Wednesday, December 29, 2010

Meow meow

Kucing kan sejenis binatang yang comel. Kan? Tapi aku tak berapa gemar dengan kucing. Sebab bulu selalu gugur walaupun dah pakai shampoo pantene. Aku pernah ambik sekor ikan, cicahkan dengan sambal belacan dan campak bagi kucing yang tengah sibuk usap-usap kaki aku masa tengah makan. Mencicit dia lari lepas tu batuk-batuk comel. Aku tersenyum puas.



fine. jahat! harap-harap bakal mak mertua tak suka kucing. harap-harap....

Friday, December 24, 2010

Bukan masalah berapa ribu yang kau ada!

Bukan mudah nak terima pengkhianatan orang pada kita
tambahan pula pengkhinatan dari orang yang kita sayang cinta dan selalu rindu
bukan mudah..

dan aku pun tak pasti kenapa mudah kemaafan diberi sedangkan pengkhianatan itu adalah yang dilakukan dengan sepenuh jiwa dan raga dia pada kita..
aku fikir, siapa aku tidak mahu menerima maaf orang
sedangkan tuhan sendiri maha pemaaf
Rasul sendiri maafkan umatnya
jadi siapa aku??

tapi rupanya
walaupun kita bisa memaafkan
hati susah melupakan
susah...
sehingga kau merasakan
kau cuma berkorban untuk dirinya
sedangkan dia?

rasa perit masa dahulu belum benar-benar sembuh
rasa bahagia yg direntap itu belum benar-benar hilang
rasa dikhiniati itu masih kuat
kuat

sampai hati kau!

bukan tak mahu buka buku baru
cuba
tapi tak berdaya
senyuman kau dan dia
masih kuat di hati dan mata

jangan terlalu berharap pada aku
kerana benci itu masih ada

maaf!

Wednesday, December 22, 2010

alhamdulillah...

Bulan Disember adalah bulan paling sibuk bagi seorang pekerja di syarikat aku bekerja. Bulan-bulan lain pun sibuk jugak tapi tak sesibuk bulan ni. Masa nilah menangis buat kerja. Nak menengking. Nak mengumpat bos bukan setakat belakang-belakang tapi dah depan-depan. Masa nilah yang bukan bos berlagak bos, yg bos tu dah sah2 bossy lah. Memang menguji kesabaran. Bila masuk kerja dalam keadaan tak bersedia memang kau lost lah. Memang banyak typo lah segala sijil surat yang kau buat. Memang 10 kali print lah jawabnya. Benda yang paling aku elak time-time macam ni ialah breakfast dengan nasi lemak. Bila makan, tak sampai setengah jam mata mula buat hal, otak mula jam. Jalan mula nak goyang. Maka kau mula badmood sebab cuma teringat surau je nak landing. Tambah pulak dengan workload, maka stress! Dan paling aku hangin, dalam 365 hari setahun aku jarang....jarangggggg....jarangggggg sangat teringin nk makan nasik lemak tapiiiiiiii time time macam ni aku boleh teringinnnn!!! ape jenis nafsulah! tak support aku langsung nak jadi pekerja contoh..

Lagi berapa minggu tahun 2010 bakal ke penghujung. Masa pertengahan tahun dulu ada buat sedikit evaluation apa yang dah dicapai apa yang belum dicapai. Disini

 Sebenarnya bila tengok balik tak banyak perubahan pun. Masih lagi banyak yang statik ditempat lama. Misalnya masih lagi kerja di company yang sama untuk tahun ke 4. Tengok setia tak aku? kan! sebenarnya kesetiaan terhadap company ni tak lah bagus sangat sebab aku selalu kutuk company yg jadi tempat aku cari rezeki. Banyak benda yang aku tak puas hati. Aku ada cuba cari tempat lain. Tapi nak start kerja rupanya banyak benda yang bila aku compare, lebih banyak puas hati disini dari tempat baru. Jadi aku masih disini...

Sebenarnya aku harap aku di tempat baru menjelang 2011 nanti. Tapi masih lagi menunggu peluang dan ruang. Tapi kan peluang perlu dicari bukan tunggu.... ye masih mencari la nih!

Wednesday, December 15, 2010

Long Hijab

Who love long hijab? I am! I am! i started used long hijab from few years back but only in special function. Then after that I am comfort to wore it everytime anywhere i go. Few years back, i still remember when i choose to wear long hijab with baju kurung for the first time for hari raya. Its new style of course especially at my hometown. And my relatives are not really update in fashion. Cewahhh! Ko update sangat? Not really but maybe im staying at KL area so the influence from KL fashionista are strong.  And when balik kampung, everyone staring at me like 'ape hal pompuan ni pakai mcm ni? ingat minah arab ke?' One of my aunty said, kakak, hang nampak macam ustazah botak! Ouch! its quit emmbarassing at the beggining. but then who cares? This is what i want to wear. Not you.. lalalala..excuse me, if you doesnt like it then what can i do?

At the beggining, I just ware the long hijab just the way it is. Pin di depan, dan selempangkan di bahu. So it look like a lil bit mak datin and thats the way orang pemalas pakai tudung wore it.

its called - bila malas style

Then years after years, long hijab is still my choice to anywhere. Pasar malam? dating? or anywhere.. I love long hijab!

Today, theres a lot of 'liliting' style to wear long hijab. And i really loveeee to explore and try it. Just find at youtube there are a lot of tutorial uploading by sweet and nice girl who teach you how to style your hijab.

First time ever wearing hijab. At Cameron with simple lilit :)



         Fashion's victim. This time I looked like 'yakult' .. have u watched yakult television promo?


makin lama makin kemas...


this time dah pandai style-style


......

Reading this blog really inspires me :'). The blog's owner always stylo but in the same time  wearing hijab. I love you sue anna jo!

Next year style...
Lets try!


..................
Amacam? pening? saya cuma menyahut cabaran! :)

Tuesday, December 14, 2010

Saya tak lapar, tapi saya haus

Perempuan lebih cepat matang dari lelaki.

Dah lama tak dengar steatment tu dan semalam terbaca di blog Hanis Zalikha dan terus asik memikir mikir hal berkenaan.

Perempuan lebih cepat matang dari lelaki. Pemikiran kita jauh 5 tahun ke depan. Sebab tu perempuan tak boleh bercinta dengan lelaki sebaya. Ingat lagi dulu saya pernah berkawan dengan lelaki sebaya. Setiap benda yang dibincangkan memang jarang sangat selari pendapat. Selalu sorang kelaut sorang ke sungai. Walaupun sungai dan laut akan bertemu juga di satu garisan yang berwarna kelabu, tapi jauh jugak la perjalanan aliran sungai tu sebelum bertemu laut. Ibaratnya kena bergaduh berantakan dulu baru selari pendapat. Itupun kalau selari. Kalau tak, sila makan hati.. Kalau bab2 hiburan tu adalah selari sikit sikit macam nak tengok movie ape. Tapi kalau bab saving, atau spend duit ke arah apa memang nampak sangat si dia belum matang. Kumpul duit gaji sebab nak beli psp. wat the fun?? Lelaki berumur 22 tahun masih kumpul duit untuk beli psp. omagad! Tapi duit dia kan. Lantak lah. But it really prove the steatment.

Orang cakap ape tanda lelaki yang dah matang dari segi pemikiran?

Bila dia bicara soal kahwin. Dia dah mula start mengumpul untuk kahwin. Tapi bagi saya pemikiran macam tu masih lagi belum matang sebenarnya. Kalau setakat kahwin, no belum cukup buktikan dia matang. Orang yang betul-betul matang akan fikirkan ibu bapanya di depan. Sebelum dia kahwin, pastikan ibu ayah sudah ada tempat berteduh yang selesa. Adik-adik selesa dan ada hala tuju hidup untuk berjaya seperti dia. Ambik action kalau kita dah kahwin, sapa akan ambik alih tugas kita. Misalnya kalau dia driver ibu, nanti bila dah ada isteri sape akan bawak mak ke sana sini..sebab kita mana ada masa dah dengan family sangat sebab dah ada isteri pastu anak-anak sendiri... Kalau dia fikir semua tu barulah matang yang sejati namanya!

itu bagi saya la.... kalau lelaki yang cuma fikir kahwin, lengkapkan hidup sendiri untuk kebahagiaan dia dan bakal isterinya sahaja...sorry lah kau cuma lelaki yang ambil kesempatan atas tiket perkahwinan untuk lepaskan diri dari semua tanggungjawab kau terhadap ibu bapa dan keluarga kau saja!


sedim

jom sambung bekerja! 

Monday, December 13, 2010

Wednesday, December 8, 2010

Masa yang berkualiti

2 Muharam

Semalam sambut tahun baru dengan keluarga di Sungai Chongkak. Ala sungai yang air dah tak berapa sejuk, sungai yang pernah di sahkan kotor oleh kementerian kesihatan dan tak elok untuk mandi manda nanti kulit gatal. Sungai tu lah! Tapi sekarang dah tak kot. Rasanye lah. Semalam berendam melompat menjerit bergelak macam pontianak dalam air. Lepas tu bila lapar naik ke darat cari ikan bakar cicah air asam lepas tu perut kenyang pun nak sumbat jugak. Dah kenyang masuk air balik berebut kawasan air terjun kecik yang air laju bawak badan hanyut. Konon nak urut badan. Auwwwww!! best nye... Tapi benda macam ni kena ramai-ramai baru best. Kalau berdua tak best. Semalam cuma bawak sabun mandi. Syampoo lupa bawak. Jeles tengok orang bawah basuh rambut guna air sungai. Tapi takpe. Kita orang berilmu. Mandi pun pakai tudung. Semalam dekat 80% orang yang mandi pakai tudung. Semua orang pun dah berilmu. Tak macam dulu, nak mandi je tudung terbang.

Bukan nak cakap pasal tu.

Nak cakap pasal quality time. Bukan kita kira berapa banyak kali kita berjumpa dalam sebulan atau seminggu atau sehari. Tapi bila jumpa macam mana kita buatkan masa yang singkat jadi satu sweet moment yang akan kita ingat bila berjauhan..

*sayu

Friday, December 3, 2010

Period Pain

Dalam bahasa melayu ia di panggil senggugut
dalam bahasa inggeris di panggil Menstrual Cramp
sebulan sekali akan datang mengganggu kaum perempuan
selalunya anak dara yang belum berkahwin
memanglah anak dara tu belum kahwin
tapi sesekali ada juga dengar ibu anak enam merungut tentang period pain...

info pasal period pain nah click sini - Menstrual Cramp

bila sakit perut semasa pms, petua nya ialah
isi air panas dalam botol (yang tak pecah) dan balut botol dengan kain tebal
urut di perut
macam tungku
jadi lebih baik pakai tungku saja
lebih mudah sebab air panas risikonya ialah
kadang-kadang penutup botol terbukak dek kerana rontaan dan tekanan yang kuat akibat sakit
lalu air panas terkena perut
dah rasa bengang sebab air panas bukan air sejuk
dikhuatiri melecur dan tinggal kesan parut hodoh pada kulit perut

orang kata sakit senggugut ni ibarat sakit masa bersalin
kalau betul lah macam tu
memang ah sakit!
tapi sakit bersalin lagi sakit kot
dan lebih risiko
sebab melibatkan nyawa
bukan satu tapi dua
kadang-kadang mungkin tiga..

kalau saya, pakej tau..sakit perut yang memulas-mulas + cirit birit + sakit kepala + muntah-muntah
memang terlantar seharian kat rumah

setiap kali period pain saya akan mengeluh dalam hati
bulan depan rasa lagi...haih

tapi kalau berlarutan dan rasa sakit tu macam pelik sangat-sangat
bawak la jumpa doktor
takut sakit lain..

tapi tiap kali sakit, tuhan akan ampunkan sedikit dosa kita
jadi bersyukurlah sebab kita sakit...

google image

Wednesday, December 1, 2010

Apek ke uncle lebih manis?

Semalam dalam satu kedai makan Nasi Ayam Hainan. Tokey kedai lelaki tu cina muslim, isterinya melayu islam  seharusnya. Ada sorang lelaki baru duduk terus jerit 'apek! nasi ayam satu!'

Rasa berdesing jugak telinga aku ni. Sebab frasa apek, dah ditanam dalam kepala sejak kecil lelaki cina tua, yang pakai seluar pendek, baring atas kerusi malas sambil pegang kipas. Itu definisi apek bagi aku la.

So bila orang yang kemas memakai t-shirt berkolar, seluar panjang dan muslim pulak tu tak layak langsung dia dipanggil apek. Kalau dia bukan muslim sekali pun at least panggil uncle. Apek tu panggilan ish entah lah. Pendek kata, aku tak suka panggilan tu walaupun bukan panggilan untuk diri sendiri atau orang lain. Nampak tak bersopan sangat. 

Mungkin aku yang tak tahu, panggilan apek tu mungkin bermaksud pakcik. Tapi bila dah terang terang dia seorang muslim, nampak tak manis lah. Tak suka! At least respek he as a muslim. Mungkin aku menulis berdasarkan emosi yang tah pape. Sebab panggilan apek tu dah jadi darah daging kita asal cina je apek. Asal apek je cina. Tapi kalau dah muslim, why not kita tukar sikit mentaliti dengan panggil yang lebih manis paling simple uncle. Kan?

Sama jugak macam orang yang baru masuk Islam. Kita panggil Muallaf. Tapi kalau dah berpuluh tahun dia masuk Islam, tetap nak panggil muallaf. Ape perasaan dia? Padahal dah lama dia masuk Islam. Macam terdapat sedikit 'pengasingan' di situ.

Kadang-kadang cara kita memanggil orang tu sudah menunjukkan cara kita welcome dia dalam kehidupan kita.

Tuesday, November 30, 2010

Kuasa manusia setakat mana saja?

Orang yang gila kuasa mampu menjatuhkan sebuah tembok.
Dulu...aku sedikit tak faham macam mana orang yang tinggi ilmu itu boleh ada sifat gila kuasa.
Oi sungguhlah lemah minda aku ni kan. Naif
Rupanya...kuasa boleh merubah sesiapa pun.
Walau kau dulu hidup kais pagi makan pagi, dan petang belum tentu kau dapat makan.
 Bila berkuasa kau akan lupa kau dulu hidup mengais.

Kuasa ada bila kau di atas. Berharta.
Suara orang berharta memang sentiasa didengar.
Dan paling menyampah bila kau lupa orang bawah bila kau berkuasa.
Dan paling paling paling aku menyampah dengan perangai evil bila kau di atas,
kau cuba jatuhkan orang yang baru mula nak panjat anak tangga.
Sedahlah lupa orang dibawah, kau cuba jatuhkan dia pulak

Ye memang aku lemah minda. Memang aku naif .
Kerana sekarang baru aku faham kuasa yang ada pada kekuasaan.
Bila kau mula menguasai sesuatu tempat tau
sudah mula menguasai seseorang
kau akan mula rasa kau mahu menguasai dunia
aku baru faham...

Sedihlah bila disebabkan kuasa, tudung labuh yang dulu selalu kau pakai kini tinggal  tudung tak labuh
sedih lah...
sedih...

Tapi aku tak pernah berharap sebab kuasa nanti suatu hari kau tiada siapa-siapa...

Friday, November 26, 2010

Pelik

Kalau tengah bawak kereta tu kan
selalu perasan
orang malaysia ni kan
kebanyakannya la

macho dah macho..

kereta dah gempak

awek dah cun

tinted dah gelap

tapi bila nak masuk simpang
tak pasang signal!!

konon macho sangat lah
bila masuk simpang main terjah
sampai kereta belakang brek macam nak drift?

harap je macho

harap awek je lawa

harap je pakai brabus

tapi otak kecik!

benda simple macam tu pun tak boleh fikir
nak masuk simpang pakai signal
kalau orang belakang ciom bontot kereta abang macam mana?
itu jam nak salahkan pemandu wanita ke???



sayangilah kereta anda dengan memasang signal bila mau masuk simpang
pesanan khidmat masyarakat

p/s : kalau takde signal, bole pakai tangan



tak pun.....



kayu mop kan ada

Thursday, November 25, 2010

Whishlist for next year

Bila jenguk-jenguk blog orang lain semua pun nak ada whishlist. Aku pun teringin jugak nak buat entry yang berunsur angan-angan yang mungkin bole dicapai dalam masa sekejap atau mungkin tak berapa sekejap.. Mari kita saksikan serba sedikit angan-angan saya untuk next year. Nasib baik berangan tu percuma kalau kena bayar sejam RM5.30 parah jugak!


 Mendahului senarai teratas. Kereta jenis begini paling sesuai untuk aku bawak kerana baru setahun pakai si putih, dah macam-macam corak, kerosakan yang berlaku di badan nya.. kesian si putih dapat tuan yang kasar ganas tapi ayu macam aku .. aku harap dia mampu bertahan dengan aku sehingga hutang habis dibayar dengan bank..



 Di tempat kedua. Bukan! bukan aku nak membuka sebuah perniagaan berasaskan spa atau kecantikan .. cuma molek rasanya kalau dapat menghabiskan masa satu hari bersama ibu/ adik/ kawan perempuan memanjakan diri di spa yang tak semestinya mewah tapi mampu melonggarkan segala otot, merefreshkan otak... kan best..kan best! sorang-sorang tak best!

benda di atas ni adalah menjadi idaman. Tapi sebab gaji kecik dan kalau beli pun macam takde keperluan sangat sebab aku bukan jurugambar sepenuh masa apatah lagi separuh masa. Kalau majlis-majlis yang memerlukan kamera dipetik pun aku tengok mood. Kalau rasa nk ambik gambar baru aku pegang kamera... tapi benda diatas ni sentiasa menjadi idaman kalbu..



 Pasangan adik beradik yang sungguh gojes! Kalau dapat hadiah birthday pun best ni :p


Aikk tetibe...cantik kan design yang atas ni??? cantik kan!!!

semuanya berunsurkan kebendaan duniawi. Terbukti aku seorang yang materialistik! yeahhhh!!

Friday, November 12, 2010

ikhlas tu ada, tapi jauhhhhhhh........

Susahnya nak ikhlas. Saya pernah baca. Ikhlas tu ibarat semut hitam yang berjalan di dalam pekat gelap malam di atas batu yang berwarna  hitam. Tak nampak. Tak dapat dikesan. Tapi manusia macam saya ni, yang susah sangat nak bersyukur, yang tak pernah puas, yang always want more memang  susah sangat nk ikhlas.

Workload.

Bila keja menimbun, bila bos bagi arahan lebih sikit, dalam hati mula memberontak. Rasa nak hempas fail depan bos kuat kuat. Ingat kau bayar aku 5 ribu ke nak suruh aku buat macam-macam??? Orang kata, kerja tu satu ibadah. Kalau kita ikhlas, niat mencari rezeki halal kerana Allah, free-free je dapat pahala ibadah. Bila dah mula nak hentam bos segala tu, ikhlas kemana, pahala kemana... Dosa pulak dapat berbakul-bakul.

I get envy tengok perempuan cantik yang semua orang suka lepas tu hidup dia masya Allah bertuah sangat. Nak ape je semua dapat. Senaraikan je wishlist mesti semua dapat. Dia tak payah susah payah kerja sampai tengah malam gigih buat kek ke ape. Tak perlu kerja macam orang gila bertekak dengan bos client kawan sepejabat sebab kerja kerja kerja tapi bila nak handbag yang cantik branded semua boleh beli. Ada family yang bahagia. Ada bf yang penyayang dan memahami dan yang penting kaya. Lepas tu ramai orang suka. Tak stress pun hidup dia. Tak macam aku. 24 jam kaunter aduan dibuka. Macam-macam benda nak diadukan. Itu tak kena. Ini tak cukup. Aku yang tak reti bersyukur kan??.

Sebut pasal wishlist, aku ada senarai yang panjang benda-benda yang aku wish to get it. But yang paling atas kalau ada rezeki aku nak sangat bertukar kerja tahun depan. Dah tak larat dah doing the same things. Nak explore benda baru. dunia baru. pengalaman baru. Aku sedang giat menghantar resume ke tempat-tempat sasaran. Harap-harap ada la yang lekat.

Ada orang ajak aku kahwin tahun depan. Tapi aku rasa mcm malas nk letak kahwin is my priority sekarang. Aku terbaca satu artikel pasal lelaki yang berubah selepas kahwin. Omagad! takut hokkay! Memang ramai kawan-kawan yang lepas kahwin cakap, kalau la i tau kahwin ni best dah lama i kahwin tau! Semua org dah kawen cakap macam tu. Tapi aku rasa ngeri!! Lepas kawen kena pindah duduk asing dengan family. Kalau sekarang, pagi pergi kerja kadang-kadang tak sempat nak lipat selimut kemas katil tapi steady je. Kalau umi tak tolong lipat pun takpe. steady je. Umi membebel sebab bangun lambat pun relak lagi. Dekat ofis, kalau kerja tak banyak boleh online sepanjang hari tanpa perlu risau balik nanti nak masak ape, nk makan ape, nak beli ape... Balik terus tanya mak, arini masak ape? kakak lapar! terus terkam pinggan. Lepas makan, kemas meja sikit-sikit, basuh pinggan sikit-sikit boleh baring-baring jap...sap sap kok dulu ok tipu. Lepak layan drama melayu.Indahnya duni :)  tak payah pk pun nanti kalau suami balik kerja kena sediakan air teh o ke air sunquick? tak payah. Ngeri rasanya bila lepas kahwin nak tinggalkan semua keindahan dunia ni! Paling ngeri bila dengar cerita kena mandi tiap hari sebelum subuh. woh!! sejuk kot!!! tak suka mandi air panas. tapi air sejuk adalah tak bleh blah!

Balik pada ikhlas tadi..

susahnya nak ikhlas dengan kerja dan bod kita....

Wednesday, November 10, 2010

Misi Bantuan Banjir Di Negeri Utara Semenanjung, SALAM dan Yayasan Nusrah

Dimaklumkan bahawa, Yayasan Salam Malaysia telah pun menghantar misi bantuan yang pertama pada 4 – 8 November yang lepas. Misi kali ini tertumpu di kawasan pedalaman sekitar Kedah bersama Kelab Redah 4x4. SALAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu termasuk Yayasan CIMB, syarikat korporat dan orang perseorangan.
Bantuan untuk mangsa banjir di Utara Semenanjung akan diteruskan kerana masih ramai yang ditempatkan di Pusat Pemindahan. Sementara di sesetengah kawasan yang telah pulih, penduduk mendapat kesukararan kerana kebanyakan harta benda telah musnah. Kerana itu, SALAM dan Yayasan Nusrah berganding bahu untuk meringankan beban mereka.

Kini, kami dalam usaha untuk mengumpulkan barangan berikut:

1. Comforter (toto).
2. Selimut
3. Cadar
4. Sarung bantal
5. Kain batik / pelikat
6. Telekong

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan pada misi pertama, mangsa di pusat pemindahan hanya tidur beralaskan tikar. Rumah-rumah yang ditenggelami air pula turut memusnahkan peralatan yang tersenarai. Barangan tersebut boleh dihantar ke

Pejabat Yayasan Salam Malaysia, 22, Jalan Changgai (6/22), 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7958 4021 (Nal / Aiza).


SALAM turut menerima sumbangan tunai untuk membeli peralatan tersebut.

Yayasan Nusrah juga telah menubuhkan tabung khas untuk membeli bantal dan tilam comforter pada harga rendah. Sila layari Yayasan Nusrah untuk maklumat lanjut atau hubungi Syakiroh di Yayasan Nusrah di talian 04-9190051 atau 0134469523.

Bersama membantu meringankan beban mereka.

Menjana Perubahan Bermakna






dipetik dari emel yang diberi kepada semua sukarelawan
gambar ihsan google

Tuesday, November 9, 2010

semua kawan kawan saya cantik...

Pergi jahanam la jalan sesak dekat bangunan merah
tempat fully book masa tengah kelaparan macam naga
gambar naik menara yang mahal tetapi cantik gila macam saiful nang ambik
muka ocin dan sotong goreng tepung yang tiga pinggan yang tak habis yang meja sebelah
termakan bahulu yang wangi
berebut alat garu kepala yang pelik
gosip pasal kakak cantik yang latest tak habis habis start dari bangi-seremban-jasin-ayer keroh-seremban-bangi..
si driver yang bunian
si nurse dan ubat-ubat nya



aku tak pernah rasa kawan aku tak cantik
walaupun ada antara diorang yang ditinggalkan sebab perempuan lebih cantik (ehem including myself)
walaupun kami selalu gelak besar di rumah pengantin dan tunjuk perangai kami tak cantik
walaupun kami sedang berselisih dengan satu group perempuan cantik
aku tetap rasa kawan kawan aku paling cantik (termasuk diri sendiri)
tak perlu risau pasal si cantik yang sentiasa dapat perhatian sejuta orang pun
sebab kami tetap cantik di mata kami dan kawan-kawan kami

Wednesday, November 3, 2010

Perempuan itu jiwa nya halus...

Setiap perempuan mahu dilayan sebagai seorang perempuan
tak kisah dia cantik atau kurang cantik
gemuk atau kurus
rambut panjang keras macam penyapu atau mengerbang macam langsuir
tangan halus atau kasar
gigi putih atau kuning
muka licin atau berjerawat
perut berlapis atau rata
kaki saiz tujuh atau saiz tiga
bontot besar atau takde bontot
pakai baju sekecik kecik saiz atau sebesar besar saiz...
semua! semua!
semua perempuan mahu dilayan sebagai seorang perempuan layaknya...

Maksud saya dilayan sebagai seorang perempuan tu,
layan lah sebagai fitrahnya dia sebagai perempuan

-mudah kecil hati
-jangan bersuara tinggi bila bercakap
-mudah terasa walaupun hakikatnya ada yang jenis tak ambil pusing sangat benda kecik-kecik but still dia tetap akan terasa bila sesuatu perkara itu menyentuh naluri keperempuanannya...
-jangan layan secara kasar walaupun secara berdepan apatah lagi berhadapan orang lain..walaupun ada sesetengah perempuan itu nampak kasar, tapi percayalah jauh disudut hati itu ada naluri perempuan yang halus..
-hormat... hormat dia sebagai seorang perempuan..
hormat tu bukan sentiasa tabik hormat 24jam tapi cukuplah sekadar kau hormat dia sebagaimana kau hormat pada orang lain. Misalnya, kalau tengah bercakap telefon dengan seorang perempuan, perlu ke kalau nak terkentut kau letak hanfon di bontot kemudian kau gelak kuat-kuat bila perempuan tu terkejut?? dan kemudian mengulangi nya sekali lagi..

Mungkin kerana kau sendiri wujudkan double standard dalam hati kau. Perempuan yang gelak kuat, kau boleh kentut ditelinganya. Layan dengan lawak-lawak kasar. Boleh main rentap-rentap kaki tangan padahal kau cakap bergurau..  Tapi bila dengan perempuan yang gelak perlahan, jari lembut halus, cincin saiz 7, kurus, cantik ..kau kena layan elok elok. Tak boleh suka hati kentut dekat telinga dia atau nak kentut kena mintak izin lari jauh-jauh... Mungkin...

Helo saya bukan bercakap tatasusila untuk kentut. Kalau sayang, kentut pun bau wangi. Tak kisah kan? Misalnya bila dah kawen, duduk serumah adalah sangat menyiksa jiwa kalau nak kentut kena lari jauh-jauh sebab takut suami atau isteri dengar.  Itu soal fitrah sebagai manusia. Buat apa nk cover-cover. Knetut jela depan isteri atau suami.

Tapi sekarang ..

saya bercakap soal bila kau secara sengaja ...SENGAJA... Ntahlah. Mungkin saya yang susah nak terima. Perempuan lain bagaimana? Anda rasa apa kalau orang kentut ditelinga, sedang bercakap telefon kentut kasi dengar..? Baiklah kalau anda tak kisah tapi saya mungkin akan kecil hati... hinanya rasa.. Kalau sekali itu dipanggil gurau. Tapi bila 2 kali itu dipanggil menghina. Bila perempuan rasa terhina, silap besarlah kau. Markah banyak dipotong disitu. Maaf boleh dipinta dan boleh diberi. Tapi hati yang luka akan bertambah luka dan mungkin akan bernanah.. Walaupun senyuman diukir, gelak tawa dibalas, dalam hati siapa yang tahu??

Layan seorang perempuan sehingga dia rasa dan tahu dia adalah seorang perempuan..

Sunday, October 31, 2010

Pagi ni breakfast cucur bawang dengan kuah kacang..selera aku memang pelik-pelik

Bila sesuatu perpisahan berlaku, kita akan rindu sesorang itu disebabkan perkara-perkara kecil yang pernah dia buat pada kita. Small things. Misalnya, dulu masa sekolah rendah saya ada sorang classmate lelaki  yang cute plus hensem. Kitorang takde connection seperti bercouple atau bestfriend ke ape. Tapi sampai hari ni saya masih ingat dia disebabkan dia terjatuhkan pensel saya dan mata pensel patah kemudian dia cakap sorry dan asahkan balik pensel saya...awwww!! comel kan moment tu? kau bayangkan kecik-kecik aku dah pandai menghargai perkara-perkara kecil seperti itu..

Bila dah besar, kita berkawan dengan ramai orang. Bertemu, berkawan dan berpisah. Saya sangat sure semua ini berlaku pada semua orang. Semua! Sekolah menengah, kolej, universiti, tempat kerja lama dan baru, tempat berkursus, skandal, boyfriend, girlfriend..bla bla bla...pertemuan perpisahan berlaku in every single things yang berlaku dalam hidup kita..

Saya ada beberapa orang kawan special yang kadangkala rasa rindu itu datang disebabkan saya ingat balik perkara-perkara kecil yang pernah kami lakukan bersama..

tapi sekarang saya rindu arwah tok nek sungai saya.... rindu :'(
bila rindu dia, saya selalu teringat saat saat terakhir sebelum dia meninggalkan saya, kami semua. Dia sempat ajar saya masak kari ikan yang memang lain dari yang lain. Umi saya pun tak masak kari macam tu. Nenek ajar saya masak kari... benda kecil. Sebab dia pun ajar cicit dia yang lain bab-bab memasak ni. Tapi bila dah tiada depan mata, benda tu jadi sesuatu yang besar dan dirindui...

misalnya bila berjauhan dengan ibu..saya selalu rindu air milo panas yang ibu bancuh ..ataupun rindu suara nyaring dia menjerit kejut saya bangun tidur!

Dulu selalu rindu, nak makan keropok udang meow meow dengan air coklat dutch lady atas kerusi tepi stadium hoki  masa balik jogging lepak-lepak sampai matahari naik tegak atas kepala...

rindu nak berebut makan tako tao depan kedai tako tao lepas bayar muka terus tak sabar-sabar cari kerusi nk melahap si bulat 3 biji tu..

rindu nak makan laksa di kedai bawah pokok. Kedai tu dah kena roboh.lepas tu dah tak dapat kesan lagi mana kedudukan baru dia. Syahdu je bila lalu tempat tu. Banyak kesan memori disitu.

Kadang-kadang ada orang rindu nak makan berkongsi satu sudu, dan minum berkongsi satu straw...ataupun rindu nak makan berkongsi sekeping sandwich dengan 3 orang yang lain.. semua tu perkara KECIL berlaku secara spontan tapi menjadi BESAR mengikut masa dan keadaan...

Rindu mahu melihat rambut sarang tebuan versi dulu dulu..versi yang masih kecil dan belum tahu dunia ni luas..gulp!

rindu suasana masa saya takut longkang nak ke pasar malam dekat setengah jam kawan-kawan pujuk kau langkah je dilla,kalau jatuh boleh panjat. Dah setengah jam menjerit jerit mintak tolong, kereta lalu lalang semua hon tanda sokongan. Bongok!

rindu mahu melihat kereta orang tu dari jauh, dan orang tu tak sedar pun saya sedang melihat dia..

...


sebelum makan tulis blog dulu. haha.. rindu makanan ni jadi mari makan bersungguh sungguh!!

Monday, October 25, 2010

Pipi yang kemerah-merahan..

Aku bukan orang yang pandai menzahirkan apa yang aku rasa secara terang terangan
semua nya berdasarkan perbuatan
em...jap salah tulis
perasaan sayang, rindu, cinta, suka dan em...sedih - aku tak berapa pandai zahirkan secara terang terangan
 (ok ni lebih tepat)
sebab kalau perasaan MARAH senang je aku tunjuk :)

Kalau sedih, selalu tahan hati jangan nagis depan orang. Nanti nampak tak cool. Bila tak cool, nampak cengeng. Huduh.

Kalau rindu, em...diam jela. Stalker dekat fb. Kemudian belek folder gambar lama-lama. Kemudian air mata bergenang sebab tahan rindu. Woh jiwang!

Cinta dan suka dah lama tak rasa...

Kalau sayang?? Masak makanan best-best untuk keluarga kemudian bila makanan habis licin senyap-senyap rasa bangga sebab dapat tunjuk kasih sayang melalui masakan. Wah sangat keibuan :)))

Tapi hari ni, saya rindu dia...


Humaira

Humaira yang alhamdulillah dapat jodoh yang sangat baik
Humaira yang redha dengan ketentuan untuk tinggal bersama mertua
Humaira yang bela anak ayam dengan bapak mertua ... comel :)
Humaira yang sudah 6 minggu membawa sesuatu dalam perut
Humaira yang selalu call kawan-kawan tanya khabar
Humaira yang banyak menasihati saya :'(

aish tetiba sebak...

rindu ini kerana Allah..





Sunday, October 24, 2010

Lelaki DAN Shopping



Selalu dengar orang lelaki merungut kalau perlu temankan wanita membeli dan belah. Kononnya lama sangat berjam-jam sampai mereka jemu lalu terpaksa bersidai di luar shopping mall menghabiskan berpuntung puntung rokok menunggu mak kakak adik perempuan atau awekss mereka bersungguh sungguh menghabiskan duit..

Dilahirkan sebagai perempuan yang kurang gemar bershopping cewahh! gemar adalah sikit tetapi tak gemar sangat sudah cukup memberi tuah ya TUAH kepada bakal suami saya kerana tidak perlu melayan sikap membeli dan belah yang terlampau kronik. Saya tidak kronik part itu. Em...setakat inilah...memang setiap kali kalau mahu membeli barang seperti contohnya hand bag atau baju. Saya akan ke bahagian berkenaan dan pilih serba sedikit bawa ke kaunter dan bayar. Ye mungkin kerana saya jenis yang kurang teliti, careless wat so ever jadi hasilnya dalam setengah jam saya mungkin sudah membayar tiket parking dan mula bergerak keluar dari mall.  Ok perlu ke membebel tentang diri sendiri padahal topik lelaki dan shopping????

Saya ada 3 orang adik lelaki dan seorang ayah lelaki dalam hidup saya. Dan sebagai kakak sulung selalunya saya yang jadi fashion advisor mereka. Oh patutlah adik-adik aku tak reti berfesyen..tengoklah sapa advisornya..HAHA.. Dalam banyak-banyak lelaki dalam hidup saya ni, adik yang ke3 paling cerewetttttttt bab-bab attire ni. PALING! Kalau beli seluar atau baju dekat sejam dia akan belek letak belek letak belek letak belek lepas tu fikir 40 minit baru bawak gi kaunter bayar. Tapi nasiblah bukan sehelai. Dia jenis kalau sekali beli, pat lima nam lai. Jadi berbaloi jugak la kalau teman dia shopping. Yang paling annoying masa tengah proses pilih memilih mesti nak 'kak ok x?' 'kak yg ni boleh?' kak itu..kak ini... memang! rasa nk muntah!!! Pernah saya dan dia nak belikan ayah baju batik, TIGA shopping mall kami jelajah nak cari baju yang dia berkenan, padahal bukan beli untuk dia pun. Bayangkan betapa cerewet nya mamat ni!

Adik lelaki yang kedua terbesar dan tertinggi oh yang raja tahi lalat tu. Dia tak erapa cerewet. Tapi kuattttttt  membebel. Sambil memilih mulut dok pot pet pot pet macam-macam dia membebel. Mana seminit tak jadi sejam? Padahal beli sehelai seluar slack je.

Adik yang bongsu memang paling ah! Dia susah nak buat keputusan. Kak yang mana kak? Aku tak tau la kak. Bila saya cakap, pilih la kaler yang belum ada dalam koleksi..'em...semua kaler aku dah ada' Bila aku cakap ambik jelah kaler ni...dia jawab tak cantik lah! Ok nampak tak disitu sakit hati tak kalau teman mereka shopping?? And kadang-kadang saya memang sampai naik suara sebab mengantuk plus bosan plus penat nak melayan kerenah diorang.

Memang letih. Kalau saya dengar ura-ura antara mereka nak beli sesuatu saya memang paling nak elakkan dari teman budak-budak lelaki ni. Tapi antara lelaki lelaki berkenaan yang paling mudah mestilah ayah saya. Ye saya memang menurun dia. Kalau nak belikan baju, asalkan saiz ok, kain ok, kaler apa pun tak kesah dia mesti ok. Kalau yang mahal tu, memebebel lah dia sekejap tapi lepas tu dia akan pakai jugak...Paling mudah lah! Semoga bakal suami saya (dimana pun anda berada di highway atau jalan kampung) harap-harap bab beli dan belah ni anda seorang yang mudah..harap-harap....

Ini baru shopping baju seluar di shopping mall belum lagi kau masuk kedai kedai aksesori kereta atau motor. Sumpah menjengkelkan! Sejam dua jam pun mereka takkan sedar dah ada muncung panjang  tengah hangin menunggu!




See??? Sebenarnya lelaki kalau dah datang niat diorang nak membeli dan belah maka anda semua perempuan-perempuan haruslah bersedia fizikal dan mental.. Sebab mood kita dan mereka nak bershopping adalah jarang selari.



tapi sekarang bila dah jauh-jauh jarang jumpa ni rindu pulak nk shopping ngan makhluk-makhluk ni ... tapi ah perasaan boring tu lebih kuat rasanya..HAHA

ini cerita dari pengalaman sendiri dan tak semestinya memberi konklusi bahawa semua lelaki sama...

kan kan kan nenek kan???

imej : abang gugel

Thursday, October 21, 2010

Judi

Hidup ini macam bermain judi. Mempertaruhkan sejumlah wang sebagai penentu menang atau kalah dihujungnya. Macam hati. Dipertaruhkan untuk rasa gembira bahagia atau berduka disakiti dan dilenyek lenyek hingga lumat sehingga tiada rasa dalam sesuatu perhubungan. Ya...itulah hidup.

Hari ini.

Mungkin saya sedang pertaruhkan hati saya untuk sebuah hidup. Dihujungnya belum pasti benar-benar bahagia atau masing-masing sedang berpura-pura..

Adakah saya sebagai penghilang duka semata?
Adakah saya sebagai penyembuh luka semata?

Bila duka sudah hilang dimana saya?
Bila luka sudah sembuh dimana saya?

Sudahlah. Semua ini buang masa!

Lihat sekeliling apa yang tinggal.. Mari berdoa untuk sebuah kehidupan yang lebih cantik..

Tuesday, October 19, 2010

Music of the spheres

Dewan Filharmonik Petronas

Dulu masa tau kewujudan dewan ni, aku dah nekad satu hari nanti aku akan menjejakkan kaki ke situ. Yela mana taknya, maklumat yang disogokkan yang dewan tu adalah antara yang terbaik di dunia. setanding Royal Albert Hall, London. Nak ke albert hall tu tak tau tahun bila pulak nk join europe trip kan. Lalu bila dapat email dari Yayasan Salam tiket jemputan menyaksikan Taffel Music di dewan yang menjadi igauan idaman tu lantas terus merebut peluang yang jarang2 sangat dapat. Orang lain mungkin dah biasa keluar masuk dewan tu. Tapi bagi saya mana pulak lah nak dapat peluang selalu masuk dewan macam-macam  tu kan...
Orkestra dari Canada sempena musim konsert ape tah nama. So sepanjang bulan Oktober November dah bersusun jadual konsert okestra di DFP.

dapat tempat depan pentas. Teringin nak duduk dekat balkoni bahagian kiri kanan dewan. Macam syok je tengok dari atas

mesti simpan untuk tunjuk kat anak cucu...haha
by the time dapat cucu esok diorang pun tak heran dah benda-benda gini...


gambar show yang curi-curi ambil

Rasanya it didnt reach my expectation. Aku ingat sumpah grand gila dengan kawalan security yang ketat segala. Rupanya tak. Maksud nya macam kalau orang yang takde tiket kalau dia seludup pun sure lepas. But then dari segi sound system memang A lah. Dewan yang kedap udara (istilah sendiri) tu kau sarung kasut pun berbunyi. Gosok tangan pun dah mengganggu orang sebelah. Belum lagi bunyi gamat tepuk tangan. Memang terbaik lah bab tu.


Persembahan malam tu tentang Galileo. So banyak gambar-gambar bintang, komet dan sedikit sejarah tokoh tersebut. Lepas tu tentang 4 musim sejuk, panas, bunga, and autumn. Memang layan. Layan tak layan sangat lah. Sebab orang canada yang jadi pencerita, maka assent english dia agak susah untuk AKU faham.ditekan disitu..aku ye :p  agak tak berapa faham la..so ada here and there part macam blur blur..  

Persembahan dibahagi 2 part. Lepas 1 jam, rehat 20 min lepas tu majlis coctail. Makanan pun sedap dari hotel La Meridian. Pulun habis murtabak tapi tak ambik gambar sebab malu dengan orang sekeliling. Masuk bahagian kedua aku tak masuk dewan.  Sebab tak nak balik lambat. Dah la esok kerja. Cukuplah merasa berada dalam majlis dan dewan menjadi igauan tersebut.


Aku suka corak persembahan tak macam orkestra biasa which is yang biasa tengok dalam tv. Duduk atas kerusi and tengok note, lepas tu ada sorang conduct di depan. Ni semua macam drama sikit. Berdiri, ada pergerakan badan, eye contact dengan among the musician. Lepas tu buat muka pelik. Part muka lucu. Lepas tu aku tergelak sorang-sorang. Eh comel lah!


Lepas ni kalau tak dapat tiket free pun if ada persembahan yang menarik hati macam kitaro ke, vanessa mae ke sure nak pergi la konon macam dah boleh get into dengan muzik-muzik tak sesak napeh macam ni. By the way, malam sebelum tu, ada persembahan jugak di DFP. And siap ada persembahan poem. Apsal lah salam tak offer tiket tu??

Kesimpulan, it was wonderful night and great experienced for me
nak jugak,,,,


Friday, October 15, 2010

Catatan secara rawak

Dah lama tak menulis secara rawak  dari dalam hati tanpa perlu pilih isu mana lebih besar mahu ditulis atau diekspresikan. Woh ayat nk gempak. Tanpa perlu membuang masa marilah kita cuba menyelusuri perasaan saya atau apa saja yang saya ingin tulis satu persatu...

1. Sepanjang bulan ni, saya belum lagi isi minyak pakai duit sendiri. Semua mengharap sumbangan dari orang sekeliling. Alhamdulillah. Rezeki terbuka luas untuk saya. Walaupun gaji freeze ke beku ke ape kan tapi alhamdulillah minyak sentiasa ada untuk bergerak. Cop! asal macam ustazah tengah beri kuliah? Tak bila nak melahirkan kesyukuran tu kena sopan sikit. Tak elok cakap kasar kan?

2. Cerita Jangan Pandang Belakang Congkak 2 tah hape-hape! rasa rugi gila duit orang yang beli tiket tu sebab masuk panggung tros tidor sedar-sedar ada orang gelak sampai tendang-tendang kaki. Tah pape.

3.  Selalunya zaman percintaan, mesti boy friend akan cakap, sayang tak perlu susah payah. nanti abang hantar ayang tepat sampai depan pintu. Maksudnya lelaki takkan biarkan kekasihnya bersusah-susah  dalam apa jua perkara. Kalau boleh semua nak berhantar berambik. Risau sangat kekasih dia rasa susah. Kalau boleh masa tengah rushing nak meeting, nk jumpa client ke sempat lagi pick up girlfriend dari kelas, hantar balik rumah suruh rehat... Tapi kalau dah kahwin esok kau rasa ada ke macam tu? 3 tahun pertama ye la kot.. masuk tahun keempat, mesti lelaki akan membebel tentang BERDIKARI..awak belajar lah berdikari. jangan semua nak harap saya je... Betul kan? Tambah kalau wife pandai drive. Ntah-ntah nak check up anak pun terpaksa gi sendiri. eleh faham sangat dah....So nasihat saya, jangan merungut kalau gf awak sekarang semua nak buat sendiri, nak drive kemana-mana sendiri..sebab dia sedang belajar untuk tidak menyusahkan anda dikemuadian hari. terima kasih.

4. Sana sini orang sibuk bercerita pasal Maher Zain. aku tau pasal kewujudan Maher Zain ni pun baru lagi. Dalam awal tahun kot kalau tak salah. Memang lah best lagu-lagu dia. Aku tak pernah cair dengan kehenseman dia. Cuma kagum sebab ada manusia yang nampak seperfect itu di muka bumi ni. In other way, lagu-lagu, music dan unsur-unsur dakwah yang dia nak sampaikan tu paling sampai. Sebab sekali dengar kau akan jatuh cinta dengan lagu-lagu lirik-lirik dia yang fresh, slow dan sampai. yang penting sampai. Ok apa yang annoying nya... Bila dia datang, semua orang sibuk bagi publisiti. Yang selama ni dengar lagu terpasang tapi TAK pernah ambik port pun sekarang bila dia datang sibuk upload dengar hari-hari. ok lah fine. Tak pelah bab tu tak kisah sangat. Yang annoying lagi macam H.oT fm yang tak pernah pernah mainkan  lagu dia kat radio pun sibuk nak tumpang publisiti, nk interviu. Ek eleh... benci betul hipokrit mcm tu! Aku tiap hari dengar radio masa naik kereta which is h.oT fm lah aku dengar. Aku tak pernah dengar walaupun sekali, apatah lagi berkali kali lagu Maher Zain dimainkan dekat radio tu. alih alih bila dia datang, siap ada inteviu session and lepas tu barula ada sekali dua lagu dia keluar. Benci! kalau ikim tu bukak tak sampai setengah jam, dah dapat dengar lagu dia. Tak suka la hipokrit macam tu...

5. Rasa sunyi. Sebab handphone buat hal. Tak boleh terima call, and tak boleh call. Nak topup pun tak boleh sebab kena tekan dial. Last2 hp tu cuma digunakan utk dengar ipod sahaja. Buruk perangai la hp ni. sakirah pulak tengah cuti exam. Kejung!

6. Hari tu berkesempatan jumpa kawan-kawan-yang-sempat-kenal-sekejap-lepas-tu-tak-kenal-balik di open house sempena pertunangan dia. Rasa lain. Confirm la lain. Tak mengharap tinggi cuma sekadar menambah kenalan dan kongsi apa yang patut. Kalau boleh jadi kawan yang rapat, lepas ni senang sikit. Kalau buat perangai lagi rasanya dah boleh cari geng buat backup :) Dulu takde sapa backup sebab kenal-tapi-tak-rapat. watch out!

7. Selalu sangat terserempak dengan kereta ni...jodoh ke?


8. Benci perempuan yang poyo bawak kereta ikut rapat-rapat macam nk cucuk suruh kita laju padahal dia tau kiri kanan penuh kereta and paling annoying aku bukan drive lorong laju tapi di lorong paling kiri yang kenderaan berat ikut sebelah kiri. Bodoh kan? kau ikut rapat-rapat macam lah kau pandai control kereta kalau orang break mengejut ke ape. Pastu kalau tercium bontot kereta menggelabah ayam. Bagi jalan jam je!

9. Nak sangat tengok konsert Taffel Music di Dewan Philharmonik KLCC tu...

10. Pagi tadi masuk toilet dekat setengah jam. lalu perut sudah empty minta diisi . ayuh majukan industri makanan negara! :p

Thursday, October 14, 2010

Penghinaan

Hari tu masa menonton satu movie cerita ape ye dah lupa ada satu trailer movie baru. Kalau tak salah tajuknya CUTI CUTI MALAYSIA CINTA.. Ada satu scene di tepi pantai, Farid Kamil  cakap pada Nora Danish 'dah la nasi lemak 50 sen' sambil tunjuk ke arah dada heroin tersebut. Heroin tu malu lalu menutup dadanya dengan tangan.

Ok ape masalah dengan scene tu?

Ayat nasi lemak 50 sen tu sangat sangat meletak maruah wanita di bawah tapak kaki. Ayat tak senonoh! Merendahkan maruah dan tidak menghormati wanita.  Bagi saya skrip movie tersebut sangat tah hapa-hapa. Merepek. Dibuat tanpa penelitian. Tapi kalau tengok keadaan media massa sekarang memang banyak yang degrading wanita.

Contoh ada satu iklan tuala wanita. yang versi adibah noor tu. Ok lah salute pada pihak pengeluar jenama pad tersebut yang mengambil kira wanita ni pelbagai saiz dan bentuk dengan mengeluarkan saiz pad yang pelbagai. Fine. Tapi masalah nya iklan yang ada scene buah tembikai 2 biji di tut adibah noor tu.


yahoo image

Sangat sangat annoying. Perlu ke letak tanda aras buah tembikai macam tu di kedudukan yang begitu? Rasanya tak perlu. Semua orang dah bijak sekarang.  Iklan tu sendiri dah bagi banyak maklumat tentang produk diorang, memang dah sampai maklumat tu tepat ke hati. Confirm laku punya produk tu. Tak perlu nak selit babak yang degrading women macam tu. Mungkin for some people its nothing. Eh kak dibah pun ok. I pulak yang lebih lebih. But its about huge issue. Sampai bila nk menindas wanita cara halus begitu? I rasa effect sedikit sebanyak pada wanita berbadan besar. Memalukan!

Kalau tengok iklan iklan lain pun banyak lagi yang merendahkan maruah wanita. Sepatutnya orang orang bidang iklan ni lebih sensitif ...

Monday, October 11, 2010

Rayyan + Dahlia

yahoo image

Jika benar wujud cerita cinta mereka, Kau jadikan lah ia benar
biarkan darah cinta itu terus mengalir dan permudahkan lah segalanya

jika masih ada rindu mereka, Kau segarkan lah ia
jangan biar ia kusam

terangkan lah cahaya di lorong dan simpang yang bakal dilalui mereka

jika ada jodoh mereka
hanya Kau yang mampu biar ia terlaksana


dilla nasir
seksyen 13

Thursday, October 7, 2010

memang sampai ke hati

Hari ni saya mahu pinjam dan kongsi sesuatu dari blog lidah
memang sampai ke hati
mari baca sama-sama
sayang, ialah perasaan random dan bukan bole dirancang,
atau paksa, atau cuba atau pura-pura.


secara jujurnya, kita hanya akan sayang sesuatu yang cantik,
bukan buruk , hodoh atau serba kekurangan.
kerana, sayang seperti cermin mata ajaib.
seperti kata pepatah, beauty is in the eye of the beholder.
dan cantik pada saya tak semestinya cantik pada orang lain.

seorang lelaki yang kudung, dipandang sempurna oleh perempuan yang menyayanginya.
seorang perempuan yang gemuk, akan disentiasa dipandang cantik oleh lelaki yang mencintainya.
kerana seperti sepasang kasut, kita tidak memilih kasut kerana warna dan
jenamanya.
tetapi, kita memilih kasut yang selesa untuk kita pakai sampai bila-bila.

terima kasih lidah..sharing is caring

Wednesday, October 6, 2010

Begini cara nya sayang..

Ada seseorang  minta saya solat istikharah..buat berturut turut tanpa jemu sehingga semua keputusan adalah pasti. Tapi..tapi dia sendiri tak pasti cara yang betul mahu buat solat tersebut.. lalu saya rujuk sebuah buku bukan DUA buah buku sebenarnya dan menggunakan kuasa gugel mencari bagaimankah cara sebenar membuat solat tersebut.. Mari kita kongsi..


Solat istikharah dikerjakan untuk memohon petunjuk dari Allah tentang sesuatu perkara yang menimbulkan keraguan. Contohnya apabila membuat sesuatu pilihan. Selalunya adalah jodoh.Tapi sebenarnya bukan cuma jodoh je. Sebab hidup seringkali perlu berhadapan dengan 2 pilihan yang sukar. Jadi disinilah istikharah itu perlu. Misalnya nak menghadapi exam. Dulu umi cakap buat istikharah minta supaya kita diberatkan untuk memilih jawapan yang betul.. Dr Fadzillah Kamsah pernah cakap, buat solat istikharah kena hari-hari sebab kita akan berdepan dengan keputusan tiap hari. Istikharah akan membantu buat keputusan lebih baik..


Ada orang cakap petunjuk diberi dalam mimpi. Misalnya kalau jodoh kita tu akan nampak dalam mimpi kita. Sebenarnya tak. Betul jugak mimpi tu. Tapi kadang-kadang bukan dalam mimpi sahaja. Dalam berbagai-bagai bentuk. Antaranya bila kita buat sesuati keputusan tu, hati kita lapang. Senang je keputusan tu dibuat. Kita tak serabut. Kita sangat cenderung untuk pilih yang itu bukan yang ini. Tu pun salah satu bentuk petunjuk juga. Pendek kata solat ini adalah memohon petunjuk dan memohon pertolongan allah... Orang yang dah buat tau macam mana mudah sesuatu keputusan diambil bila kita memberi sepenuh harapan pada Allah swt..


Niat solat
Ussolli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala




Rakaat pertama :-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
(surah al-kafiruun tu ialah ...qul ya ayyuhal kafiruun...)


Rakaat kedua :-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
(surah al ikhlas : qul huwallahu ahad..)


*walaubagaimanapun tiada hadis yang menetapkan surah yang wajib/ harus/ sunat dibaca dalam solat ini


semasa sujud terakhir, lepas bacaan sujud doa lah dalam hati kerana sewaktu kedudukan itu kita sangat dekat dengan Allah swt..


Lepas salam, zikir solat
dan baca doa nya...








Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."




Walaubagaimanapun sekiranya kita dah cenderung untuk memilih perkara berkenaan TETAPI ternyata keputusan yang dipilih menimbulkan sesuatu keinginan yang tidak disukai..jangan merasa kecewa. Ingatlah bahawa itu  adalah apa  yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah dan  membawa kebaikan dimasa akan datang. Yakin lah bahawa itu adalah pilihan terbaik yang MAHA PENCIPTA.


wallahualam..




sumber


*blog ini
*buku - 75 Solat-Solat Sunat serta Doa dan Wirid (Drs. Abd Rahman Mat)
*buku- Asas-Asas Fardhu ain (Ustaz Sulaiman Endut)

Baru conference, belum satu kereta..




















Rindu la heh korang dua orang ikan bilis

Monday, October 4, 2010

stop turning back!

Mula berfikir untuk jadi kaya...ayuh!
jangan menoleh ke belakang terus ke depan

Tips orang yang putus cinta

Tips ini untuk perempuan sahaja bukan lelaki. Kalau lelaki rasa sesuai untuk dia, sila amalkan.

Kalau anda seorang yang mudah dapat pengganti, tips ini  TIDAK sesuai untuk anda.

Baiklah. Hari ni mood saya baik lalu saya ingin menulis sesuatu yang memang saya dah buat dan berkesan dan ingin kongsi dengan pembaca yang berapa kerat ni.

Memang sudah takdir atau ketentuan perjalanan hidup seseorang tu tak semua nya indah. Ada yang bercinta-putus 40 kali tapi last sekali jodoh bertemu juga. Ada yang TAK pernah bercinta langsung tapi terus dapat suami yang alhamdulillah bahagia hingga hujung nyawa. Ada yang kali kedua, ketiga bercinta baru dapat jodoh sesuai... Ini tips saya cipta sendiri hasil kajian beberapa tahun HAHA. Tapi tips ini cuma sesuai untuk orang-orang tertentu je sebab kajian dilakukan tidak secara menyeluruh tapi lebih melibatkan hati, perasaan dan pengalaman  sendiri :)

Bila ditinggalkan kekasih hati yang sudah ada teman baru, apa perlu kita buat? Mari kita lihat satu persatu ...

Langkah 1 - Maafkan diri sendiri, dia dan semua yang terlibat. Misalnya kalau melibatkan orang tua, adik beradik, kawan-kawan kita atau dia. Maafkan semuanya..Dan kalau boleh pergaduhan kita jangan melibatkan orang lain.

Langkah 2 - Tukar no telefon anda. Penting atau tidak bagi saya penting. Sebab? Bila hati celaru, kita selalu emosi. Bila emosi kita mesti nak cari bekas kekasih dan secara tiba-tiba buat luahan perasaan. Bayangkan kalau kita dah hantar sms yang patutnya short tetapi sudah jadi karangan SPM akibat dari emosi tersebut. Anda tak buat, saya tau! tapi SAYA selalunya buat. Maka sebelum jadi perkara-perkara memalukan diri sendiri baik saya tukar no. Apa rasional nya? Bila tukar no, kalau emosi terganggu kita still boleh hantar sms betul x? Betul. tapi sebenarnya berkesan sebab bila ada no baru, ego kita tak lah menjunam sangat. So bila nak hantar sms pada orang berkenaan tu kita akan fikir 8 juta kali last-last tertidur dan lupa nak hantar. Atau bahasa paling mudah, kita dah berkorban dengan menukar no, takkan nak biar pengorbanan kita tu tak berhasil betul x?


Langkah 3 - Work out! Saya dulu start balik jogging dalam bilik sampai berpeluh lepas tu hati puas. Kalau nak lebih baik jogging di taman rakyat. Kalau ada duit lebih daftar jadi ahli gym di tempat anda. alang-alang nak jadi kuat, biar jadi malek noor terus. HAHA baru berbaloi tak gitu??

Langkah 4 - Baca Al-Quran. Ini memang ubat paling mujarab sangat mujarab. Baca baca baca  biarlah adik beradik awak nak buat muka pelik tengok kakak nya dah lama tak nampak pegang quran tetiba berubah. Lantak situ. Baca. Manusia ingat tuhan bila susah. Memang betul. Tapi at least kita ingat dari lupa terus kn..

Langkah 5 - Mengadu pada tuhan. Bagitau dia semua rahsia kita. Bagitau yang kamu sedih dia tinggal kamu tapi mintak tuhan maafkan dia kerana dia berhak memilih. Minta tuhan gantikan orang lain yang takkan buang kita macam dia. Jika terlalu awal untuk beri pengganti, cukuplah cuma diberi ketenangan dan kekuatan...

Langkah 6 - Join kelab I HATE LIVERPOOL..sebab ape? Dulu ex saya peminat setia kelab yang asek kalah je tu. Bila join barulah steady :)

Langkah 7 - Selain cuba untuk remove dia dari hati, remove dia dari Facebook, Friendster ape-ape lagi akaun yang anda ada. Biarlah! Ingat senang ke nak kuat? Adik saya cakap, bila buat macam tu nampak looser gila! Tapi bagi saya itu untuk kebaikan sendiri...

Langkah 7 - Stop beli air strawberry dutch lady sebab itu minuman favourite dia. prfttttt!

Itulah langkah-langkah awal yang saya ambil dulu. Harap ia dapat membantu sesiapa yang patah hati. Dahan yang patah boleh tumbuh baru. tapi kalau patah hati, ubat ape pun takde jual dekat farmasi. Ubat sendiri. Bila kita kena berubat sendiri, pandai-pandai lah nak ambik ape yang sesuai. Buang ape yang tak sesuai. Ingat jodoh, pertemuan. perpisahan , ajal maut semua dah ditulis. Jodoh kita lambat lagi. Dia lambat sebab ikut jalan lama, bukan highway macam orang lain.

Saturday, October 2, 2010

suatu hari di pagi jamuan raya

Jiwa kita semakin jauh?
aku harap tidak
dalam keriuhan aku sedih...aku rindu kau kawan

mungkin aku sedang membuat kesilapan
mungkin...
tapi ku mohon kau mengerti
tolong mengerti aku..
aku rindu kau kawan..

tiap langkah yang diambil mungkin tanpa fikir dengan panjang
tiap keputusan yang dibuat mungkin diluar kesedaran..
terima kasih kerana mengingatkan

hanya kau tahu betapa aku menunggu dia
hanya kau tahu bagaimana ku rindu dia

jika suatu hari nanti aku ditolak jatuh kembali
ingat ni! kau tidak bersalah
aku yang degil
aku yang salah
dan ingat ni!
aku tak akan salahkan kau

kawan, doakan aku..
cuma kau yang aku ada
tolong teman aku untuk tiap simpang yang aku ambil
tolong teman aku tiap langkah yang aku pilih
tiap keputusan yang aku buat
jangan biar aku sorang :(

aku sayang kau
sampai hujung nyawa
aku sayang kau kawan...

maaf :'(

Friday, October 1, 2010

In this case, you're the exception

Hidup agak kelam kabut dalam 2,3 hari ni. Tidur bangun tak tentu masa. Lambat. Lambat dan Lambat. Macam siput.. Setiap awal tahun aku akan dapat satu organiser yang cantik-cantik. Tulis dua tiga patah aku terus tak boleh guna. Sebab tak reti akan fungsi sebenar buku tu. Tapi sekarang bila banyak benda yang aku buat hasilnya macam tak cukup sifat, mess sana sini, terlupa itu ini maka aku memang adalah manusia paling wajib mempunyai sebuah organiser.

Bila didesak dan didesak aku seperti mahu kata baiklah! you're the exception!

Dalam semua keadaan, dia memang tak akan dapat apa yang dia nak dari aku sama ada hati limpa peparu pedal bla bla bla...sebab aku dah bilang aku ada perisai. Tapi boleh tak kalau dia tu exception? Special case. Boleh tak? Macam mana ye nak cakap tu...

When time heal everything, hati pun dah kuat sikit, perasaan pun dah boleh dikawal banyak, air mata pun dah habis nak keluarkan maka apa yang jadi pun kau dah insya Allah kuat.

Untuk bermula dari awal, pandang-pandang-senyum-senyum-tukar-nombor-email-add-facebook-becinta-3bulan-risik-betunang-nikah ....kan banyak step tu??????????? Letihh.... Mula dari bab 5 terus boleh? Nampak macam gelojoh tak?

Ape ye perasaan bila ada boyfriend?Eh bukan...kekasih..eh bukan teman hati..em ape ye? Sumpah dah lama tak rasa dan tak reti nak rasa sekarang..Tak reti la! Macam mana tu?

Bulan 6 tahun depan dan bulan 7 tahun depannya lagi...boleh ke? Sempat lagi kalau nak bergaduh-putus-baik-gaduh-baik-baik-gaduh sebanyak 70x ... Tengoklah macam mana nanti. ape aku merepek ni?

Bukan. Entry ini bukan entry hint hint ke ape... belum ada apa-apa konklusi.

Yang ada cuma mungkin you're the exception..boleh ke?

Thursday, September 30, 2010

Digi iPhone 4 Life

DAY 4

I really need the Digi iPhone 4 because.........................


 
Kualiti gambar sangat cat air... kesian i       T_____T


Boleh nampak dengan clear jelas dan terang tanpa perlu bersuluh yang KUALITI imej  sangat la tak senonoh jadi thats the huge reason why i really need Digi iPhone 4 my life....

Akhir kata lengkaplah keempat-empat entry untuk pertandingan ini...

Tuah ayam nampak di kaki, Tuah i nampak dimana? Sama-sama kita tunggu....


p/s : gambar sangat feeling mama :)

Tuesday, September 28, 2010

Digi iPhone 4 Real

DAY 3

I want, I get the best deals on the Turbo 3G Network

*translate

saya mahu, saya dapat berurusan dengan rangkaian 3G berenjin Turbo :)

Jadi dimana saya boleh mendapatkannya?

Mestilah dengan Digi..

Digi adalah antara rangkaian talian yang sangat murah! Sesuai dengan gadis-lower-bajet-maintenance-rendah macam i :). Semua nak yang kualiti terrrrbaik tapi nak murah je. mahal sikit i terus reject. Untung tau dapat i...HAHA sempat promosi diri sendiri.. Ok berbalik pada khidmat Digi, semua nya bertambah bagus seiring dengan pertambahan kemajuan negara. Kalau dulu masuk semak belakang rumah sikit pun susah nk dapat line, sekarang kalau naik cameron atau lalu jalan bengkang bengkok Gua Musang tu confirm boleh buat video call dengan boyfriend yang berada jauh nun di utara atau mana-mana pun.

Kalau rangkaian lain, nak murah mesti nak kena sama geng. Tapi Digi tak! dia layan semua tanpa mengira darjat bangsa atau usia.. Tu yang memang i suka dengan Digi.

Kalau dapat iPhone ni, automatic didaftar dengan iDigi Postpaid Plans :)))


Boleh nampak tak murahnye harga dia?

Kalau kita ambik pakej yang paling mahal pun bulanan baru RM158.00.. Tak sampai 5 6 ratus pun. Memang mengujakan! Lepas tu benda palin basic kita suka buat ialah main-hantar-sms-kacau kawan-baik  cuma 10 sen per sms. Bukan 15 sen ye!

Lepas tu yang paling best.......internet line adalah tiada extra charge bila kita terguna melebihi quota..best kan? :) Quota untuk pakej paling mahal (ceh aim yang mahal je!) ialah 1000 min. Lebih kurang 16 jam. Lepas tu kalau terlebih takde extra charge ye kawan-kawan... muntah la kau main internet!

Friend n Family paling best! Dapat buat 6 nombor untuk kau call gayut dengan adik beradik atau kawan yang dah sampai lebam..lepas tu nk dapat lagi faedah nya buat supplementary line untuk suami dan anak-anak terus dapat call, sms, mms semua free ;)

tak sabar ;)