This is the contest of what you want to speak about anything you want to change in Malaysia. Emm anything like ..anything lar..haha. Join this contest. Its really cool coz its make ur brain work never stop to find best idea to share! Click disini!
And the great things is if you DIGI's users, you are about to win RM3000.00 cash and I Pod Shuffle! Menarik bukan???
OMG. I feel like want to change my network to Digi right now!
This is what I feel want to change about. It is for all Malaysian generally and what specifically is for my home members. We (including me) always make my fathers anger up to maximum because we tend to waste water after shower. Use overflow of water. At the end of month, everybody grumble when the bill is over limits. After working and share the responsibility to pay the house bills, only I know how 'sakit hati' when at the end of month you are the one who pay the bills but another people make a waste from that. So I replace my father to 'uproar' (haha) all my siblings. 'Jangan mandi lama-lama sangat' 'Lepas mandi tutup air' 'Jangan biar air melimpah!' huahuahua..anak bapak!
So all malaysian should think together about it. Dont waste our nature resource. My massage can be accepted isnt it??? I hope so, coz somehow I feel like it is not related at all..hehehe..
Here is my content..Cumel sungguh tulisan di bawah air..
p/s : saya cuma guna segelas air untuk sesi fotografi tersebut! ;p
Tuesday, July 7, 2009
10 things the most I hate about me!
aku semacam penuh kebingungan..wing-wing sentiasa..
1. Tempat aku bukan di Bangi. Lalu tidak dapat melepak kat kopitiam bangi yg banner nye boleh dilihat di PD. Tapi tempat aku ialah di KL..owh..saya tidak familiar jalan nk ke sana. Dlm kepala cuma terbayang yg UKM KL dekat dgn eye on malaysia atau dekat kampung baru..?..tp skarang 'di mata malaysia' itu sudah sudah tiada lg...Mula2 kena survey tempat. Hafal betul2. Dalam masa yg sama masih cuba pujuk abang ukm utk tukar ke Bangi.. Mahu sy pengsan tgh jalan kalau lepas ofis hour meredah jam nk ke KL tiap hari??? Ni belum dpt schedule. Sy mmg suka bayangkan yg buruk dulu, kemudian baru yg baik..Minda kotor..
2. Saya masih menunggu bank call hingga hari ni untuk viva saya. Jika viva sy tidak mahu juga keluar, sy terpaksa cari 'kenari' merah untuk terbang ke KL hari2. Ini adalah desakan hidup dan keperluan. Jadi saya harus berjuang.. sungguh2 berjuang..Okey itu hari sabtu punya jadual. Jadi perjumpaan dgn gadis2 organizer alumni terpaksa dibatalkan..Sory kawan2. Dila sgt busy..Minggu depan. InsyaAllah..Anything, talk to my PA.
3. Mengumpul segala maklumat tentang pinjaman pelajaran. Akhirnya aku akan mempunyai hutang juga. Sungguh beruntung sebab masa time Dip dulu, tidak perlu guna pinjaman. Sbb kita ditaja. Jadi utk degree, terpaksa lah...Kumpul..nanti satu hari aku mau bercuti untuk settle kan semua nih!
4. Memang busy memikir itu ini, hati dan fikiran mcm x mahu bg chance untuk lupakan dia. Sempat-sempat je fikiran ni snap memory lepas-lepas.. Kemudian menggigil sbb x mampu terima kenyataan. Bukan. Saya mampu terima. Cuma, saya perlukan masa. Masa juga faham..Tp saya nampak, saya rasa, tuhan sedang tolong saya..betul!! Kadang-kadang sy sedar memang sy jarang ingat dia lg.. Syukur kan? Sangat... The most hated, Sebab tu ia berwarna merah! ngeee ;p
5. Sambil-sambil buat kerja, suka intai-intai blog orang. Tumpang bahagia sbb ada blog yg entry nya tak pernah tulis ttg problem..semuanya happy2 aje..bole ke mcm tu? Mungkin la..tp sangat positif kan mereka..? Saya macam makin faham ape fungsi blog dan macam mana nk tambah duit guna blog..My Open Secret.. Tunggu saja progress anda..huhu!
6. Sekarang atau sehingga pertengahan tahun depan, saya memang tidak boleh ada boyfriend! Kusut membayangkan hidup yg x berapa teratur ni dgn kehadiran bf kan? Biar semuanya berjalan lancar dulu..haha..statement ni lucu!
7. Saya terpaksa lupakan untuk proses penukaran atau penambahan harta benda seperti handphone atau beg dan jam tangan fossil atau trip ke Bandung buat sementara waktu. Sedih...xpe. Sementara waktu je.. ;(
8. Saya sangat rindu untuk demam. Jangan doa yg bukan-bukan dila!!!!...Ye..saya dh lama tidak demam. Kalau dmm, bole mc dan berehat dirumah.. Tp sy suka sihat. Sebab banyak yg nk diuruskan...
9. Kawan yg aritu kawen bilang, bila mau melawat pengatin lama? Ye..maaf. Semenjak perkahwinan kamu yg aku x dapat datang tu, aku dh lama tak pulang ke kampung...
Maaf lah ye.. tunggu musim buah kot..
10. Cuti yg dah habis kira, bertambah lagi...grrrr!! Syakirah, aku perlu pinjam buku p/s : I Love U tersebut...walaupun buku2 yg aku beli belum lagi habis baca. Aku perlu buku lain..atau buku pinjam..
Aku macam perlukan selendang diatas untuk legakan perasaan..tp saya mahu ia 'dihadiahkan' kepada saya...anyone???
Maaf. Saya perlukan rehat....
Monday, July 6, 2009
SERAM!
Hari yang Menyeramkan!!
Nape la aku insan terpilih untuk rasa moment yg diterima
kemudian ...ditolak...sumpah! Tak nak rasa lagi...tolonglah...
lompat lompat
joget-joget
kemudian sibuk menalipon list penting hati aku..penyokong kuat!!yg sangat happy sbb
ini antara perkara yg kita mintak..
kemudian hebohkan pada rakan sebelah yg heran sbb ape aku melompat dan tersengih2..
(diorang pn siap bg bayangan betapa sibuknye aku lepas ni...ngeeee ;p)
kemudian hebohkan pada ayah yg tgh sibuk dgn kambing2nye..
(tahniah!! simple ucapan dia..tp aku tau dia sgt happy)
kemudian hebohkan lg pd ummi..mak ai..kecoh btol aku ni..ye aku ngaku..
(ni feedback umi...umo 27 baru free..lepas tu baru kawen ke kak??)
em...itu memang dinamakan 'emak' kan??
bila keadaan agak tenang..
Aku pun mula print out semua benda nk kena prepare....banyak pakai kertas ofis ni..buat bayaran sikit la kt ofis kn. Tak kan nk amek free. Keberkatan tu penting....
tibe-tibe trasa nk semak balik...
aku pn masukkan no ic..dan click "SEMAK'
..................
Harap maaf. Permohonan anda tidak berjaya...!
Mata aku berkelip2 pandang tulisan merah tersebut...jantung dup dap dup dap mcm baru lepas lari 100 pusingan dekat stadium shah alam.
Otak macam nk berhenti berfungsi dgn baik..mcm nk pitam..
Aku dah terbayang muka kwn2 yg akan pandang dgn muka kesian...mgkin simpati atau dalam hati mereka ketawa x henti2...
aku terbayang muka ayah yg akan tersenyum..pastu cakap xpelah cuba lg..sedih la tu..
muka umi yg akan gelak sampai tergolek2...(selalunya umi begitu spy ank nye kurang sedih..)
macam mana ni.....fikir dila..fikir..
Semua manusia bernasib baik sbb ada satu ruangan dalam diri kita ni yg akan berfungsi dengan baik dan waras jika kita dlm keadaan terkejut..seperti aku dia atas..mungkin sedikit dari otak atau hati..mungkin ..
aku pn x sure..
aku bangun slow2..selak benda2 aku print td..
ada no telefon...tp ape2 kene syer dgn org lain dulu. untuk dptkan sedikit kekuatan..lepas dpt kekuatan tu..aku pn dial no berkenaan...
call org yg bertanggungjawab buat aku sewel seketika ni..
hampir 10minit menunggu...at last..
Maaf buat cik tertunggu2..anda memang berjaya. tapi sedikit masalah dengan internet. Kita akan buat semakan.. Jangan risau, sbb nama cik ada..Tahniah ye!
Sure???
Saya nk sambung balik happy ni..ye. sila sambung!!
Arghhhh!!!! Lega...kalau ada kapal terbang lalu sekarang, aku akn herit kuat2..biar pilot tu tau aku sedang menjerit sbb puas!
Terima kasih tuhan..sbb sudi dengar doa saya..saya tahu..saya cuma boleh harap pada Kamu... terima kasih lagi sekali...syukur....
Lepas ni memang banyak nk diuruskan..forsure!! Aku tak tau, ape dugaan nye untuk saat, minit, jam, hari dan minggu yang akan datang....tp rasanya aku ready untuk apa saja..
bangi!!
here i come!!!
Thursday, July 2, 2009
UMUM : LELAKI MALAYSIA TAK GENTLEMAN
Nape sy tulis begitu???
Paling ketara bila dlm bus, komuter or lrt. Diorang bole duduk buat muke derk padahal yg berdiri keliling diorang semua perempuan. Bole ke mcm tu?
Dh la tu, siap kaki silang kaki.goyang2 lg... Langsung tak terasa nk bangun bg pmpuan2 ni esp. yg tua duduk..
Hangin tol!!
ada lg buktinya..
Kalau tgk pasangan suami isteri makan kt gerai ke, food court ke ape2 restoran la..
Semua org boleh tgk..
Isteri la yg dukung anak..layan suapkan anak makan..
Yg lelaki???
Dok mencekik sumbat mulut dia je..
Boleh tak kalo bg isteri yg makan dulu..pastu baru awk makan??
Hampeh sungguh!!
Kat tempat makan jgk...(selalunye food court)
Lelaki cari tempat, duduk dan tunggu org pmpuan gi beli makanan....
Huduh tau x perangai????
Tak cukup lagi???
Ada..
Kat petrol station..
Ada setengah jantan tu, sanggup tunggu dalam kereta and suruh org pmpuan gi bayar kat cashier pastu terus isi sekali minyak....(x kisahla pmpuan tu sape pn..)
Dia dok buat apa dlm keta?? Tidur, berangan, korek hidung..atau ape2 jela..
Menyampah!!!!
Okey..bukan semua lelaki macam tu. Tp kebanyakan memang mcm tu..
Eeeee....jgn buli perempuan boleh takkkkk??????