Letih bila fikir tentang hidup.
Hari ni Jumaat. Penghujung bulan Julai.
Lesu. Kaku. Macam masih murung.
Banyak sangat agenda nak dibuat. Tapi semuanya masih kabur.
Umi selalu cakap.
Buatlah solat istikharah.
Pasti membantu.
Tapi minggu ni sahaja dah 2 kali aku tertinggal solat Isyak.
Dosa makin menggunung. Takuttttt!
Balik rumah. Mandi. Terus terbongkang. Lupa diri.
Bangun. Selepas azan subuh.
Aduh... Subuh pun dah dekat-dekat dipanggil gajah.
Gajah yang emak. Bukan anak.
Dosa makin bertambah..
Jumpa ni masa blog hoping
Dosa orang yang tinggal solat
Isya' -Allah tidak redha dia tinggal dibumi dan menggesa dia mencari bumi yang lain.
Subhanallah!
Allahuakbar!..takot?? Mana ada bumi selain bumi ni..Kat marikh juga bumi Allah. Zuhrah atau bumi anbia pun sama. Lalu??
takooot tak???
Angguk..
Jangan buat lagi. Bertaubat tu perlu. Hari-hari.
Okey. Cuba.
Last day bayar yuran. Tapi masih belum nak bayar.
Kenapa tangguh?
Tak pasti. Entah apa yang ditunggu lagi.
Sponsor dah ada. Tapi malu.
Ah!malu lah bagai..
Tak jugak. Takut nanti dah bayar ada lagi benda pending.
Kereta. Ah!! Bagi aku senak perut fikir hal tu.
Insya Allah ada jalan..
Bangi dah sudi menerima. Insya Allah ada jalan..
Teruskan usaha.
Aku macam di tarik-tarik kenari merah.
Em yelah..mana nak cari kenari merah ni..
Ada. Kat kedai simpang jalan nak ke ke Poliklinik Abadi tu.
Okey. Sabtu mulakan projek. eeee! tak sabar!
Ape merepek nih..
Makan kerepek pun bagus. Mana makcik petang petang jual kerepek tu?
Dia jual 3 paket 10 ringgit.
Kesian makcik. Kehulu kehilir bawak plastik berbondon-bondon.
Panas. Hujan. Petir. Kilat.
Habis basah baju dengan peluh. dengan hujan.
Oh ya! pagi tadi tetiba hujan. Tak bagi amaran langsung.
Bumi Allah. Suka hati dia lah nak bagi amaran ke tak. Kita kena sentiasa bersedia.
Semua kerja susah dalam dunia ni kan.
Padahal aku rasa kerja aku lah paling susah.
Duduk atas kerusi ada kusyen. Boleh pusing-pusing. Boleh tolak dengan kaki ke meja sebelah. ada roda. Canggih. Ah macam kerusi orang lain tak canggih.
Tiba-tiba nak up diri. sebab dapat duduk kerusi beroda. har..har..
Aircond nak 16 je. Walau sejuk menggigil. Walau batuk kong kang kong kang.
Tetap tak nak turunkan 25. Melampau betul. Mentang-mentanglah bukan kau yang bayar bil.
Jimatlah. Mana tau tahun ni 2 bulan bonus. Ngee..
Banyak cantik muka kau. Dah la bila free asek beronline sepanjang musim Grand Prix.
Status kat facebook asek berubah-ubah. Belum masuk twitter. Ha ni blog kau.
hari hari update. Tak kerja kah?
Macam orang tak kerja 24 jam.
Ada hati nak merungut kerja susah.
Tak bersyukur kah aku..? Memang!
Aku selalu fikir. Bilalah hidup ni nak berubah.
Macam dalam cerita fairy tale tu.
Mula-mula susah. Kena hina. Eh hidup kau selalu dihina ke?
Tiba-tiba nak jadikan seolah-olah hidup kau adalah paling malang dan sedih.
Melampau!!
Bukanlah. Maksudnya, mula-mula susah. Kemudian terjumpa putera idaman
Get married. Happily ever after.
Senang kan. Tak perlu nak buat keputusan yang susah-susah atau pilihan-pilihan yang sukar.
Kita macam di sebuah pentas.
Melakonkan watak masing-masing.
Tapi kadang-kadang terasa nak bawak watak orang lain.
Watak yang hidupnya indah. Macam chika. Tetiba menyebut nama watak yang hidupnya sangat indah bagi aku. Blog hopping lagi.
Maaflah. Halalkan lah sebab aku tulis nama anda disini.
Aku kadang-kadang eh bukan kadang-kadang.
Selalu sangat rasa yang hidup aku sedang dipermainkan.
Serius nih.
Oh sungguh damn!
Sabarlah...tuhan uji dengan ujian yang kamu mampu lalui.
Ye aku mampu lalui..sedih hati. Tuhan saja yang tahu.
Mari-mari kita bergumbira.
Semalam ingat nak try buat cream puff dari blog kak eiyda.
Tapi cari-cari kertas print tu dah hilang.
Rupanya tertinggal kat mana tah. Ofis kot.
Padahal semalam sebelum balik dah sibuk war-war kan kat budak ofis
esok aku nak buat kuih. Selak lah diorang pun dah kecur ayaq liuq bagai..
alih-alih aku cuma beli karipap kat pakcik depan apartment perdana tu je.
Jadi lah dari takde langsung..wahaha (ah! gelak pun macam tak de nafsu!)
Live your life to da fullest!!!
Aku mahu belajar main gitar.
Boleh berkugiran hari-hari...lalala...
Hari sabtu kita projek baik punya.
Ahad kita picnic raikan fairwell kawan kak wani di Pool ape tah dekap Putrajaya tuh.
kemudian basuh rumah kak melati. Rasa tak sabar pulak.
Oh ya!! Tahniah kepada anda kerana akhirnya berjaya jadi orang kerajaan.
haha!
Bila pulak la aku...
Isnin mari bertemuduga. Again. Kali yang kelima atau keenam.
Huh! Ada orang bilang sama aku .. Baik mandi bunga lagi bagus.
Ape punya suwei. Tak pernah ada orang interview govt sampai 6 kali tak dapat-dapat.
Semak! Belum rezeki...
Penatlah keje swasta nih. Nak buat pinjaman beli viva je pun bukan main susah.
Padahal kalau kau keje govt, basic 8ratus pun mungkin kau dah boleh bawak vios.
hua hua hua. okey aku tipu. tapi yang aku tak tipu adalah susah sungguh nak buat loan bila kita adalah private sector. Muak dengan kerenah birokrasi.
Bunga-bunga matahari..tiba-tiba teringat Maya Karin..
Indah tak bawak watak sebagai dia ek???
Bersyukurlah dila sebab kau adalah dilla... bukan gila. Tau??
Eh jangan nak samakan nama aku dengan apa-apa k..
Melampau! ah diri sendiri tulis diri sendiri bengang!
Tugas seterusnya..
Cari bunga dan kain untuk hantaran buat bakal adik ipar.
huh! orang kampung dah sibuk bising-bising bila adik aku yang nak bertunang dulu.
Jodoh belum ada. Nak buat gena. Carikanlah. Bising aje tak guna.
Dah. Mari bubar. Wish me the best.
Terima kasih kerana sudi membaca.
No comments:
Post a Comment