Nak mengadu pasal gigi.
Dalam bulan 4 yang lalu saya sakit gigi. Kemudian gi check doktor di sebuah klinik swasta. Doktor tersebut cakap ada 2 batang gigi saya yang perlu ditampal. Cost nya ialah sebatang gigi RM70.00. Saya rasa terlalu mahal untuk sebatang gigi. Kemudian gi survey di klinik kerajaan cost nya cuma RM2.00 sebatang. Jauh sungguh bezanya. Tapi doktor di sini cakap gigi saya cuma perlu ditampal sebatang saja. Bukan dua batang. Saya pun (sambil mulut ternganga dan perlatatan doktor dalam mulut saya)bermati-matian cakap eh tak. dua batang la doc. sebab memang sakit dua2 side bila kunyah. Tak Satu je! Dengan tegas doktor tu cakap. Itu adalah muktamad. Dila, jangan melawan. Nanti dia cungkil gigi kau baru tau!!.. Saya pun pasrah dan redha. Mungkin betul kot. Dia blaja pandai-pandai utk jadi doktor gigi. Dia lebih arif.. Dengan memikirkan cost rawatan cuma RM2.00 saya pun tanpa segan silu mendaftar nama buat booking untuk appoinment tampalan tersebut. Lepas tu setiap hari saya tunggu panggilan dari klinik. Gigi makin sakit. Benda yang paling pantang untuk di kunyah dah tentu yang keras-keras. Saya terpaksa lupakan kopok lekor atau pisang goreng sebab saya tak kan mampu kunyah walaupun saya mampu telan terus...
Satu hari dalam masa sebulan kemudian, saya dapat panggilan yang ditunggu-tunggu. Hari dah ditetapkan. Saya sungguh excited macam nak buat pembedahan pemindahan tulang rawan atau tulang sum-sum dan menunggu penderma dan penderma sudah pun ada. Mungkin macam tu lah perasaan nya... Saya pun ke klinik tersebut. Tak ramai orang pun. Bila nama dipanggil saya pun masuk dan baring atas kerusi untuk mulakan rawatan. Tiba-tiba doktor cakap eh ni ke gigi awak yang nak kena tampal tu? Gigi ni ke yang saya cakap?? sambil tekan-tekan guna besi kat gigi tersebut. Dalam hati, eh tak kan lah dia leh lupa plak. Kan ada rekod... Kemudian rawatan pun dimulakan. Sambil merawat doktor ni sibuk bercerita movie apa yang dia tonton dengan boyfriend dia malam tadi dengan nurse yang tolong dia buat kerja. termasuk lah ape yang dia dengan boyfriend dia borak bla..bla..bla... Lepas tu diselang dengan babak yang dia suruh aku berkumur, nganga luas-luas kemudian kumur lagi...
Bila tiba part simen-simen gigi tu terpaksa rata kan sampai 4 kali sebab bila aku try rapatkan gigi still rasa berlekuk. Mungkin itu prosedur biasa. Tapi bila aku still cakap belum rata dia macam tak puas hati. Mesin lagi. Kali keempat baru aku aku cakap okey. Lepas tu aku pun tak ingat dah. Oh dia sempat pesan, kalau makan jangan guna gigi side yang ditampal tu. Guna sebelah lain. Aku ikut pesan dia. Sehari selepas dan dua hari selepas aku bukan saje makan tak guna gigi side yang ditampal tu tapi aku makan bubur beb. Bubur untuk membuktikan yang aku adalah patuh pada ajaran.
okey okey dipendekkan cerita, hari ni selepas 4 bulan simen yang tampal gigi aku tu dah tertanggal malam tadi. Diulangi.. TERTANGGAL . Dan sekarang lidah aku sungguh asyik sekali main lubang yang dah berlubang tu. Macam enjoy pulak lidah ni kejap-kejap main tutup-tutup lubang tu. Pelik kan. Aku tak tau pulak benda tu bole tertanggal. Ingatkan ambik masa empat lima tahun baru nak kena tampal balik. Sekarang ni aku rasa lebih elok kalau aku spend sedikit duit untuk gigi kesayangan aku ni.. Mahal sikit tak pelah. Mungkin berbaloi dengan rasa sakit tersebut. ..Adakah sebab murah atau ape? Aku pun tak pasti...Sakit lah...
No comments:
Post a Comment