Saturday, July 11, 2009

Babysitter on my weekend

Umi buat keputusan untuk balik kampung lepas sorang jiran kita disahkan kena H1N1.
Apakah sebab itu? Weh tak kan lah..habis nape mesti tinggal aku dgn kak cik kan? Oh sebenarnya umi pulang ke kampung untuk jumpa si jantung hati lah...ayah yg bekerja di hujung minggu jadi tak dapat pulang ke klang.. Okey.

Bila dah tak ada orang nk 'menjerit' pagi-pagi tido sampai pukul 10 adalah best!! Yeeeeee!

Ya seperti yang dijangka, tepat pukul 10 mata pun dah mula celik..sambung tidor lepas subuh tadi. Tiba2 tok..tok..tok.. Wah! Macam cerita misteri kan.
Jiran depan rumah mengharapkan kesudian aku untuk jaga anak dia sebentar. Nk pergi beli susu lepas tu singgah pasar jap.. Nak tumpangkam adam jap.. Buleh kan? Buleh la..buleh la..

Hehe..saje nk buat drama sket..boleh la. No hal.. Bukan ada plan ape pun hari ni...




Adam yang tersenyum gumbira sebab akan ditingalkan bersama babysitter paling cemerlang ;p

Apa yang special nye adam ni, walaupun dia masih baby dan masih mentah dan tak pernah makan nasi mentah..tapi dia sangat menghargai orang-orang yang berminat dengan dia. Semua orang dia layan sama rata. Senyum je. Tak pernah mengeluh kalau semua orang nk mintak dukung. Yela mintak dukung je. Bukan mintak autograf pn.. Macam gambar kat atas tu, aku yang paksa dia posing macam tu. Kalau dia degil tak nak buat, aku terpaksa upload gambar dia masa berumur seminggu yang mana dia tak kelihatan hensem macam sekarang. Lalu dengan senyuman jugak dia posing elok-elok..

Kemudian, tok..tok..tok..

Ini betul-betul saspen. Sebab tiada lain mesti budak-budak wanted yg datang. Nak buat-buat tak dengar lah. Jahatnye..Okey. Buat-buat tak dengar dulu..Tapi tiba-tiba dengar suara perempuan. Alamak! Wajib buka sebelum di label tidak hormat tetamu..
Cik ina nk pegi klinik. Nk tumpangkan depa sat..Akak tak pi mana-mana ke? Aku geleng. Ok. Sat ja.. Tengah hari cik ina balik. Aku angguk. Macam tiada ikhlas. Tapi sebenarnya enjoy..mula-mula jaga anak orang, nanti anak sendiri pulak..ngeee..

Ini Along Najmi dan Danish.

Nampak seperti budak yang santun ; mesra alam; sayangkan haiwan je kan..

Tapi sebenarnya diorang tak la macam ni sangat. Gambar n diambil lepas kucing tu hampir separuh pengsan diorang buli. Lalu untuk menunjukkan yang diorang ni tak bersalah pura-pura baik depan kamera. Huh!

Tapi diorang bukan dikatogerikan sebagai jahat. Cuma annoying masa diorang ada. Tapi sangat dirindui masa diorang balik kampung...

Bila diorang dah sampai, adam pun ada geng.

Adam sedang teruja dengan kawan-kawan nye.


Ni part yang paling aku tak bape nk tahan. Bila keterujaan menguasai ruang. Mula lah aksi diorang..Permainan ni namanya Along jadi Otromen, Adik jadi Mangsa. haha Eh adik jadi raksasa!


Adam makin teruja!

Tiba-tiba ia menjadi pergaduhan terhebat otromen dan raksasa. Telinga saya sudah merah! Tapi masih ctrl cun..hnss..hnss..

Saya pun kurang pasti apa sebab gambar ni tiba-tiba membesar! grrr!


Disebabkan mereka bermain permainan Along jadi Otromen, Adik jadi raksasa terlampau tak ingat dunia dan hampir terpijak adam, saya terpaksa menggunakan kuasa veto yang saya ada untuk buat mereka jadi begini...

hah! padan muka. Nakal lagi..

Tensen dengan kerenah gambar yang di upload tiba-tiba membesar, saya putuskan untuk tamatkan cerita saya dengan gambar mereka bertiga. Comel!

Jangan nakal-nakal. Jangan bergaduh terlampau sangat..adik beradik gaduh mesti tetap selamanya adik beradik..Walaupun adam bukan adik beradik tapi dah macam adik beradik.. ngeee...

p/s : Kualiti gambar yang teruk menyepoil kan mood saya untuk menulis cerita ini dengan lebih lanjut!

2 comments:

  1. kekeke.. kuase veto kunon.... tah2 ko soh dak2 tu blakon jek..
    hahaha.... ramai ke viewers ko lala????

    ReplyDelete