Thursday, December 8, 2011

Azimat seorang anak

Dulu kalau nk kemana-mana aku lah orang yg umi harapkan lepas faiz pindah duduk luar. Sebab aku pandai drive. Tak lah pandai sangat. Tapi kalau setakat nak race kampung style, cilok-cilok berhemah sepanjang federal highway tu sapa nk test boleh la :p. Masa mula-mula keluar si putih, aku langsung tak boleh drive manual. Dapat lesen tahun 2006. Aku tak drive selama almost 3 years. Sebab study yang tak memerlukan aku drive. Jalan kaki dah sampai bilik kuliah. Nak kemana-mana naik bas. Balik hujung minggu faiz hantar. So memang aku tak drive langsung. Tapi lesen memang renew tiap tahun. Lepas habis belajar, aku drive tapi kereta auto. Well you know auto kan. Easy come easy go, that’s just how feel oh take take take it all, but u never give..tu lagu grenade. Tengah-tengah type boleh nyanyi..

Auto tu senang. Sebelah kaki pun boleh drive. Aku memandu dengan auto dalam 2 tahun jugak la.. 2010 si putih keluar. Sebab gaji aku kecik tak layak beli auto, aku belasah manual. Masa mula-mula keluar, memang kelakar habis. Aku pergi dengan faiz, diana nak ambik si putih. Aku dengan tak ready nya, tawakal drive kereta manual dengan belasah habis 70-0.Anggaran kasar enjin mati ialah 70 kali. Kau bayangkan setiap kali berhenti mesti mati enjin. Mana faiz? Habis kereta satu lagi sapa nak bawak? Dianah? Harapan la…masa tu dia belum ada lesen ke ape. Tak ingat. So aku yg drive.



Bermula la episod ngeri. Asal berhenti nak bayar tol, mati. Start enjin nak jalan, mati. Dekat 5x eh dekat tol pertama. Babi betul. Malu aku. Dengan plastik kusyen tak bukak lagi, kereta belum tinted lagi. Habis semua nampak. Jatuh maruah aku ni kalau enjin tak dapa2 start. Kereta dah berderet panjang. Sampai budak tol keluar tanya ada pape masalah ke? Aku senyum, ill be fine J. Yang dianah kat sebelah kau tau buat apa, keluar tangan kat tingkap, lambai-lambai kereta belakang suruh potong kami. Kalau tak potong, esok baru kau sampai rumah. Aku stress dan gelak. Dianah asyik tanya boleh ke kak? Boleh ke kak? Aku mencarut dengan penuh perasaan. Dan setiap kali pun macam mana aku boleh jalan? Lepas start enjin, aku tekan clutch dan tekan minyak. Sebab kalau lepas clutch nanti memang mati enjin. So kereta akan bergerak seolah-olah nak racing. Tak sempat nak ucap terima kasih dekat budak tol. 

Eh nak cerita detail memang banyak sangat pitt stop kami. Aku terpaksa fikir jalan paling mudah untuk sampai rumah. Jalan u-turn memang aku elakkan. Bahkan setahun jugak la aku elakkan u-turn. Gila kau mana aku reti! Buatnya mati enji masa u-turn mau berlaku kemalangan ngeri dekat simpang tu. hayyo…
Ada satu kali tu kitorang dekat simpang kecik. Dekat kampung raja uda. Orang klang tau la kot. Aku start enjin tak hidup-hidup. Ada sorang akak india ni siap turun motor tanya are u u okey? Nak kitorang tolong tolak ke? Gila kesiah. Baru keluar dah rosak? Aku Cuma cakap, nothing. Thanks.. baik betul orang malaysia ni..
Lepas si putih keluar, sebulan dia terperap dalam garaj kereta. Aku tetak berulang alik naik bu ke tempat kerja. Tak berani. Tapi tiap malam umi teman aku drive slow-slow pusing area. Sampai satu tahap, aku rasa kena push diri sendiri. so malam tu aku cuba drive sampai tempat kerja. Berhenti bayar tol. Control clutch dalam jem. Esoknya aku drive sendiri. alhamdulillah sampai jugak walaupun tercungap-cungap.. practise makes perfect. Lama-lama aku pun jadi jaguh kampung. Nak kemana-mana umi harapkan aku…

Lepas kahwin, masa aku banyak dengan suami. Dan aku banyak naik kereta suami. Si putih tinggal di rumah. Perlahan umi ke sana- sini dengan si putih. Khidmat aku pun perlahan-lahan dilepaskan pada umi. Dianah pun dah ada lesen tapi dia masih tak berapa cekap. Umi ada lesen. Tapi ayah tak bagi umi drive. Dia cakap jalan sibuk nanti umi tak reti control. Kalau setakat jalan lurus umi boleh la bawak. Kalau dah naik highway dah menggelabah. Kes umi ni sama macam aku masa mula-mula dapat si putih. Tak cekap. Tapi lepas aku kahwin dia seperti tinggg! Dapat magic. Drive dengan gigih ke sana sini.

Tempat paling jauh Puchong. Masa tu aku drive kereta suami dan umi ikot belakang. Dalam kereta penuh penumpang. Kami nak ke kuliah ustaz Azhar Idrus. Masa pergi okey, sebab petang. Cerah. Masa balik buat hal. Umi terlepas kereta aku lalu dia tersesat hingga Putrajaya. Masa tu perasaan aku tak payah cerita. Macam mana aku nak buat? Nasib lah ada telefon menjadi penghubung. Aku berhenti tepi highway, menangis kuat-kuat sebab tu je yg mampu aku fikir. Teruk betul. Allah tolong umi.. dia cakap masa drive tu dia teringat pesan aku…HAHA kelakar. Teringat pesan aku pulak. Dulu-dulu masa aku drive aku pernah membebel-bebel kalau sesat dekat highway, cari arah ipoh. Sebab nanti di persimpangan akan ada signboard ke Klang. Betul2 pulak jadi sesat, and umi ingat azimat tu….perghhh! azimat seorang anak .

Sekarang ni bila balik kerja banyak benda settle. Kerja yang jemput-jemput orang ni la. Sapa ambik arif balik asrama? Umi. Sapa hantar irfan mengaji? Umi. Sapa pergi pasar? Umi. Semua umi..aku jadi sayu. Lepas kahwin semua pun berubah. Perubahan yg aku tak expect. Tapi bagus. Ini umtuk kebaikan. Kalau harap aku lagi? Memang lah pengsan aku tengah jalan.

Terima kasih umi. 

Thursday, November 24, 2011

Angin



Pagi ni sarapan lontong. Lontong ialah sejenis makanan yang ada nasi impit potong besar-besar dan dimakan bersama kuah lemak. Lepas tu ada yang lebih kreatif   letak sambal tumis ataupun sambal kelapa ataupun serunding. Yang famous mestilah Lontong Klang. Beratur orang pagi-pagi tau!

 Tapi kitorang dah tak makan atas sebab-sebab yang sangat peribadi. Ewah kau! aku bukan peminat lontong. Sangat tak minat nak makan kuah lemak-lemak lepas tu hirup seperti hirup sup daging atau tomyam.. Ewwww…rasa padat. Rasa likat dan mual. Kalau dah takde pilihan sangat memang aku makan jugak. Tapi ambik isi-isi jela. Kuah memang tak bleh blah..

bagi aku nasi impit wajibulghunnah dimakan bersama kuah kacang. Itu sahaja yang paling serasi bersama dengan nasi impit. Soto? Emm…boley la. Tapi kuah kacang adalah pasangan paling ideal dengan nasik impit.



Sekarang ni lepas makan lontong aku rasa menyesal. Nak muntah yang teramat. Eh apahal ni? sebab makan santan pagi-pagi tak sesuai dengan tubuh badan i. perut pun mula memulas-mulas. Kepala pun sudah berputar-putar  seperti lagu yang diputarkan di radio.. Hebat! Bagus! Lontong kau memang hebat. Dah la pagi-pagi aku dah telan sebijik buah pear. Eh salah. Sebenarnya buah lai. Bayangkan penghadaman yang bagus di dalam perut aku sekarang??

Bruppppp!! Sorry excuse me, sendawa pulak.

Alhamdulillah..

Yarhamkallah..

Lately ni aku tak boleh salah makan langsung. Mesti nak terburai isi perut. Asal salah combination je mesti cerry berry. Dah dua kali jumpa doktor atas alasan itu. Namun arang juga yang disuruh telan. Redha.


Dah lama tak berjalan-jalan..maksud aku pergi jalan-jalan di luar kotak kebiasaan. Selalunya keluar mesti rumah mertua-rumah ibu sendiri-klang-shah alam-bukit kuda-klang balik err – teluk intan- jeram ok ok area-area situ la… seingat aku last trip jalan-jalan yang siap packing baju tidur hotel adalah ke Penang. Balik kampung masa raya tu lain cerita. Trip sebelum bergelar isteri. Lepas tu sibuk mengusung baju sana sini dah tak de masa nak cuti-cuti teruna dara. Pe kes kan tiba-tiba nak buat cerita sedih ni. ok aku tipu. Baru teringat ada sekali ke Cameron lepas tu ke Cherating. Ok fine! Patutlah duit simpanan berkurang..


Nak dijadikan cerita, this weekend insya Allah kalau tiada aral melintang kami akan ke Langkawi…yipppi yippi yeay!  Fine! Dulu aku selalu kutuk-kutuk Langkawi sebab nak kesana tak payah naik kapal terbang. So langkawi bukan lokasi percutian idaman. Aku kan teringin sangat nak pergi tempat-tempat yang kena naik kapal terbang je. Sabah. Krabi. Bandung  aww…Phuket. Vietnam. Laos. Syria. Bahrain. Mengada kau dilla nak tempat-tempat kena fly je. Bukan ape, bagi aku kalau aku menanam impian nak bercuti tempat-tempat yang senang macam Redang, Pangkor, Singapore, Ipoh, termasuk Langkawi . Tempat macam tu kan boleh pergi dengan bajet yang rendah. Nanti aku tak de keazaman yang tinggi nak kumpul duit. Sebab setakat bape ringgit dah boleh sampai. So tak yah susah payah kumpul duit. Bak kata pepatah, kalau cita-cita tinggi, usaha akan lebih tinggi.

Namun begitu aku takde la memandang enteng akan rezeki untuk ke Langkawi ni. Memandangkan aku pernah ke sana sebanyak 2 kali. Itu pun masa umur setahun jagung. Belum akil baligh. Dan masih memakai bikini bertali halus masa  berjemur di tepi pantai. Ewah! Memang muda gila masa ke sana. Kali kedua masa dah besar sikit tapi masih dikira gadis belasan tahun. Anak kawan ayah dngan umi kahwin. So ramai-ramai kami kesana. Itu dulu punya cerita. Masa tu under water world pun tak de lagi. Lepas tu taman geopark pun tak de lagi. Apatah lagi kereta kabel kan? Suami sangat teruja nak masuk under water world. Sebab dia suka ikan. Aku bisik, jangan nak teruja lebih-lebih buat malu je nanti pecah la rahsia kita tak pernah sampai langkawi..tiheee..



Insya Allah, ada memori indah yang akan di bawa pulang..

Kalau ke Langkawi naik flight pun boleh...pun boleh..











Wednesday, November 23, 2011

Wednesday, November 2, 2011

Berudu

Nak menilai orang memang senang. Sekali jumpa kau dah boleh nilai dia dari luar. Dan kemudian berperasangka di dalam. Baju brand apa dia pakai. Style lilit tudung dia. Cara dia senyum. Baru sekali jumpa, dah berderet list penilaian kau dekat dia.


Kalau diberi nilai yg baik, apa salahnya. Kalau yang tidak? Tak pasal-pasal dia kena cop sombong. Padahal kau nampak dari jauh je ni. Orang tu tak perasan pun muka kau, tak senuym. Dah kena tuduh muka tak cantik, ada hati nk berlagak.

Tapi zaman sekarang lagi advance, kau tak pernah jumpa dia pun. Cuma boleh stalk dia dekat akaun facebook je. Habis semua page dia kau belek-belek, gambar dia, wall dia. Padahal tak pernah jumpa. Tapi kau dah tuduh dia poyo nak mampos sebab asyik upload gambar camwhore dia dalam bilik. Mula la tak pasal-pasal nak benci orang. Haih..

Senang betul nak buat dosa kering kan?

Padahal kalau baru sekali jumpa tu tak semestinya dia macam tu. mula-mula nampak baik. Lama-lama makin selesa berkawan rupanya dia kuat mencarut. Selalu guna bahasa kasar.

Mula-mula nampak macam loaded. Barang mahal-mahal. Ingatkan pakai MAC semedang, rupanya silky girl je.

Tengok gambar nampak macam bahagia sangat, rupanya gaduh jugak.

Alah biasalah. Manusia. Kalau tak menilai dan berperasangka buruk tu bukan manusia la.

Tahan jela..


*berudu

Monday, October 24, 2011

Lelaki ini .....

KAYA lelaki kerana AKHLAKnya.

TAMPAN lelaki kerana KEJERNIHAN wajah.

MANIS lelaki kerana SENYUMAN indah dengan niat sedekah.

TINGGI lelaki kerana KESEDERHANAAN.

HEBAT lelaki kerana KESABARAN.

Dan MULIA lelaki kerana KEIMANAN yang TEGUH.

Friday, October 14, 2011

Wordless Wednesday, Thursday and Friday












How i miss that moment?
How i missing them so much?








Friday, October 7, 2011

Lembik

Ramai mak pak sekarang ni mampu menghantar anak-anak ke sekolah swasta. Kadang-kadang diorang bukan kaya sangat, tapi sebab inginkan anak-anak dididik dengan aliran agama ataupun aliran inggeris yg lebih spesifik, maka berhempas pulas cari duit hantar anak ke sekolah swasta. Yang mana sekolah biasa tidak dapat tawarkan apa yang ibu bapa mahu. Tak kisah lah. Kaya atau miskin bukan isu. Bila dah masuk private school, maka automatik terpaksa jadi macam orang kaya atau paling kurang saudagar yang cop duit. Sebab semuanya berbayar!


Lalu disebabkan kau membayar segala benda, jadi kau assume gaji cikgu cikgi yang bekerja mendidik anak kau juga kau yang bayar. Anak kau nakal, cikgu tak boleh denda sebab gaji cikgu kau yang bayar. Anak kau datang lambat, pengawas tak boleh ambik nama sebab, gaji cikgu kau yang bayar. Anak kau kantoi hisap rokok dalam toilet, kena tindakan disiplin, kau marah-marah tuduh cikgu yang ada masalah disiplin. Apa ni!! Gila apa mak pak zaman sekarang ni. Over protective.

Baik lah. Memang betul dalam duit gaji cikgu-cikgu sekolah swasta tu ada duit kau. tapi kau kena ingat, kalau kau seorang businessman pun, dalam duit kau ada duit aku jugak. Sebab? Kalau aku tak beli barang kau, boleh kau kaya? kalau kau polis berjawatan tinggi, gaji kau tu takde duit aku? Duit rakyat tu bayar gaji kau. Ha tau pun! So jangan persoalkan yang kau bayar sekolah ni, maka sekolah harus ikut cakap kau memanjang especially dalam hal ehwal urusan mendidik anak kau.

Tujuan ke sekolah pun itu. Untuk belajar jadi orang. Belajar yang hidup ni bukan setakat ada duit, bayar dan jalan. Memang dalam silibus pelajaran, takde nak ajar kau erti hidup. Tapi pergaulan dengan orang sekeliling, pemerhatian kau terhadap hidup orang lain. Tu semua proses pembelajaran.

Jadi selagi anak kau tak patah riuk, berdarah, muka lebam sana sini balik mengadu yang cikgu pukul, cikgu tendang maka jangan lah terlalu emosi dengan peraturan sekolah. Anak kau baru kena denda berdiri 15 min dekat luar sebab datang lambat. Kau dah call mengamuk macam orang gila. Dah nama peraturan sekolah kena datang awal, ikut la.  Belum lagi denda kutip sampah dekat padang. Belum lagi denda lari keliling padang. Belum lagi denda cuci toilet. Baru berdiri 15 minit dekat tempat parking, bukan tengah panas pun.. gila dah melalak macam orang sakai. Call cikgu marah-marah. Tuduh cikgu tak berhati perut. Tuduh cikgu tak sedar diri. Kalau macam ni punya attitude yang kau ajar anak kau, cikgu tak boleh tegur langsung anak kau, tegur masalah disiplin tak boleh nanti jangan salahkan guru kalau anak jadi mat rempit berjaya.

Kalau setakat denda kerana dia datang lambat ke sekolah, anggaplah itu pengajaran supaya lebih bersedia. Kalau malu kena berdiri, esok pagi bangun awal sikit. Jangan liat bangun. Kalau setakat kena cuci toilet sebab kau ponteng kelas, anggaplah itu cabaran dan pengajaran supaya berubah. Jangan ponteng kelas. Alah kalau nak sangat ponteng pun, jangan kantoi. Ha puas hati.

Bagi aku setakat denda berdiri, cuci toilet, kutip sampah itu normal. Mungkin sekarang kau malu. Nanti lepas sepuluh lima belas tahun, semua tu akan jadi kenangan yang indah. Itulah asam garam sekolah. Baru lah ada benda yang manis nak diingat di sekolah. Eh dulu I turun roll call lambat kena nyanyi lagu negaraku kat depan perhimpunan asrama. Relax je. Satu aspura aspuri tengok. Lek je. Mak ayah aku tak serang cikgu pun. Bukan diorang dera fizikal aku pun. Kecah ar budak zaman sekarang. Kecah ar mak pak zaman sekarang. Lembik!

 
 
 
and orang yang bagi statement "i bayar gaji u, so jangan nak denda anak i berdiri lama-lama....' tu nanti anak dia yang lembik!
 

Wednesday, October 5, 2011

Dan ini akibatnya

Makin banyak kita tulis, makin banyak orang tahu dan lepas tu mereka akan gunakan apa yang mereka tahu untuk serabutkan kita!

Cuba memahami perasaan kaki pancing

Dulu masa kecik-kecik, ayah kerap jugak bawak kami satu keluarga melepak dekat port kaki pancing. Macam dekat Pulau Indah, jetty Star Cruise. Ayah bukan pemancing tegar pun. Tapi sambil dia memancing, kami berpiknik. Tak pernah pun dapat ikan besar-besar. Ada sekali, selepas berjam-jam tunggu, dapat la sekor ikan gelama sebesar 3 jari. Kami adik beradik punya melompat suka. Syok gila mancing dapat ikan! Padahal gelama je pun..


Sekarang dapat suami kaki pancing. Punya la dia obses dengan hobi membosankan ini. Namun aku cuba jugak menyelami apa yang best dengan memancing ni? Aku pernah tanya dia. Masa tu kitorang kat tepi kolam. Tunggu ikan makan umpan. Suasana sunyi..bunyi kincir air berpusing-pusing, dan sesekali bunyi burung bertweet tweet.. ape yang awak fikir masa mancing ye? Tak jemu ke? Tunggu ikan makan…duduk je. Tak bosan ke? Dia pandang muka aku… mancing ni melatih kita supaya bersabar. Cewah! Lepas baling joran, saya akan bayangkan, umpan bergerak-gerak dan ada ikan cuba nak makan umpan saya.. sambil-sambil teka ikan ape yg akan makan. Tu yang best!

Bagi aku, itu namanya kuat berangan. Patutlah best. sambil kau duduk, berangan! memang best :p




Setiap kali melepak dengan kawan-kawan yang sama geng kaki pancing ni, topik diorang semua sama. Mancing. Peralatan mancing. Teknik-teknik mancing. Gaya ikatan perambut. Umpan air masin. Bancuhan umpan air tawar. Saiz mata kail. Ladung. Cengkerik. Katak. Umpun-umpun. Masa tu kau akan dengar segala istilah pelik akan keluar. Macam ‘Hud’., koyak, petak. Lama-lama otak kau tepu. Dan boleh kunyah segala ayat-ayat diorang.



Ataupun tajuk perbincangan menjurus kepada jenis-jenis ikan yang susah nak sangkut. Kalau dapat ikan jenis susah sangkut ni, kembang semangkuk la kaki pancing sekalian. Itu belum lagi kalau diorang masuk kedai alatan memancing. Berjam-jam sampai kau rasa pitam, loya nak muntah. Berapa banyak belanja yang diorang tabur untuk hobi ni, diorang tak kisah. Tapi akan membebel kalau mintak duit nak beli handbeg baru, kasut baru, tudung baru. Muncung panjang bukan sedepa lagi tapi 2 depa. Tapi kalau duit habis sebab mancing, bereh sokmo!



Hobi memancing suami juga membawa aku ke ceruk-ceruk yang sebelum ni asing. Wah ayat karangan spm! Dulu kalau nak lepak buang masa, kat shopping complex ataupun makan-makan. Sekarang ni kolam pancing jadi rumah no2. Kalau takde kat rumah sendiri, cari kat kolam. Mesti ada! Kalau setakat drive 4-5 jam semata-mata nak mancing, takde hal. Asalkan dapat lontar joran dan tarik ikan. Itu pun kalau ada ikan.



Aku takde masalah kalau ini hobi dia sekarang atau sehingga masa hadapan. Asalkan, tanggungjawab dia pada keluarga, agama dan kerjaya tidak terabai...

bersambung episod akan datang ...

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday

im craving a chocolate

Sharing itu ambil berat

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wani...ta. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:





1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.



(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)


2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)


3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)


4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!




By: Amirul Mujahidin

copy from facebook wall

Tuesday, September 27, 2011

Ciri-ciri seorang wanita yang sering membuat anda kagum?

Aku, sebagai seorang perempuan pun selalu merasa kagum terhadap seorang perempuan lain dalam keadaan-keadaan tertentu.

1. Perempuan yang boleh bawak motor tengah-tengah jalan sibuk dengan trailer . kagum gila bak ang! Dengan baju kurung, selendang terbuai-buai, kasut tumit gigih menekan kelas.. rasa kagum meninggi sebab aku tak pandai bawak motor. Dulu reti bawak, lepas jatuh dan tak pernah ada keperluan nak bawak motor maka kebolehan itu menjadi sia-sia dan bertambah karat lama kelamaan.

2. Perempuan yang boleh bercakap lama dengan hanya satu soalan dan cuma berhenti untuk menarik nafas sahaja. Banyak betul idea diorang! Aku kagum sebab aku jenis perempuan yang bercakap sedikit. Ataupun cakap bila perlu. Nampak macam sombong untuk pertemuan pertama. Tapi bila jumpa orang yang boleh masuk, cerita satu tajuk melompat ke tajuk lain tanpa sempat berhenti pun :p

3. Perempuan yang selalu beri pendapat lain dari orang lain. Misalnya ada seorang budak hyperaktif memanjat-manjat kerusi, meja langgar pasu kristal nasib baik tak jatuh. Semua orang dah bising-bising budak tak reti dok diam, nakal bla bla bla.. tapi dia sorang akan cakap, budak pandai memang macam ni, esok bakal perdana menterri ni sambil senyum… tapi yang pasti perempuan tu bukan aku..

4. Perempuan yang cantik dan bijak. Jarang jumpa perempuan yg ada 2 ciri-ciri berkenaan serentak. Selalunya cantik, tapi kebodohan terserlah. Ataupun bijak tapi muka tak berapa lawa..aku ada sorang kawan yang pakej lengkap. Muka lawa, body superb, dan paling penting dia bijak. Masa borak dengan dia aku selalu cakap dalam hati she's brilliant!

Apa keadaan yang membuatkan anda kagum dengan wanita? cuba fikirkan...

Thursday, September 22, 2011

Sebelum kopek, kau cuma nampak kulit durian berduri yang tajam.. tapi isinya di dalam lembut manis dan heavennnnnn :p

Sebelum aku kahwin, ada 2 cerita dari orang yang dah berkahwin macam mana perasaan diorang bila makin dekat nak kenduri. Masa aku dengar cerita tu, biasala ayat cliché yg keluar..sabar la. Tu Cuma perasaan je. Strees org nak kahwin memang macam tu. Lepas tu bila time aku pulak nak kahwin, apa yang aku rasa SEBIJIK dengan apa yang diorang rasa.


Terasa yang bakal suami tu..err he is not the one! Perasaan tu kuat sangat. Aku rasa sepatutnya sekarang ni masa aku kumpul duit banyak-banyak. Melancong puas-puas. Makan kenyang-kenyang. Tidur cukup-cukup. Bukan masanya menggatal nak berlaki. Lagipun adakah dia orang yang betul-betul boleh terima aku luar dalam? Susah senang? Macam mana kalau lepas kahwin, aku tak boleh terima dia? Kisah silam dia? Macam mana kalau lepas kahwin, dia tinggal aku?

Kalau lepas kahwin duit tak cukup, lepas tu bergaduh hari-hari pasal duit macam mana? Mesti susah nak lepak dengan b ff (xoxo) lepas ada suami kan? Macam mana nak lepak dengan kawan-kawan dia? Aku bukan jenis yang pandai bersosial sangat. Pasif. Nanti kalau ex gf cari dia balik macam mana? Nanti kalau dah ada anak, badan gemuk , dia cari lain apa aku nak buat????

Kalau aku belum ready, apasal dulu terima pinangan dia??

Semua soalan tu bermain-main dalam fikiran. Masa tu memang stress! Hari-hari datang ofis mata bengkak. Habis malam tadi menangis. Tangan mula lah nak hantar sms bukan-bukan pada tunang. Satu dua soalan dia layan, kalau dah masuk soalan kelima benda merepek yang kau tanya??

Orang lelaki kalau kita dah strt merepek diorang akan senyap. Paling salit hati bila dia dah tak angkat call atau balas sms. Maknanya dia malas nak layan. Erghhh! Lepas tu, mesti fikir nak putus tunang..hiii

Sebenarnya, banyak kali kami bergaduh masa bertunang dulu. Kalau punca gaduh tu aku yang mula selalunya isu yang aku tulis dekat atas tadi. Kadang-kadang tengah borak elok, aku boleh cari pasal dengan soalan yang bukan-bukan. Kalau punca gaduh dari dia pulak, selalunya isu susah nak lepak sama, susah nak keluar makan, susah nak jumpa beli barang-barang persiapan. Macam sebelum-sebelum ni aku ada tulis aku memang orang yang sibuk dengan urusan keluarga. Hari-hari masa aku banyak untuk family. Nak dating memang susah. Kalau hujung minggu, dapat keluar sejam dua lepak makan laksa dengan dia pun dah cukup bagus. Dia pulak jenis yang banyak masa dengan kawan-kawan. Diaorang keluar bawak awek, dia simpan awek kat rumah. Bila ajak aku, macam-macam excuse aku bagi..so tu punca bergaduh jugak. Sampai last-last minit baru dapat keluar beli kasut, beg dan lain-lain barang nak letak atas dulang. Itupun lepas beli terus balik…

Dulu, masa aku dah serabut sangat asyik fikir tak nak kahwin je..aku ada hantar satu email pada sorang kawan yang sangat aku hormati. Panjang lebar email aku explain dekat dia. Dia reply, dulu dia pun sama! Kampung dia di terengganu. Kerja di shah Alam. masa nak balik kampung untuk melangsungkan perkahwinan tu, dah dekat bus stand. Dia boleh fikir tak nak balik kampung. Dia rasa macam tak nak naik bas. Macam-macam dia fikir. Gila kau, buat nya tak jadi kahwin..orang kampung dah start pasang khemah. Serba serbi persiapan dah 90% kat kampung. Last-last dengan berat hati heret jugak kaki naik bas. Sekarang dia dah dapat baby…

Panjang lebar aku tulis. Sekarang aku dah blur dekat mana point penting yang patut aku highlight kan…

Sebelum buat keputusan nak menerima lamaran seorang lelaki, buat lah istikharah.. walaupun kita buka orang yang alim, tapi istikharah tu sangat membantu. Dan percayalah, setiap keputusan yang dibuat setelah beristikharah, insya allah yang terbaik. Dan perasaan bukan-bukan macam nak cancel kan perkahwinan yang dirancang tu selalunya gangguan syaitan.. kita manusia biasa. Memang matahari tak selalu ada. Selalu panas bukan perkara biasa. Mesti ada hujan, ribut ada mendung kadang kala. Kalau lah ditakdirkan perkahwinan kamu disambar ribut petir suatu ketika nanti, itu kan dugaan. Kuatkan hati.

jangan trkeliru ngan hati & perasaan. Bl awk dh buat kptsn ttp kn hati, tanam tekad yg awk akan harungi segala rintangan bersama. ssh sng bersama. mmg x dinafikan masalah sebegitu akan timbul apabila berkahwin. tp awk harus ingat, lg byk insan yg x bernasib baik mcm kt. didiklah diri kt terima seadanya. Tp tuhan maha adil n kt x buat perkara yg salah. sekiranya pendptn kt sikit, namun mohon pd allah cukup2 kn lh rezeki kt. insyaallh.

Pasal bakal suami awak, dia dh buktikan yg dia akn cuba jd yg terbaik utk awk. Belajar lh bersabar dan terima seadanya. Dulu akak pun sama macam awak, stress. Tapi akak tau perasaan sbnr akak ketika itu. Akak cuma x yakin pd diri...


Lepas kahwin, okey je…boleh je kau makan kenyang. Boleh je kau tidur lena. Boleh je kau melancong sana sini. Best lagi. Tak yah keluar duit banyak sangat sebab laki tanggung 80%. Lagi 20% duit kau beli jajan. Boleh je keluar dengan kawan-kawan (walaupun tak sekerap dulu :( tapi itulah perubahan), boleh je korang control kewangan…

Tak rugi orang yang bermusyawarah, dan tidak akan menyesal orang yang beristikharah.

Yang penting jangan putus doa kepada DIA…

musim bunga bakal tiba!

Wednesday, September 21, 2011

memori atuk


Ape kebendanye tu?


Itulah kuih bakar. Orang Penang panggil ‘kuih bakaq’. Orang Johor panggil ‘bingke’. Itu gambar aku ambik dengan hp tak-berapa-nak-canggih-tapi tahan-lasak. Jadi kualiti gambar memang la jenis tahan lasak punya. Kuih tu pagi tadi ada orang bagi sepotong suruh makan. Dia cakap pagi2 makan yang manis supaya hidup pun manis dan ceria. Tapi kan tapi selalunya kuih tu mesti dah sejuk. Tapi yang aku dapat pagi tadi, masih panas. Hot seksi dan mengancam!

Aku teringat atuk!

Dulu aku pernah sekolah setahun dekat kampung. Masa ayah kena tukar ke Klang, aku pilih nak duduk dengan atuk. Sebab masa tu keputusan periksa aku teruk sangat. Semua merah! Jadi rumah atuk ibarat pusat pemulihan akademik termasuk akhlak juga. Sebab lepas aku dudk situ, result PMR aku meningkat. Naik dan agak bagus juge la. Dan sepupu aku pulak kena hantar duduk dengan atuk, sebab masalah disiplin. Lepas duduk dengan atuk, disiplin ok. Kan ibarat pusat pemulihan jugak tu.

Masa duduk dengan atuk, dia buat kuih letak kedai kopi sekitar kampung. Salah satu ialah kuih bakar. Masa atuk buat kuih ni, aku tak pernah sentuh. Apatah lagi makan. Sebab bau telur dia agak kuat. Aku tak minat. Dan selalunya atuk potong kuih ni bila dah sejuk. Dia perasan yang aku tak pernah makan. Dia tanya kenapa. Aku pun cakap la, sebab bau hanyir. Suatu hari, dia potong kuih ni masa tengah panas. Dia cakap cuba rasa. Sedap! Langsung tak bau telur. Aku pun makan berkeping-keping. Sedap sangat!

Mulai hari tu, asal lepas masak je dia akan potong sikit dan panggil aku makan. Dan sampai sekarang aku Cuma makan kuih ni masa tengah panas je. Kalau sejuk makan jugak kadang-kadang. Itupun kalau betul-betul teringin. Dah lama tak makan. And kebetulan pagi tadi akak tu bagi kuih bakar ni lepas dia panaskan dalam mikrowave. Memang terbaik!

Memory betul kuih ni :p

ini gambar kamera canggi, Encik Google

Tuesday, September 20, 2011

Alasan si looser

Pernah tak rasa annoying bila lepas sesorang kawan kita berkahwin, dia mesti nak letak gambar dia dengan husband or wife as a profile pic facebook ataupun kejap-kejap update gambar mesra mereka suami isteri semasa bercuti ataupun gambar bersama makanan?

Serius ini bukan masalah besar dekat aku. Langsung tak. Tapi dulu aku cuma pernah rasa, atau pernah terfikir… yang why must so obvious? Semua orang tau kau dah kahwin, then dah la. Tak perlu kot nak upload banyak-banyak gambar mesra kau orang. Fine.



Sekarang bila aku dah di alam perkahwinan, then only aku tau. Its just because of you feel insecured. Why? Ok aku mengaku aku ada rasa itu. Insecured. Sejarah aku, kamu kamu dan kita lain-lain. Sejarah aku lain. Sangat bullshit. Jadi selepas berkahwin, aku cuma terasa sometimes, aku nak semua orang tau that he is my husband. Ada segelintir kawan-kawan dia yang tidak tahu, perlu tahu yang dia sudah beristeri. Jadi apa-apa cara perhubungan di laman sosial between orang-orang di luar sana dan dia perlu ada batasan because he is married now. Memang dia tak hensem. Memang dia tak kaya. Memang dia hitam. Tapi lelaki tetap lelaki dan paling penting dia sudah beristeri. Dalam masa terdekat ni atau 6 ke 7 tahun akan datang, belum masanya untuk perkahwinan kami diuji atas alasan orang ketiga.. Itu sebabnya.


Jadi atas sebab yang itu, aku fikir, lebih elok kalau gambar aku dan suami yang jadi profile picture aku di laman sesawang seperti facebook, whatsapp, yahoo massanger, fringe, tango atau apa-apa lagi budak zaman sekarang selalu guna.


Insecured.


Looser kan?


Ataupun ada sebab lain? Misalnya berkongsi kebahagiaan dengan orang lain. Ataupun oh lagi satu alasan aku, gambar itu cantik. Ya cantik. Misalnya baru discover teknik-teknik editing ke ataupun shot terus dapat gambar lawa. Lalu nk share dengan orang ramai. Mungkin jugak…


Tapi percayalah, once kau dah melangkah ke alam ini, nak tak nak kau mesti pertahankan apa yang telah ditakdirkan ke atas diri kau.


But still aku masih ada rasa annoying pada orang yang terlampau banyak sangat upload gambar-gambar mesra berdua ni tanpa had. Dan sudah tentu ia BUKAN satu isu besar pun. Bukan isu besar pun. Cuma sedikit annoyed... *muntah


Wednesday, September 14, 2011

Bukan cerita cinta biasa

Baru-baru ni, aku ada beli satu novel fiksyen berbahasa melayu. Memang novel tu dah lama aku cari. Lepas tu masa tunggu ochin dekat Bukit Tinggi sebelum nak buka puasa dengan dia tempohari, singgah Popular kejap. biasalah, mak kan tak suka buang masa yang emas ni kan.. Masuk la bookstore. Sebab aku suka bookstore. Sapa yang tak suka kan.. Cik wan pun suka. Especially bahagian majalah memancing. tapi setengah jam je. lepas tu macam cacing kepanasan ajak keluar..

Aku pulak jenis, kalau masuk shopping mall, nampak bookstore rasa happy yang teramat macam baru dapat hadiah gelang emas putih ketul-ketul. Badan lesu terus bertenaga macam baru lepas makan coklat 2 bar. Aku boleh habis masa berjam-jam dekat bookstore belek buku sebuah demi sebuah sampai cik wan mengamuk baru sedar diri rupanya dekat kedai buku. Aku tau ramai lagi orang kat luar sana perangai macam aku. Golongan yang suka buku.

Tapi macam aku, lebih kepada novel fiksyen. Malay english. Dua-dua aku bahagi kasih sayang sama adil. Selain dari tu, buku masakan. Lepas tu buku RAHSIA MENJADI JUTAWAN. As you know, melambak gila buku rahsia nak jadi jutawan ni kat market. Baca tapi tak jutawan jugak. Sebab lembap kot.


Okey back to story. Ada sebuah buku ni tajuk dia ‘LANGSIR BIJI REMIA’ karya Noor Suraya terbitan Jemari Seni. Dah lama sangat aku cari buku ni. Asal singgah bookstore mesti cari. Mungkin sebelum ni tak perasan or, belum cukup bersungguh-sungguh, sebab tu tak jumpa. Selalunya kalau masa online aku dapat tau keluar buku baru, and from sinopsis tu menarik aku akan tulis dekat draft message. Senang sikit kalau nak cari cek handphone je.

Okey lepas tu masa nak tunggu ocin tu, masuk kedai buku, sambar satu buku secara rawak and start baca. Belum teringat lagi pasal buku yang memang cari-cari sangat. Selak serba sedikit, rasa kandungan buku tak berapa kick. Letak balik. cari buku lain.. By the time nak letak balik dekat rak, aku ternampak buku yang memang dah lama dah….aku cari.

Perasaan?

Rasa nak pengsan. Menggeletar seluruh tubuh. Tangan kaki start basah. Nervous. Menggigil tangan nak ambik buku berkenaan. Rasa macam ada kamera pusing mengelilingi badan dan muzik 'we are the champion' berkumandang. Rasa orang sekeliling dah takde. Perasaan nak melompat dan menjerit tu dah tak dapat dikawal. Tetapi masih sedar diri lalu cuma menjerit kecil.  Jantung berdegup kencang. Perut macam ada rama-rama berterbangan.... Senyum bukan sampai telinga lagi bahkan dan buat putaran 360 darjah keliling kepala. Senyum. Muka merah blashing. merah padam macam baru lepas orang cakap, dila kau cantik harini..wah! Pandang kiri kanan, senyum lagi...

Subhanallah! Terus ambik dan bayar (nasib baik duit ada)



Puas hati! Dapat beli

Puas hati! Dapat baca

Puas hati! Dengan jalan cerita!

Alhamdulillah! Memang aku puas hati. Berbaloi melabur RM17 untuk buku yang tidak terlalu tebal dan cerita yang tak meleret. Tiada langsung aksi cinta yang membuang masa atau ahh pendek kata, penulis berdakwah dalam lembut. Sindiran diterima. Ini bukan cerita cinta biasa.

Duha, pandanglah mataku yang berbisik... Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia?

Buku ini mengajar kita erti syukur. Mendalam sangat makna.. Part paling best  Zaid, Zara, Ziyad...

Dik non, kau kena baca!

Tuesday, September 13, 2011

Things I need now

1. Smell like hell, taste like heaven. Im not that 'kipas susah mati punya' fan like hubs, but lately the taste is shivering in my mouth..


2. I just love this series! If you do so, dont forget to catch it every Sunday 10pm at TV9.. tapi jangan terlampau obses ye. *kalau aku tolong promote halaqah ke dapat jugak bekalan ke akhirat kan. huhu


3. Re-decorate my room. For this time, this is cool!

I dont know my husband like it or not. Tapi yang macam atas ni...who can say no? haha


*all picture, googled

Saturday, September 10, 2011

Ini entry raya saya

Sebab dah lama tak menulis aku dah tak reti nak menghamburkan idea lagi. Kadang-kadang banyak sangat nk tulis tapi lepas type beberapa perkataan, my mind decided to remove it. Especially pasal luahan rasa. Well you know, sometime kita akan terlebih rasional dalam menilai sesuatu perkara. Rasional itu yang menyebabkan kau cakap, alah buat apa nk tulis panjang-panjang. Things gonna be the same. Ape yang berubah selagi aku tak ubah? Sakit hati tetap sama.



This raya is fabulous! Balik penang paling awesome! Gedik gila dah fabulous, awesome plak. Raya tahun ni dua-dua family sebelah umi dengan ayah best. Takde gaduh-gaduh drama air mata ke apa. Semua cool je. Macam tu baru best. Raya tahun ni jugak ada satu family lagi tambah. Mertua. Gedik lagi tulis mertua. Habis semua rumah kena berjalan tayang muka sebab semua nak tengok pengantin pakai baju sedondon. Pening kepala nak susun kaler baju sebab nak kasi match. Patutla masa beli baju raya dah congak siap-siap dalam kepala siap paksa cik wan beli ikut kaler yang aku nak. Gaduh-gaduh depan salesman, dia beli jugak. Oh rupanya ada tujuan. Best jugak pakai baju sedondon. Tapi bosan sebab duit raya langsung takde sapa sudi nak hulur. Sebab dari jauh orang dah nampak baju mamat ni dengan minah ni sedondon, kesimpulan haruslah mereka pasangan. Bila dah dekat mak mertua pulak perkenalkan ini menantu aku. Jadi sekali lagi terlepas peluang walaupun sudah habis muka kesian dibuat. Hasilnya memang langsung takde. Tidak seperti tahun-tahun sebelum nya, ada jugak lah hasil bawah 50 ringgit. Sadis.


Raya tahun ni jugak menyaksikan semua kuih raya aku rasa. Asal sampai rumah orang, balang kuih yang di tala. Kalau tak sedap, letak tepi. Kalau sedap aku ulang sampai setengah balang. Gemuk? Belakang cerita. Nanti lepas habis raya, jogging sama-sama. Tapi makan kuih raya, punca perut memerut. Tiap malam tandas dimonopoli diri sendiri. perghh sakit dia bukan sakit biasa. Sampai urat pinggang peha kaki pun macam nak cramp. Tapi esok pagi adakah dia insaf mengurangkan kunyahan kasi slow sikit? Tidak mungkin. Lain rumah, lain kuihnya.





Oh ya, kiter baru lepas miscarriage. Mak, nenek, makcik2 bising-bising suruh pantang. Ala, kitew manew retie pantang-pantang ni. Pantang tengok boleh la. Tambah-tambah laksa. Setakat 3 mangkuk tu, takde hal la. Harap-harap takde la side effect teruk-teruk. Yela mak-mak pesan sebelum makan baca bismillah hillazi… nanti racun jadi ubat. Amin..


Lepas ni banyak open house pulak. Oh! I love food…

Selamat hari raya maaf andai pernah mengguris rasa

Tuesday, August 16, 2011

saya yang gemuk

Baca blog lady noe stress pasal pendapat orang pasal dia tu buat aku terfikir. Masalah aku sama. Aku gemuk. Tapi dia cantik. Aku tak. Dulu aku pernah ataupun ada jugak stress pasal badan. Bentuk badan. Gemuk. Memang dari kecik gemuk. Kalau nak beli baju raya memang selalu stress. Baju yang aku berkenan tak dapat beli sebab takde size ataupun bahagian lain boleh masuk, tapi tang dada tak lepas. Lengan sendat. Tapi takpa, bukan semua yang kita nak kita dapat.


Aku orang yang besar dari kecik maksud aku dari kecik-kecik dulu orang dah ingat aku besar. Semua nya besar. Tangan. Kaki. Bontot. Peha. Tetek. Semua besar. Nak buat macam mana keturunan kot. Bukan aku mintak.

Dalam dunia ni memang double standard nye tinggi sangat antara orang kurus dengan gemuk. Sangat tinggi. Dan kalau kau baca-baca blog, yang banyak merungut pasal hal bentuk badan ni pasti lah si gemuk. Jarang sangat dengar si kurus merungut sebab tempat diorang lebih banyak dalam dunia ni.

Bila aku tulis macam ni, mesti kau-kau yang perfect tu akan cakap, dah kau tak reti jaga badan, makan sumbat macam naga. Tak reti nak stop memang la badan kau gemuk. Macam lady noe tulis, dari kecik kot aku dah belajar diet. Dari kecik kot aku belajar work out. Dari kecik aku belajar makan nasik sehari sekali. Jangan makan junk food. Ais krim tu kalau boleh tak payah makan sebab punca kegemukan. Tiap kali nak breakfast nasik lemak, aku akan fikir 10x bukan sebab mengantuk tapi sebab kandungan lemak. Ntah la. Control la macam mana pun berat turun sekilo, naik balik sekilo.

tapi aku tak nafikan sesekali memang ada aku terlajak makan. biasala manusia kan. kalau dah sedap semua nak belasah. Tak kan dengan makan banyak sesekali tu kau dah nak judge aku ni kuat makan? dah badan orang kurus tu tak naik-naik makan la bepuluh kilo daging merah pun.
Sekarang aku bersyukur walaupun gemuk, aku cuba maintain kan asalkan tak obesiti. Tak dihinggapi penyakit apa yang menyusahkan diri. Seat kereta masih cukup menampung bontot yang besar ni.

Sekarang, maksud aku dua,tiga tahun kebelakangan ni aku dah boleh uruskan stress sendiri. misalnya kalau bersama dengan orang yang tangan kecik, jari halus runcing cantik jee… aku bisik dalam hati. Syukur aku ada tangan. Walaupun besar macam raksasa, tapi aku boleh buat apa saja yang dia boleh buat. Bahkan lebih bagus dari dia. Aku tau tu. Apa yang tak boleh? Selagi tangan kau sihat walafiat, semua pun boleh buat.

Kalau nak beli baju yang cantik-cantik. Sebelum ambik test badan sendiri, tanya dulu salesgirl. Ini cutting kecik ke besar? Selalunya baju esp baju kurung moden cutting nye kecik. Maksudnya kalau aku biasa pakai size M mesti takkan muat kalau sarung jugak kurung moden size M. unless kalau standard size la kan… Kalau cutting kecik, aku terus ambik saiz L. maksud ambil saiz lebih besar dari size biasa yang kau pakai. Bila test, mesti ngam ataupun longgar sikit. Maksud aku dekat sini berkaitan dengan psikologi. Bila kau dah try baju yang longgar atau ngam-ngam perasaan kau mesti happy sebab at least ada jugak harapan aku untuk beli baju ni. Walaupun kau buat-buat tak sedar ia lebih besar dari size biasa yang kau pakai.

Lagi satu taktik yang aku selalu amalkan. Ni agak keji. Tapi semua ni hanya di simpan di perut. Misalnya kau lepak dengan orang yang kurus nampak perfect semua benda. Kau cari kelemahan dia. Ok mencari kelemahan orang lain adalah sifat yang keji. Tapi kan sangat membantu untuk naikkan self esteem kau sendiri. tapi make sure kelamahan dia tu, kelebihan kau. misalnya dia kalau bawak kereta macam semut. Tapi kau boleh ajak schumacher racing lagi. Ataupun orang cantik ni selalunya pemalas. Selalunya. Tak semua pun. Kau tak caya gi melawat bilik dia. Kebanyakan orang cantik ni mempunyai bilik macam sarang lipas… at least kau pengemas, bilik tak sarang lipas pun..atupun ataupun kau tengok tumit kaki dia. tak semua orang cantik kulit tumit halus mulus okey... ada jugak yang pecah bederai.. tumit kaki aku pecah takpe sebab aku memeng tak cantik. HAHA Yeah walaupun benda tak logik.

Dan aku jarang sangat stress pasal masalah badan gemuk. Setakat risau tu ada jugak. Risau la nanti suatu hari suami lagi sebab dah tak larat nak menanggung malu bersiteri gemuk macam aku. Ataupun nanti lepas anak 4,5 badan dah out of shaped. Risau. Tapi takdela sampai nak menangis sorang-sorang dalam toilet sebab badan gemuk. Tak pernah.


Dan paling best aku ada ramai kawan yang tak pernah persoalkan pasal badan aku gemuk aku tak layak kawan dengan diorang. Paling busuk pun masa aku tengah sedap makan, kawan tegur, dila bawak bersabar ye. Nanti badan naik jangan merungut. aku jarang ambik hati. kadang-kadang suami aku pun panggil aku si gemuk. macam kejam kan? tapi aku tak ambik hati pun. sebab aku tau kelemahan dia. hehe so belajar mencari kelemahan orang lain supaya self esteem sendiri dapat ditingkatkan.
Soalnya sekarang ni, orang yang kurus cantik ni jarang nak kutuk aku si gemuk ni. Yang kutuk selalunya yang muka mcam tongkang pecah, nafas berbau asap, perut buncit. Tu yang mulut puaka sebenarnya.

Jangan difikir sangat benda-benda dunia ni.

Friday, August 12, 2011

Catatan puasa

Eh dah hari ke sepuluh puasa kan? Kejap nya masa bejalan jalan. Tapi ya syukur alhamdulillah.. masih belum ada yang rompong puasa nya. Tetiba teringat supir Nandang. Masa bulan puasa ni dia solat. Haha. Solat masa puasa je. Kalau tak puasa, tak solat. Dia cakap kalau tak puasa dekat sana, boleh. Tapi kau jangan makan depan orang. Kalau makan nanti orang pukul. Takde nya nak tunggu JAIS tangkap bawak masuk van jenazah ke apa. Orang tempatan akan belasah kau dulu bagi pengajaran supaya hormat orang puasa. Dasyat! Kalau raya, dekat masjid penuh sampai solat atas jalan. Dia pun tunjuk la jalan-jalan yang penuh. Pakai je baju raya tahun lepas. Lepas solat, balik rumah tukar baju, sambung kerja. Takdenya nak berjimba-jimba open house makan sampai pusat nak meletup.


Dah memandang kan ada kepandaian dan peluang, maka bulan puasa ni aku ambik la kesempatan jual kuih kegemaran keluarga dan diri sendiri iaitu kek coklat. Aku suka gila!!! Dan selalunya aku akan pastikan benda yang aku suka makan, aku pandai buat. Dan, there it is.. dah pandai. Lalu mertua offer jual kek berkenaan dekat gerai dia. So cuba cuba. Alhamdulillah makin memberangsangkan. Tapi penat.. balik kerja, dah sibuk-sibuk nak buat kek. Nak tunggu dia sejuk, nak topping, nak potong, susun masuk bekas dah jam 11 malam lebih. Nak siapkan baju untuk kerja esok lagi, last-last tidur jam 12am. Bangun sahur jam 5. Hasilnya esok tersengguk-sengguk depan pc. Nasib wan tolong petang-petang jualkan benda-benda yang aku buat ni. Jadinya lepas hantar aku balik, dia bergegas ke tapak bazar untuk jual kek. Nak plan berbuka dengan kawan-kawan pun susah sekarang. Kadang-kadang nak check handphone pun tak sempat. Nak borak dengan kawan baik pun dah tak sempat. Pegang hp dah lewat malam. Dia pun dah tidur. Tapi tu lah hidup.. dah ada peluang dan rezeki, berusaha la.

Baju raya belum beli. Hari tu masa jalan-jalan dah jumpa yang berkenan. Wan suruh ambik je tak payah lambat-lambat. Tapi aku tak ambik sebab belum feel nak beli baju raya. Rasa macam nak survey lagi. Ntah pape.

Haikal makin besar. Keletahnya budak tu. Geram dengan rambut kerinting dia!

Hari tu pergi Cherating. Ada kerja sambil tu wan ambik kesempatan memancing. Bestfriend dia pun ada. Hasilnya, hampeh! Ke sana pun last minute plan. Nak test drive kereta baru. Best gila naik kereta mewah. Bukan wan punya la of course. Kawan dia punya. Pergi balik orang bawak 200k/j aku boleh bantai tidur tak sedar apa. Kalau naik kereta sendiri dah jerit-jerit suruh slow. Bunyi ekzoz je sekampung dengar. Ni kereta baru senyap, sunyi, selesa gila ah! C class kan. Pengalaman la. Tumpang merasa rezeki orang… best lah cherating. Tapi siang tak best. Dull. Macam pekan mati. Tapi malam happening gila. Macam-macam aktiviti. First time tengok kelip-kelip. Main dengan kelip-kelip. Ambik dia letak dalam baju orang depan, nampak bercahaya. Lepas tu nampak dia terbang keluar dengan terhoyong hayang. Mungkin pening dek bau.




Dah pening pk pasal raya. Nak menyusun raya kedua dua belah keluarga pening sikit. Sebab sebelah sini ada masalah sendiri, sebelah sana pun masalah jugak. Harap-harap dapat yang terbaik. Semua orang puas hati dan happy.

Terawih baru buat beberapa kali. Pemalas. Lepas magrib buat aktiviti sendiri. kalau kek, siapkan kek. Kalau takde kek, tengok drama. Tak berapa nak dapat hidayah dangat nak beramal ibadat sungguh-sungguh. Niat tu ada. Tido kejap lah. Nak bangun pukul 4 nak qiamullail, sekali terawih sorang-sorang. Last-last hampeh. Suami memang tak dapat la nak bangun-bangun tengah malam-malam ni. Tu lagi hampeh. Setakat buat amalan yg wajib je. Yang sunat-sunat ni tak berapa nak mau. Ntah la. Harap-harap terbuka la pintu hati dia nanti.

Bergaduh macam biasa. Tiap hari bergaduh. Yang teruk. Yang stok tinggi suara. Tapi kejap lagi ok. Dah boleh usik cubit-cubitan senggol senggolan. Ah aku pun tak faham. Agaknya orang berkahwin memang macam tu kot. Selalunya sebab nak kejutkan bangun pagi. Liat nya masya Allah!! Macam-macam dah buat. Tarik telinga versi perlahan dah, geletek dah, baca yassin kat sebelah dah, tangan berbau sardin letak kat hidung pun dah. Tapi tak lut. Bila dia bangun, dia cakap tunggu balasan! Nanti masa dalam kereta, aku jaga baik. Dia bawak macam keling. Cilok kiri kanan. Sampai aku menjerit. dia? Senyum dendam. Pagi-pagi memang macam tu. Ntah lah aku pun tak faham. Sementara masing-masing nak matang..

Selamat berpuasa!



p/s : tempoyak bau cam gam****! Jangan paksa aku makan.

Wednesday, July 27, 2011

pantai pun berubah

Perubahan selepas berkahwin akan dirasa the moment tok kadi kata ‘SAH’. Apa yang aku rasa masa tu masih tak boleh terima. Why him? Haha. Allah must have the reason and aku harap not only reason but yang penting adalah hikmah. Semua yang jadi ada hikmah. Dan perubahan paling ketara bila kau dah start kena ke rumah mertua di saat kau masih belum puas bergosip dengan sepupu sepapat yang selama ni tu la aktiviti wajib kau buat tiap kali kenduri… masa nak kena gerak tu rasa macam seksanya….stress sangat.
But then, itulah perubahan. Semua pun akan berubah. Dan masa untuk belajar ni adalah masa yang sangat tough. Betul-betul menguji. Kau dah biasa basuh baju seminggu sekali, sekarang tak lagi. Sebab kau tau ke banyak mana baju yang dia ada? Cukup ke kalau basuh seminggu sekali? Cuba bayangkan kalau bangun pagi dia cari seluar kesayangan dia nak pakai ke tempat kerja. Sedangkan seluar tu ada dalam bakul baju kotor. Nak jawab apa? Itu okey lagi. Okey pelan-pelan belajar.. saya doakan kamu tidak dapat suami cerewet ya? Amin…

Monday, July 25, 2011

nasi goreng usa

Selagi belum ada anak, ini lah masa nak cari ilmu banyak-banyak. Semalam berkesempatan hadir ke masjid negeri dengar kuliah Ustaz Azhar yang fames tu. Sebelum ni Cuma dengar dari vcd je. Dia goyat teganu pekat. Mula-mula ambo tak bape nak faham. Lama-lama buleh masuk. Masa nak ambik wudhuk, terpandang sorang akak ni tengah salin nappy anak dia. Masa tu keadaan kelam kabut. Semua orang tengah berkejaran ambik wudhuk, pakai tudung sebab imam dah start baca Al Fatihah. Masing-masing berlumba-lumba untuk mendapatkan pahala berjemaah. Aku tengok akak ni pun kelam kabut membersihkan apa yang patut sambil pujuk anak dia yang makin kuat melalak. Dalam hati terdetik, alhamdulillah syukur…sebab dia dah ajar anak dari kecik datang masjid. Lalu hati kecil berazam nanti nak ajar anak macam tu jugak. Aku bersyukur jugak dalam keadaan sekarang masih belum punya komitmen terhadap bayi sendiri, banyak masa aku terluang sepatutnya digunakan untuk cari ilmu cukup-cukup… itu yang aku suarakan pada suami saat dia bertanya awk belum ada tanda-tanda lagi ke? Dia diam dan aku agak dalam hati dia bersetuju  dengan aku..

gambar dari sini

Wednesday, July 20, 2011

10 kali berturut-turut!!

Itu sangat memalukan bagi seorang pemegang rekod atau pelontar joran yang hebakkk selalu menumpaskan paling kurang 2 ekor kaci selepas 3jam mengerah tenaga di kolam-kolam pancing. Namun semua itu hanya tinggal sejarah. Sebab tu ada pepatah mengatakan, siakap itu ikan yang bijak. Eh ape kena mengena? Bijak sebab tidak tertipu dengan umpan tipu. Ikan sekarang dah tak bodoh lagi. Dia tau, kalau belanak atau udang yang berenang-renang macam orang mabuk todi itu bukan sedang bermain kejar-kejar sebaliknya sudah terluka ditikam mata kail. Ikan sekarang sudah bijak-bijak belaka. Semua dah belajar tinggi masuk kolej universiti. Dah ada degree. Jadi ikan itu terserlah kebijaksanaan nya apabila berjaya membuatkan pelaburan seorang kaki joran kerugian beratus-ratus ringgit di kolam cina. Cuba kau tengok cina tokey kolam berkenaan? Pakai kereta apa? Kau ada? Orang yang bijak selalu untung. Orang yang kurang bijak selalu umpan tersangkut. HAHA


Takpelah. Untung rugi nasib seseorang itu di tangan Allah swt. Jika kamu ikhlas, dan tidak melupakannya di saat ikan memakan umpan mu, nanti DIA akan tambah rezeki mu… amin

Malam kang main batu seremban jela ye sayang?

apakah persamaan?

Thursday, July 7, 2011

Budak-budak memang macam tu

Aku ada masalah sikit dengan orang yang suka sound  lepas kahwin, terus lupa kawan ye… Masalahnya kalau aku memang dah biasa call, sms ataupun memang rapat sebelum ni kalau teringat mesti akan hantar sms. Kalau teringat. Kalau tak teringat makna nya memang sibuk sibuk sibuk etc etc.. tak pernah la lupa terus. Lain la kalau sebelum-sebelum ni aku memang jarang nak bersms atau call dengan dia tiba2 boleh teringat, itu buang tebiat namanya.. masalahnya lagi, tiap kali aku sms pun sebab aku teringat. Kau? Kau yg tak pernah nak sms call aku tu ape cerita? Dah la tak pernah nak ‘ter’ teringat, tak pernah nak sms, call pun. Kalau nak cakap aku sombong tak adil la. Sebab memang dari dulu pun aku je yg asik cari kau ajak minum lepak mapley. Kau tak pernah buat macam tu pun. Bukan aku cari sebab nak pinjam duit pun. Ajak lepak sebab kita kan kawan. Tapi yg kau langsung tak pernah nak cuba mengeratkan silaturrahim tu tak sombong la? Aku jela yg salah….k fine

dah macam budak-budak belajar berkawan pulak aku rasa...haih

Thursday, June 23, 2011

be cool daddy

Tau tak kalau seseorang yang dah berkahwin tu kehidupan dia dah berubah? Bukan setakat dah ada teman dekat sebelah malahan semua aspek kehidupan berubah. Jadual dia. Masa dia. Tanggungjawab dia. Malahan turut melibatkan apa yang ada dalam poket dia juga pasti sedikit sebanyak berubah. As a friend, kena lah faham. Sebab semua orang membesar. Bukan nak pendek tu je. Bila umur bertambah, otak pun kena berubah sikit. Cara pemikiran pun kena berubah.

Memang dulu separuh dari 24 jam masa dia dengan kau, kawan-kawan  dia. Sekarang bila dia dah kahwin , masa dia dengan kau dah kurang bukan sebab dia dah lupa kau. Tapi sebab masa dia tak cukup nak bahagi dengan semua orang.  Tanggungjawab untuk dua buah keluarga. Adik beradik dia lagi. Adik beradik isteri dia lagi. Bukan sebab dia poyo. Konon-konon dah ada isteri poyo gila asek keluar dengan bini je. Bukan. Sebab dia dah kahwin, so kena la berkepit dengan bini. Kau takde hak nak persoalkan bab tu. Sepatutnya pi tanya orang yang belum kahwin tapi asek berkepit.
 
Tak salah kalau kau cool sikit. Matang sikit. Relax je. Semua orang tau kau sayang kawan kau. Tapi jangan la sampai hantar sms pergi mampus. Kau tak fikir ke hati isteri dia? sekarang ni isteri dia lebih tau kedudukan hal sebenar. Kalau dia tak keluar malam, mesti la ada reason. Duit ke. Penat ke. Bukan sebab poyo.  
Kau jugak kena tau perempuan ada sifat insecure. Sebab tu bila dah kahwin, kena secure kaw kaw punya! As e friend cuba try faham dan terima perubahan ni. Aku tau kau sayang kawan kau. Tapi jangan over protective because you’re are not in the same shoes like your friend did. Hari ni hari kawan kau. Esok bila kau sendiri dah rasa macam mana perkahkahwinan itu then only you’ll  know.

Thursday, June 9, 2011

Sila pakai tali pinggang yang disediakan di tempat duduk anda

Alhamdulillah.
Ingat selalu. Yang baik atau buruk itu semua rezeki. Bersyukur. Orang yang bersyukur, Allah akan tambah nikmat. Jangan kufur nikmat kerana api neraka itu sangat panas.

Tazkirah sebagai intro. Biasalah kalau dilla menulis. Dah masuk minggu ketiga perkahwinan.  Sesungguhnya proses menyesuaikan diri itu sangat memenatkan. Rumah family dua-dua pihak berdekatan. Mungkin itu yang beri tekanan. Ye la beb, mesti nak adil. Kang salah sorang tarik muncung empat belas. Dah la dua-dua anak sulung. Itu menambah nambah nambah nambah nambah  lebihhhhh tekanan. Bila dah kahwin, kau tak boleh nak cakap..awak balik rumah awak, setelkan hal dgn keluarga awak. Saya setelkan keluarga saya. Mana boleh beb. Orang dah kahwin mesti selalu berkepit. Baru namanya orang dah kahwin. Bila dah dua-dua berkepit terpaksalah, kita setelkan hal keluarga awak dulu…lepas tu baru setelkan keluarga saya. Masa yang lebih diperlukan. Tenaga yang lebih juga diperlukan. Oh ya kekuatan dan kesabaran juga. Itulah aku dah cakap tadi, proses menyesuaikan diri tu agak memenatkan.

Pejabat bertukar lagi. Penat mengangkut. Penat berfikir. Hati dengan perasaan berperang dunia ketiga. Bab makan, suami tidak cerewet. Dia bantai semua. Tapi sebenarnya, tidak cerewet dia tu dalam diam banyak komplen jugak. Kadang-kadang bila tengah lapar, nampak dia agak kurang selera. Sebab lauk tak kena. Mungkin. Setakat ni, belum ada kesempatan memasak untuk suami. Oh ada sekali. Saya goreng telur. Sebab dekat 5x dia hantar sms, aku hutang dia sardin dengan telur dadar. Mudahnye kan kan!

Tapi paling buat aku selalu hilang sabar adalah bab baju. Baju aku bukan masalah besar. Tapi baju dia. Kita dah penat-penat gosok untuk dia pakai esok, rupanya dia tak nak pakai baju tu. Baju dah kecik lah. Baju dah besar lah. Baju dah lusuh lah. Macam-macam. Kena bijak sikit. Kalau tidak, kita penat. Itu pesan kawan. Ye sekarang aku cuba menjadi bijak untuk menguruskan dia. Bila ditanya apa perasaan selepas berkahwin? Senang. Simple je jawapan melambangkan semua kesenangan dia dapat. Bab pakaian  tak payah fikir. Tiap malam isteri kena fikir soal baju dulu baru boleh tidur. Kalau tak esok pagi bangun, aku jugak yang stress.

Pendek kata perkahwinan penuh dengan elemen yang surprise. Mengejutkan. Yang kau tak pernah fikir ia satu masalah sebelum ni  tetapi  menjadi masalah lepas berkahwin. Dan ada juga elemen yang kau fikir memberi masalah rupanya jadi mudah lepas berkahwin. Ada yang best pasal perkahwinan ni...tapi kan...rahsieeee...


Baru 3 minggu dilla. Jangan nak panjang sangat report. Jauh lagi….huk huk

Friday, June 3, 2011

Cerita ni sepatutnya lebih manis...

Alhamdulillah semua dah selesai. Majlis berjalan tak berapa perfect. Tapi hampir semua elemen yang dirancang menjadi. Ada jugak kurang menjadi. Sebab mak andam beraksi terlampau yang perangai macam gampang. Datang lewat. Tak profesional. Tapi cakap besar. Memang bodoh ar dia tu.


But on top of that, aku happy sebab ramai kawan-kawan yang aku expect diorang akan datag, diorang datang. lega. Puas. Tak tipu. Aku tak lega, tak puas. Sebab mak andam gampang ni dah rosakkan semuanya. Tapi aku takkan biar dia rosakkan semua kegembiraan aku. Memang dalam hati ada dendam. Biar sapa pun kau, sedara dekat ke, jauh ke. Aku takkan lupa apa yang jadi ni sampai anak cucu.
















Walaupun semua dah selesai, macam biasa. Pahat akan berbunyi lepas rumah siap. Mak andam tu memang gampang! Dengan kasut tak bawak. Bunga pegang tah kemana. Mekap dah macam rakun. Memang gampang ah perangai ko mak andam oi! Hari yang sepatutnya memorable dengan kejadian yang indah-indah, dah memorable sebab perangan gampang kau. Macam harrrrr! Okey lah. Semoga tuhan ampunkan aku sebab benci dengan mak andam gampang tu.

Kahwin bukan benda senang. Semua orang pun tau. Tapi aku baru rasa sendiri. Baru berapa hari jadi isteri orang, hidup aku dah kelam kabot. Nak kemas rumah. Nak iron baju sendiri, baju suami. Belum lagi bab nak masak memasak. Dah la kelam kabot masak udang, alih-alih rupanya dia tak suka udang. Mana la aku tau. Zaman bercinta aku tengok semua dia sebat je.. Aduhai…. Penat sangat! Mana nak jaga hati mertua lagi. Hati mak sendiri lagi. Nak control perangai sendiri lagi jangan over. Nanti ada orang cakap, ada suami terus nak berlagak. Walaupun itu bukan niat kau, tapi kadang-kadang kita tak sedar. Apa saja keluar dari mulut ni, apa sajaperlakuan kita, kadang-kadang disalah tafsir. Baring sikit orang cakap kau malas. Makan lebih sikit orang cakap kau dah malas jaga badan.

Alhamdulillah setakat ni semua under control. Manis. Hrap-harap kemanisan ni kekal.

Tapi sumpah aku benci tengok muka sendiri sepanjang majlis. Mekap macam haram! Hambik. Memang takde sapa la nak hire kau lepas ni mak andam gampang oi!

Jangan tanya. Memang aku marah. Marah yang merah!